May 25, 2011

Bila Mau Abiss daaa

Dari ari Senin lagi, aku sgt bz tau. Bz tahap terlampau. Sampai Isnin tu balik umah aku melepek. Totally letih gila. Keje yg bnyk harus diselesaikan sebelum berjimba nak bercoti panjang kan.

Dah lama rilek2 sbb takde apa sgt keje, ttba bila dah nak bercuti sumanya datang bertimpa2 gitu. Projek Php yg harus diselesaikan. Barang yg harus diantar dan sebagainya. Belum lagi ad hoc job yg ttba datang.  Nak nak lagi org2 gudang yg kdang mmg rasa nak cekik jer.  Kalau tak diketuk x jalan. Blur blur jer.  Shipment 3-4 pun kalau aku tak remind..tak kol balik tak antar balik shipping docs taktau camne jadiknya.

Bila kita refer to the same shipment mula lah mamat tu blur2 aduhai.  Selama ni mmg aku lah jadik tulang belakang jadik mak nak jaga meka2 ni suma utk memastikan segalanya berjlan lancar. Kalau tak hancus.   Kadang2 aku rasa lelah dan letih sgt tau tpi apakan daya, bos2 ni suma bukan tau segala kepayahan dan masalah aku berurusan dgn org2 suma ni.  Lebih baik jaga barang dari jaga org ok.

Belum lagi yg jenis SMS tak reti nak reply. Miss Kol tak reti nak jawap. Email tak berreply.  Tu belum kes minta resend docs berkali2 lagi. Mana lah aku tak penat. Mental dan fizikal.  Dalam pada tu selera makan aku drop mendadak lately.  Taktau sbb aku terlampau letih ke or mmg dah terjadi habit makan sikit2 jer.  Sedar tak sedar, aku dah menyusut banyak. Padanlah masa balik kg 2 mggu lepas ramai tegur aku dah kecut gitu.  Honestly, 5kgs dah gone cam tu jer. Aku pun taktau camne. Yg pasti aku cuma makan nasik sikit jer time lunch. Kadang tak amik nasik pun. Amik yg lite2 bila balik masak. Makan nasik jugak cuma makan sikit jer dah rasa kenyang. Selalu aku makan biskut kering dan milo jer buat alas perut kalau malam2. Kalau  begini sokmo bagus lah sbb rasa ringan. Tapi kalau penyakit..harus tau. Insya Allah hrap tak apa2.  Mgkin jgak akibat byk minum air kosong kat off kot? jadik buat aku rasa kenyang je selalu. Entahlah.

Yg aku masih belum abiskan ni keje2 yg ada...abis 2 keje 6 yg mendatang. Abis bila nya nak sudah kan?. Bukan lah apa penat tau. Penat minda memikirkan nak selesaikan suma tugasan. Bila aku citer kat SP, senang jer dia kat..sound kat bos tu..keja banyak suma beres..pesal gaji x mo kasik naek???...mcm aku berani nak sound bos gitu kan?.

Gaji naek ke tak ke..for me works still goes on. Takkan la aku nak mogok pulak kan.  Terima jer lah. Mungkin belum rezeki,walaupun hati dalam manyak sakit ooo. Keje 4 org campak kat aku suma aku settlekan pesal x leh nak motivate sikit kasik rewards by increment ke hape kan?..naseb..naseb.

Dalam pada terkocoh2 bz pun aku tak kira. Lepas kul 5 jer aku stop all my work. Penat weh. Dan balik dgn jayanya untuk mengejar itu NORA ELENA.  Sempat lagi. SP sgt sporting tau bila sanggup dgr ckp bini dia ni untuk alihkan TV dalam  bilik kat dapur.  Purposely nak suh aku masak at the same time tgk NORA tau.

Tapi takpe, mggu ni mmg takde singgah pasar malam ke or beli makanan apa2 kat luar. Aku sempat balik masak yg sempoi2 utk dinner. Lagi berbaloi penat bila dorang makan dgn licinnya hari2.  Terutama kalau wat menu ayam masak merah ka..ayam masak kicap ka...harus satu periuk selamat.

Natijahnya, aku harus gak submit the revenue report by Friday ni..pas tu baru lah aku bole bertenang dan berfikir untuk berjimba2. Tak sangka pulak Sg Petani yg jauh nun tu time2 coti sekolah manjang full house jer hotelnya. Mujur ada rezeki dapat gak book hotel walaupun bintang tak sebanyak mana..yg penting ada kolam gitu.

So, lagi dua hari bertarung di pejabat ni menyiapkan apa2 yg patut. Lagi dua hari anak2 kena bertarung kat exam sebelum dapat berjimba2 coti sekolah then balik kg ku kat sg besar. Yg pasti bdak2 benarnya tak tau lokasi percutian kali ini...semua pun macam teruja sbb taktau dimanakah sebenarnya destinasi nya. Yg mereka tau nak balik umah Atok mama dan beli arnab baru menggantikan si choco dan koko yg dah selamat dibaham anjing dan dipatuk ular mggu lepas..

Tak sure aku ada mood ke dak nak update these 2 days. Tgk lah dulu camne. If ada mean ada if not..jwpnya lepas balik bercuti lah ya.  Tak sabar nak rejuvenate balik energy dan semangat ni ha. Dah penat sgt ni.  Moga2 Allah permudahkan segala urusan kami..Insya Allah..

No comments: