September 14, 2011

Happy Birthday Addeelyn


9 tahun dulu, pada tarikh ini, Mama lahirkan Delin kat Pusrawi Jalan Ipoh.  Antara 3 anak2 mama, Delin di panggil anak paling mahal. Sbb dilahirkan kat private hsptal berbanding yg lain . Kat Hspital Kjaan.  Mgkin rezeki mama dgn ayah murah masa tu, so mampu nak bersalin kat tempat mahal. Lgpun jarak Delin dgn kakak beza sgt jauh. Hampir 6 tahun.  So, mama dgn ayah ada masa nak kumpul2 duit.  Lgpun mama mmg berangan2 nak bersalin normal. Kununnya pi private lah dgn harapan dapat package 3hari 2malam gitu.

Antara anak2 mama, mmg masa mengandungkan Delin mama tak berapa teruk sgt mabuk berbanding masa mengandungkan kakak dan adik. Cuma mama tak ada selera sgt nak makan masa tu.  Selalu jer mama makan mee..dan mende2 remeh yg lain berbanding nasik.  Mgkin sbb tu Delin suka sgt makan mee, spaghetti, bihun dan  yg lelain sewaktu dgnnya tu kan.

Pendek kata, mmg kurang masalah sgt masa pregnantkan delin. Suma berjalan lancar jer.  Mana tau pada hari sepatutnya nak bersalin Dr Daud kata Delin breech (songsang).  Dan sampai masa ditetapkan nak bersalin pun Delin still breech jugak.  Berdasarkan pada kira2 Dr mmg katanya dah cukup matang. 

Pada hari bersalin secara ceasarian tu, Dr Daud takde. Dia bercuti. Jadik Dr Adilah yg take over.  Maklum dah lama lepas bersalin kakak mama jadi amat takut sgt bila tiba hari nak kena ceaser tu.  Dan masa dah ceaser tu pun betapa susahnya Dr nak tolak delin keluar.  Kepala Delin dok dalam rusuk.  Jenuh gak dorang dok tolak2 sampai keluar.  Kelakarnya masa operate tu, citer Winter Sonata mmg tngh digilai suma org termasuk mama.  Termasuk pakar bedah dan pakar bius jugak!.  Bayangkan masa dorang tgh sibok nak mengerjakan mama, dorang bole cerita2 dan sinopsis pasal citer winter sonata lagi..dasar kan.

Lepas delin dilahirkan, dalam masa 3 hari jer luka mama teros baik. Bole berjalan dgn steady berbanding lepas bersalin kakak..dan bill hspital mencecah 4k..mujo ada duit.  Masa tu arwah atok ada lagi..jadik arwah atok Aji lah yg uruskan bersihkan uri dan tanam uri delin kat kg. Mgkin pasal tu gak Delin kidal?. Kerana arwah atok aji gak kidal. Masa menanam uri katanya atok guna tangan kiri..mgkin sbb tu gak Delin sgt rapat dgn arwah atok Aji kan..mmg, arwah atok aji sgt sayangkan delin tau. Selalu jer dia tanya kan delin kalau lama kita x balik kg ...

Dari lahir Delin mmg tak beri masalah pada mama. Tak kuat menangis langsung pun.  Senang sgt nak jaga. Bila bibik ada lagi senangkan?. Sbb bibik sgt rapat dgn delin. Bibik suap delin makan sampai kenyang. Bibik makesure delin tak makan bukan2 sbb alergic dan ada asthma kan.

Tak berapa byk kenangan masa delin kecil yg mama ingat sgt. Sbb masa umor delin setahun lebih, mama dah mengandungkan adik.  Mengandungkan adik pulak mmg menguji segala mala mental fizikal dan spiritual mama. Sbb mama mabuk sgt teruk sampai terpaksa masuk hspital dek muntah non stop.  Sukar dan byk sgt cabaran masa mengandungkan adik berbanding delin. Maybe sbb tu adik more nakal dari delin.

Walaupun serba kekurangan dari fikizal sbb saiz kecik dan kurus dan kekurangan disegi akedemik, walau baru pandai baca walaupun tak lancar tapi atas usaha tak pernah jemu mama, ayah dan seluruh ahli keluarga kita ia berhasil jugak. Yg penting atas usaha delin sendiri, skg delin dah pandai baca suratkhbar, buku bahkan dah bole baca sarikata kat TV kan.  Utk tu mama sgt bangga dengan delin tau. Mama tau, delin berusaha bersungguh2 untuk seiring dgn adik..



Nanti, bila delin dah besar sikit dan tinggi sikit, mama akan antar belajar ke kelas piano/organ ye.  Mama pun tak sangka yg delin ada bakat selama ni.  Tak sangka masa kat umah mak teh raya ari tu, delin petik organ kat umah mak teh..ada irama...sampai suma org pun terkejut tau..tak sangka anak mama ada bakat terpendam dalam muzik ya. Padanlah selalu jer tekinja2 kalau dgr muzik. Insya Allah, nanti mama antar delin pi kelas yamaha music kat umah kita tu ye. Tp kena tunggu besar dan tinggi sikit, sbb kaki delin x sampai nak cecah pedal kat bawah tu ye..

Mama ucapkan selamat hari lahir yg ke 9 tahun pada anak mama ni.  Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa beroleh kesihatan terbaek. Semoga menjadi anak yg solehah dunia dan akhirat.  Semoga delin sentiasa menjadi anak yg menyenangkan hati mama. Walaupun kadang2 salu bikin mama naek angin kerana hobi yg suka menggeledah tu.

Mama dan ayah tak pernah beza2 kan kaseh sayang kami pada delin. Semua anak2 mama sama rata jer. Suma anak2 mama sayang dan kaseh dunia akhirat.  Sbb hanya korang lah harta paling bernilai yg kami ada..
Nnti kita buat besday sekali sama ayah dan kakak ye....mcm mama janji sbb 3in1 pnye celebration kita akan buat yg best pnye.

Selamat Hari Jadi Sayang...Semoga hidupmu sentiasa ceria dan diberkati Insya Allah..






5 comments:

SyuQ said...

menangis baca coretan akak yg ini. semenjak dua menjak ni cepat sgt tersentuh hati ini...

semoga suatu hari nanti delin akan baca coretan mama delin ini... sesungguhnya tiada ibu didunia yg tak sygkan anaknya... semoga delin membesar menjadi anak yg soleh, taat pada agama dan jgn sesekali membelakangkan ayah ngn mama...

Anna said...

SyuQ..mmg itulah doa dan harapan setiap ibu pada anak2nya..begitu juga doa ibu2 kita pada kita kan?. Bila dah jadi ibu, lebih2 lagi perasaan tu. Awak yg bukan ibu pun tersentuh apalagi IBU yg sebenar kan..Awatnya sensitif terlbih lately neh?..tu tanda umur dah meningkat tau..hikhikhik

nor said...

salam Ana,

wah bagus dah identify salah satu minat beliau. Keyboard melatih otak kita dan combination tangan. Lama kelamaan ianya menjadi biasa.
Hantar dia kelas muzik dari sekarang. Jangan risau pasal kaki tak sampai sebab keyboard punya kaki boleh turunkan ikut r height pelajar.

Hantar lah sekarang kalau boleh sebab lagi cepat dia menggunakan left brain dan coordination dia lagi cepat dia cekap dan akal dia berkembang.

Siapa tahu ini adalah salah satu kebolehan dia. Kerana otak dia lebih pantas dan cekap memahami semua chord dan matematiks.. Ingat tak cerita rain man..etc?

Asah la bakatnya.. dan asah lah asas ugamannya.. insyAALLAH balance ..

Anna said...

Nor,
dah tanya kelas tu..this year mmg dah penuh..kena tunggu dec nanti baru bole masuk..mmg noticed dia pnye interest kat situ..sbb tu bila tanya cita2 dia akan kata nak jadi artis.. :) like my late father yg pandai maen alat muzik i think dia mewarisi bakat arwah pak tu...

MyZsZs NOoR said...

salam akak. tahniah untuk delyn dan akak sekeluarga.

Saya setuju dengan pandangan Nor dia atas tu. Dalam kes Delyn muzik dah dikenalpast sebagai tarikan minat dia yang utama jadi jangan risau pasal kaki tak sampai. Kena cepat2 masukkan supaya minat dia terus berkembang dan insya Allah akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran yang lain.

Hepi Belated Birthday Delyn. Allah bless u always!!!