September 9, 2011

Some people kan...

Aku ada sorang kawan ni..consider rapat lah. Sbb kenal dari zaman bujang naek bas mini, sampai la zaman dia bercenta, berkawin, bercerai dan berkawin lagi.  Mulut dia mmg diakui agak terlbey laser sikit.  Well, as manusia biasa kan ada masa2 sentap gak bila dia ckp sesuatu yg seakan2 menghina..bukan jer pada kita tp pada kawan2 laen jugak.  Dah terbiasa mulut gitu gamaknya kan...


Pernah satu kali tu, kami terjumpa kat umah kawan yg sorang lagi..housemate masa  bujang2 dulu.  Too bad, kawan tu pun masih bujang..biarpun umor dah cecah 40 tahun.  Blom jodoh gaknya.  Tu ada lah first time aku jmpa lepas sekian lama..masa tu kawan bujang tu wat open house kekdahnya . Kejadian ialah bberapa tahun yg lalu..

Since dia yg dtang dulu kan. Masa aku datang tu dia tengah sedap mkan melantak .  Umah kawan tu flat kecik kan. Meja mkan pun ada 4 seater jer, so aku dgn family aku dok la kat sopa..sementara nunggu dia makan. Bukan kata apa lah kan, tu lah first time aku jmpa laki baru dia.  Haissh, bdan mmg sihat la gemuk siot. Alah, kwn aku tu pun bkan lah selim mana pun..bukan lawa mana pun..perasan jer lebih . So dah sudah dia laki bini mengenyangkan perut, kami ala2 tukar button bila aku dgn family aku plak yg take over. Juadahnya, spaghetti bolognese, nasik impit, daging masak itam..ada lah nasik minyak ayam masak merah dan few lagi lah.  Masa dia bangun nak dok kat sofa, aku bangun bole dia sound aku.."Gemuknya ko na...mcm dia dan laki dia tu kurus sangat ..nyampah. Ya, aku mengaku mmg aku berisi pung. Tpi idak seharusnya sound org cam gitu sekali kan. Abesss laki dia yg gemuk tu apa?? idak pulak aku sound dia..eh, ni rupanya laki baru ko yek...dah le gemuk tak hensem pulak tu..kuat melantak lagi..tak pandang kiri kanan pun..Idak la gitu sekali kan. Simpan jer dalam hati gitu. Tp dia daring sound aku direct cam tu..sentap mak tau.

Lpas dari insiden tu, aku mmg salu berhati2 dgn dia. Tak mau dia sewenang2 nya ckap or sound direct jer. Most of the time dia invite aku datang beraya umah dia pun aku tak pi. Malas.

Aku ni berkawan dgn org ikhlas. Jadik aku xmo la ikut perasaan sgt. Most of the time aku lupakan jer kesah2 tu. Tpi tiap kali berckp dgn dia thru phone..(dia kan sikit2 ada problem or nak meluah perasaan mesti kol aku) aku ni ikhlas je dgr masalah dia..tp tang kita beri pendapat kita dia bleh plak naek angin.

Kesahnya, baru ni raya dia balik umah MIL dia kat Utara nun..Mmg aku sedia maklum dia tak berapa ngam sgt  atas kes2 laki dia tambah cawangan lagi tu. Tapi bole tak dia kawal sikit perasaan, emosi tu.  Kita bicara pasal mak laki kita. Toksah lah nak memusuhi mak mertua kita hanya kerana tak puas hati or sentap dgn apa jugak yg dia ckp kan.  Seburuk2 perangai Mak mertua dia tetap mak laki kita kan.  Tk bole lah dia influence laki dia tuk membenci mak sendiri kan..Laki pun sengal, takut sgt dgn  bini..maklum bini ada part time bisness untung ratus ribu, Dia pun buat laki dia tak suka mak dia sendiri. Aku cukup pantang tau kalau lelaki ikut sgt ckp bini sampai sanggup belakang mak sendiri cam abang aku tu ler 

Dah sudahnya jadi begaduh dia laki bini. Sampai dia berjanji dgn diri dia takkan memijak kaki ke rumah mak mertua dia lagi sampai mati. Dan takkan izinkan mak mertua dia datang jejak umah besar dia yg baru di renovate tuh..

Jadik, sebagai kawan sebagai sesama muslim aku rasa benda tu tak betul. Aku ni cuba la menasihatkan dia. Jgn la buat cam tu. Jgn la ikut hati dan perasaan sgt. Tak bole membenci org apatah lagi mak mertua sendiri. Korang tau?? dia pulak melenting dan sound aku..pe hal aku sokong mak mertua dia instead of dia?? haiissh, pening aku. Tak pasal2 aku pulak kena.

Bila dah sudah gitu, dia mula la ungkit segalamala yg mak mertua dia buat selama ni..Mmg lah kalau nak ikutkan hati sure suma org pun rasa nak berdendam kan...tapi walau apa pun, it will never change hakikat mak  mertua dia tu mak suami dia kan?..Dan aku pulak ase menyampah dgn laki dia yg asik ikut telunjuk  bini. Walaupun mmg wang ringgit segalamala suma bini yg kontrol kan..mana hak kau sebagai suami dah ketua umah tangga. Nape takut sgt dgn bini?? takut bini tak support wang ringgit?? takut hidup merempat kalau bini tak tolong??.. please lah. Mak bapak kita..dorang tu jer lah yg kita ada ..dorang lah yg membela, membesarkan kita beri kita makan pakai sekolah suma..  Sbb tu lah hidup dan pekerjaan laki dia tu tak pernah berkat. Apa juga bisness dia buat tak pernah jadik. Keje makan gaji pun ala2 cukup2 makan..smpai sorry to say lah, spender pun bini belikan. Tu pun sempat lagi kawin lagi satu....haiish.

Penat benarnya aku nasihatkan kawan aku tu..tak bole cam tu.  Kita suami isteri harus ada toleransi dan komunikasi. Kesudian kita menerima dia dan keluarga dia seadanya..dan begitulah jugak sebaliknya kan.

Dia salu jer perli2 aku..menantu baek lah, mak mertua baek lah..laki baek lah.  Tapi dia sendiri tak pernah berusaha untuk mendapatkan yg terbaek untuk diri dia sendiri.  Dia sendiri suka membentak2 dan mengherdik2 suami dia. Dan suami dia pulak mmg takut sgt kalau dia naek angin.

Mmg dia ckp kat aku..ko tak rasa apa aku rasa..di madukan bla bla bla. Ya, aku tau tu. Dan aku bersyukur sgt2 dgn apa yg aku ada skg ni. Mmg laki dia buat salah sbb menduakan dia, tapi dia pun tak pernah tak balik rumah kan. Sampai aku sendiri pun moskel masa bila laki dia pi jenguk 2 anak dgn bini lagi satu?. Kwn aku sendiri kata, kalau dia kuar pun sejam dua je. X penah x balik malam..tak pernah pun apa taktaulah dia amik chance masa keje ye dak?

Walau apa pun yg terjadi pada kita tu suma urusan Allah kan. Sapa kita nak menidakkan takdir.  Dia pun lupa gaknya, dulu masa perkahwinan dia hancur sbb masalah utamanya komunikasi..dan org ketiga. Patut dia amik iktibar dgn redha apa jua yg berlaku. After all, Allah beri dia rezki melimpah2. Dgn keje, dgn  bisness kaen dia tu...Tu pun ada hati persoalkan aku salu buka fesbuk At least aku berfesbuk pun keje aku tak pernah terganggu. Suma keja aku tip top pun. Kan aku multi tasking gitu.  Bukan macam dia, time keje mengular pi kedai dia..salu MC, salu jer engaged masa kat off.  Tu pun ada hati nak mengamuk2 incrment dapat sikit..bonus dapat sikit kan...apa pnya org cam ni.

Hakikatnya..kita ni kena selalu muhasabah diri kita sendiri. Kaji, fikir kenapa kita diberi dugaan begitu begini. Kenapa dan kenapa..yg penting jangan rasa bangga diri dan bongkak sgt...Kalau Allah nak tareek kejap jer. Dia harus ingat tu..

Dan banyak lagi lah yg dia  pintas bila aku cuba nak menasihatkan, beri pendapat sbagi kawan.  Personally aku rasa dia sendiri sgt keras hati, ego dan terlmpau rasa diri bagus sgt. Sbb tu tak bole terima nasihat org..Tak bole terima teguran org.  Org begini..kalau tak di kawan pun tak rugi.

Semoga dia diberi hidayah..to be humble.  Dengan sesama manusia, terutama pada kaum kerabat dan org terdekat dgn dia. Dia mesti ingat, dia pun ada anak2..dia nak ke satu hari nanti anak2 dan menantu dia treat dia sebagaimana dia treat mak mertua dia??? Pada laki dia..insaflah..ko tak kan cium bau syurga kalau derhaka kat mak tau. Hidup ko takkan senang..percayalah ckp aku., sbb tu macam2 hal berlaku pada korang, pada umah tangga korang..pada anak2 dan sedara mara korang.

Hidup kita ni ibarat roda  ye. Kadang kita di atas kadang kita di bawah..sama2 kita muhasabah diri agar kita jadi org yg sentiasa bersyukur dan menghormati org lain..

No comments: