January 18, 2012

I missed you Mak

Acapkali, bila aku dengan akak sebok2 pasal nak buat kenduri tahlil arwah mak pasti aku bermimpi kan dia.. :'(.


Malam semlam, setelah baik dari sakit kepala, aku macam  biasa lah. Lepas abess CSI Miami jam seploh je berkira2 nak tido dah. Hari sekolah, paling lewat kul 10mlm mesti zzz, kalau tidak pasti mengundang padah nanti.  Resmi nya Amal, selagi aku tak tido mmg dia tak tido. Cuma tahun ni laen sket bila dia dah bersedia nak tido kat bilik sendiri kongsi sama Delin.  Tiap2 malam kalu tak bergaduh dulu sbolm tido tak sah.  Dari bising2 sampai dua2 senyap. Pasal berebut kipas. Gitulah adanya.  Bergantung pada mood, ada masa baik je teros tido ada masa, kalau tak jerit2 dan memekak tak sah!. Karenah anak2 kans.


Lepas letak kepala walaupun SP masih melayan WWF kegemaran dia kat sports channel, aku baca apa2 yg patut terus hanyut.

Ttba, aku rasa berada macam kat rumah mak kat kampung.  Sebok sgt. Sebok nak buat kenduri tahlil 100 hari mak.  Sepupu2 rapat belah arwah pak datang. Mak uda adik arwah pak pun ada. Aku, akak dan beberapa org lagi jiran mak tengah sebok nak membersihkan ayam, nak perap maklum nak buat ayam goreng berempah kot.

Kat satu sudut pulak, kak ipar aku yg aku tak berapa gemar tu pun ada sama. Dalam hati, apehal perempuan ni sebok2 datang ni, selalu tak pernah pun nak datang menolong ke apa.  Kat satu sudut pulak Imah, jiran sebelah umah mak tgh bersembang dgn sepupu aku. Topik apa tak pasti yg aku tau dorang gelak2 gembira.

Bila aku pusing kat satu sudut plak, aku cam nampak kelibat mak. Sebok gak mencari2 barang. Macam carik2 bawang2 nak bagi jiran2 tu tolong kopek kan.  Mula aku rasa cam pelik, eh..mak??..ni nak buat kenduri 100 hari dia. Nape pulak dia ada kat sini???  Wajahnya aku nampak cam bersih je..gembira dan berseri2. Dia memakai baju blaus bunga2 kecil kale pink bersama kain batik yg sering aku lihat dia pakai dulu tu. Rambutnya tersanggul rapi. Baru je aku nak buka mulut panggil ...Makkkkkk!!!

Sedang aku memikir2 gitu, tiba2 ada orang sentuh tangan aku sambil cuba gerak2 kan...aku pikir sapa pulak la goyang2 tangan aku ni. Lantas aku terkejut!!, terus aku terjaga..

Rupanya anakku si Amal, duduk kat tepi katil aku sambil kata 'Ma, amal haus...amal nak minum' katanya..dalam mamai2 gitu aku pimpin tangan dia ke dapur, tuangkan air teh o yg mmg tiap malam akan dibancuh kakak seblum dia tido...laju je dia minum, kehausan mungkin.  Then terus berjalan ke bilik air . Nak kencing katanya.  Gitula resmi dua org. Si amal dan delin kerap terjaga nak mengejutkan aku nak minum..Bila amal dah sudah dari bilik air, aku cuba nak baring semula, cuba nak lelap kan mata, barangkali nak sambung mimpi tak kesampaian memanggil mak.

Tergerak hati nak melihat alarm clock...arggh!!..dah pukul 5.45am rupanya..Aku bermimpi!!.  Ya, aku mimpikan mak..tak sempat dia memaling muka pada aku....aku dah terjaga..  Ah, rindunya aku pada dia..rindunya aku pada senyuman dia...

Alang2 mau melelapkan mata, alang2 jugak amal dah baring kat sebelah menyempit diantara aku dan SP, aku lantas bangun mandi dan menunaikan solat subuh. Sambil mendoakan semoga roh mak sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt....

Lepas abes berdoa...tak semena2 airmata ku tumpah tanpa di paksa...Mak, aku sgt rindu padamu...moga kau tenang di sana ya mak...Insya Allah, tahlil 100 hari buatmu akan menyusul hujung minggu ni..Insya Allah aku dgn kakak tak pernah akan lupa melaksanakannya..kerana kami sangat kasihkan mu..hanya ini sajalah yg mampu kami lakukan setelah kepergianmu..AlFatihah buat mu mak

4 comments:

CikPuanHaLia said...

Saya baru lepas menangis2 sms kat makcik sebab teringat arwah nenek.
Rinduuu sgt rasanya kak ;'(

Anna said...

tu la..akak pun rindu sangat2...:"(

CikPuanHaLia said...

Sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan bersama hambaNya yang beriman yer kak.

Cik Sibuk said...

adehh..sedihnya bacaa..