January 6, 2012

Sharing is caring


Seminggu dua ni memacam masalah umahtangga orang yg sampai ke telinga aku. Samada itu perkhabaran dari pihak ketiga maupun dari orang itu sendiri. Maklumlah, aku kan biro pengaduan awam ..kikiki.  Tak lah, kalau ada orang or kawan nak cerita meluah perasaan isi hati dorang takkan lah kita tak mo dgar kan. Kalau tak bole memberi idea ataupun nasihat bole je tolong mendengar kan?. Tu pun tolong juga namanya.

Semenjak end Dec ari tu, babysitter aku ( pangkat mak2 dah sbb dah 60lebih umur dia) ada dtg umah. Kebetulan nya masa itu aku tgh keje. Yg ada kat umah SP jer lah dgn anak2.  Gaknya, tertahan menanggung rasa kot, dia bercerita je direct dgn laki aku tu.  Laki aku tu pun, kemudiannya citer lah kat aku balik.  Dari citer laki katanya, anak makcik tu sebok bergaduh laki bini, siap berparang2 nak bertikam2 bagai.  Gitulah katanya kan.  Sampai lebam2 anak makcik tu kena belasah.  Anak makcik tu pulak rupanya selama ni dok coverline laki dia. So mak pak dia tak tau.  Sudahnya bila dah bergaduh sampai nak bertikam2 bagai kan baru lah bocor reshia nya.

Masa ujung minggu lepas tu, jiran ada buat kenduri akikah, so aku terjumpa lah makcik ni.  Personally dia cerita la balik apa yg SP dah citer kat aku hari tu. Kali ni lebih jelas lagi lah kan.  Katanya anak menantu nya ni dah kali kedua benarnya ni. Pertama kali dulu sampai bercerai gak, tapi rujuk semula.  Anak dorang ada 3, yg besar 14th, no 2 -9tahun dan yg kecik tu kurang dari 2 tahun aku rasa.  Since anak2 aku yg dua tu makcik tu yg babysit kan anak2 aku mmg rapat sangat dgn anak2 dia tu.  Ada bberapa kali amal cerita yg Cik Lin (anak mak cik tu) luka2 tangan, kena kaca bagai. Rupanya tu kena belasah dek laki u ools.

Dan laki si Lin ni pulak sudah tangkap cintan sama satu perempuan pinoy (filipino). Katanya maid je keje kat umah org. Tapi jenis org kaya2 dok service kondo ke hape, sudah sangkut sama laki si Lin. Bukan sangkut aje u olls. Sampai dah tahap berzina lah pendek kata.  Ini pengakuan sendiri laki si Lin kat makcik tu.  Bila bercerai kali pertama dulu tu mmg pasal perempuan ni jugak lah.  So, bila masa tu dorang dah berbaik dan rujuk, si laki buat taklik.  Sekiranya dia ada affair semula sama itu pinoy katanya maka jatuhlah talak..Gitu. Taklik tu gaknya diucapakan antara dorang dua jer kot, ntah2 kat dalam bilik tido, atas katil. Masa berbaik2, ntah2 masa nak projek kans..hahaha. Masa tu tak memikir kesan buruk buat taklik gitu. Dasar bodoh pnye jantan kan.

Jadik bulan 10 lepas raya tu, laki si Lin buat onar semula. Bikin affair semula, worst which kali ni benar2 serius giler sampai lah ke pengetahuan si Lin ni.  Bila dah jadi gitu kan, berlaku lah pergaduhan dan pertengkaran.  Tuduh menuduh sampai ke kes nak tikam menikam u olls...Takut taw aku dgr.  Bila dah jadi hal gini, Lin yg masih ada ilmu sikit dan akal tu, pi mengadu dgn maknya. Perihal taklik yg pernah diucapkan dek laki. Pe lagi, abes lah keluar segala mala yg tersirat kan.

Bila dah begitu kan, mahkamah syariah lah tempatnya.  Kes kaunseling dah berjalan, menurut ustaz tu maka jatuhlah taklik tu sbb ia dilakukan dalam keadaan waras. Bahkan laki si lin tu pun mengaku mmg dia cakap gitu. Disaksikan mak dan pak si lin nih.

Bila dah  jadi begini kan, skg ni tunggu kes mahkamah je lah. Sebutan kes kata makcik akan dibuat 10hb depan.  Tapi pada dasarnya, mmg jatuh lah udah talak itu.  Kesian aku dgn makcik tu tau.  Dari cerita makcik tu, mmg si menantu tak pernah kenal tikar semayang u olls. Bukan menantu jer, seluruh keluarga besan mmg tak pernah kenal bahkan taktau langsung nak solat uolls....sedih kan?.  La ni mak si menantu tgh sakit terlantar, tapi dah terlantar tu barulah katanya teringat nak solat, baru nak menyesal selama ni tak pernah solat, tak pernah ajar anak2 solat..akibatnya...

Aku respect kat mak cik ni bukan apa, cucu2 dia tu suma dia jaga betul2. Antar pi sekolah agama. Sampaikan dia citer kat aku, kumpul duit sehari singgit tuk cover bayaran sekolah agama cucu2 dia tu.  Makcik ni laki dia pencen navy, at the same time antar bdak2 pi sekolah-kira buat service transport lah kan, dan juga ada run tadika.  Cucu2 dia Alhamdulillah, umur baru 9 tahun tu tak pernah lagi tinggal solat. Yg besar tu pun sama, lepas nengok nenek terlantar menangis nak solat tak bole maybe buat dia insap. Sbb makcik kata skg ni bdak tu rajin dah solat. Lau tak harus kena bentak2 baru nak buat.

Citer terbaru aku dgr 2-3 hari lepas, makcik ckp dgn aku menantu dia datang umah. Dah lam taim2 maghrib,  kunun nak amik anak2 dia ajak pi kuar makan ke hape. Tapi hagak2 lah, taim ajan berkumandang kan. Habess dibasuh kaw kaw dek makcik menantu dia tu. Best part is besan  yg sakit tu pun bertongkat ada sama. Bersekongkol dgn anak dia tak solat tuh.

Gitulah, kita selalu diingatkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara kan..Sihat seblum sakit, Susah seblum senang, lapang seblum sbok,kaya seblom miskin..dan paling penting hidup sebelum mati.  Kalau kita tak amik iktibar dan peringatan dari 5 perkara ini, ginilah jadiknya.

Sekarang ni makcik kata, tiap kali menantu dia tu datang, dorang saspen suma, ye la takut dia datang meroyan bawak parang ke hape kan.  Since dah jadik gitu, aku nasihatkan buat report polis jer. Mana lah tau takut2 karang jadik lain pulak kan. Dan pada Lin tu aku dah ckp kat dia, cariklah keje. Anak dia yg kecik tupun dah besar, takde masalah nak pi keje. JJ baru tu byk keje kat situ. Sepelaung jer dari umah. Jalan kaki pun sampai.

Yg aku takut sok, si jantan tu meroyan giler talak. Dah pernah berlaku seblum ni tak mustahil berlaku lagi sekali kan.  Dulu masa dia takde keje, keje x menentu, Lin yg tanggung dia, la ni dia dah ada keje bagus, income bagus, kejap jer dia lupa diri.  Semuanya dek kerana penangan pinoy you olls.  Yg aku sakit hati dgr bila makcik kata, dia mengaku nak pinoy tu sbb nak maen jer  boleeh??..celaka sungguh statement tu nak nak lagi dilafazkan kat depan mak mertua ..dasar kan.

Aku doakan semoga semua berjalan lancar kat mahkamah nanti. Bak kata makcik, dia berdoa sgt moga2 nanti mamat tu lepaskan anak dia si Lin tu dgn mudah. Tak mo gantung2 dan seksa ke hape. Ye, lah malas nak drag kes lelama ye dak. Kalau dah tak suka tu dahlah, pisah je lah jalan terbaek.

Afterall, dah berani pukul2, dah berani ugut nak bunuh dan tikam bagai kan. Sekali maybe lah bole maap ..bole ampun kan. Dah masuk kali kedua, kirim salam.  Mak cik kata ustad kat jabatan ugama tu pun marah. Kenapa la org pmpuan ni lembut hati katanya. Dah kena pukul kali pertama tu pun isteri dah berhak tuntut cerai, tuntut hak.  Ni tak katanya, salu je org pmpuan ni tak sampai hati, demi anak2...sudahnya perempuan tu merana, mental dan fizikal. Anak2 apatah lagi.

Itu ustad tu cakap, kalau sekali suami dah setat pukul isteri, nak nak lagi yg tak solat langsung tu kan, tak mustahil benda tu akan terus berulang jugak. Jadi dia salu sgt handle kes2 begini, dia rasa sedih, simpati pada kaum perempuan yg salu jer jadik mangsa.

Kita org perempuan ni dia kata kena tau hak2 kita sebagai isteri. Tak bole suka hati nak belasah, nak pukul nak marah dan tengking. Tu suma faktor2 penderaan tu. Tak kira mental atau fizikal still dianggap penderaan tau.

Isteri tu kan anugerah, bukan hak milik...

Wasalam

3 comments:

Irfa said...

mengucap aku baca tulisan ko ni.
nak pinoy tu utk maen je?
tak takut mati ker?

CikPuanHaLia said...

Teringat kata-kata bos saya kak..dia kata perkahwinan ni adalah 'ikut nasib' kalau bernasib baik dapat la suami yg baik dan bertanggungjawab. Kalau tak bernasib baik dapat la sebaliknya.

Semoga keluarga kita dilindungi dan dijauhi dari perkara2 yang tak baik. Aminn

Anna said...

Ya..gitulah pengakuan angkuh si laki pada mak mertua..dasar kan.

Cik Puan Halia..mudah2 han..kita suma baik baik aje