September 13, 2011

Madu itu racun..racun itu madu??

Berapa lama gaknya seorang wanita yg sanggup bermadu secara rashia dgn suami org dapat bertahan sabar dgn keadaan dan permasalahan dia?. Maksud aku berapa lama gaknya dia tahan ditinggalkan, dinafikan hak bukan saja pada hari2 biasa tapi jugak pada hari raya. Bape lama pulak dia akan sanggup telan kata2nya diawal perkahwinan rashia dulu? yg kononnya tak mengharapkan apa2 selain dari menumpang kaseh (kununnya), a shoulder to cry on (ceeh) atau pun tempat untuk berkongsi segala suka dan duka (dalam mimpi ler) tatkala jiwa tertekan emosi terbeban?. Sedangkan nak dapat jumpe si laki seminggu sekali hatta sebulan sekali pun payah?. Takat kalau dapat jumpa pun cuma semalam dua, bak kata bdak2 offshore "balik antar air" (shelaka betul ayat dorang ni, mmg dari dulu aku menci sgt dgn phrase ni tau) pastu blah.



Tapi gitulah hakikat kehidupan, mula2 belum dapat mmg sanggup lah bukan saja renangi lautan api bahkan sanggup mengorbankan perasaan rindu, dendam kasmaran kunun demi cinta. Konon tak perlu sgt wang ringgit si laki sbb dia pun mampu...Ye, maybe mula2 boleh lah kata memacam, janji memacam. Tapi trust me, lepas setahun or paling lama 2 tahun (entah2 tak sampai bape bulan) dah start merungut2?.



Gitulah yg berlaku pada sorang teman aku. Dulu masa dia nak kwin dgn sipolan sebagai isteri kedua dia tak xmo konon aku tau. Sbb dia tau mmg aku akan tak setuju dan agak marah. Seblum2 tu masa dia dah start2 rapat dgn mamat tu dan sering turun KL (alasan pi belajar kelas part time sesama) sama2 mmg aku dah suspect something. Tapi bila aku tanya ada apa2 tak? cepat jer menafikan. We are friends...just frens x lebih dari tu..walhal tak sampai setahun pun gitu..suddenly, dia sendiri buat pengakuan dah kawin dgn mamat tu secara rashia.secara sulit. Mamat tu dah berkawin ok!!, anak pun dah 5 org. Dah kwin selama 20thun pulak tu !!, mmg lah aku tau dorang dulu love bird masa kat ITM. Lepas masing buat haluan memasing kawin dan bina kuarga sendiri masing2 masing berhubungan. Bila mana suami kawan aku tu meninggal dunia, kawan aku tu sgt sedih, bermuram. Selalu jer meluahkan rasa rindu pada arwah suaminya. Rasa hati yg sering memanggil2 dan mengenang memori 17tahun hidup bersama. Mana tau tak sampai 2 tahun pemergian suaminya dia kawin secara sulit dgn mamat kekasih lamanya itu!!!.



Skemanya, dulu beria2 menyatakan pendirian kunun nk menumpang kaseh ketika kesunyian dan kekosongan jiwa dan langsung tidak mau mengharap $$$ kerana katanya dia berkerjaya, harta2 peninggalan arwah suami pun masih byk..Hatta KWSP arwah suami pun beratus ribu adanya. Pulak tu bulan2 mendapat pencen ilat dari perkeso kerana kematian suaminya. Tapi sekarang??



Aku dah dgr bunga2 rungutan dari dia. Walaupun hakikatnya, dalam hati nak jer aku sembur balik semula lantas memulangkan paku buah keras padanya. Tapi biarlah..aku pulangkan dalam hati aku jer. Walau disudut hati ada ketika bersuara "padanlah muka, ini jalan yg kau pilih kan..rasakan sendiri".....

Sudah mula merungut sbb si laki payah gile nak datang jumpe..mungkin mengharap2 si laki menghantar air?? hehehe, bila mana tgh berduka, mengharap bahu suami untuk menumpang kepala??..bahu entah kemana. Bila mana taim2 raya, ditinggalkan terkontang kanting sendirian. Maybe lepas raya ke 10 baru si laki menampakkan muka?.



Paling sukar, bila diri sendiri pnya dua anak perempuan yg meningkat remaja yg membataskan aurat2nya dgn si bapa tiri. Paling rumit pulak bila tiap kali si laki memunculkan diri, dia terpaksa amik cuti!. Sbbnya, memikirkan anak2 di rumah akan ditinggalkan bersama bapak tiri?. Yg si laki pulak, dah 20 tahun kawin, barulah nak kata bini tua tak pandai masak lah, malas mengemas lah. Bossy lah itu lah..inilah. Suma yg tak baik tentang bini tua di kabarkan pada bini muda?? padahal, sebagai lelaki, ketua keluarga bukankah ko ada hak nak mendidik dan mengajar isteri tu?. Memperbetulkan mana yg kurang dan salah. Itu kan kuasa seorang lelaki bergelar suami?. Kalau sendiri tidak dapat membentuk isteri dan membiarkan isteri terus2 san menjadi sedemikian rupa bukankah itu bukti yg si suami gagal melaksanakan tugas dan amanah yg Allah berikan?? Kemon lah, dah 20thn takkan tak reti nak didik isteri untuk jadi sempurna. Anak2 dah 5 org pun..dah umur 20 tahun yg sulong. Baru sekarang nak merungut dan bercerita pada org laen?. Apa pnye lelaki ini?



Dah 2 tahun berkawin secara rashia, masih tak mendaftarkan di pejabat ugama. Alasannya takut kena tindakan undang2. Sbb si Laki penjawat awam..penjawat pasukan keselamatan dan berpoligami secara sulit adalah melanggar tindakan tatatertib. Silap hb bole dikenakan tindakan. Tapi tidakkah memikirkan hak seorang isteri yg lagi satu tu? kata cinta.



Ketika si laki sakit dan dimasukkan hspital, kawan aku x leh nak dtang melawat sbb takut isteri tua tau. Maka terpaksa antar anak lelaki menjadi wakil melawatnya...tu mujur sakit?? kalau mati bagaimana?. Takkan tak nak melawat ketika itu?. Aku persoalkan pada kawan aku tu..kalau apa2 terjadi pada si laki gi mana?. Ternyata, dia terdiam. Tiada jawapn utk itu. Kalau si laki dijemput Allah, gi mana hak2 nya dalam harta dan KWSP???? takkan mau berdiam diri? sampai bila..Lagi sekali..dia langsung tiada jawapan untuk itu.



Mmg aku dgn kawan aku tu rapat..tpi jujurnya, aku tak berkenan dgn si laki. Pada aku, si laki sangat menjual ikan (selfish) dan pentingkan dirinya sendiri, perasaannya dan nafsunya sahaja. Iya kan?. kalau tidak masakan sampai saat ini masih lagi nak merashiakan. Masih nak menafikan hak kwn aku utk jumpa mak dan bapak mertuanya??? mana keadilannya?



Mcm pernah aku cerita di satu entry dulu, ketika aku dan kwan aku sedang minum petang dan melepak kat kedai mamak, si laki datang join. Ketika itu kawan aku kata dia agak kenyang tapi dia bercadang nak share rojak mamak dgn si laki dan silaki angguk tanda agree. Lalu, aku order 2 pinggan rojak. Bila sampai si laki makan rojak tu sendiri dgn nikmatnya sehingga abis licin (lagak lapar sgt kot?)..kwn aku cuma terkebil2 tgk dan menjeling. Akhirnya, aku dan dia berkongsi rojak aku pulak!!.



Mana bukti kata nak sharing is caring nya??. Ntah, aku tak nampak langsung what is great about the man. 4 tahun aku kenal si laki..dari seblom dorang kwin sampai dah kawin dgn kawan aku tu..masih lagi cam tu jer..mcm mat poyo yg sgt takut bini !!!. Bini tuanya. Sampai tiap kali bini tua akan kol mcm polis pencen and yet, masih berjaya si laki kwin rashia gitu...



Gitulah, asam garam dunia. Yg selalu dilukakan dan dikecewakan hatinya itu seorang perempuan. Padehal, yg mengecewakan itu juga ada lah seorang perempuan yg lain. Jadik di mana bukti mengatakan hanya perempuan mengetahui hati seorang perempuan?? busit jer statement tu..bgi aku, yg jadi penghancur itulah namanya perempuan..Lelaki walaupun tak suma, tp tidak dinafikan ramai yg ego dan pentingkan diri sendiri..ramai juga yg tak peduli perasaan org laen..walaupun mmg ada yg betul2 baik, bertanggungjwb dan setia..tapi nisbahnya sedikit kan...



Tepuk dada tanya selera..itulah jalan yg dipilih..itulah yg kau dapat. Usahlah mengharapkan lebih2 padahal ko sendiri tau, yg ko telah mengambil hak orglaen secara tidak jujur..secara sembunyi kan. Kau sendiri yg memilih utk melukakan hati kaum sejenis, lantas skg ni giliran kau pulak makan hati....

what you gave is what you get kan?..what comes around, goes around..

3 comments:

mrsharis said...

Owh..sy sangat suka entry akak ni. Rasa cam nak kongsi jer kat fesbuk...hehehe

Anna said...

hahaha....sharing is caring gituuuuuuu kan..

Kasih Firdaus said...

perempuan yang buat perempuan makan hati sebab sifat lelaki yang takut bertanggungjwab, sifat lelaki yg mepermainkan hukum Allah, sifat lelaki yg ego tak bertempat maka perempuan akan jadi mangsa zalim dan dizalimi