September 20, 2011

Apa yg kita beri, itu jugak yg kita dapat..

Ada orang (merujuk pada org2 di sekeliling ku lah kan), mulut dia laser bukan maen. Ckap maen lepas ikut sedap mulut jer..tapi hati dia baik.  At least, dia tak pernah dengki2 kat org. Dia ikhlas dalam berkawan.  Masa kita susah.. masa kita senang.  Dia sentiasa jer jadi teman dan sahabat sejati. Kadang2 kita tegur dia dgn ikhlas tanpa niat apa2. Dia ikhlas pulak terima dgn hati terbuka.  For me, aku suka berkawan dgn org mcm ni. Lebih tulus dari org yg mulut mak ai semanis air karbonat yg pnye 9 sudu teh gula tu. Tapi hati masya Allah..jahat tahap gaban.  Jahat tak pe, dengki nak mampus.

Being keje dah merata2 tempat, pi merata tempat beri peluang untuk aku menambah kawan dan sahabat. Tu belum amik kira sahabat kenai kat fesbuk lagi. Kwn atas kawan. Kawan atas sedara dan memcam lagi lah. Yg penting berkawan biar beribu, hatta bejuta pun..Setialah pada yg satu jer....hikhik

Aku nak bercerita, perihal seorang yg bukan saja mulut jahat, tapi hati dan segala perbuatannya pun jahat jugak.

Ada sorang mamat ni, pangkat manager kat opis SP.  Since nama pun manager kan, mmg la kita hormat dan respect. Tapi aku ni dah lama sgt kenal dia.  Dari zaman2 SP  bujang sampai la ni. Pendek kata satu jer tak berkenan dgn mulut dia yg celupar kadang laser tak bertempat.  Ingatkan mulut jer jahat cam setengah org tu, tapi tak sangka hati lebih jahat lagi.

Bila mana dia berambus dari bank tmpat SP keje kan, abes disabotaj nya mentenen kat building tu.  Yg last, apa mende dia buat ntah sampai  black out satu bangunan tu. Sampai takde air satu  bangunan tu.  Tak pernah2 dalam sejarah.  Tangki sebesar2 bagak kat atas bangunan menampung seluruh keperluan tenant sebanyak 24 floors kering kontang!. Something dah dibeger kat pump tu so air tak bole naek ke tank.  Sama cam kes eletrik gak. Ntah apa mende dia godek sampai terbakar main suis.

Mmg dorang x tuduh dia pun, tapi since last day dia hari khamis lepas tu dan followed by Jumaat -long wkend cuti ari mesia kan. Dia ada datang opis. Captured by CCTW. Reported by sekuriti guard mmg dia ada datang opis dgn alasan nak amik barang. Tak leh nak salahkan guard sbb dorang pun taktau dia dah berenti. Sbbnya? dia tak bagitau kat org..tak bagitau kat anak2 buah pun. Berambus gitu jer tnpa pesan tanpa proper handover. Bole pulak segala2 file2 pasal servicing dan report pun GONE sama...moskel bukan.

Pelik aku dgn sesetengah org ni. Kok ye pun sakit hati or rather gaknya nak sembunyikan segala perbuatan jahat selama ni kot kat management pun. Idakla perlu mensabotaj rakan2 berbangsa melayu Islam pulak tu. Kelam kabut dibuatnya meka 2- 3 hari ni dek kerja dia.  Tak senang tido, tak senang duduk org dibuatnya termasuk lah partner aku tu.  Kesian aku dgr keluhan dia betapa dorang suma sgt dalam kesusahan nak kembalikan operasi building on track dek bahana sabatoj si polan.

Masuk cara baik, keluarlah cara baik kan.  Seelok dorang bayar gaji dan beri segala benefit setiap bulan tu.  Tk ingat ke selama bberapa tahun berkhidmat dia di layan baek tapi apa yg di buat??.  Rupanya barulah terbongkar segala kegiatan tak bermoral nya. Merosakkan peralatan bangunan semata utk mendapatkan yg baru.  Aku pasti, dgn adanya pembelian peralatan baru harus dia juga pnye kepentingan dan percentage.  Selama ini semua org tutup sebelah mata akan kegiatan dia. Ternyata hari ni dia tak mampu menyelindung lagi.  Ketika audit besar2 bakal di jalankan di akhir bulan ini buat dia panas. Buat dia menggelabah dan sanggup berhenti sedangkan gaji bulan september belum keluar pun.

Nah, terbukti bukan. Klau selama ini berkhidmat dgn jujur dan telus pasti dia tidak melakukan semua itu.  Perpindahan ke tempat lain diharapkan memberikan keuntungan padanya. Padahal tidak seorang pun pasti samada benar2 dia mendapat tawaran lain atau sekadar melarikan diri dari kesalahan dan kesilapan yg selama ini di tutup?.

Aku tau lama dah. Dari dulu lagi mmg dia yg menganiaya SP. Sejak zaman C&C dulu lagi aku dah tau. Betapa selama beberapa tahun hak kenaikan gaji SP bahkan hak mendapat bonus SP pun dinafikan dek angkara dia. Tapi SP tak pernah melenting. Dia hanya diam bersabar dan amik pendekatan tunggu dan lihat. Kalau aku?? udah lama aku berambus pergi carik keje lain.  Apa perlu tunggu di situ kan?. Tapi tidak SP. Dia sgt sabar dan redha. Tak pernah aku dgr dia merungut pun walau selama bberapa tahun di C&C dia tak pernah merasa satu sen pun duit increment apatah lagi duit bonus.  Benar lah janji Allah. DIA sentiasa bersama dgn org2 yg sabar.  Kini setelah sekian lama bersabar, Allah beri kembali segala nikmat yg dinafikan angkara dengki dan hasadnya hati seorang insan bernama manusia.

Semenjak berkhidmat di bank rezekinya murah. Kenaikan gaji sebanyak 20-30% dinikmati setiap tahun tanpa sekali pun missed. Belum lagi di campur dgn segala backdate2 yg dia dapat semenjak diambil berkhidmat dgn bank.  Belum jugak diambik kira segala fix bonus yg dia dapat nikmati setiap 15 Dec. Sedangkan si Polan??..Hidupnya tak pernah karuan. Manjang bermasalah kewangan. Manjang di kejar bank2 dek hutang2 kredit kad yg tak pernah susut. 

Dan bila mana rezeki kami semakin murah, kami dapat beli sebuah kereta baru. Dia pun x mau kalah. Beli jugak. Sebuah pacuan 4 roda berharga beratus ribu.  Rata2 menyatakan tu suma hasil duit kopi yg diambil dari segala kontraktor yg berurusan dgnnya di bangunan tu.  Tidak pernah sekali pun aku dgr SP bercerita perihal si polan..cerita2 tak elok dan tak enak. Bahkan banyak cerita2 aku dgr dari rakan2 sekerja SP yg laen yg selalu jer bercerita dgn aku tentang kekaguman dorang akan kesabaran dan ke'cool' an SP biarpun di aniaya oleh si polan dgn bermacam2 cara.

Sesungguhnya janji ALLAH untuk bersama2 org yg sabar itu benar.   Sekarang, terbukti sudah. Aku sungguh rasa puas hati sbb ALLAH membalas segala perbuatannya terhadap SP terhadap kami sekeluarga selama ini.  Barulah aku mula dgr cerita2 perihal apa jugak yg si polan buat pada SP dari mulut SP sendiri. Kalau tidak?? jgn harap nak cerita in details nak beri bunga2 pun tak.

Aku kira jauh disudut hati SP dia bersyukur kerana segala kesabaran dia menerima segala dugaan angkara si polan sekarang sudah terbukti kebenarannya. Dan baru kini buat pertama kalinya, aku bole lihat dia tersenyum bila bercerita yg si Polan sudah pergi bersama2 keangkuhan dan tipu muslihatnya yg selama ini terselindung.  Allahu'alam.

Moga cerita di atas beri pengajaran pada kita utk tidak mendengki, khianat dan menganiaya sesama manusia tak kira apa bangsa lebih2 lagi bangsa seagama.  Hidup kita ni ibarat roda. Ada masa kita berada di atas, ada masa kita berada di bawah.  What u gave is what u get...ingat lah selalu  Allah sentiasa bersama org2 yg sabar dan doa org teraniaya tu makbul....

No comments: