September 12, 2011

Hujung minggu di bulan rayaaa....




Hari Sabtu

After few times buat open house during raya, aku mmg totally give up dah nak buat lagi. Dia pnye hassle dan penat mmg tak terkata. Dan set2 kawan2 pulak mmg menanti2 kalau aku panggil open house sbb dorang suker sgt nak datang and makan apa jugak juadah yang aku hidangkan (which most of the time request for lunch menu with kampung pnye masakan). Dulu2 masa bibik ada boler aje kerah dia. Siapkan bahan2. Kemas, basuh2 apa yg patutlah kan. Lepas bibik blah ada satu tahun tu aku terai handle sendiri, ofkos dibantu oleh tuan besar dan mem kecik kan. Mmg..tak terkata keletihan terlampau. Dari penyediaan bahan2 mentah, sampai ke masak memasak, idang mengidang. Basuh membasuh dan kemas mengemas. Fengsan!! thats the correct word to describe..penat smpai demam kekdahnya.



So lepas dari tu, aku mmg serik dah nak buat open house bagai. If ada kwan nak datang, just bgtau jer awal2. Bole nak masak apa2 kan. Biasa kwn2 yg mmg dah tiap tahun datang, akan request special menu lah..lau tak lunch menu..ofkos Soto yg siap dgn begedil.



Last saturday, saje ada 2-3 frens nak dtang beraya. Sabtu petang katanya. So aku ckp dgn SP, kita panggil lah jiran melayu kita yg 2 umah tu..pastu baby sitter pnye family, ustazah yg ngajar anak2 ngaji n family.. kalau tak mmg agak2 aku dalam 15 org ler (termasuk kanak2) kawan2 yg nak beraya tu. 4 family suma cam tu lah.



Jadi utk memudahkan tuan rumah dan tetamu..untuk kenyang katanya aku tnye kat SP dgn Kakak apa menu selain dari kewajipan buat soto lah kan. Aku bg option antara nasik lemak or nasik tomato or nasik ayam...since everyone opt for nasik lemak. Thats the menu. Soto dan nasik lemak..untuk tmbahan aku wat rendang tok sikit (sikit tak sikit, 2kg daging...jenuh nak memotong gak tu)



Dari hari Khamis lagi kami prepare dan beli bahan2 mentah sikit2. Hari Jumaat pun sama. Jumaat malam tu operasi bermula. Masak nasik impit. Kalau nak buat soto, nasik impitnya harus lembut2 sikit kan. Kalau brand yg femes cam adabi ka, nona ka...nasiknya keras amats tau. Kakak aku bagitau pakai nasik impit brand SANTAN (yg buat santan segera tu) dia kata bagus..mmg betul lah, nasiknya x keras sgt..tak lembut sgt..just nice. Mlm tu aku tido kul 12 malam, laki bini campur anak yg besar tu sbok. Sempat aku wat rendang tok, blender cili kering, rebus ayam kg..dan prepare apa2 yg patut utk dimasak esok pagi.



Sabtu pagi kul 6 aku dah bangun. Agenda pertama masak nasik lemak dulu dan masukkan dalam bekas tahan panas tu..di ikuti, masak kuah soto..buat pegedil..pegedil nak wat senang je bebahannya tp nak menggentel dan membulat2 kan tu mmg take long time. Lg2 kalau aku sorang jer menggentelnya kan. Dulu ada bibik..suruh je dia buat ..suma siap..skg?? sendiri jadi bibik ya. Aku i ngat ada lah dkat seratus bijik kot..kecik2 je aku wat takut tak cukup..bila dah agak siang sikit baruler isi umah yg laen bangun..



Since aku sbok kat dpur masak.. SP dgn anak2 mengemas umah, lap apa2 yg patut..buat habuk apa2 yg patut. Kunun xmo nak pakai disposal pinggan dan mangkuk tp entah camne tergerak hati plak nak guna. Tu pun lepas dah siap msak kul 12 tghari tu. Naseeb baekkk..lau tak masak nak basuh..

Pukul 11.45 siap suma hidangan..siap kat atas meja hall depan pun..Menu : Nasik lemak set with telur rebus..ada sambal bilis, smbal sotong dan sayur kacang...Soto set : suun goreng, begedil dan bihun celulr..of kos siap dgn sambal kecapnya..ada nasek impit dan rendang tok yg terlbih lada hitam..jadik pedas dan sgt berasap walaupun kata kakak rasanya mmg mabeles..tp lidah terangkat sbb pedas..



Kul 12 aku ajak SP pi kedai jap. Carik mangkuk, sudu dan pinggan campak buang. Cepat2 beli dan balik umah. X dan ngeteh ke hape pun tau. Tk lama kami sampai umah anak2 buah SP yg salu datang tido kat umah tu smpai. Syukur betul dorang ada. Byk tolong basuh2 cawan dan kemas serta top up lauk2 apa yg patut.



Start kul 12 lebih, masa aku dgn SP tgh syiok makan tengahari kat dapur..ttba dah ada tetamu datang. Siap bg salam dan terus masuk sbb pintu mmg nganga luas kan..rupany Nurul n family..Nurul ialah offmate SP, dia dok kat country homes jer. Tahun lepas masa dia datang beraya, aku x leh hidang apa2. Sbb masa tu lepas eksiden jatuh moto tu..so masa dia dtang dia n hsbnd makan kueh raya jer..Jadik tahun ni mmg kami ajak dia dtg sbb dia nak sgt makan soto yg aku buat katanya.



Org mula2 yg datang ofkos sempat layan lama..Nurul bawak baby dia Adam. Baby dia mula2 sampai tu tido. So sempat lah dorang menikmati hidangan dgn tenang dan releks. Sudah je dorang kenyang, Adam mula merengek sbb dah boring. By Zuhur kot, dorang balik.



Kul 2 ptg..Cikgu raja (baby sitter bdak2 ) datang sefamili. Tgh dorang makan, jiran selang 5 pintu En Hanafi n family plak sampai. Riuh la rumah meriah dgn yg lelaki berborak sakan dgn suami ckgu raja yg bercerita pengalaman belayar selama 3 bulan dalam bulan puasa tahun lepas tu. Aku, cikgu raja dan wife en Hanafi borak2 dan gossip2 pasal memacam..bdak2 smbil makan melayan channel cartoon. Dalam kul 3 lebih kot baru dorang beransur balik dah. Dpat lah kami rehat jap sambil makan2 lagi dgn anak2 buah SP..ngok2 ngek2..dtang pulak jiran sebelah umah Hanafi, Hassan and wife dan mak mertua dia. Lama gak kami borak2..pastu dorang terpaksa mintak diri sbb sedara mara dorang sampai. Hassan nak wat open house esoknya tu so bz lah bagai maklum nk buat siap bakar satay bagai. Wife baru Hassan ni org tengganu (ada dulu aku citer pasal citer Hassan kat old entry, kisah wife dia yg halau dia kuar and kawin dgn pekerja dia tu..la ni umah tu Hassan dapat dgn perintah mahkamah x bini dgn laki dia terpaksa berambus lah kan) so beria2 mak mertua Hassan suh kami dtg untk merasa hidangan asli terengganu dan Perak katanya....



Kul 4 lebih, ex offmate aku kak Ita sampai dgn family nya. Kak Ita mmg kewajipan mesti tiap tahun datang umah aku. Sbb umah dia pun ada kat area2 Country homes walaupun wknd house jer . Hari keje mmg dia ada kat Bangsar jer. Dok kat kuarters KTM.. dgn kak ita mmg panjang ler gossip dan citer2 sensasi gitu..tak lama plak si Zura n family sampai. Zura ni aku kenal kat Hspital Selayang masa tunggu giliran beranak kan Amal..sapa sangka kami jadik sahabat selama 7 tahun lebih dah..(seumur Amal dgn Emmer -anak yg sama2 kami mengandung masa tu). Ntah camne kekdahnya, Kak ita dgn zura dari kg yg sama kat n9 tu..apa lagi waresssssssss kuar lah bahso eh.



Yg best plak, laki si zura ni keturunan rawa..yg laki kat ita pun !!!. Hamboi betul2 happening bila dua suku sakat dah jumpe. Kuar segala bahso nogri eh. Anak2 zura enjoy sgt makan soto dgn begedil. Sampai zura terpaksa remind anak2 dia..udah2 lah tu..byk ketul dah..



Dah stat suku sakat keturunan kuar..mmg dari 2 jam membawak 3 jam pun tak sedar kan. Dkat kul 7 kot baru suma gerak beransur2 dari umah aku. Time maghrib dapat rehat jap, mandi dan solat. Teringat lagi sorang kawan aku si zilah..dan kawan SP si Bob lom smpai. So kami panaskan apa2 yg ptut, top up mana yg perlu. Dah lepas siap2 tu, terpacul si Andy pulak (kwn SP) dgn familynya. Andy ni anak kepada cikgu raja (babysitter kami). Dulu SP dgn Andy keje satu building. Andy kat Mobikom masa tu..SP dgn C & C. Stat tu dorang berkwan..lama tu. 10-12 tahun lepas. Kebetulan pulak, sbb bdak2 sek tadika n nursery kat umah mak dia, dia pulak rapat dgn SP.



Family andy besar gak. Anak dia 5 orang..4 besar2..sorang jer baru setahun lebih baru jalan kot. Andy and family mmg craving for nasik lemak. Sbb mmg ada plan nak makan nasik lemak katanya..aleh2 mak dia kata kat umah kitarong served nasik lemak..kebetulan dia balik umah mak dia, dia pi umah kami sekali..enjoy habess. Pe lagi dapat makan soto dgn pegedil..the real java pnye hidangan kan.



Lepas Andy balik, Bob kol SP kata datang lewat sikit. Zilah pun sama msj aku datang lewat sikit. Family bob datang dalam kul 10 cam tu. Ramai!!. dgn 3 family anak buah dia....mmg penuh umah kami yg comel tu...X lama tu pulak zilah pun sampai..makan2 borak2 bagai...sedar2 kul 11 lebih masa tu..Bob n geng balik. Tinggal la zilah jer dgn family dia..borak pnye syok sambil tgk citer kelakar ooh haram kat TV3..sedar2 alamak2 dah dkat kul 12 tu..anak2 merengek2 nak tido dan mengantuk. Which akhirnya amal hanyut kat situ gak..Sempat aku bekalkan zilah pegedil sikit bersama sambal tumis jering yg aku janji kat dia tu..



Lepas suma dah balik..aktiviti menclean and clear. Mila (anak buah SP) tolong setel basuh2 cawan..aku akak dan anak buah SP sorang lagi si Rina mengemas hall. SP mengemas sampah sarap. Lepas suma clear..pe lagi bentang toto bergelimpangan dorang suma dgn anak2 kat luar..Penat sungguh!!!..tak terkata gitu.







Hari Ahad



Bila mana suma masih lena diulit mimpi, aku dah bangun. Lepas solat subuh kemas2 dan panas2kan apa yg patut. Tak buat brekfast pun sbb baki nasik impit n rendang masih ada lagi. Sambal bilis nasik lemak pun masih byk gak. Bila dah siap suma, kemas pinggan mangkuk dan bekas2 makanan..baru lah suma berperingkat2 bangun. Mila dgn rajin tolong goreng pisang..pisang tanduk bawak dari kg SP ari tu dah masak.



Lepas baca suratkhabar aku terus berkira2 untuk masak for lunch pulak. Menu lunch ialah kerabu mangga, paceri nenas, ikan bakar..dan sayur campur. Ofkos tak lupa pekasam ikansepat..lawan dgn paceri nenas mmg menjadik tol. Aku sempat buatkan sambal belacan tumis tuk dorang gak..oh, ada sorang teman FB mintak beritau resepi sambal belacan tumis meletop aku ari tu..so, sempat snap gambar dan tunjuk cecara buat sambal tu..nnti akak post kat next entry ya Muni...



Janji si Cah (anak buah SP sorang lagi, adik si Mila) nk dtg lunch sekali. Tp x sesampai. Jam dah kul 1 lebih . So SP kata makan jer la dulu. Karang dia datang suh dia makan dgn hsbd dia je. Mujo x tunggu u olls, lau tak masak..sampai kul 2 lebih pun x sesampai. Kami masing2 dah bersadai kat dpn tv bebaring2..



Jiran kami si Hanafi msj kat SP suh pi open house umah Hassan masa tu gak. Katanya takut lmbat karang ramai org. Pe lagi aku dgn anak2 buah SP bergegas bersiap tros pi umah Hassan. Mak aaih, menu2 dia mmg happening giler2 u olls. Ada nasik minyak, nasik dagang, gulai tongkol rendang daging ayam ..ada laksam, ada laksa, solok lada...acar... Ada agar2 yg bermacam2 jenis...Ada satay...smpai taktau mana satu nak pilih..Terlampau byk!!!. Patulah ramai tukang masak hassan import..menu nya byk giler..



Kami makan nasik impit dgn satay..aku coba sikit laksam yg mmg sedap..aku coba laksa penang yg mmg terangkat. Nasik2 mmg x lalu nak makan dah..maklum dah makan kat umah masa lunch kan. Rsa sikit agar2 dan kek2 yg berwarna warni...ya Allah..kenyang teramats. Kejap je kami kat sana..pas aku salam2 dgn wife n mak mertua hassan, kami balik umah...tukar baju sambil sambung bersadai kat hall. Sempat aku tido kejap dalam satu jam. Si cah pulak tak sesampai. Dah ler kul 5 janji nak gerak ke Selayang umah abang sulong SP plak.



Lama sgt tunggu Cah kami decided nak gerak dulu and suruh cah gerak dari umah kwn dia Sg buloh tu tros pi selayang and jmpe kat sana. So kesudahannya, Cah tak jadi sampai beraya kat umah!!. Lama sgt tunggu dia dari pagi..ropanya dia beraya umah sedara suami dia, kena tunggu makcik2 itu ini sampai nak tgk baby dia si adiib tu.padanlah seharian!!!..lama tol.



Sampai kat Selayang dah kul 6 lebih. Biras aku dah siap buatkan mee kari pulak tu. Pelagi balun ler. Cah pun sampai tak lama tu..masa kat situ aku ada nampak satu balang acar buah biras aku dah buat..acar buah dia mmg terbaaaek..aku siap kata nanti nak bungkus sikit bawak balik..mana tau sampai masa balik, tuan rumah lupa plak..aku nak ingatkan tapi MALU..terkilan tu x dapat tapau sikit..



Lepas solat maghrib, SP tel Mak Cik dia..(adik MIL) tnya ada kat umah ke tak. Kalau ada kami nak beraya kat umah dia kat Seri Gombak. Sp tak bgtau yg ramai mengekor..sbb niat nak beraya jer kan, idakler expect dia hidang apa2. Lgpun dah kenyang tu!!.



Rezeki bdak2..sampai kat umah Makcik Yah, anak dia dah siap order2 Pizza..tp dia ingat family kami jer yg datang so dia oder 2 pizza kecik jer..terkejut dia kami datang 3 kereta..Tp umah mak cik yah ada macam2 makanan..macam2 kueh raya..siap famos amos biskut pun ada. Kbetulan anak Mak cik yah takde umah..so mmg kami jer dgn Makcik Yah. Riuh rendah dibuatnya. Mak Cik yah siap kuarkan lontong, serunding daging dan kuah kacang..(kebtulan mmg smlm tu dia masak tu sbb ada org dtang beraya)..wah apa lagi..masing2 pilih apa nk makan. Bdak2 ofkos pilih pizza kan. Kami org2 dewasa rasa lontong, makan kek lapis dari Bandung yg bermacam2 jenis. Menantu Mak Cik yah ni mak bapaknya asal dari Bandung. So byk giler makanan yg diimport dari sana tu.



Berlama2 kat situ pun x leh lah kan. Sbb esoknya nak keje..Kul 9.45pm kami gerak balik. Anak2 buah SP dgn haluan masing2 balik ke keramat..kami balik ke rwang. Gedebak gedebuk lepas smpai umah solat bagai...akhirnya kul 11 lebih baru aku tido..letih giler!!!..letak pala tros jalan. Bdak2 apatah lagi si Delin yg tak berapa sihat sbb selesema dan batuk....amal pun sama..dari dalam keta tros diangkat kat katil memasing..fensan . Tak sedar..cuma kakak jer yg sambung tgk movie ntah sampai kul bape.



What a hectic weekend. Penat giler2...mujo mggu ni keje 4 ari jer. Bdak2 pulak sek rendah coti, sbb ada UPSR. Tak sabar nak tunggu jemaat..nak rilek2..ptg jumaat ada 3 umah mau pegi ooo...sabtu ahad pun agenda dah penuh!. Till that time, kena rehat2 cukup2..full blast..Lau tak cukup rehat gak..siaplah aku nak MC je kan? pe ade hal ye dak?...







3 comments:

NP said...

dulu i adalah berjalan rumah sedara mara belah suami..dari pagi smpai malam..seronok..skrang...tak ada dah..

i sendiri pun malas nak beraya ke mana2...dok je rumah mengadap tv kaedahnya..

aLiYaHaRiZ said...

seronoknya baca citer akak masak2. wani jeles tau kak. pasal wani ni sampai skrg x reti nak masak banyak2 mcm akak buat tu..member nak dtg rumah pun dah menggelabah memikirkan menu nak di hidang kat tetamu..

akak memang best!! wani suke baca entri akak. memberi inspirasi..bukan inspira ye kakk..hakhakahka...

hari2 wani tunggu new entri akak tau.

Anna said...

NP : harus..layan TV kan. lgpun la ni org laen yg busy layan sedara mara X u , u can sit back and releks maaa..hehehe

Wani,
kalau u tau sejarah lama i dari mak sure u tak percaya..anak dara yg dulu malas tak hengat dah terer memasak...tkat nak buat kenduri arwah kat umah..mmg akak salu masak dgn adik beradik jer..kalau pi umah MIL apatah lagi..yg pasti, akak mmg suker memasak. Rasa seronok tak tergambar dgn kata2 bila org suka makan apa jugak yg akak masak..mmasak mmg perlukan soul tu..sbb baru la sedap, sbb ada masa kalau tgh susah hati..jiwa kacau masak apa pun tak jadi tau..Harus penuh ikhlas dan penuh kaseh sayang...pasti meletup apa juga..walaupun cuma buat sambal kecap bodo....

Tima kasih sbb sudi baca akak pnye blog meroyan..sbb ada masa nak meroyan kat fesbuk sgt terbatas..for safety..akak meroyan di sini....hehehe