May 12, 2011

Terima kaseeeh

Semoga sumanya baik2 belaka jer pagi ni.  Pg ni aku mulakan hari ku dgn bersenam kerana terpaksa menapak dari Hotel Sheraton ke off.  Kepancitan pulak. Lately mmg salu sgt moto SP pancit. Harus berlegar2 dalam fikiran aku apakah kerana paku2 yg bertaburan di jalan angkara  durjana2 ataupun aku yg semakin berat??..ah tak mgkin i berat..the last weeknd aku balik kg, suma org kata aku dah kurus..so?..taktaulah. Maybe sengaja nak jadik seb supaya aku eksais?. Maklumlah aku ni lately tersgtlah malas bersenam gitu.

Oh, once masuk off aku buka my off email and saw notification on my write up pasal Delin semalam.  Thank you Nor, for all you tulis and thank you for sharing. Kerana pengalaman2 org lain bole dijadikan panduan dan pedoman utk org2 mcam kami kan.

Sesungguhnya aku sendiri tak tau pada mulanya kenapa delin jadik mcm tu.  Tak sama mcm kakaknya.  At first masa dia lambat jalan suma org sebok suh berubat bla bla bla.  Masa kecik saiz badan dia pun sgt kecik. Sgt kurus dan fragile.  Mujur masa tu aku dah pregnant Amal. Jadik nak taknak aku kena amik bibik.  Delin masih kecik aku x bole nak handle mabuk aku yg maha teruk tu. 

Dengan adanya bibik, suma keje umah beres. Bibik pulak jaga delin dgn begitu bagus sekali. Dia akan suap delin makan nasik dgn sup daging hari2.  Masa tu allergic delin teruk sgt. Tak bole makan telur..tak bole makan ayam. Ikan kembung dan macam2 lagi.  Jadi bibik hari2 bagi makan nasik dgn sup daging, sup kentang ataupun tauhu.  Susu mmg totally dia x mau.  Dia akan muntah kalau minum susu. Alternatif aku bagi dia minum milo.

Bila umur dia meningkat sikit, dia salu x sehat. Salu batuk, selsema.  Sampai dr diagnosis dia ada mild asthma.  Badan dia akan keluar rashes2 tebal kat bahagian leher.  Bila berpeluh dia akan bergaru2 sampai melecet kulit dia.  At one time benda tu suma off. Hilang cam tu jer.  Sbb ingt nak bgi dia daya tahan badan yg kuat dari batuk dan selsema dan allergic tu, aku bagi dia scot emulsion.  Selera makan dia mula bertambah. Tapi allergic dia semakin teruk. Semakin tebal rashes2 kat leher dia. Kerap berulang alik ke klinik. Bila letak krim ok..after a while its started again and again.

Masa tu bibik mmg jaga sgt permakanan dia.  Aku tak bole paham kenapa asik berulang2 jer gatal delin tu.  Satu hari, kami pergi ke Klinik.  Dr Ryan yg attend delin tu check dgn aku tarally permakanan delin. Sbb terlampau kerap sgt datang. Pulak tu cream sapu tu ada steroid which tak baik untuk manusia.  Dr Ryan check satu2..tnya ada makan telur, ayam, seafood atau yg sewaktu dgnnya. Aku ckp mmg takde. TOTALLY tak de.  Sembang pnye sembang, entah camne aku tnya kat dr, apa vitamin yg bagus nak bagi delin..thats where aku ntah camne kata kat Dr Ryan aku bg delin scotts emulsion hari2 tapi still delin masih senang dapat selsema...senang rashes lagi.  THATS IT... itu yg Dr Ryan kata...the cod liver oil.  Some kids katanya tak sesuai makan ikan2 Kod yg berasal dari laut dalam yg sejuk.  So, dia suh aku stop bgi tu.  Dia suruh aku bg highdose vitamin C.

Alhamdulillah, sejak berenti scotts emulsion rashes delin terus hilang.  Masa tu pun dia dah setahun lebih umurnya. Berkat doa kami..berkat usaha dan ikhtiar bibik (cecah kaki dia tiap2 pagi kat rumput berembun, bg makan sup kaki ayam hehari, patukkan ikan haruan ke lutut dia, dan byk lagi sampai aku dah lupa) akhirnya delin berjalan. Tapi sampai umurnya 5 tahun pantang tersandung dia akan jatuh. Mmg dia kerap jatuh.  Masa tu aku taktau yg itu ada berkaitan dgn masalah motor2 ligamen pada anggota dia yg tak berapa kuat. Kerana kekuranga kalsium.  Kerana kurang minum susu pada sepatutnya kanak2 diusia dia.

Kalau masa bibik ada suma berkawal dan berjaga pada delin jadi pemakanan dia sgt terhad. Ayam KFC  MekD suma tak boleh, telur apatah lagi kan.. Jadik bila bibik dah nyah dari umah kami, aku belasah jer. Pulun bagi je delin apa yg kami makan.  Aku pernah dgr kalau kita allergic akan satu benda tu belasah jer. Sampai satu tahap sure imun terhadap benda tu akan gone mcm tu jer. Tu berlaku pada aku sendiri. Aku x bole makan udang pada mulanya. Bila makan jer mula gatal2 satu badan...bintat2. Masa bujang mmg aku x makan or x amik langsung.  TAPI, bila dah berkawin..SP pulak hantu seafood dan yg sewktu dgnnya bila time makan jer aku tumpang sekali. Sekali..duakali berkali2..sampai la aku dah tak allergic langsung. Sampai skg bole lantak segala mala seafood dan sewaktu dgnya tanpa problem.  Gitulah dgn Delin.  Sampai skg ni mmg dia takde masalah allergic langsung pun!.  Suma dia makan. Suma dia pulun. Dan dia semakin sihat. Semakin berat pun!.

Vitamin B complex dan multivitamin la ni mmg bg hari2. Tak lupa kismis.  Makan pun dia sgt senang tak memilih.  Bg jer daging, sayur, seafood, sambal suma dia makan. Dia jarang sakit akhir2 ni. Asthma pun dah jarang2 sgt datang.  Minum air kosong tu mmg kena salu dipaksa lau tak tak minum sampai kering bibir tuh.  Air karbonat mmg takde dalam umah.  Kalau keluar pun jarang bagi dia minum. Kalau dia teringin bg seteguk dua jer. Lau tak dia lebih suka jus tembikai, epal ataupun teh o ais.  Kat sekolah pun aku dah tak pernah dgr dari CNN reporter dia beli air kat vending machine tuh.  Gula2 tu kat umah mmg takde. Tpi macam biasalah, namanya bkd2 kan...salu jer penuh dgn trick. Dia makan kat sekolah. Takpun dia sorok. Mcm aku , delin x suka makan coklat.  Dia tak suka aiskerim.  Kueh2 pun dia suka karipap. Tapi dia akan makan isi karipap jer. Kelongsong dia terbiar gitu jer.

Alhamdulillah, antara aku dgn SP mmg takde contradict dalam mendidik anak2. Kalau SP marah aku x masuk campur. Klau SP pukul aku x mo campur jugak.  SP more tu diam tp tegas. Aku lebih suka amik pendekata pyshco. Walaupun aku marah dan bebel2 aku makesure everything i said tu with fakta. Kalau aku x mau anak2 buat sampah or sepah..aku makesure aku pun tak gitu.  Letak tuala sidai ditmpatnya. Apa benda yg diambik harus diletakkan balik. Sapa buat sepah, dia kena kemaskan. Sapa buat kotor or tumpah anything, dia kena bersihkan. So far so good.

Since SP tak berapa bagus bab2 IT, gadget and yg bersangkutan selalunya aku yg akan surf internet, carik maklumat. Klau pi jmpe Dr pun aku yg akan berurusan. Maybe SP selesa begitu agaknya.  Klau hal sekolah, jumpa cikgu or anything...aku lah yg berurusan.  Sbb aku ni ada skill kot?? senang deal dan berurusan dgn org gaknya.  Lagpun aku rasa aku ni jenis tak cerewet dan fussy. Org2 yg berurusan pun senang. Dgn SP sometimes susah sikit. Terutama kalau dia dah naek angin dgn customer services dorang karang..ntah2 hape2 dia sound direct jer..

Hakikat tak dapat diterima org dgn mudah.  Tapi dalam kes delin di sekolah aku bersyukur sgt2 sbb guru2 dia sgt memahami.  Bila aku jumpa dorang (agak kerap gak aku pi sek diskass pasal dia dgn cikgu) mereka dah paham masalah delin. Mereka pun tak memaksa. Takpernah lagi aku dgr delin kena pukul, kena belasah hatta kena maki teruk2 dgn cikgu2 sekolah dia.  Untuk tu aku bersyukur sgt sbb tak pernah lagi Guru besar bertindak seperti yg berlaku mcm yg nor cerita tu. 

Semua2 ni bukan kita mintak kan. Semua nya Allah beri bersebab. Dan sbb itulah aku sentiasa berdoa agar dia baik2 jer.  Setakat ni aku x berapa nmpak lagi kecenderungan dia.  Suma mcm bercampur aduk lagi.  Dia mmg suka games. Suka berjoget2 sana sini. Suka menonton movie, suka music. Suka memasak.  Suma yg memerlukan kreativiti dia suka.  Suma yg bergambar, cantik dan berwarna warni menarik perhatian dia.  Pada umur 9 thn skg ni maybe dia sendiri keliru apa yg dia suka.

Buat masa ni aku taknak hantar dia ke sekolah khas. Sekolah bdak2 cam dia. For me, biar dia bergaul dgn bdak2 biasa di sekolah biasa.  Biarpun disegi akademik masih bertatih lagi tak pe. Aku tak kesah.  Macam aku kata, it took us 3 years sampai ke tahap dia pandai baca sekarang nih. It takes a lot of time, money, effort. Biarlah lambat. Biarlah pelan. Aku cuma harap dia dapat lancar membaca dan menulis at least by tahun depan.  Aku x akan pernah jemu berusaha.

Sekarang ni pun Amal dah sgt lancar membaca. Dia selalu rasa tercabar dgn Amal.  Baru2 ni Amal dah pandai berenang. Dia pun mcm teruja nak pandai jugak. Aku bole lihar riak wajahnya melihat amal berenang di kolam dewasa..dia pun mcm tak sabar2 jugak nak pandai gitu.

Amal ada lah saingan paling sihat bagi dia. Byk yg amal bole buat, dia rasa tercabar dan dia buat. Dan dia boleh!!.  Aku selalu puji delin..selalu suruh dia rajin berusaha.  Pendekatan yg Nor ckp dalam komen tu mmg sgt2 betul.  Ilmu2 dan tips tu suma aku dapat dari pembacaan di internet, aku amalkannya. Dgn penuh ikhlas. Penuh doa . Alhamdulillah. Its really work.  Bdak2 begitu harus dipuji di beri ganjaran. Kredits dan apa2 jugak. Jadik ia menjadi galakkan pada dorang.  Harus tau jugak angin dorang. Tapi aku still tak percaya pada  merotan memukul dan sebagainya.  Sebagai Ibu, aku x sampai hati nak pukul dorang walaupun mulut mgkin kecoh... Takat pukul, cubit sikit2 tu mmg ada. Terutama kalau nakal.  Tapi dalam kes delin aku selalu ckp, terangkan pada dia. Renung dalam matanya. Dan suruh dia jawap paham if paham.  Beberapa kali aku dah cuba.  Selalunya akan berakhir dgn aku dan dia menangis.  Tapi lepas aku marah2 dan terangkan betul2 ..aku peluk dia. Aku pujuk dia baik. Aku beritahu dia, aku sayangkan dia lebih dari segalanya. Aku beritau dia yg suma org dalam rumah tu sgt sayang kan dia jugak.

Bukan senang nak menerangkan pada org laen masalah delin. Hatta pada org terapat dan terdekat dgn kita.  Ada masa mereka memandang hina, seolah2 salah kita sebagai ibu bapa dia jadi  begitu. Aku dah biasa. Sgt biasa. Ada masa aku buat2 tak layan or tak dgr pun. Ada masa jiwa keibuan aku ni sensitif lantas air mata pun jatuh satu persatu.  Bukan mudah jugak nak mintak tolong pada mereka.  Yg memahami tu Alhamdulillah. Yg tak??.

Walau apa pun..anak adalah anugerah Allah paling hebat dalam hidup kita.  Aku bersyukur dalam keadaan delin begitu, dia tak cacat anggota pun. Tak susah pun nak menguruskan.  Cuba lihat org yg ada anak down syndrome, cacat anggota...autisme. Cabaran mereka tu lebih dashyat. Lebih hebat.  Tapi aku?.  maybe 20-30% jer kan. Jadik apalah sgt dugaan delin ni pada kami sekeluarga berbanding org lain?.

Sekali lagi, terima kasih.  Pada orang2 yg sgt memahami. Pada org yg sgt prihatin dan tidak mudah mengejek, memandang hina hatta mengutuk.  Terima kasih  pada mereka yg sanggup berkongsi ilmu, tips, petua atau apa jua yg memberi kebaikan pada Delin.  Aku sendiri tak pernah rasa malu pun tak pernah rasa hina dan rendah diri pun. Bahkan aku rasa bertuah kerana Allah telah memilih untuk mengurniakan Delin pada kami kerana DIA sayangkan kami. Believed me, sejak Delin dilahirkan..rezeki kami sentiasa murah. Rezeki dia pun sentiasa murah...jadik apa lagi nikmat Allah yg kami  boleh dustakan??.

Pada mereka yg punya anak2 istimewa, tak perlu rasa malu untuk menerangkan pada org lain. Tak perlu malu nak mengaku.  Tak perlu simpan2 dan tak mau berkongsi dgn org laen.  Aku pun tak pernah malu nak mengaku yg delin sgt hiperaktif. Siap2 ingatkan kawan2 kalau kami datang umah dorang perihal delin.  Walaupun pada masa sama, aku, ayahnya dan kakak sentiasa mengawasi dia.

Peristiwa hilang di pasar beberapa kali mmg memberi kami ingatan untk tidak leka dan lepa walaupun sesaat.  Salu gak dia kan tinggal dalam kereta dgn Ayahnya kalau aku nak beli barang di pasar atau di mana2. For me itu lebih selamat. Prevention is better than cure org kata.  Pengalaman kecut perut jantung aku bila first time dia hilang.  Masa tu aku dah berfikir bukan2. Merata satu pasar kami menjaju mencarik. Aku, SP, Kakak dan Mak.  Akhirnya kami jumpa dia menyangkung di depan org jual arnab!!. Mujurlah tak hilang.  Selalu jugak aku bgtau dia perihal bdak2 yg hilang..tak jumpa mama ayah..tapi biasalah, bdak2 begini selalu jer lupa. Selalu jer terleka dan alpa.  Kita yg dewasa ni yg harus extra berhati2....

Usaha, ikhtiar dan doa mmg tak pernah putus dari kami...Doa dari aku ibunya tak pernah lekang walau sekalipun.  Tak kira apa keadaan , suasana dan ketika...dia tetap istimewa di mata dan hatiku.  Kerana aku yg mengandung dan melahirkannya....antara ketiga2 nya..mengandungkan dan melahirkan dia yg paling mudah.  Mgkin sbb itu dia sentiasa menyenangkan hati aku....terutama bila dia menyanyi lagu :  Ibu Ibu, engkaulah ratu hati ku..hati ku jadi sayu....rasa sgt syahdu... :)

I have to stop now.  Tiap kali meluahkan isi hati pasal Delin mesti airmata ni tumpah tanpa diminta..selalu jer tersentuh bila berkaitan dgn anak2 terutama dia..Karang  bos nampak pehal minah ni pulak nangis2 bagai kan....

Thank you all..terima kasih kerana sudi berkongsi rasa..terima kasih kerana berkongsi ilmu.....terima kasih atas segalanya...........





No comments: