May 23, 2011

Long weekend

Jumaat lepas, ada urusan sedikit kat pejabat kerajaan.  Jadik aku amik jer EL. Malas nak apply pastu bersoal jawap dgn polis pencen. Bila amik EL maksudnya ada kecemasan kan..walaupun tak secemas mana. Ape ada hal?..cuti kita banyak belasah jer selagi bole.

Mcm biasa, kami kena la belakon ala2 nak pi keje gitu. Kalau tak ada lah bdak yg liat nak pi school. Liat nak  pi mengaji dan liat nak pi umah baby sitter. Lakonan ala2 menjadik sbb dorang tak tau yg kami berdua benarnya bercoti2.   Sementara nak pi pejabat kerajaan tu kan amik masa lama ..kena lah singgah sarapan dulu.

Port pilihan ialah kat gerai makcik lontong kat Kg batu 16 tuh.  Entah nape gaknya mak cik lontong gaknya tgh jiwa kacau kot, sumanya tak sedap pagi tu. Kuah lontong santannya ala tengik gitu. Kuah kacang pulak cam rasa hangit jer. Mmg totally potong selera walhal tu lah lontong paling sedap dan hebat kat kawasan Rawang tuh. Something is wrong and not right hari tu dgn masakan makcik lontong.  Mee yg SP amik pun cam lemau jer rasanya.  Believed me, memasak ni perlu passion dan rasa ikhlas penuh kasih sayang. Baru le aura tu turun kat makanan. Mcm aku gak, kalau jiwa tgh gundah gulana, kacau sure masakan tak jadi. Tak jadi sedap i mean. Ada jer kurangnya. Kalau tak ok jer. Maklum lah kita masak bukan ikut sukatan. Maen agak2 jer. Maen ikut instict.  Nak boh garam, perasa, nak boh gula. Hatta nak boh asam jawa pung. Sbb tu kalau org tanya aku resepi menda2 yg aku masak, aku x leh nak specific pun sukatan dia. Suma berdasarkan instict gitu tau.

So, aku sgt kaciwa dgn lontong kegemaran aku yg mmg totally tak sedap hari tu.  Sungguh terkilan. Maklumlah perut tgh lapar sesgt kan.  La ni mlm aku jarang makan berat2. Sesekali jer jamah nasik tu pun kuantiti sikit. Paling selalu aku cuma makan biskut dgn air milo jer. Bukan berdiet ke hape..tapi entahlah lately cam terbiasa gitu. Sampai suar2 dah rasa longgar. Sampai mak tegur nape aku mengecut?..which aku suka la kan. Bukan senang nak kurus weh!!..

Lepas tamat urusan tu dalam dkat kul 11 am kami balik umah. Kakak terkejut gak sbb maklum kami pun x ckp kan.  Semua org pun terpaksa belakon hari tu. Sbb takmo itu dua org tau aku dgn ayahnya ada umah. Sempat lah aku masak for lunch seblum kakak pi sekolah. Hidangan ringkas ayam masak kicap, sambal tempoyak, ikan goreng dan goreng sayur..  Bila kakak dah pi sek, SP pi solat jumaat, aku terkulat2 sorang kat umah. Nak siap mengemas depan, dapur, basuh bilik air..wah kalau ada kat umah jer jgn harap aku dapat dok rehat2. Harus banyak keje2 umah yg mesti diselesaikan. Sakit mata gitu melihat.

Dek kerana kaciwa akan lontong makcik tu, aku decided nak buat lontong sendiri gitu. Aku mmg mcm ni. Klau makan somthing yg aku sgt suka ttba rasa tak sedap, harus lepas tu balik umah aku buat sendiri. Baru puas hati.  Since balance nasik impit masa pi PD dulu ada lagi, aku masak jer kat rice cooker gitu.  Plannya esok sabtu leh buat kuah kacang dan kuah lontongnya kan.

Sabtu mcm biasa sgt sbuk dgn urusan umah tangga. Pagi tu sempat lgi kuar dgn anak2 makan roti canai. Balik sambung keje umah. SP masih sebok nak menyiapkan dapor tu. Dah siap kabinet dan pasang pintu. Skg ni tinggal nak cat dan pindahkan fridge ke tmpat lain jer. Jadik sabtu tu mmg itulah pekerjaan kami. Mengemas, mengemas, mengemas.  Since bdak2 selalu menonton VCD kat lam bilik tidor kami tu, aku dah naek fed up sbb each time dorang tgk Cd pasti buat sepah sekali kat lama bilik. For that, aku suggest SP buat satu ruang santai kat area2 dapur tu so that bole letak TV, CD dan hape2 lagi kat sana. Aku dah bosan membebel dgn dua org bdak yg asik bikin kecah bilik tu. Biar jer dorang bikin kecah kat area tu gak. Samping tu senang mak nak tgk citer Nora Elana gitu kan kan?.

Sambil2 tu aku masak for lunch dah buat kuah kacang.  Belum lunch nasik, bdak2 dah lunch nasik impit dah kuah kacang tu. Dorang mmg suka sgt makan benda ni. Sbb tu agak kerap gak aku buat.  Sambal kacang aku tu mmg ada laen sikit sbb aku tambah udang kering. Itulah rashia jadikan dia rasa sedap. Taktau aku sapa yg suggest letak udang kering tu, tapi sejak pertama kali aku cuba sedap terus aku amalkan jer sampai la ni. To our standard yg hantu pedas2 belaka ni mmg harus buat pedas2 gitu. Walaupun tersedu2 si delin makan, tapi still bertambah2 pulak.

Masa lepak2 tgk TV, ada terdgr pasal runtuhan umah anak2 yatim kat ulu langat tuh. Cepat2 aku tukar channel ke Awani 501. Dapat lah berita terkini. Kesian pada anak2 yatim yg tertimbus tu kan. Mmg dah ajal mereka.  Apalah daya kita nak menahan. Mengalir air mata juga aku tgk berita tuh. Tak bole bayangkan mereka tertimbus dan dihempap batu. Moga Allah cucuri rahmat pada roh anak2 ini semua.

Since sabtu tu hujan ribut petir sampai ke petang..TV pun tak berani nak On. suruh bdak2 suma tido aku pun tertidur sama. SP masih kelentang kelentong kat dapur menyambung kerja2 dia tu.  By petang aku terjaga, buat cokodok bawang utk minum petang dan air panas. Sambil dok lepak2 kat dapur teman SP sambil ngap cekodok.

Hari Ahad pagi masing2 solat subuh seawal2 nya dan sambung tidor balik termasuk ler aku sekali. Sedar2 dah kul 9 am cam tu. Sgt lewat dah nak pi breakfast, so aku suh kakak pi kedai beli kelapa dan suratkhbar. Aku buatkan kuah lemak lontong tu. Nasib impit masih ada 2 ketul besar dan kuah kacang semlm masih ada lagi. Sambil tu gorengkan lagi cokodok baki bancuhan semalam tu..  Lepas siap dalam pukul 10 lebih, kami anak beranak sarapan jer kat umah. Tak kuar2. Ada gak SP ajak pi ngeteh, tapi aku dah malas. Sbb dah lewat sgt. Dah dkat kul 10, for sure roti canai pun dah abis kat kedai pak cik tu..roti canai mamak ada lah..tapi kami x berapa gemar. Kami prefer roti canai yg melayu buat terutama kat Tasek Puteri tuh..mmg tersedap di alam maya .

Sambil tu baca paper gak. Rata2 suma mengulas pasal runtuhan kat umah anak yatim tu. Alhamdulillah finally suma dapat dikeluarkan dari runtuhan walaupun semuanya dah meninggal. Innalillah..kepada Allah kita datang kepada Allah kita kembali kan....sedih sgt..

Aku sambung pekerjaan ku yg rutin memasak for lunch. Hidangan ari minggu cam sempoi jer sbb aku dah takde idea nak masak apa..ya la since Jumaat lagi, dgn ayam masak kicap. Sabtu dgn ikan siakap 3 rasa, kerabu mangga, Chap choy..sambal belacana...hari ahadnya aku jadi buntu dan blank..taktau nak masak apa. Sudahnya aku goreng ikan sikit, buat tumis nenas air, asam pedak kembung dan ulam timun sama sambal belacan...sayur? suh jer depa makan sayur lontong tuh..

Gitula pekerjaan aku dari jumaat-ahad. Aku benarnya tak sabar nak tunggu cuti sekolah mggu dpan. Sbb bole aku rilek sikit. Sementelah lagi, aku dgn SP akan bercuti straight seminggu minggu depan sempena coti sekolah. Adalah plan nak berjlan somewehere tapi belum pasti lagi. Semua tu bergantung pada keadaan...ada takde , agenda balik kg tu mmg pasti ada..cuma taktau bila...

Jadik, minggu ni aku harus selesaikan segalamala tugasan seblum pi bercuti panjang..cuti dah lama diapply dan dah diapproved pun...Jadik, satu minggu betul2 nak rehat..............kita ENJOY!!...(ala2 Nora danish kata kat PUTERI tu kan)..

No comments: