August 2, 2012

Keladi Ooh Keladi

Dari masa muda remaja, i hate keladi. Very much.  Sbbnya gatal. Pulak tu nak makan kena siang bagai..sungguh melecehkan sgt2.  Dulu arwah mak rajin sgt. Pe lagi buat keladi masak asam boh cili kering . Dapat pulak makan dgn sambal belacan, ikan sepat masin..wah. Enak.  Tp tu suma arwah mak yg kerjakan. Tak pernah aku buat. 

Masa mengandung delin, aku teringin sangat nak makan keladi masak asam.  Bape lama ngidam baru la dapat makan.  Bila Delin lahir, dia lambat jalan, lambat cakap. Segala2 lambat. Kakinya lembek jer.  Arwah mak ada kata sbb makan keladi..tu pasal lembik..haiyoo mcm2 org tua2 punya prediction tau.

Kalau balik umah MIL pun, ada masa mak mertua masak keladi. Masak asam rebus jugak.  Tp aku x pernah la menyiangnya kan , sbb aku alergi sgt dgn keladi. Gatal!!

Tapi smlm, apakan daya.  Kerana nak jadik isteri mithali kununnya.. sanggup u olls.  Petang2 aku dgn SP salu bersms2. Tanya2 apa nak masak petang ni for buka. Selalu dia lah yg excited nak makan macam2.  Minggu aku dah raya, so napsu nak makan time buka agak kureng . Mana tak tghari sempat melantak dah kat off kan. Smlm siap order Burger Mc D lagi, mana tak kenyang!! huhu.  Tapi susah la u olls kalau x puasa ni. Susah nak makan. Kena la menyorok2.  Tak suke betul. Tp sbb sahur tak leh masuk apa2 alang2 tak puasa tenghari makan la ye dak.

Smlm SP kata dia teringin nak makan keladi..sudah!!, dalam hati aku dah berkata2 jahat. Malas betul la!.  Aku tnya mana nak dapat?.  Dng yakin dia kata chowkit aaarrr.  Maklum ofis dia dkat sgt dgn cowkit tu kan..anytime jer nak beli.  Alang2 tu, aku kirim beli ulam dan belacan sekali.  Bila dah balik tu mula la menyiapkan misi. Menunya, keladi masak lemak kuning dgn ikan haruan dan ulam2 makan sama sambal belacan.   Oh, skg ni SP balik kul 4.30pm so on the dot aku dah turun bawah.  Sampai rumah kul 5 lebih, sempat sgt2 lah nak masak bagai.

SP beli dua ikat keladi.  Daun selom, tenggek burung dan sedikit jering muda.  Mengerjakan keladi mula2 lagi masa buang kulit ari tu dah aku rasa gatal2. Haru betul tau.  So kerjakan segala apa yg patut.  Since hari2 tertentu kakak takde tuisyen aku bole suruh dia turunkan apa yg patut.  Aku dah suruh turunkan ikan haruan dan daging. Sbb aku teringin nak makan daging goreng black pepper la pulak yg digoreng bersama kentang.

Dekat pukul 7 kot siap la segala menu aku.  Nasi?...aku sampai2 rumah jer nasik yg aku masak dulu. Pastu tinggalkan masak lauk2 dan yg lelain tu.  Tugas SP ialah membasuh pinggan dan segala yg ku humban kat sinki. Kakak pulak mmg tugas rasmi dia buat air.  Biasalah, hehari lain2 menu air bdk2 ni. Kejap oren, kejap anggur, kejap sarsi. Ada masa sirap bandung bagai.  SP tetap nak minum Teh O jer hehari tak kira air apa yg ada tu jugak dia nak.


Jadik inilah menu bebuka kami semalam.  Keladi masak kuning dgn ikan haruan, telur dadar, daging goreng lada hitam..ada sambal udang petai semlm pnye. Sambal kicap pun smlm punye dan ulam2 dgn sambal belacan. Yg pasti, smlm amal tambah nasik xtau berapa kali.  Nasik dikuahkan kuah kuning tu pastu dia boh kicap.  Berulang2 kali dia tambah sampai aku suh dia stop.  Aku dgn SP pun bertambah 2 kali smlm. Walaupun tghari aku dah makan..tpi tetap beselera dapat makan sambal belacan..perggh.... Kakak makan sepinggan jer..tapi nasiknya banyak. Tu pasal dia tak tambah lagi.  Dia suka sgt kentang yg digoreng sama daging lada itam tu..tu jer lah lauk dia makan sama sambal belacan.  Delin? hmm budak tu mana puasa. Kata babysitter kat umah dia pun delin x mau makan. Katanya dah makan nasik lemak kat sekolah.  Since Delin tu x paham lagi apa erti puasa..aku biarkan jer dia.  Mana tak, hari pertama tu beria2 dia kata puasa..Bila tnya puasa tak?..PUASA..konfiden jawap tapi mulut mengunyah boleeesss?.  Since akal dia x sampai ke tahap tu lagi , aku biarkan je. Bak kata babysitter aku dia tak reti lagi konsep berpuasa dan maksud puasa.  Sbb tu aku mmg beri dia bawak duit tiap hari. Sbb dia nak beli makanan kat kantin.  Yg Amal pulak sbb terlebih bijak kan, mmg aku suruh puasa betul2.  ALhamdulillah tahun lepas bocor 3 hari..harap2 tahun ni takde. Byk dah tuntutan dia kalau puasa penuh..mati la mak..ahha. 

Benarnya ginilah lauk aku masak hehari for buka. Sempoi dan disukai suma org.  Nk masak pelik2, buat kuih bagai tunggu weekend la. Hari keje nan ado lah ye.  Nak beli?? hmm jeran aku kalau tak terpaksa.  Jumaat lepas tu sbb nak balik kg lepas buka aku tak memasak. Kami pi bazar jer beli makanan. Aduyai, sambal jering sama udang beli 3ringgit betul2 sesudu jer u olls dia bagi..

Pulak tu barang makan mahal sgt kat bazar tu. Rm 30 taktau apa la dapat lauknya. Tak sampai sahur pulak tu. Kalau aku masak gerenti sahur aku takyah bersusah2 masak lagi..cuma panaskan aja.

Hari ni aku plan nak ayam masak merah, tomyam sayuran, sepat goreng garing..-sambal tumis ikan bilis, peria katak goreng garing...janji ada lauk kegemaran bdak2 terutama si Amal yg puasa...kira setel dah. Aku dgn SP apa pun  bole..Kakak pun sama..janji ada sambal ke..ayam masak merah ..jalaaaaan

Gitulah adanya, dari cerita benda2 menyakitkan hati yg berlaku kat opis aku ni kan baik cerita pasal makan.  La ni aku tak peduli apa dorang nak buat pun suka hati jer la. Aku tunggu jer. Kalau dapat offer keje kat tempat lain, baru la aku fikir apa aku nak buat..fair kan?. Selagi dorang tak ckp apa2, nak bayar apa2...aku dok dendiam. Lagi best apaeeee makan gaji buteee..tak gitu??

1 comment:

Irfa said...

WAH
meriah meja..aku lebih suka yg simple2 gitu..lg berselera makan

bab keje tu..ko buat derk je
tgk apa jd ;)