January 19, 2012

Mara oh Mara...

Back in late 90 ke cam tu lah, aku masih naive. Masih tak berapa berapa matang, berakal dan pnye pengetahuan tinggi akan perkara2 di sekeliling, di persekitaran. Maklum lah masa tu baru je anak sorang, awal 20an gitu, baru jugak membina kehidupan org kata.

Masa tu biras aku yg aku pernah citer sebelum2 ni masih dalam bisness.  Interior designer cum contractor for projek2 kerajaan, masa tu bisness dia mmg kababboom, untung banyak2. Bole beli 2-3 biji umah. Boleh beli 6-7 bijik keta u olls, dah tu bagi kat staff2 pakai pulak tu.  Ingat tak citer aku pasal 15thn dulu yg kami bersusah payah naik bas pada pertama kali aku berhariraya sebagai isteri org. Yg kunun nak pinjamkan keta, then buat2 lupa, sampai SP terpaksa menapak ke Pudu Raya di tengahari rembang di bulan puasa!!. Oh, mana mungkin aku bole lupa semuanya tu kan.

Ketika itu, aku dah bekerja dgn sebuah syarikat oil n gas kat KL ni. Dengan pendapatan Alhamdulillah la, cukup byk kalau nak diambil kira pada tahun2 kemelesatan ekonomi masa tu kan.  Kalau nak compared dgn gaji SP masa tu mmg jauh beza. Mgkin atas sbb itu lah biras aku ni mintak pertolongan aku gaknya.

Aku dimintak oleh dia menjadi penjamin. Katanya untuk projek besar yg dorang baru dapat.  Jadi mereka perlukan fund. Fund tu kena dapat as loan from Mara under pinjaman usahawan ke hape ntah.  Mintak tolong aku to be a penjamin to her..(truely aku bodoh betul sbb setuju). Pinjaman sebanyak RM65k.  Melihatkan bisness dia yg mmg masa tu sangat kencang kan, aku berasa yakin lah. Maklum katanya kalau dapat projek tu dorang bole buat settlement terus dgn Mara..KATAnya..

Sbb nak tolong sedara kan, nak nak lagi aku ni baru je dapat jadi keluarga mereka, dalam cuak tu aku setuju gak, sbb dijanjikan untuk memasukkan nama aku dalam share holding the company and akan dapat payment for being director.well...KATAnya lah kan.

Cumanya, maknusia ni mmg ada jenis2 yg suka tanam tebu tepi bibir kan. Suka sgt berjanji dan tak guna otak semasa melafazkan segala janji2 mereka..wait, sabar ye.  Aku ada sbb kenapa melahirkan ayat2 kejam begitu. Korang kena baca sampai abes dulu ok?.

Masa bisness dorang boom, samada dorang lupa or buat2 lupa or sengaja or mmg habitat dorang cepat sangat lupa diri kan. Aku tak salah kan abang ipar aku (abg SP) sbb dia pelajaran tak tinggi.  Takat SRP je, kalau suruh buat keje2 construction mmg dia hebat, tapi in terms of financial management kan mmg biras aku tu lah hebat, maklum org graduated UITM (dulu ITM) katanya.  So, seharusnya dia yg berilmu tu managed the company managed the financially dgn betul kans?.

Dah la janji2 yg dia lafazkan tu haram nak tunai. Directors fees konon?..seingat aku, mmg masa kami beli rumah ada gak kami PINJAM sedikit duit muka sbb duit kami tak cukup, TETAPI kami dah bayar balik semula sebaik saje EPF dapat keluarkan.  Takde pun courtessy nak kata or nak tunai apa yg dia kata masa nak buat pinjaman dgn mara tu kan. Masa tu dah 2-3 years kot after the loan released.

Beli rumah 3-4 biji.  Beli kereta, shopping bagai nak rak tiap kali raya.  Masa tu aku terasa sgt, bila balik raya kat johor tu bukan maen lagi dia shopping pakaian raya anak2 dia. Pulak tu beli memacam permainan tuk anak2 dia yg masa tu dah 3 org. Terkulat2 anak aku masa tgk .Nak tumpang main tak berani.  Bila dia tau kami beli rumah kat rawang kan, macam2 dorang kata. Jauhlah, tempat jin bertendang lah. Mereka kata nape tak beli dekat2 KL. Beli2 dekat area Ampang cam dorang duduk tu.  Besar.

Gaji kami masa tu tak memungkinkan kami beli umah kat KL.  Kalau ada pung rumah flat.  Kami dah puas dok menyewa flat sana sini. Dok setinggan sana sini.  Bila nak beli rumah, kami carik umah atas tanah. Umah yg ada tanah. Terpaksa pulak beli jauh. Sbb tu jer lah yg kami mampu kan.

5 tahun berlalu. Aku masih terima salinan statement of account dari Mara perihal pinjaman tu.  Takde apa2 movement, takde apa2 payment records. Yg ada jumlah pinjaman,  berserta bunga dan baki yg perlu dijelaskan which berjumlah RM67k. Masa tu bisness biras aku tu dah teruk, teruk benar.  Kereta ada dah terjual. Rumah dah terjual jugak 2 bijik.  Pekerja suma lari sbb tak dibayar gaji. Kereta2 yg pekerja pakai tu rosak teruk, sbb tak pernah dijaga. Semuanya di belasah jer. Servis pun haram tak de buat.

Suatu hari, aku dapat surat dari peguam. Surat saman untuk kes ke mahkamah atas pinjaman tu.  Masa tu aku dah berakal, dah matang dan dah tau selok belok surat lawyer ke surat mahkamah ker.  Aku tak puas hati bila disaman dan disuruh ke mahkamah atas sebutan kes pinjaman tu.  Tak bole jadi ni , aku mula kol lawyer tu dan cerita masalah dan  bincang dgnnya. Aku ni benarnya jadik penjamin ke 2 selepas abang ipar aku tu.  Aku ckp kat lawyer tu masalah sebenar dan lawyer tu  bole kata, peminjam langsung tak kol atau berbincang tentang jadual pembayaran. Loyer kata lagi kalau dia tak bole bayar, dia harus datang bincang dgn Mara.  Mara mcm bank jugak bole nego utk terms pembayaran kalau tak mampu nak bayar banyak bayar la sikit. Tapi selama 6 tahun tu haram satu sen pun tak pernah ada pembayaran balik..boleh??

Lepas ckp dgn loyer tu aku jadik panas hati lah kan. Aku hantar smm maut kat biras aku tu.  Aku luahkan rasa tak puashati. Aku kata Akak tak adil buat saya mcm ni.  Saya cuma penjamin dan satu sen dari duit tu pun langsung saya tak makan. Saya cuma tolong sedara jadi penjamin tapi Akak tak bayar langsung, dan sekarang surat mahkamah dah datang. Akak dah aniaya saya mcm ni..tolong lah kak, setelkan cepat.

Begitu ayat aku. Lepas dapat sms tu gelabah lah biras aku tu. Gedebak gedebuk, gitu gini after a while benda tu takjadi dibawak ke mahkamah.  Dan dia ada buat pembayaran kalau tak silap aku 10k kot.

Lama dah tu, aku keep dapat stament Mara, aku tgk tadek perubahan pun dari jumlah RM55k yg tinggal. Stagnant je gitu. Tiap kali jumpe biras aku tu kat kg masa raya, mula la dia cerita susahlah bisness takde lah, org buat dia lah bla bla bla bla. Malas aku nak layan. So aku biarkan jer. Mujurlah Mara tak link kat bank u olls, kalau idak mati lah aku. Nak amik kereta baru aritu mujor lah lepas. Klaulah masa tu nama aku kena blacklist sbb DIA, harus aku meroyan dan amuk.  Lepas pada tu ada la jugak dia sms pasal benda tu.

Mengadu pasal laki dia ke, mengadu pasal apa2 jer lah.  Yg paling banyak pasal umah tangga dia lah. Sampai ke satu tahap aku cakp direct dgn dia...."Saya x mau masuk campur dalam urusan umah tangga akak, SP dah bagi saya amaran jgn campur umah tangga org, sebagai isteri, saya kena ikut" tu jer ayat aku.  Ini adalah biras yg aku citer MIL pi umah dia tu kena kemas umah, lipat kain bagai tu..haaa, dia lah tu.  Biras aku tu salu gak nak korek2 rashia apa MIL ckap or komplen kat aku pasal dia.  Dulu mula2 masa tatau aku sekongkol gak dgn dia citer2 pasal MIL..tetapi lelama bila dah tau luar dalam ..aku malas nak amik port. Afterall, aku tak bermasalah dgn MIL buat apa aku nak carik masalah kans. Aku kan menantu pilihan ..wakakaka...perasan.-ish menyimpang dah citer aku pasal MARA ni.

So, berbalik pada pinjaman Mara tadi tu, hari Jumaat lepas aku dapat surat cinta dari MARA. Dalam surat tu menyatakan bahawa dalam masa 14 hari kalau pinjaman tu tak diselesaikan or tak datang bincang dgn MARA, nama aku akan DISENARAI HITAMKAN dari Mara. Bila dah black list tau2 jer lah. Anak nak masuk MRSM ka UITM ka..aku nak buat pinjaman Mara in the future kaa...mmg totallya tak boleh!!!!.

Aku la ni bukan bole terkejut dan stressed2 begini tau. Sure terus kepala ku akan sakit dibuatnya.  Teros aku rasa adrenalin aku mencanak sbb aku rasa darah aku panaas....my blood dah goes upstairssss!!! Takpe...aku tenangkan diri jap, masak for dinner, mandi dan solat. Lepas makan dalam rilek2 gitu..aku ase dalam dkat2 kul 10 kot, lepas aku ckp2 dgn SP, aku sms biras aku tu.

Ayat2 cam biasa jer. Cuma aku kta dalam SMS tu..Akak, u patut pi Mara bincang dgn dorang pasal payment ni. Klau tak bole bayar, I m sure u bole sit down and figure out camne nak sette benda ni. Tolonglah, saya ada anak kak. Mana tau dorang nak belajar dgn Mara nnti later on. Langusng tak bole pasal benda ni. Mana tau saya nak buat pinjaman bisnes dgn Mara nanti..suma hak2 saya tu akan dinafikan pasal benda ni.  Akak dah aniaya saya..aniaya anak2 saya..(padanlah anak sulong ko tu x dapat masuk MRSM ari tu..result dia bkan main bagus dalam PMR, ko antar pi sek sains..dgn alasan MRSM jauh..padahal entah2 mmg tak bole masuk sbb kena black list -ni getus hati aku lah kan).  Akak x patut buat saya macam ni. Saya tolong akak dulu ikhlas tak harap balasan. Tapi saya juga tak harapkan balasan mcm ni..Haaa, amik kau.

Lepas tu x lama dia reply. Dia kata, bisness dia baru nak naek after 7 years tak bole buat apa2 sbb org aniaya (propa..ada aku kesahhh??) so dia kata dia dah start buat payment sebulan 1k..(taktaulah start bila kan), nnti akak bincang and kol pegawai mara tu. Hari Senin nnti akak jumpe dia. Bila u dpat surat tu?? dia tanya . Sbb patutnya dah reduced sbb akak mmg x pernah missed bayar tiap bulan (ntah betul ntah idak). Baca statement dia tu aku panas lah kan. Sbb?? surat tu bertarikh 31hb December hokay!!..agak2 lah kalau nak propa. Aku jwp. Saya tak tau dan tak mau tau. Yg saya tau surat ni ber tarikh 31hb Dec. 

Lepas tu dia reply lagi sms tu..aku baca dan aku tunjuk SP. Tapi SP kata toksah balas..so aku biarkan je SMS tu..yg panjang lebar dgn segala cerita tok nenek. Dia kata la yg dia dah kol pegawai mara tu..(memalam u olls..kul 10 lebih tu) kata cheque tak clear bla bla bla...Aku tak interested nak tau hokay..

SP suruh aku kol sendiri Mara and asked for statment. Betul ke spt apa yg dia kata. Tapi aku ni tak berkesempatan lagi nak telefon and ditambah lagi aku malas nak bersusah payah setelkan bukan loan aku pun kan.  Walaupun berkemungkinan satu hari nanti korang akan nampak nama aku terpampang kat akhbar sbagi PENJAMIN utk org2 yg tak bayar hutang kan!!!. shelaaka sungguh.


So smlm aku dapat SMS biras aku tu..lebih kurang dia kata gini.  N, akak dah pi jumpe pegawai mara semlam dan dah setelkan.Suma cek2 yg akak dah bayar dorang dah akan di clearkan by this week..dan your name will be remove dari penjamin pnye list..(errrk, aku keliru. Dari penjamin ke dari senarai hitam????) Alhamdulillah, akhirnya sumanya selesai..(errk, lagi sekali aku keliru...dah selesai 55K????).  Aku pi dapur tunjuk SP msg dia tu...lepas SP baca..dia kata..Dont reply.dont say anything...biarkan jer. and make sure u check dgn Mara sendiri...well, aku kan isteri mithali..ofkos lah aku ikut jer...hahaha. Cumanya...ada ke sapa2 baca belog aku ni keje dgn Mara??? yg aku bole mintak tolong checkkan status loan tu sama ada payment ada buat ke tak?...sbb maklumlah, dah terkena banyak kali dgn org yg mulut manis ni kan...aku langsung ...read again..LANGSUNG tak percaya!!!!.  oh, lupa pulak aku nak cerita, lepas kejatuhan bisness dorang rumah yg kat ampang tu dorang jual below cost!!!..siap dgn furniture dalam  umah tu sekali. Aku tak tau or tak paham kenapa dorang jual rumah dgn segalamala perabot tu  kan..jual umah harga murah gile2 pulak..kokye tak payah la jual dgn perabot sekali..tu pasal aku kata buat keje tak fikir guna akal...sudahnya bila org dah beli umah tu baru sebok nak amik balik of kos lah org tu tak mo bagi kan??

Dan the best part is, dorang terpaksa berpindah ke rumah lagi satu. Nun kat Puncak alam tu.  Allah maha adil. Dulu dorang kata umah kami jauh..tmpat jin bertendang..Sekarang??? tiap kali sedara mara nak pi umah dorang..hatta MIL pun nak pegi sana sure dorang merungut2 sbb sgt jauuuuuh...sgt jin bertendang!!! .

Mcm aku citer, invoices bersepah2 dalam kereta. Macamna nak kire bisness, nak kira aliran wang tunai keluar masuk??. Salah sorang anak sedara pernah keje buat akaun syarikat dorang pun kata..haywired ...tak pe, bila dorang ckp invoice2 , bill2 suma kena kumpul dan submit to acc sbb senang nak buat costing, nak buat billing kan..Bila ckp sama mam boss...dorang pulak kena marah..abess camno??...

Bila kita berbisness tak kira kecik ke besar ke..ilmu tu penting.  Amalkan ilmu pun sgt penting jugak. Kalau takde ilmu carik..belajar kan..and praktik.  Sbb bisness is about untung rugi..bukan men taraaaaaaaaaam saja...maka sebb itulah, aku sampai skg lebih suka keje dgn org..tak yah pening pala..cukup bulan dapat gaji..at least secured sikit kehidupan kan....insya Allah..kan org kata..what u give is what u getsss......



5 comments:

Cik Sibuk said...

Ooh..cian u.

Bukan nak kata apa la, camne la bisnes melayu nak maju kalo ada duit je..joli sakan..yg cam gini lagi teruk, aniaya orang.

Tak berkat woh duit dia..

CikPuanHaLia said...

Kak..sy keja mara selangor. Akak email sy no ic dia nti sy tlg semak.

Anna said...

Cik sibuk..tu lah tu pun tak leh muhasabah diri lagi tu...sabar je lah..

Cik Puan HaLia..wah tak sangka u keje dgn MARA..orite2 nnti akak email details dia ya....thankss...

CikPuanHaLia said...
This comment has been removed by the author.
Irfa said...

panjang citernya :)aku nak komen part mana yer?emm

susah juga bila bab-bab duit ni
ahli keluarga pun boleh gaduh