January 19, 2011

CULAS

Napa ntah sebahagian lelaki kalau dah ceraikan bini pastu ada anak2 manjang jer culas nak bayar nafkah anak2 yek?. Pelik aku. Masa suka, masa bercinta bukan maen lagi. Bila dah kawin dah seronok2, dapat anak jumpa plak cinta baru..or kena bomoh dek pempuan lain tuh cerai. Tinggalkan anak. Time2 nak bayar nafkah salu culas. Mcm2 alasan. Aku rasa laki2 mcm ni kasikan jer supaya lenkali kawin x payah buat anak lagi. Karang buat anak merata2 tak mo bagi nafkah. Macam sial tau.



Berapa ramai kawan2 aku yg dah jadi ibu tunggal, samada kwin semula atau tak ada masalah yg sama. Yg ada tu 2-3 bulan sekali baru bagi tu pun lepas kena memekak dan mintak2...mmg dasar jantan tak tau tanggung jwb. Yg ada sorang kawan aku ni, masa nak melepaskan diri dia dari x laki dia dulu, x laki yg celaka tu siap bagi syarat. Lau aku nak ceraikan ko, ko jgn tuntut nafkah anak2. Lau tidak aku gantung ko x bertali. Apa jenis lelaki macam tu kan? Mmg lelaki mcm ni kan, patutnya bungkus2 jer campak ke laut baru dia tau. Yg ada pulak kawin berbelas tahun. Dari anak kecik sampai anak besar masa bersama pun x ada sumbang sgt pasal $$$ kat anak2. Sumanya bini yg tanggung. Bila dah bercerai, anak dah besar2 tau pulak nak carik anak mana. Tak malu betul. Jantan cam ni patut panggil jantan sundal jer tau.  Masa anak2 kecik langsung x nak amik tau..makan ke dorang, sakit ke..bila anak dah berjaya..bakal doktor, bakal engiNEAR (pnjam wording kaseh firdaus nih..hehehe) heboh dan bangga pulak citer sekeliling..anak saya..anak aku..tak sedar diri....tak malu.  Sok2 tua2 nak mampus dah sakit, baru sbok nak carik anak.  Sbb tu la ni byk sgt anak2 tak hirau bapak dorang. Sbb apa? sbb ni lah salah satunya. Yang ada kawan aku tu anak dia langsung x mo jumpa bapak dia. Sbb apa, masa dulu bapak dia wat tak peduli jer. Layan mcm anak tiri. Mgkin sbb marah kat kawan aku tu, balas kat anak. La ni anak dah besar panjang..dah bujang mau nak paksa budak tu nak ikut balik kg bagai apa barang???.  Ada anak kwan aku tu merana ko..sian dia. Dapat tekanan perasaan. Murung jer. Ada masalah psikologi.  Sampai kawan aku tu terpksa bawak ke pakar jiwa sbb bdak tu tertekan sangat2.  Salu kena histeria. Sbb dia rapat dgn bapak dia.  Bdak perempuan biasa lah kan. Bila bapak dia lari dgn minah filipino, dia merana, dia kecewa sgt2.  Skg ni budak tu dah beransur pulih. Tapi jadi budak pendiam. Dah tingkatan 4 kalau tak silap aku.  Kesian kan?.  Mujur lah kawan aku ni mmg dari dulu aku kenal jenis brutal.  Keje belasah jer.  Bantai jer mana dpat duit janji halal. La ni kawan aku ni dah bejaya..jadik ushawan kecil..siap ada 2-3 buah kedai lagi.   Anak dia sorang tu jer lah.  Tpi dia berusaha tak jemu. Bawak anak dia berubat, jumpa ustad, jumpa dr. Sbb anak dia teruk sgt keadaannya. Mcm stress giler gitu.  Bertahun jugak dia berubat. Alhamdullilah skg ni dah ok. Bisness dia pun dah maju.  Yg aku dgr x dia pulak terhegeh dah nak balik...Selamat jalan katanya.  Kawan aku ni rupa takde la sgt cantik mana..tapi ramai gak org kenen2. Jantan2 suma yg kenen tu yg nak tumpang senang dia tu. Setakat ni dia kata OK lagi. Tak mati pun lau tak ada laki..tak dapat tuuttttttt tuh....



Yg ada pulak, si Jantan dah terjatuh cinta kat minah lain. Maut punya cinta. Or rather Bomoh pnye cinta kan, sanggup tinggalkan anak2 yg comel. Lepas tu ada hati pulak nak tuntut jaga anak2. Sedangkan nafkah yg seciput pun x leh nak kasik. Ni nak jaga anak2. Bukan satu , dua..tapi tiga. Gamaknya sapa la yg nak jaga? Bini baru?..ish ish..aku rela berperang maut dari serahkan anak2 kat org2 gini. Gilos u all.



Pada aku kalau perpisahan atau perceraian tu oleh sbb suami dapat cinta baru mmg menyakitkan. Lebih2 lagi dapat cinta baru yg sanggup berkorban harta dan nyawa kan (ala, masa suka, masa mabuk cinta. Dulu pun cam tu gak. Bila dah jemu, dah boring esok cam sampah ler kena tinggal). Pada mereka2 yg suka jadi perampas dan perampok ni kan aku nasihatkan...Korang tunggulah turn korang esok. What comes around goes around. Life is fair org kata.



Salah sorang kwan aku yg dah bertahun2 jadik janda bercerita, dulu masa dia nak mintak cerai dgn laki dia pnya lah seksa. Dahla hidup pun seksa. Bayangkan masa aku dtg melawat dia bersalin tak ada satu mende pun kat umah dia korang. Oren sunquick tu pun tak ada! . Masa aku datang aku sendiri ckp kat dia x payah hidang apa2. Aku pun kebtulan ada bawak sikit makanan utk dia. Sedih sgt aku masa tu. Masa aku dtg laki dia berdengkur kat bilik. Kat lam rumah satu bijik beras pun tak ada. Mentang2 laki dia masa tu keje kat Shang Ri La bhgain F&B, dia cuma pikir tembolok dia jer. Sblum keje dia makan dulu kenyang2..never nak bawak makanan or beli apa2 tuk anak2. Mujur lah kawan aku tu bekerja. Dia beli barang makanan pun cukup2 utk dia dan anak2 jer. Makan abis2 seblum laki dia balik. Supaya laki dia sedar kat umah takde makanan apa2. Tp dah laki nama dia buta dan tuli pekak segala. Dia tak peduli langsung korang!. Yg dia tau time dia nak tu..kena layan. Bila kwan aku citer sadis giler aku dgr. Dia akan lanyak dan kerjakan bini dia tu cukup2..depan belakang tepi tgh semua dibelasah. Pendek kata suka hati dia aksi apa dia buat time dia nak tu. Celaka betul kan??. Sudahnya dapat 2 org anak perempuan. Lepas dapat anak kedua tu, aku dah dgr2 bunga2 yg kawan aku ni dah taktahan nak idup dgn jantan tu lagi. Kemuncak nya bila laki dia dah lenjan CC citibank dia sampai abis limit 15k. Dan kawan aku ni kena black list. Terpaksa bayar utang2 sbb laki dia dah belasah kad tu. Sbb tu moral of the story kwn2.. JGN Sekali2 sub kan CC kita kat laki walaupun ko cinta 1000x cam ne pun, sbb masa akan dtang u never know. Masa dah dekat2 tarikh nak pi mahkamah mohon for cerai, laki dia sekali lagi gunakan kuasa dia dgn bagi syarat . Pertama tak bole mintak apa2..Kedua tak bole bgtau pasal nafkah anak2 kat mahkamah. Ckp jer kat mahkamah nak bercerai.



Dalam bberapa minggu seblum rasmi dorang bercerai tu, si laki tu tepon kwn aku ni suh datang umah. Masa tu kawan aku dah hangkut anak2 dia pindah umah mak dia. Dia ingat kan nak apa..rupanya dia nak menyundal ko. Nak suh kawan aku servis dia. Celaka ke tak tu?. Pulak tu ugut kawan aku kalau dia tak datang, dia takkan pegi mahkamah dan cerai kan dia. Dia akan biar dia digantung x bertali.. Aku marah kawan aku apasal ko pegi jugak jumpa dia?..dia kata aku terpaksa. Sbb aku nak sangat dia ceraikan aku....aku terlopong! Bebrapa kali jugak laki dia suruh buat gitu. Masa tu kawan aku kata dia rasa mcm pelacur sgt. Sbb mmg dikerjakan oleh laki dia mcm binatang!. Cuba korang fikir Jantan/lelaki apa tu??? Lepas dah sudah tu pulak kawan aku beranikan diri mintak duit utk anak2. Korang tau bape hengget dia kasik? RM10 ko. Dasar jantan binatang kan??. Tapi akhirnya kawan aku tu berjaya jugak dapat cerai tu. Lepas tu dia bebas. Dia bawak diri ke Pantai Timur keje kat sana. La ni hidup dia gembira..happy single mother jaga 2 anak yg makin besar. Anak sulong dah baya anak aku dah 14th. Warak, betudung litup. Sekolah agama. Pelajaran dorang pun ok. Dia dah tak kesah lagi pasal x dia tu. Anak2 dia pun. Sesekali ada gak x dia dtg sana, bagi 'nafkah' kat anak2 dia tu.. Tpi kalau korang nak tau maksud nafkah yg x dia kasi tu ialah, bawak anak2 dia makan kat Mc D tuh!. tu maksud nafkah jantan tuh.



La ni, hidup jantan tu mmg huru hara tak sudah. 2-3 x kawin aku dgr dah cerai. Yg ada dia kawin dgn seorang pengarah jab kjaan. Lepas anak satu, minah tu mintak cerai!. Pastu kwin lagi satu, cerai jugak. La ni kawin lain dah ada anak dgrnya tapi hidup manjang jer huru hara. Duit tak cukup. Keje tak menentu!. Tgk Allah dah balas segala perbuatan dia. La ni dia susah sgt2. Tp kwn aku x peduli. As long tak ganggu hidup dia. Dia ok jer. Bagus gak dia pindah jauh2 dari KL. Susah x dia nak carik dia.





Sungguh, aku tak paham kenapa suma2 lelaki tu jadik cam tu? Adakah kerana faktor dorang dibesarkan (which aku rasa menyumbang gak kadang2), faktor sekeliling (tarikan nafsu?) atau pun mmg diguna2 kan? (kebanyakkan ya). Ataupun mmg sbb nature lelaki tu sendiri yg mmg gatal??. Wallahu Alam. Cinta tu org kata x menjamin hidup bahagia.



Cinta kalau takat kat mulut dan kat 'batang' (sorilah, aku x suka mencarut tp kena gak sebut) dorang tu semata mmg tak akan kekal lama. Rumah tangga tu kena ada segala2, Cinta, Iman, Kasih, Kasihan, Tanggungjwab, Suka, Rela, Jujur, Redha dan segala2nya...Insya Allah. Kedua2 kena berusaha kuat nak maintain the rumah tangga kan. Tak boleh kat umah berbahasa isyarat jer. Maen agak2 routine masing2. Ada masa kena gurau senda, ada masa kena bercakap. Ada masa kena gak bergaduh . Baru lah masing2 tau muhasabah diri masing2. Yg pasti, jgn cuba2 maen api. Baek suami atau isteri, jgn2 lah cuba2 nak test market. Nk maen2 cinta cyber, cinta fesbuk. Sbb kdg2 dari maen2 tu jadik serius. Jadik parah.



Yg pasti tak kira apa jer berlaku, org lelaki salu je escape. Salu jer culas. Jadik aku setuju sgt2 kalau perempuan ada keje masing2 yg bole menjamin kalau2 apa2 berlaku. Kita bukan risau pasal kita kan, kita risau pasal anak2.. buatnya tak keje, laki tinggalkan tak bagi nafkah..apa kita nak buat??. Kita org perempuam ni kena hati brutal jugak. Tak bole sememeh, lembek. Sikit2 gembeng..nangis. Tak bole cam tu. Kita kena biasa berdikari kena sentiasa back up diri sendiri. Lau simpan duit tu, simpan utk diri sendiri sikit. Salu2 mintak or paw duit laki tu pastu simpan tempat lain. Bukak akaun bank anak2 letak nama kita kat situ. Simpan sikit kat situ. Lau ada duit lebih campak je kat situ. Utnk kecemasan. Kita bahagia skg tak bermakna bahagia selama2 kan. Kita sentiasa kena bersiap sedia.



Aku setuju sgt2 kalau perempuan ada keje. Bila ada keje ada gaji, ada kwsp. Ada medical. Ada insuran. Ada duit sendiri2. Duit sendiri tak sama dgn duit org tau. walaupun laki kta sendiri. Sebagai isteri, kita kena mintak nafkah walaupun gaji kita 2x ganda dari gaji laki tu. Itu tanggungjwb dia. Tak kesah dia nak bagi dua ratus, ke tiga ratus ke seratus ke sebulan, yg pasti kita kena mintak. Kena tuntut yg kawan2..



Byk sgt benda yg berlaku kat sekitaran kita kan, jadik kita harus peka. Harus beringat. Kalau ada sejarah org ketiga...sentiasa berhati2. Sentiasa bersiap sedia. Walaupun laki kita tu nampak macam dah taubat mcm dah insaf..kita kena salu beringat. Bertindak atas maklumat KE kata kan......

Apapun, aku salu mendoakan kwan2 yg menghadapi masalah gini, supaya sabar. Doa byk2. Solat hajat, solat taubat banyak2. Mintak petunjuk Allah, mintak ditenangkan hati tu selalu. Mintak Allah bagi kesihatan kebahagiaan pada diri dan anak2.Insya Allah. Tiap yg berlaku tu pasti ada hikmah dia. Klau kita redha, kita ikhlas menerima ujian tu Insya Allah. Kalau kat dunia dorang culas nak bagi nafkah..tak pe biarkan jer. Kita tuntut hak kat mahkamah tu dah kira berusaha lah tu. Lau dia takmo bagi gak..biarkan jer.



Ramai aku tgk, salu kena mcm tu. Tapi Allah sentiasa bagi rezeki murah tau. Naek pangkat, naek gaji. Kehidupan makin senang bole tukar keta baru lagi. Makan hati X laki dorang tu korang. Allah maha kaya. DIA tau segalanya...Jadi sabarlah. Itu ujian korang. Ujian aku tak tau lagi macamana. Tpi Insya Allah moga2 sumanya ok jer...






January 18, 2011

Serasi

SERASI..



Musti korang base dgr perkataan tu kan. Bukan serasi bersama daaa...serasi dgn suasana, obat dan sebagainya. Dalam kes aku ni, serasi dgn obat dan drnya.



Dah dekat seminggu aku ni tak sihat. Sakit tekak, batuk2. Antibiotik suma dah abis. Ubat batuk pun. 2 klinik dah gi termasuk klinik seringit (Klinik Satu Mesia tu) yg baru bukak kat area umah aku tuh. Bayar seringgit jer. Tp klinik tu tuk kes2 kecil2 jer lah. Takat batuk selsema, demam ringan, cirit birit tu ok. Sbb ubat2 pun x banyk. Dr pun tak ada. Yg ada dresser jer. MC pun tak ye kawan2. Jadik kalau rasa nak mc tu siap2 jer duit pi ler klinik prebet tuh.



Since semlam aku ni batuk2 teruk non stop. Gatal merenyam jer tekak aku nih, aku decided pi klinik panel SP kat Raja Laut tu. Jumpe Dr Suresh yg becok mulut tuh. Byk kali gak aku pi sana kalau batuk tu Insya Allah baek. Mana tak sebeban obatnya. Yg best pulak nurse n dr kat klinik ni mcm bersekongkol dgn SP. Sbb org laen x leh bwk family amik ubat FOC. Sume kena bayar dulu. Cuma staff EON jer yg free. Somehow dorang ada mutual understanding lau aku pi sana jer masuk under nama SP jadik x payah bayar.. Time2 sengkek tgh2 bulan cam ni cantek sangat ler kan.



Kul 3.30ptg aku blah pi sana terus jumpe dr Suresh tu. Dia ni mulut..kalau bercakp tu potpet potpet..tp Dr nya bagus. Dia check segala mala. Nafas, lungs..sambil tu mulut dia bla bla ckp nape aku batuk sebgetu rupa. Katanya tekak gatal tu sbb nak batuk jer. Phelgm tak ada pun. Dia bagi antiobiotik super duper strong, makan sekali sehari malam. Pastu ada ubat selsema, ubat kumur, ubat batuk demam dan ntah hape2 lagi. I bet kalau aku g klinik biasa mau ada dkat 70rm tuh..mcm ari tu aku gi Klinik Ilham sikit jer dah kena 72rm. So dia bagi the best ubat maklumlah nak belasah charge kat EON apa dia herann kan?..gaknya mmg nak kena sentuhan Dr Suresh dan bebelan dia baru le batuk aku nak baek...Salu cam tu tau. Jahat sungguh kuman aku nih..



True enuff, mlam tadi aku makan antiobiotk, ubat kumur dgn ubat batuk. YG lain2 tu tak berani aku makan time2 keje nih, dibuatnya pengsan sampai ke pagi tak bangun naya seisi rumah u olls. Jadik aku amik yg agak2 jer. Tu pun kena jer ubat batuk tu terus lalok. Pagi ni aku dah rasa better. Tekak sakit dah tk de. Gatal2 tu tekak tu ada sikit ler. Aku lupa pulak nak gargle ubat tuh pagi tadi dek kelam kabut memasak u olls.



Terlanjur aku pi opis SP semalam aku melepak kat off dia sementara tunggu dia abis keje kul 5.45pm. Macam baser ler dorang lau aku datang jer ada jer permintaan. Permintaan nak suh masak apa!. Office SP tu ari2 masak nasik. Periuk nasik tu ehsan kami ler. Sbb dah tak guna kat umah SP bawak pi off. Rupanya sangat berguna. Tgh je dorang lunch buat ala2 pot luck. Mean lauk2 masing2 bawak. Nasik masak kat off. Siap sharing beli sekampit beras tu dorang..meriah@!!.



Kat off SP tu ada dua org jer prempuan. Ye lah maintenance off kan, yg lelain suma lelaki. Yg pmpuan tu pulak sorang tu adek yg tgh mengandung anak sulong. Sorang lagi mak budak tp yg agak2 malas katanya (pengakuan dia..yek bukan aku). So berkerumun ler dua wanita ni mengorek rashia, apa pasal hari2 SP bawak lauk sedap2 jer (sedaap ker??). Tnya aku masak kul bape..kul bape bangun dan bla bla bla. Well aku citer lah, sejak amal sekolah ni dia mmg nak bawak bekal jer ari2. Nak tak nak aku kena masak gak. Aku pun kan ada azam nak membekal dgn tupperware baru u olls..aku kata, masak tu senang jer lau bahan2 dah siap. Jadik malam tu aku plan nak masak apa..aku dah siap kuarkan bahan2 dari fridge. Ayam ke ikan ke. Cili kering plak mmg aku dah blend ari minggu. Begitu gak bawang2 suma aku dah kopek simpan kat peti. Since bdak2 permintaan nak bawak air memacam..untuk menjimatkan masa, aku siap2 masak air gule tiap kali ujung minggu. Simpan kat tupperware. Apa2 dorang nak bawak air oren ka, sarsi ka, anggur ka...campur jer air gula, perasa tuang air..SIAP. Kita kalau nak jimat masa aku kata kena plan siap2 dulu. Kena ada time management. baru la masa tu cukup. Aku bangun kul 5.30am. By 6.30am suma dah siap!.



Depa tanya lagi kul bape kuar umah??.. aku kata before 7am mmg kena kuar. Sbb kejar masa Amal nak catch van sek. Yg pregnant tu kata..Akak, saya bangun kul 5.30am..tp kemas katil gitu gini..kuar umah 6.30am..(umah bdak ni dkat umah aku, cuma dia travel naek keta kan..kena kuar awal gitu)..yg sorang lagi pulak kata.."ala 6.30am aku baru bangun ler Na,....ish ish...padanler pun. Tu SP dok kata dorang dua ni jarang sgt2 bawak lauk.Ada takde telur msak kicap..tak pun lauk beli kat fourt court...dah slow mlow gitu kan apa yg sempat siap pun???



Since aku ada smlm tuh, si preggy tuh tanya aku ada stok ikan masin kapak tak??..teringin nak makan katanya. For pengetahuan u olls ikan masin kapak ni kat Johor jer ada tau. Bila balik Johor mmg aku borong berekor2..Sbb sini mmg takde.. Yg sorang lagi plak nak mintak sambal tumis bilis cili api...Yo lah, aku kata insya Allah, lau aku dan aku buatkan.>SP siap kata kat dorang,..x bole...mana bole masak tuk korang dia demam lah, korang buat ler sendiri..malas. Gelak ler bdak2 tu suma. Kata SP kedekut x bagi bini masak..cish..



So, pagi ni aku sempat ler buatkan bekal amal yg cam biasa tu....sosej koktel, nugget dgn air dia sekali. Aku sempat buat ayam goreng kunyit, sambal tumis bilis cili api dan gorengkan ikan masin kapak tuh..Ari ni aku x ada mood nak bawak bekal apa, so aku packed utk SP jer. Smlm balik keje tu aku pun x masak . Cuma buat bubur nasik jer. Pastu tumis kicap halia lobak putih. Makan dgn bubur nasik. Satu periuk abis terus!. Tekak aku pun baru2 nak baek ni taknak aku makan pedas2. Dua tiga hari ni kena ler posa makan sambal. Kena carik yg lembik2..yg tak berminyak...














January 17, 2011

Sakit..

Aku ni dah stat sakit tekak dari mggu lpas lagi. Tp menjadik semakin teruk sejak ari khamis lepas. Niat hati nak meng MC kan diri tpi kan..awal Jan nih,  Bon lum dpat, increment pun lom, jgn buat pasal kasik rosak itu KPI. So aku tahan jer lah. Afterall bukan teruk pun cuma batuk2 jer lah. Ari jumaat tu aku blah awal. Awal pun kul 5 jer. Jenab agak bising..aah persetankan dia lah.

Jumaat malam tu mmg aku totally out lah. Kepala sakit, tekak perit. Badan2 rasa sengal2 jer.  So aku bantai jer tido awal.  Aku tau SP aku tu hint2 jer. Tp since aku sakit, ada aku peduli.  Biar pi dia. Tido sensorang.  Sabtu tu bangun awal solat subuh dan sambung tido balik.  Sedar2 dah dekat pukul 10 pagi ko. Sungguh tido mati, tak pernah aku buat gitu. Bdak2 pun sama pengsan.

First time lah, kami tak kuar ngeteh for bekfast sabtu tuh.  Lgpun malam tu aku dah masak 4pket nasik impit. Sabtu tu aku buatkan jer kuah kacang dgn lemak lontong jawa style.  Lontong jawa kata org kat tmpat aku. Sbb kuah lemak dia cuma ada suhun,pucuk, kacang pjg, mee siput dan sikit kentang n karet yg dipotong kecik2.  Kuah lemaknya pulak ada sedikit ketumbar + kunyit. Pucuk tu kena goreng dulu. Pas tu baru lebur kat santan tuh.  Kena makan dgn kuah kacang baru ler kick. Rasanya x leh nak citer.  Nantilah bila2 raya aku buat so korang datang umah rasa yek.

Aku dah ckp dgn SP aku malas nak masak for lunch jadik aku masak pagi tu jer. Lontong, goreng ayam berempah sikit.  SP tu mmg perut purely jawa makan nasik kan. Nak tak nak tanak gak nasik sikit.  Aku gorengkan sikit cokodok bawang sekali.  Jadi dari pagi-mlm tu ler mende yg dorang suma makan.  Fair enuff, bdak2 suka sesgt. Sbb dapat makan kuah kacang + kuah lemak ada nasik impit. Bak kata delin Sangat sedaaap!!.

Mlm tu sambung lagi lepaks2. Sejak2 Jumaat tu Astro beyond dah pasang..I tell u syiok giler ngk HBO. Gambar cantik cun giler2 pnye. Mlm tu layan citer apatah sampai lewat tido. Dalam kul 1 kot.  Movie gak tapi lupa tajuknya. 

Ahad pun sama bangun solat then tido balik. Tugas aku nak kejut SP dan kakak for solat kan..then bum lagi sambung jemaah tido. Sedar2 dah kul 9.30am. X leh jadik kerah suma isi rumah pi ngeteh.  Pekena teh tarik tu yg penting.  Pi bekfast beli lauk2 sikit then balik umah masak. Aku cuma masak sup tulang, wat sambal kicap. Kangkung belacan dan acar nenas + timun. Seronok dpat tgk anak2 makan bertambah2. Berselera sungguh dorang.  Aku mcm larat tak larat jer sbb badan rasa lemah, mana tak dah bebrapa malam tido x bape selesa sbb batuk non stop. Dah pi klinik abskan antiobiotik tp still tekak aku  ni sakit semacam.  Tghari aku amik ubat batuk dan bantai tido sampai kul 5 lebih. Kecuali delin sumanya pensan..

Smlm gak, Kakak tolong lipat kain, basuh kain dan gosok baju sekolah utk adik2.  Aku ingat nak suruh dia gosok baju keja aku dgn SP sekali, tp dari kul 8.30-10 baru siap kesian pulak aku. Sudahnya kul 10mlm aku sambung gosok baju keje aku tuk stok 3 hari dgn SP sekali. Aku suruh bdak2 tido awal sbb nak sek. Kakak pulak nak pi KOKO kena kuar 7.45am.  Yg kelakar akibat tido lama sgt kot, amal x leh tido. Dah dekat kul 11 kuar masuk jer.

Sambil gosok aku tgk astro prima citer tajuk La Iqra ntah hape. Pelakon dia si Sh Amani dgn Zack tu. Citer dia best. Pasal pemuda christian yg mencari ketenangan jumpa n bercinta dgn amani.  Sambil gosok baju aku tgk gak dgn SP. Best citer dia. Tp memikirkan esok nak keje aku siap kan gosok baju dan terus siap2 nak tido. Nanti ari minggu sure ada ulangan aku nak tgk balik semula.

Akibat tido lama sgt siang, susah gak aku nak tido.  Lately ni aku mimpi ntah hape2 time tido.  Mimpi2 pun kena kejar, nyorok daki bukit..siap pemandangan ala HD lagi  (dasar sgt kan taksub dgn Astro HD sampai termimpi tu).  Aku terjaga bila jam bunyi kul 5.30am..bergegas bangun dan siapkan masak apa  yg patut...........letih, ngantuk pun  ya. Masa pi keje pagi tadi aku ingat SP x perasan aku tido kat atas moto rupanya dia tau. Nasib la kan, dgn bdan yg kurang sihat, tido x cukup tak dapek nak nolong. 

Tapi dalam sakit2 aku pun aku gagahkan jugak tukar cadar bilik ko. Boring asyik tgk itu jer dan cukup masa nak basuh pun. Aku giler cadar set..berset2 aku beli. Bermacam bunga kaler dan jenama..bila bila suka aku tukar pink..pastu boring aku tukar merah pulak, pastu belang2 pulak..laen bulan kotak2 pulak...suka ati aku nak tukar apa kaler aku  nak..SP Ok jer. Janji cantik dan kemas .tak kisah lantak kale apa nak letak//  Aku mmg make sure bantal tilam aku cantik jer. Biar gitu.  Bilik tido penting u ools. Selain dari kemas, kena la sentiasa bersih..teratur dan tersusun..kalau ada bau2an wangi lagi bagus.. Kdg2 pasangan kita tu x kisah pun bersepah (katanya ler kan), kain tak berlipat..bersampah..tp kita kena pastikan gak kemas bersih dan teratur ye ..Ini pesan penaja dr Robiah....biar benda tu jadi priority pertama selepas kebersihan bilik air dan tandas kan....

Supaya aku fikir idak ler besok2 kot2 SP ungkit aku x pandai urus pulak kan?..u never know . Masa suka sayang sumanya ok ok jer..bila dah tak suka sok ada jer benda diungkit. Jadik aku x mau benda tu berlaku biar aku make sure everything tip top ye dak.  Sekurangnya tak de modal utk org lain amik kesempatan.  Kalau semua cukup, suma tip top terjadi jugak..then tu bukan salah kita ....berserahjer lah. Allah maha mengetahui.

Pe pun aku syukur sgt, sbb kakak ada, SP ada. At least aku tak sihat ada org nak tolong. SP leh picit2 pala, sambil urut2 kaki. Sapu2 vicks kat belakang atau pun amikkan air ke ubat ke.  Anak2 lagi ler. Kalau delin dgn amal risau sgt aku terbaring jer kat lam bilik..kejap2 kang check..tanya mama demam ke?..nak air? nak nasik?..nak apa?..dorang dua ni mmg bagus sgt2..like father like kids orang kata...tu yg rasa cam nak demam selalu tuh..(ish ish mulut...)

Kakak uruskan baju2 semua. SP tolong pulak uruskan kat dapur. Basuh pinggan, kemas, lap2 meja dan apa  yg patut.  Kalau aku tak sakit pun mmg dorang akan tolong gak. Sbb tu aku kesian kalau kakak mengamuk bila amal dgn delin  menyepah balik kain baju yg dia dah kemas. Penat weeh.

Knowing delin, hobi nya bersepah, tak tau nak ckap apa lagi kan.  Yg pasti aku la ni mmg looking forward sgt to weekend, cuti umum, cuti sek, cuti panjang, Mc ke..dan apalagi yg sewaktu dgn cuti. Sbb aku rasa bila coti x yah ler rushing2 cam selalu...dan yg pasti, sejak hall kami dah lapang losong ni, senang pulak nak kemas Hall tu. tak yah nak pening sapu bawah sofa ke apa..Tp aku kena jugak carik sofa tuk layan tgk tv nih. X leh jadi dok kat lantai...sakit belakang ooi....

Cavenzi..on the next list.....

January 13, 2011

Syndrome 40?


SCENE# 1

Entah nape sejak2 umor dah 40 nih SP tu salu jer sentap.  Kadang aku naik bosan nak layan kesentapan dia tu. Selalu nya aku amik pendekatan 'malas nak layan'. 

Contohnya kes petang semalam.  Mmg routine dia balik 5.45pm so by the time dia sampai off aku around kul 6 gitu. Dah gitu hari2 kecuali kalau dia kata leh balik awal. So on the dot aku leh turun @5.30pm. Smlm tu aku lenggang2 kangkung turun dalam kul 5.50pm cam tu.  Tp aku x nampak lagi dia so aku lepak kat port salu depan arrajhi tuh.  Hari2 aku tunggu kat situ, biasanya aku tunggu dia.  Smlm tu dalam 5 minit kot aku dok kat situ..ttba aku nampak dia datang.  Bole dia kata dia dah pusing 3x.  Aku ingat dia tipu nak bergurau2 senda ler kan?..so aku gelak2 kata kentut lah.  Rupanya dia sentap. Pastu tanya aku balik. Ingat org main2 ke?..berderau darah aku u olls.  Aku pun sound lah, mestilah nak bela diri kan.  Aku kata apsal ko x ckp nk aku turun awal?..tak kol pun? bukan salah aku ler kalau lambat kan.  Dia diam jer.

Sampai kat umah pun gitu. Diam jer muncung. MNL (malas nak layan) pnye pasal aku terus jer masak.  Aku sempat buat pajeri nenas, buat sambal n goreng ikan pelaling sikit.  Bdak2 perempuan tu nak makan spaghetti, so aku layan jer. Sempat gak rebut spaghetti dan wat kuah dia.  Masa makan tu ok dah. Muncung 14 dah ilang. Mgkin sbb lapar or lauk sedap sangat kot?..3x tambah tu..x sedap?? x tau ler nak kata. Bdak2 suka sgt dapat makan spaghetti. Sbb dah lama sgt aku x buat kan dorang.

SCENE #2

Sebenarnya dah lama kami plan nak antar barang2 balik ke kg aku kt SB tuh.  Antara barang2 tu rak tv, almari, katil, dapur gas, sofa dan macam2 lagi lah.  Since umah mak tu luas dan banyak ruang, mentelah gak barang2 tu masih elok baek ler antar kat sana leh gak guna.  Xkan nak antar balik Johor lak kan?..dah ler org sana tu kedekut, apa ingat dorang nak bare the cost lorry tuh?..jgn harap.  Sbb tu masa MIL tanya pasal tv toshiba lama aku tu..pantas jer aku cakap dah rosak. Lau tak mesti nak..ceh..malam sikit. Kok dia dok kg sorang tu bole le aku kasik kan. Tp dok dgn anak n menantu yg begaji besar..apa barang tv pun nak kena sponsor ye dak?.

Since akak ada kwn kat Peladang yg ulang alik antar barang ke KL ni, kami plan nak suh angkut sekali barang2 tuh. Kos tu kurang lah kan. Aku bayar dalam RM150 tuk minyak dan upah. Pulak tu somi akak ikut sekali bole le tolong angkat barang.

Dah bberpa kali plan x menjadik jer, hari ni lorry tu mmg betul2 datang KL.  Sebenarnya antar anak pisang ke Klang jadik melencong sekali lah.  Mmg suma barang2 dah siap kat luar umah. Cuma sofa dgn tilam jer yg ada kat lam umah. Since Kakak sek petang mmg dah pesan kat dia yg mana harus di let go kan.

Pg2 akak aku SMS kata lori kena pi Klang dulu, takut2 kalau lambat pulak sampai kat Rawang nanti n tanya Kakak pi sekolah kul bape.  Since dah cam tu aku pun kol le SP bgtau. Aku ckp kat dia meh le kita balik kejap lunch time nanti.  Bole dia kata, bg jer kunci  umah kat neighbour pastu suh abg ipar aku amik kat sana bole????...aku hangin lah.  Aku sound dia, org datang umah nak amik barang pe hal kita nak pas2 kunci plak tu nak suh abg ipar aku dok menjajau amik kunci kat umah org. (umah bby sitter kat jalan 7,dah tentu abg ipar aku pun x tau umah).  Tak bole le gitu aku kata.  Lum abis aku ckap dia putus line phone..beta pun hangin lah...........

Mula la hangat ati ni, dan aku pun stat SMS.  Aku ungkit perihal kemajukkan dia sejak umor 40 ni mcm dah terlampau2 sgt lah. Ckp sikit majuk..sentap. Betul apa aku ckp. Takkan kita nak biar org masuk umah sdgkan umah tak ada org. Nanti jiran2 ingat dorang merompak ke apa kan?..itu pun x leh nak pikir??. Aku dah bosan nk layan sentap ko tuh..ko pikir sentap  ko jer..sentap aku ko x terfikir kan?..susah2 aku balik jer umah naek komuter...abis citer..fullstop.

Itu SMS hangin aku ok.  Dah ler aku x berapa sihat ni. Kepala pun meong2 jer. Jgn buat beta marah. Parah akibatnya..

Tak lama, aku dpat balasan msg dia berbunyi : 'tgh meeting !.  Nasib ko lah kan labu.  Since akak aku kata, kalau dorang sempat sampai Rawang by time kakak lom g sek, x payah lah balik, aku sms SP balik cam tu.  Dia bole pulak jwp "K".  Maknanya dia dah tau ler aku marah tu..

Seriously, aku x tau kenapa mmg sejak umor dia 40 ni mmg tak bole salah sikit.  Mesti nak merajuk. Kalau dah merajuk tu, tak mau ckp..else tido kat luar. Mana la aku x sakit ati.  Nak kejut bangun pagi satu hal.  Mlm dok layan WWF gusti tu sampai kul 1 - 2 pagi, time pagi nak gi keje bangun leh lewa2.  Pulak tu hari2 solat subuh kul 7 diujung waktu tuh..mana aku x angin.  Aku ingat tu jer la sorang lelaki melayu terakhir kat umah rupanya anak jantan dia yg sorang tu pun sama gak.

Tgk peel ayahnya kot, dia pun terikot2.  Nak mandi tu berlewa2..belek2 baring2 golek2...nak bersiap pun alahai....lemah gemalai lenggang kangkung betul2 mcm lelaki melayu terakhir u ollss. Sakit ati aku. Cuma bezanya anak jantan dia tu senang nak bangun. Kejut sekali dah bangun.  Ada sekali tu dah kul 6.45am, dah 2-3x aku kejut dua2 x bangun aku pnya angin sampai aku jerit..Eh, korang ni nape susah sgt nak bangun nih.

Kesian kat aku ok. Kul 5.30am dah bangun. Kelam kabut masak, siap bekal utk suma org. Buat air tuk bdak2 nak sekolah, still aku jugak yg siap dulu?. Mana bole jadi kan. Hari2 lak gitu.  Cuma bila angin muncong SP datang tu, awal sgt2 pulak lah bangun sampai aku pulak tekejar2. Ish ish.  Pulak tu bangun lambat, selimut x lipat elok2 tak kemas. Bantal bersepah, kain pelekat berlonggok mana aku x angin. Mcm bdak2 pulak jadik nya sejak umor 40 nih..sabar jer lah.  Aku ni x bole nk tinggalkan katil bersepah gitu. Sbb bila balik nanti aku penat masuk bilik tgk berserabut, lagi serabut otak aku...tolong lah.  Klau kat umah mak aku or kat kg mak dia..elok jer bangun awal..solat subuh. Sekali kejut dah leh bangun..apa cerita?? mana waa tak naek angin pagi2  buta..dah ler kelam kelibut..rushing. Mata asyik nengok jam jer.  Kdg2 aku rasa apsal cepat sgt 6.30am. Kalau ari cuti tu lambat pulak jam nak bergerak....

Hari2 dok rushing kelam kabut, takut satu hari aku ni jer yg tumbang terus.Naya jer kan?.  Itulah, mmg dah lama tak buat persidangan meja bulat ni dgn SP. Dulu2..mmg selalu jer aku ckp kalau x puashati kat dia. Cuma sejak akhir ni, sbb busy dgn anak2 urusan umah..aku jadik malas nak ckp apa or rather malas nak bersuara org kata..

Tiap2 mlm sebelum tido, aku make sure barang2 nak bawak ke umah baby sitter dah pack.  Duit belanja budak2 dah masuk kat lam kocek baju sek masing2. Ada masa aku berus baju sekolah yg berendam.  Kemas kain yg bersepah..sidai tuala lah.  Korang ingat org2 jantan ada pikir tak tu suma..dorang tau time nak tido..bum terus jer berdengkur..aku potong jari ler yg kepala otak dorang tu x terpikir mende tu smua...betul tak?? Tu pun mujur ada kakak tolong2 gak. Cuma aku pun x sampai ati nak suruh dia buat mcm2 kalau dia ada byk keje sek.  Nasib baek mlm td dia x ada byk home work bole aku mintak tolong gosok baju adik2 nya.

Ada masa aku dah baring nak terlelap, teringat pulak nak kuarkan ayam dari fridge tuk masak esok pagi..rendam rice cooker, atau masukkan air dalam peti atau nak rendam baju sek bdak dua org tu..kutip stokin dorang masuk bakul. Selalu mcm tu.  Selagi ada benda tergantung lam otak aku selagi tu lah aku x leh tido.  Korang ingat SP nak fikir tu suma?..NO NO..org lelaki x kan tau betapa susahnya jadik seorang isteri, ibu apalgi yg berkerja mcm aku ni. Dia tolong gak sikit2..basuh pinggan sidai kain..tp aku bet kepala otak dia x ligat pikir mcm apa kita pikir.

Tu belum lagi kalau ari minggu. Mlmnya aku bersedia utk stok seminggu. Gosok baju aku, baju sekolah bdak bedua..baju keje SP. Sib baik ler SP keje ada uniform tu pun kdg jer nak kena gosok. Buat nya keje opis mau naya aku nak gosok kemeja suar tu suma..tolong!!.

Bila aku bg idea panggil org tolong buat keje umah , kemas and lipat kain seminggu dua kali ada jer. Katanya x payahlah...dia bole tolong..TOLONG la sgt kan!!!.ada la tapi tu cuma 15% jer out of 100% u olls.  Sib baik ler x kena tolong masak or hape..lau tak??

Stamina aku pun dah agak menurun. Mgkin sbb faktor usia..lagi setaun nak 40 ok?..sat lagi aku pun in the forty group gak. Tp ku harap2 takler aku sensitip n sentap salu cam tu. Cuma yg pasti lately aku cepat ngat naek angin. Bila naek angin muler ler sore cam petir membelah bumi tu..Salu bdak2 yg buat my blood goes upstairs ok..bapak budak pun sama..memetik sms dia masa kami gaduh baru2 ni .. : awak mmg isteri, ibu yg baik..tip top..cuma angin awak tu kalau dah datang x leh nak kata apa" :  ya aku ngaku BETUL Tu.  Jadik moral of the story senang jer..Dont make me naek angin and angry ok..You wont like when i gets angry..I speak English when i gets angry ok.........

January 12, 2011

Excuse Me...

Smlam aku pi bank kat KLCC. Lepas suma urusan selesai dah dkat kul 1 tgh.  Terkocoh2 aku jalan laju. Sbb nak makan kat BSN tu jap.  Lepas amik nasik n bayar aku dapat satu tmpat duduk. Masa tu penuh sesgt tp mgkin rezeki aku kot.  Masa aku baru stat 2-3 suap..ada satu awek tu tanya dpan aku ada org tak?..so aku geleng n kata tak de.  Dia pun dok la depan aku tuh. Aku dok budget mesti dia dok tunggu kwn dia tgh milih2 makanan kot..

Aku benarnya x kisah org nak tumpang dudok. Pg2 kat cafe pun salu. Tp aku rasa sometime dorang ni tak ada otak.  Ye lah kalau takat sorang tu tahan la kan??.. ni tak 3 ekor sekali.  Dah tu minah tu pulak duduk betul2 depan aku cheh.  Potong selera satu, buat org serba salah satu.  X lama pas tu datang sekor mamat lagi..kiranya kwan dia la..bukan 2 org kay..3..cilakak betul.

Aku bengang tahap gaban tapi since aku tgh makan kan takkan aku nak terbalikkan meja or baling pinggan kat muka awek yg buat muka tahap 20 sen tuh..cis.  Aku jadik tak keruan dan tak selesa. Nak meneguk nasik tersekat kat tekak..last2 aku makan cepat2..dan tak abis pun nasik tu (protes ok!!) aku  minum air suam then aku bangun n blah..

Biar dua ekor berok x paham bahasa tu nak ngata aku ke hape...aku pnya pasal la kan. Yg korang sengal sgt tu apsal.  Cara korang tu buat seolah2 ko halau aku tau. Walhal kan ke aku tgh makan..

Ni la otak muda mudi zaman sekg..langsung x ada budi bahasa dan pekerti..sbb itu generasi muda yg kurang ajar ok?..Gaknya mak pak korang tak ajar kot camne nak berbudi bahasa dan jaga tingkah laku.  Kok ye pun ramai org x bole ke sabar tunggu jer org abis makan..atau ala2 yg nak abis makan tuh?.  Aku tau sometimes mmg ramai bangang2 kayu yg dok bodoh jer wlaupun makanan dah abis lama...berborak cam org x hengat dunia walhal org lain dok diri tunggu nak dapat meja kosong..mentaliti x betul lah dorang ni kenkadang..

Apapun sungguh selera aku terbantut smlm..mmg  hampeh ler. Next time lau aku rasa nak makan kat BSN aku make sure aku gi kul 12 coz org x ramai lagi...

Buat minah2 dan mamat tu..lenkali paham2 ye.. jgn dok amal perangai gitu...

January 7, 2011

2011 yg penuh cabaran

Dari mula hari orientasi sekolah Amal ari tu aku nampak kesungguhan dia nak sekolah.  Sungguh detail dan determined dia.  Malam seblum sek dia akan sediakan segala keperluan dia. Mana singlet, spenda, baju, tai sampai dan yg perlu dia pakai tersedia.  Beg dan buku2 pun teratur.  Masa hari orientasi tu aku penat menunggu dan turun naik tangga gak sbb kelas dia tingkat 3.  Yg best nama Amal kat no 1, kelas Pertama. Just because kami daftar dia awal2 lagi.  Dalam 2 minggu ni dia ada orientasi and saringan baru ler tau kelas apa dia akan dok..kelas 1 atau 2 atau 3 dan seterusnya sampai kelas ke 8.

Mula2 mmg dia nampak takut sbb tak ada kawan. Masuk ari kedua, ketiga dan seterusnya dah ok sgt2. Lucu gak aku dgr bila dia sendiri dgn jujur mengaku ada menangis 2-3 hari ni sbb kwn lambat datang.  Katanya takut kalau dia x ada kwn rehat nanti. Sambil cerita dia pun gelak2 jer.  Hari2 dia akan bawak balik cerita memacam dari sekolah.  Aku lah yg rajin melayan dan menanya dia.  Nama kawan2 dia pun aku yg ingatkan just becoz masa orientasi tu aku nampak nama2 dorang tuh.

Sek agama pulak, dah byk doa2 yg dia baca. Baru bberapa hari sekolah dah hafal. Ada doa2 tu aku sendiri pun tak tau...or dah lupa..malu  betul.  Satu yg aku suka, tupperware aku yg ku labur beratus bulan lepas tu mmg sgt berguna sgt sbb Amal hari2 nak bawak bekal.  Sek pagi dan petang.  Menu pulak lain2. Ada masa dia mintak nasik lemak. mee atau meehun atau pun setakat nugget dan hot dog jer.  Aku pulak mmg malas nak bangun awal2 pg sgt tp sek kerana dia mmg nak makan..aku gagahkan la jugak.  Dah 2 hari berturut2 dia bawak nugget dan  hotdog.  Since letak dalam tupperware, tak minyak or tumpah bole jer masuk bag sek dia..tergolek terguling tak bcor pun.  Air pulak, sbb aku nak jimat masa, hari minggu lepas aku dah siap2 masak air gula sekilo n simpan dalam peti. Pg2 aku terus campur air jer senang.  Amal pulak akan order air apa dia nak. Memacam perasa aku beli..oren, anggur, sirap, barli...u name it u got it.  Delin pulak sejak adik dah sekolah ni dia pun sama nak bawak air berbagai2.  Cuma aku x bekalkan makanan kat dia knowing dia bkan makan pun!.

Mcm2 cerita amal akan bawak balik.  2-3 hari lepas cerita kwn dia yg tak ada duit nak beli makanan. Katanya mak bdak tu x bagi duit..then aku tnya ada bekal tak??dia kata takde.  Kesian katanya tak makan..Aku taktau mana datang rasa simpati dia...dia kata bagi RM1 kat bdak tu suh beli nasik lemak..oooh anak aku..terharu aku dgr.  Tiap hari aku bagi dia Rm4.  Dua ringgit utk pagi dan bakinya utk petang. Tapi mmg x pernah abis duit tu. Adakala dia belanja singgit jer. Adakala dia mmg x beli apa tapi belanja kawan jer. Sbb dia makan bekal dan minum air yg dia bawak.

Baju sekolah pun sama.  Pagi sek agama bila balik umah baby sitter, amal akan hanger balik baju sek agama tu elok2. Bersih jer baju dia x ada kotor pun. Bkan macam delin satu hari satu..mcm belacan jadiknya.  Sek keb pun sama..kira2 sepasang pakai 2 hari. Tak la penat aku nak menyental hari2..Amal sungguh bijak dan memahami sbb katanya sian Mama nanti penat nak basuh baju hari2..oooh anak jantan aku ni sungguhlah..

Delin masih lagi sek biasa. Aku rasa kena hold dulu rancangan antar ke seklah khas tu. Sbbnya logistic dan kos ya jugak.  Mana aku nak pikir bawak dia travel hari2 naek moto..mana aku nak pikir carik tmpat dia nak duduk lepas kelas tu. Lepas aku tanya dan survey ari tu..kos baby sitter around 250rm gitu walaupun kejap. Sbbnya Kg Baru..area KL kan..yuran sekolah 450 + 250 agak tinggi gak kos tu..aku takut x termampu jer nanti. So for the time being biar dulu.

Masa 2 hari aku tunggu amal kat sekolah..aku tunggu delin sekali sampai dia rehat.  Mmg aku tgk dia tak ada kwan.  Ramai yg mcm nak buli dia jer..ejek2 dia..sbb tu dia salu lone ranger.  Tp nampak jer aku ada..delin dgn bangga annouce..tu mak saya...haaa kau, terkucit suma bdak2 tu..terus terdiam.  Bdak lelaki yg buli dan koyak baju dia tu pun ada. Cuma mak bdak tu mmg hari2 ada kat sekolah. Sampai tukang kebun, gurubesar kenal mak dia mmg dah 3 tahun hari2 ler gamaknya dia datang tunggu. Aku buat donno jer..mak bdak tu cm takut2 dgn aku..tp aku buat muka sombong ..x ckap apa2..ceewah..belagak gitu.

Yg pasti aku langsung x risau kan Amal. Aku cuma lebih risaukan delin tuh.  Salin jadual pun x lepas keje sek pun kadang2 dia x terbuat sbb taktau katanya. Aku dah berusaha...antar tuisyen..nampak  bole baca sikit tp lambat..apa lagi aku nak buat selain berdoa moga2 dia jadik mcm org laen kan.  Bkan dia mintak jadi gitu..sebagai mak mestilah aku nak yg terbaik dgn dia.

Masuk pasal keje...maknanya dah tahun ke 5 aku kat sini..sungguh takde byk komplen sbb aku pun malas nak fikir lagi carik keje lain..afterall setaun lagi aku dah masuk version 4..aduh...takut gak aku menuju umor 40 nih..jgn aku jadik cam SP sudah..sjak 40 ni sensitip sentap terlampau pulak. x leh salah ckp sikit..majuk2..kdg2 aku bosan tp aku malas nak layan. Mentelah aku nak pikir pasal bdak2 lagi..

Tahun 2011 gak jadual aku berubah. Pukul 5.45am aku dah kena bangun. Siapkan apa2 yg patut. Adakalanya sambil masak aku gosok baju...adakala balik petang aku beli jer. Sbb sampai umah dah Maghrib..mana nak tanak nasik anak2 dah merengek kelaparan.

Aku singgah jer beli nasik lemak tetek on de way balik tuh. Cuma ari jumaat sempat lah aku balik masak sbb kuar awak kul 5 kan.

Tahun 2011 gak, aku cuba nak simpan coti. Mentelah budak2 sekolah ni ada tak de nak cuti time cuti sek jer lah kan...aku harap by Dec aku ada 5-6 hari.  Ujung tahun ni aku nak balas dendam cuti lelama..abiskan cuti. Salunya by Nov cuti dah abis..tahun ni tak. Aku nak tukar.

2011 gak, kami bakal clearkan separuh isi rumah.  Barang2 tak perlu nak antar balik kg. Menunggu masa je lori nak dtng amik.  Juga nak siapkan 100% dapur tuh.  Skg ni aku dah masak kat dapur baru tu tp kena pakai selipar sbb lantai lum siap lagi. Jadik harap2 bon dapat lebih sikit bole le aku completekan.

Hall pun sama  gak, kami nak get rid sofa besar tu. Pastu aku nak panggil orang untk shining the marble.  Lepas tu baru fikir nak beli sofa ke tak. Biar kosong dulu Hall tu.  Harapan aku gak supaya personal loan SP tu diapprovekan tahun ni. Dapat lah aku tambah sikit kt depan tuh..

Aku harap2 moga 2011 bawak byk rezeki buat aku dan keluarga.  Tahun ni gak aku nak try kurang2kan balik kg aku tuh. Sbb dah terdgr sore2 sumbang kata aku ni lebih kan kg aku jer.  Jadik for the time aku malas nak ajak2 balik kg ke apa...kalau aku rasa nak balik aku balik jer...tak pun balik jer naek bas (mcm SP bagi kan??) apapun, mmg aku kena bagi alasan kat mak yg bdak2 dah sekolah susah nak balik selalu cam dulu...terpaksa aku ckp gitu. Mak bukannya paham kalau aku kata belah sana dah hint2 kerap sgt balik kg selangor..Mak tu penting kan diri dia jer..mana mgkin dia paham situasi aku yg kena dgr ckp laki ni kan???

Azam 2011 gak..aku nak bukak satu akaun bank baru..dan nak dump tiap bulan kat sana RM100. Untk suka2 jer .  Lgpun biar ada byk tempat simpan walau sikit2 kan.  Lpas abis maen kutu group ni aku akan sambung tp mgkin utk 200 jer instead of 400.  Bole la aku dump separuh kat akaun baru tu..dan separuh lagi kat akaun tabung or ASB.  Tabung and ASB tu biasalah, time x ada duit ku korek gak..jadik aku kena ada satu tmpat lagi..yg susah nak amik kuar jadik duit tu dok dendiam jer kat situ...hahaha

Walaupun aku tak harap sgt bonus tu, aku harap sgt dgn increment..harap2 dapat la lebih sikit.Harga barang dah makin naek..minyak masak pun dah mahal..sebenarnya 3-4 dah aku beli minyak zaitun or minyak jagung utk memasak.. mmg mahal sikit, tapi aku guna sikit2 jer. Kalau goreng ikan tu just ngam2 jer. Minyak ni bagus utk kesihatan dan juga x mcm minyak biasa tu..Cuma aku beli gak minyak biasa sikit2 just utk kakak kot2 dia nak goreng nugget ke telor ke..tp utk aku dgn SP mmg fully aku guna minyak jagung or minyak zaitun. Sungguh nak jaga kesihatan pun ya...its about time pun ya.  Paling best kalau buat sambal pakai minyak yg dua tu..simpan sambal dalam peti ais ..minyak tu tak beku pun u ools.. cam tu gak..cuba minyak biasa tgk??kalau tak beku berketul putih tu kan.. Lgpun SP ada masalah kolesterol ..kena lah berjaga2 bila dah tua kan..aku pun jadik penjimat..guna sikit jer.  Cumanya kalau ada org datang dok pulak 4-5 hari bersantai kat umah mmg masak ler kan..terpaksa aku sorok minyak jagung aku tuh..ye lah 3kg pun dah 20rm lebih..3 kg tu tahan aku guna for 2 bulan..buatnya org guna utk 5 hari mampus...

Kakak pulak cam biasa. Dah masuk Tgkatan 2 ni makin byk pulak keje sek dia. Hari2 aku tgk stay late sbb nak siapkan 6-8 homework.  Pagi bole aku suruh tolong2 kemas kain ke basuh kain n kemas dapur ke...masih ok lagi at least dia kurangkan beban aku nih.


Selamat datang 2011 yg penuh dgn cabaran..harapan aku moga2 anak2 sihat dan cerdas nak kesekolah..aku dan SP dikurniakan kesihatan dah kebahagiaan dan dimurahkan rezeki kami untuk anak2..Insya Allah..AMIN


December 29, 2010

Bercuti dgn banyak duri dalam hati..

Plan bercuti kali ni sebenarnya Adhoc jer. Sbbnya MIL turun KL. Jadik sengaja nak carik tmpat bwk dia jenjalan kononya.

Apartment yg kami tinggal tu sungguh selesa sekali.  Kat Puncak Arabella Tanah Rata. Sbb kami dapat rate yg bagus so kami decided stay 3hari 2 malam.  Bilik tidur ada 3 sgt selesa. Dua bilik with queenbed dan satu bilik lagi ada 1 single bed.  Dapur dan peralatan suma cukup.Siap ada disediakan gula lagik.

Cuaca asyik ujan mengekang kami nak berjalan2 sgt.  Lagpun MIL tu mcm nak tak nak jer kuar.  Ada takde pi puncak Cameron, pastu singgah taman kaktus dan strawberry.  Ladang teh pulak singgah kejap masa on the way.  Tu pun x turun sbb ujan.

Susah sungguh bawak org tua ni. Regardless tak kira mak aku or mak dia.   Yg pasti, next time there will be no more vacation dgn kehadiran org lain.  Tak syok, sakit ati, makan ati..sumanya ada.  Sometimes aku salu fikir org tua ni terlebih ngengada. Sama macam mak aku gak.  Tanya nak beli apa2 tak?..sayur, jagung, buah?..sumanya tak mo. Mcm duit aku tu tak laku gamaknya.  Tp bila dkat dgn anaknya bukan main lagi memborong. Sungguh aku sakit hati tau.  Padahalnya duit yg aku pegang tu pun duit anak dia juga. Dasar sgt kan.

Masa kat puncak tu mcm2 ada jual dari baju2 sayur2 dan segala mala  hasil Cameron.  Parking susah nak dpat so SP drop aku, amal, kakak dan MIL dulu sementara dia carik parking. Bawak delin.  MIL nak beli tshirt tuk cucu2 kesayangan dia tu kat situ. Tp aku kata kat situ mahal sesgt.  Kalau nak beli nanti turun bawah kat Brinchang bole beli.  Aku rasa dia mcm tersinggung kot aku ckp gitu.  Ye lah tshirt cekai rega sampai rm29.90 kan. Dah ler tak berbaloi dont you expect aku nak beli for your cucu2 yg mak pak dorang kedekut tak hengat tu..please lah. I dont mind spending for dia beli buah ke sayur ke..Ni tak strawberry aku offer nak beli ke tak pun tak mo!.  Lepas SP dapat parking dia terus dtang kat aku. Masa tu aku dah borong sikit2 coklat and sayur2.  MIL masa tu masih x li apa pun!.  Majuk aku rasa.

Aku bawak kakak, alin dan amal pilih2 keychain yg dorang nak. Masa tu aku nampak SP dgn MIL dah pi kat kedai lain. Amboi bukan maen lagi memborong u olls. Sakit tak ati??.  Sungguh aku berusaha cover line muka aku yg bengang ni. Cuba manis2 kan muka.  But maybe SP perasan kot? dont know. Aku beli strawberry 3 kotak with RM30.  Pastu ada la beli buah2 tangan untuk kawan2.

Masa dah turun kat Brinchang dah kul 11 lebih. Aku suggest makan kat food court tu. Masa tu pun aku tnya MIL nak makan apa?. dia geleng kepala.  Tp aku ni malas nak ikut perasaan sgt kan org kata, aku order 2 nasik ayam, kakak order nasik goreng nenas dan aku order sikit satay.

Makan pulak?..susah sgt ke ckp nak makan apa.. Bukan kita expect dia bayar pun?.  Dah tu aku tgk ok jer makan nasik ayam tu. Berselera pun. No doubt masa pagi2  buta aku dah masak nasik kat aprtment siap lauk dan sayur bagai.  Aku dah makan bnyk thats why aku x mo makan berat2.  Tp dia seolah protes mentang aku x mo order dia pun tak. Tp bila diorder ok jer.

Masa ronda2 kat kedai beli tshirt, dia beli empat helai.  Aku sengaja drag SP jauh2 dari situ. Sbb aku mmg x mo bayar pun. Dan aku cuba elakkan SP dari bayar.  Itu untuk cucu2 dia kan. Pe de hal aku nak campur?.  Aku ni  malas nak berkira tapi since mak pak dorang tu bekira..aku pun nak jadi gitu.

Tiap kali balik kg, aku x pernah x beli apa2 untuk makanan/bekalan kami selama mana kami kat kg.  Bila dorang datang umah aku pun sama gak. So, mana rasionalnya?.  Kalau 10 hari kami kat kg means selama tu lah kami kena kuarkan duit beli semua barang2 makan, masak dan melantak.  Dorang??..seboleh2 nak jimat.  Hatta kalau dtg umah aku pun haram nak beli apa..mengabiskan ada. So haruskan aku bermurah dgn org begini?? NO WAY.

Endup MIL beli baju tshirt which way more cheaper dari di atas sana.  4 helai for RM27 ok lah kan?.  Lepas tu kami balik apartment je lepaks. Since Jumaat petang tu dah pi pasar, Sabtu petang tu cuma aku 4 beranak jer yg pi. MIL dgn kakak tinggal.

Malam MIL dah siap ingatkan anak2 yg esok (AHAD) kena bangun awal sbb nak balik. Malas aku nak argue aku diam jer. Masa on the way turun kami pi breakfast dulu.  MIL ikut SP order roti canai. Aku pilih mihun dan nasik goreng untk aku dan kakak n delin. Amal choose for nasik lemak.  Yg aku agak upset ialah menggelabah MIL nak balik katanya takut nanti di tinggalkan oleh adik SP yg baru nak balik dari Slim tu.  Kelam kabut semua org just because dia yg kelam kabut!.  Mlm tu gak aku dgn SP dah pack siap2 sayur2 yg SP beli tu.  Aku sengaja nak protes..tak tau SP noticed ke tak. Aku kata bagi jer suma sayur2 tu pada MIL bawak balik kg. Aku tak rasa nak amik pun!.  But being honest aku bet SP tak paham maksud aku tuh.  Dia cuma amik 3 biji kobis, satu celeri dan satu kobis bunga. Yg lain dia bungkus bagi MIL. RM50 pnye sayur u can imagine berapa byk tu.

Masa on the way turun, amal merengek2 nak ajak singgah ladang teh lagi dan turun bawah nak bergambar. Masa on the way naik ari tu ujan so dorang x berpeluang nak turun bawah.  MIL dah sound dari belakang. Ada apa nak pegi lagi, ari tu kan dah pegi..tak payah pegi lai. Aku diam jer. Aku pujuk amal, x payah pegi lah. Ari tu kita dah pegi. Next time kita pi lagi..kita singgah lagi. 

Mujur amal dengar pujukan aku dan kami terus balik Rawang. By the time sampai dah kul 11. Aku terus masak. MIL menggelabah dok tnya byk kali mana dorang dari Slim x sampai2.   Akhirnya pukul 3 lebih baru dorang sampai.  Dorang rupanya pi ngantar pengantin  bagai.  Fair enuff kan itu sedara mara biras aku biar dia lah nak pi mana. Yg aku kurang gemar, MIL korek dari cucu2 dia mana dorang pegi, siapa yg datang.  Siap buat muka mengejek sbb mak biras aku yg baru kuar hspital tu pun ada sama..Amender ler??..  Anak dia yg buat kenduri, suka hati dia walau pun sakit kan. She has no right to say ANYTHING on that.

Aku mmg noticed MIL ni dia kurang senang kalau anak2 menantu pi memana time dia datang. For her kalau dia datang dorang suma tak bole pi mana-mana.  Masa dia pi umah abang sulong SP dorang nak ke Langkawi. Wah bberapa hari dia mengata dorang tu pi bercuti time2 dia datang.  Aku dah paham sgt perangai dia tu kan, bila dia mengata menantu yg lain aku diam jer. No further comment.  If she can say anything about other DIL mesti dia pun ada mengata aku kan.

Masa dia pi umah abg no 2 SP pun sama.  Dah bgtau dorang tu tak duk umah time cuti sekolah ni, nak jugak tido sana. Sudahnya baru satu malam dah gelisah nak balik umah kami balik.  Udah dikhabarkan gitu. Pulak tu siap bercerita memacam perihal menantu kat sana..which totally aku x suka.

So masa adik SP dah sampai umah dorang nak lepak2 dulu seblum off to BP.  Tp MIL dah gelabah nak balik tak nyempat2 walhal dorang baru sampai!.  Biras aku pun ada bercerita apa yg MIL bising2 bila tido kat umah abang no 2 dorang tu. So many complains!. Until adik SP sendiri pun fed up. So that dorang malas nak layan bawak jer dia antar kat umah kami!. Ish ish..salute aku kat biras aku tu lah, mcmana dia leh tahan dok dgn org tua tu?,. Kalau aku sure dah mereng. Kata biras aku dia malas nak layan so dia diam jer..Boleh?? aku x bole la.  Sdgkan sometimes anak dia sendiri pun fed up nak layan so dorang diam jer..

SP sgt baik dgn mak dia. Sgt2. So aku ni sentiasa berjaga2 agar tak terlepas geram or cakap pasal MIL. Dia sejak2 dah forty ni amat sensitif sgt. Tak bole tersalah cakap sikit majuk.  Jadik aku jadik hipokrit utk konon2 terima semuanya sedangkan dalam hati ni. Hanya Allah yg tau.  Tp nak buat cam ne. Kena berkorban demi org lain kan?.

So lepas kul 5 dorang off ke BP.  Aku suruh jer MIL hangkut segala mala sayur mayur tu.  Ada gak sikit teh aku bagi.  Strawberrry and jem?..takde. Aku cuma beli untuk aku, untk kwn2 ku jer....sorry ya.

Sebelum balik sempat MIL sound kat SP. Next time nak bercuti jgn lupa ajak dia sekali. Huh?? Please!!!. ddalam hati aku "haaa. malam sikit"...pastu ada hati nak suh book kat Cameron lagi so that dia nak pegi lagi ajak sekali anak beranak, ipar duai SP..ooh No way man!!. past is past. PD pnye hal pun lum leh aku lupa ada hati nak suh organise lagi..

For sure, aku dah sound suma org dalam rumah. Next year kita akan pergi bercuti ke tempat2 yg kita belum pernah pegi..Spt, penang, sg petani or perlis or Kelantan. Tak pun kita pi pulau2.  Yg pasti, aku dah sound awal2..kita takkan pegi time cuti sekolah. Kita akan pi time cuti umum or weeknd..Alasan paling kukuh: sbb time cuti sekolah sure pack..Hakikatnya : Aku x ingin orang lain yg tak berkenaan nak mengikut seh..tak kira dari family aku or family dia..full stop!.

December 23, 2010

Pampered your self...you deserved it

Acap kali, aku rasa bukan aku jer bahkan semua wanita berstatus ibu2 berkerja ni selalu melupakan keinginan dan kehendak diri..demi keluarga, lebih senang citer demi anak2 lah. 

Dulu, masa bujang2 gaji tak seberapa banyak mana. Tapi masa tu tak ada komitment selain nak bayar sewa umah, makan dan tambang bas.  Bagi duit kat mak pun masa tu kadar mampu jer..Tak banyak tpi adalah sikit.  Masa tu x yah dok pikir nak bayar duit keta, belanja dapur, bil2..utang2 kad kredit, duit kutu, duit sekolah anak dan macam2 lagi.  Hidup sangat freedom masa tu.  Time dapat gaji jer..wah shopping sakan beli jer apa ku mau.  Sungguh masa tu jumlah gaji kecik tp dek kerana misc tu suma tak de, still bole survive tu.  Aku ingat lagi gaji aku yg pertama masa tu dalam empat ratus ringgit jer..ye lah 20 tahun yg lalu kan..aku beli setiap satu org ahli rumah aku sehelai baju baru.  Masa tu aku rasa bangga siot sbb buat pertama kali aku beli barang untuk org tua aku.

Masa berlalu pantas, aku dah stat hidup berkeluarga.  Masa anak satu agak susah jugak lah. Ye lah baru2 nak memulakan hidup org kata. Sedikit demi sedikit taraf income meningkat sampailah kami mampu beli sebuah rumah kecil dan sederhana, sebuah kereta 2nd hand dan anak2 pun dah bertambah.

Lepas ada anak 1,2 dan seterusnya 3 makin besar komitment.  Dgn perbelanjaan susu, pampers dan sebagainya.  Masa budak2 kecik dorang x reti demand. X reti nak minta Mc D of KFC pun. Makan apa ada.

20 tahun berlalu, anak2 dah makin besar, Alhamdulillah rezeki makin bertambah.  Dan aku sedikit demi sedikit memanjakan diri sendiri.  Setiap kali gaji, kalau aku ada rasa barang aku nak beli aku akan beli.  Biasanya x tiap bulan pun.  Mgkin 2-3 bulan sekali.  Hatta, baju keje pun aku shopping setahun 2-3x jer. Tp sekali shopping mmg all out.

Keutamaan masih lagi pada anak2. Samada makan pakai dorang, persekolahan dan keperluan meka tu. Tp since ada lagi lebihan wang tu ada lah peluang makan angin bawak anak2 dan keluarga.

So, semalam lepas lunch dgn Zas kat KLCC, dia ajak aku meneman dia ke Mark n Spencer. Katanya dah berkenan kat selai baju kat situ..Mmg, baju kat situ cantik2.  Lebih2 lagi kalau body still ada figures, sesuai sgtlah beli kat situ. Harganya hmm mcm biasalah what do u expect kan.

Niat zas nak beli selai tu dah terjadik dua helai.  Baju yg dia suka tu mmg cantik, tp aku nampak ada satu lagi g cantik jugak so aku suggest kat dia pi fittings...Fair enuff...she loved both baju tuh.  Masa dia tgh fittings tu aku dok tunggu kat tepi cashier tu.  Aku nampak satu makcik ni..agak bergaya..aku kira dalam umur 50++ gtu. Tgh dok memilih2 baju dgn sepasang anak dia yg nampak cam teenager dah dan hsbd dia..Aku rasa mereka bukan org sini..probably Brunei berdasarkan pada cara dorang bertutur tuh...U know, dia grabbed jer baju tu cam pilih t shirt kat kedai bundle tuh...knowing the harga kan..ish ish.  Lepas dia nak bayar tu aku rasa ada ler dalam 7-8 helai blouse..yg mmg cantik2..  So akuleh dgr sebijik2 cashier tu kata kat dia berapa jumlah suma..toinggg!!! RM800 lebih oooo...the best part, aku ingat dia nak kuarkan CC..rupanya dia kuarkan cash ko..haaa...gedebuk note seratus tuh...see?.  Maybe dia x fikir byk pasal harga, maybe dia ada byk duit, golongan bangsawan dan ada2 barangkali??...Tapi hakikatnya...dia beli mengikut apa yg dia nak..apa yg dia rasa cantik to her...regardless ye, mak cik ni paka tudung tu..

So, masa Zas nak bayar her baju total of RM308, Mcm cuak jer ..maklum lah that amount kan?....Tp aku sound kat dia, sesekali we deserved it ..We work so hard every min and we deserved on every cents we earned kan??..No need to feel guilty..duit tu camne pun akan abis jugak...Since dulu dah jerih dia sacrified for the children kan..now its the time to pay it back...just pay it to our self!.  We walked out of Mark n Spencer sbb masa dah suntuk..the fact is, Zas gembira sbb dapat beli baju2 yg dia suka..aku tumpang gembira sbb dia gembira..dan both of us sgt gembira sbb this is the payback for our hard work this month... :)

This month, aku cuma belanja diri sendiri ku dgn 2 pasang kain baju kurung corak songket.  Selebihnya aku beli tupperware..Entah nape, giler tupperware aku kalau sekali datang.....abisss!!...True enuff, this month aku spend beratus to get all my tupperware idaman!..huhuhuhu...

Teringat aku akan salah sorang kawan aku yg mintak aku buatkan cekodok bawang dgn sambal bilis untuk dia bberapa bulan yg lalu....aku pun silap, pi letak benda2 tu dalam tupperware dgn harapan dia dapat pulang balik...harapan tinggal harapan.  Entah camne ketiga2 tupperware aku tu HILANG...gone tak tau mana..ada jugak dua tiga kali aku hint pasal tu kat dia.  Dua tiga kali gak dia kata nanti dia gntikan aku yg baru....tpi tu lah kan, kadang2 org tak mau faham yg aku sgt sayang kan tupperware tuh..sbb benda tu limited edition, mmg tak ada lagi kuar...tapi apakan daya aku kan?..aku anggap benda tu tak ada rezeki..cuma lepas tu aku beringat....NEVER bagi org makanan guna tupperware lagi..Gunalah TIPUWARE jer.......well, its mine and have right..betul tak?...

Takde rezeki..maybe 3 hilang..30 lagi aku nak dapat kan?..You never know..Insya Allah





December 20, 2010

Maaf, resahku x terluah..

Ada kala kita punya sesuatu terbuku dalam hati. Tpi kita x tau nak luah kan dgn kata2. Tiada daya bercerita.  Kadangkala kita terpaksa menjeruk rasa dgn berpura-pura.  Sesuatu yg amat berat mau di bicara, sesuatu yg amat pahit untuk diterjemah dgn sebarang kata-kata..hanya kau dah aku yg merasa...

Bimbang nanti bila diluah tersalah bicara. Kerana tidak molek buka pekung di dada. Menepuk air di dulang terpercik muka.

Aku rasa sungguh down skg....., sungguh x terluah dek kata2..kerana aku menahan diri, menjeruk rasa.  Ibarat langit yg tak selalu terang, ttba hujan melanda.  Ibarat air sungai yg mengalir deras selepas hujan begitu berubah warna..

Ada kala, aku ingin nak terbang jauh...jauh ke atas awan, biar tiada siapa yg peduli mau mencari. Tapi aku tiada mampu kerana kakiku masih terantai di situ.  Sesekali ku memandang tinggi ke awan cuba merubat rawan namun tiada kesan..

Sesungguhnya, sesuatu yg tak terluah itu amat berat di tanggung, merobek luka mendalam di tika suasana yg amat suram , aku sering beralah tanpa dgn rasa payah...namun sesekali aku bersuara itu dek kerana aku sudah tidak mampu berpura2. Maafkan aku, atas keterlanjuran kata-kata yg lahir dari minda yg tak tahan lagi berpura.  Hakikatnya, tuk sekian lama kenapa kau masih tak mau mengerti apa yg ada dalam kotak sanubari ini....Ia tak mampu lagi dibohongi...kerana itu, kata2 yg terluah rupanya menitikkan resah dan gundah.


Maafkan aku...aku dah lesu berpura lalu  aku terlanjur kata.  menjeruk rasa dan kau akhirnya yg menjadi mangsa.

Maafkan aku!..

December 17, 2010

Back to School !!!


Parkson Back To School Promotion thumb Parkson Back To School Promotion

Malam tadi kami kuar ke pekan untuk shopping barang2 sekolah anak2.  Lepas dinner kat umah, kami terus kuar ke Pekan.  Tak jauh Pekan Rawang about 8km jer dari rumah.  Entah nape kami mmg tak suka pi shopping barang2 sekolah kat KL sejak dulu lagi.  Pertamanya sbb ari2 gi keje dah masuk KL, jadik lepas keje tak kosser you nak gi sana lagik. 

Keduanya kat KL tu parking susah yg amat. Kalau ada pun jauh nak jalan.  Karang tak pasal2 penat jer.  Jadik untuk kesekian kalinya kami pi ke pekan jer lah.  Senang dan dekat.

Kalau tahun2 sebelum ni ada gak beli kat Mydin, this time aku x mo dah. Mmg barang kat sana murah2 belaka tp kualiti tak bagus.  Kalau kasut tu rega bawah lima hengget tpi pakai sebulan dua dah koyak rabak. Kaen baju pun sama.  Jadik sejak dari tahun lepas mmg kami x dah beli kat mydin kecuali peralatan tulis.  Hak tu mmg harus beli kat mydin sbb murah giler.  Lgpun berbaloi beli alat tulis sekotak sebabun, leh tahan sampai ujung tahun dgn kawalan Stock kontroller lah kan..kalau idak..abisssssss!

So malam tadi kat Parkson, kami settlekan sorang2.  Mula2 pilih kasut sekolah.  Pandai betul si barbie dan si ben 10 buat market yek. Sampai kat kasut sekolah pun boh logo dua benatang tuh.  Delin awal2 lagi dah pegang itu kasut barbie...so amik dua pasang.  Rega sepasang RM25.90.  Amal pun tak mo kalah, Ben 10 jadik pilihannya.  Sambar dua pasang.  Kakak pulak baek pnye dah amik 2 pasang kasut bata, alih2 balik umah baru perasan kasut tu tak termasuk pun!..hapa lah.  Oh with regards si barbie dan ben 10 tuh, sepasang kasut dapat adiah free shopping bag ada gambar 2 ekor menatang tu each boleeeh?..layaaan.

Lepas settle kasut layan baju sekolah amal pulak.  Kami dpatkan 2 pasang untuk sek keb.  Namun baju untuk sek agama takde size. Yg ada saiz kecik sarung nangka.  Harus try segala nya kan.  Dan aku mmg suka beli besar sikit.  Supaya bila besar sikit idakler jadik kecik. Klau bapak dorang tuh maen tangkap muat jer...asal boleh jer. Tu sbb beli kena bawak mak terutama mak cam aku ni ok?..yg each time nak beli tgk kualiti, acukan kat badan, kira rega dalam kepala dan off course budget harus x lari kan gitu?.  For semlam bapak dorang budget RM500.  So selesai amal siap dgn spender bagai terus pulak kat delin.  Malangnya tak ada size pulak utk minah tuh.  Minah tu dah ler saiz kecik mmg susah benor pulak nak carik bajunya.  Memandangkan tak pasti lagi samada dia nak pi sek khas ke atau sambung kat sek biasa, aku cadang beli sepasang jer baju sekolah utk dia dulu. Kasut tu tak kisah lah kan sbb kat sek khas pun dorang pakai kasut sek gak.

Abis baju sekolah, masing2 layan diri nak pilih kotak pensil pulak.  Mcm biasa ler hantu ben10 akan ttp choose for Ben10. Siap dgn tabung air, bekas bekal dan bagai. Ini kalau x bawak bekal tak tau ler aku.  Si hantu barbie pulak sambar satu pencil box barbie ler.  Kakak being a teenager, pilih kaler2 biru sweet.  Beli sikit file, correction tape dan ntah hape2 lagi.  Delin siap complete dgn botol air barbies jugak.

Masa dah nak kira kat counter, aku budget2 lam kepala dalam RM 400 gituh. Sbb bdak salesgirl tu kata ada 10% discount of each item.  Bapak dorang muka cam cuak jer . Sbb dia rasa cam tak cukup jer..Well, serahkan pada yg pakar gitu!!.  Lepas abis kira semua its endup to RM334.90.  See??..I told you dah....sbb ada diskaun tu. Ok lah kan, budget aku 400 tu masih lebih banyak apa...

Lepas kuar dari Parkson tu aku ternampak ada kedai baru baru bukak kat seberang jalan nun.  Besar gitu, jual peralatan dapur. Konon aku ajak SP ke sana nak nengok2 jer nak beli barang2 dapur, kuali periuk belanga bila dapur dah 100% siap nanti.  La ni baru 70% jer, aku terpaksa masak kat dapur yg lantainya tak siap, tingkap tak berpasang dan terpaksa pakai selipar each time kuar masuk..tak pa for the time being...

Masuk pnye masuk itu kedai..Waaaaaaaa sudah bagus. Tersusun suma dgn rapi dan kemas. dan Macam2 segala mala atuk ada jual kat situ.  Keinginan mengsurvey sudah bertukar kepada membeli segala mala barang bersangkutan dapur. Regardless lah dgn 3 org tu kan, ada sajer barang2 lain dorang sambar sekali.  Endup the survey with RM90..heheheh..ala bapak dorang dapat bonus kan?? sesekali harus mengpaw gitu.  Aku dah aimed bberpa barang nak beli next time bila dapur dah settle.  Periuk tak melekat, kuali dan tmpat letak pinggan baru. 

First time shopping sampai kena paksa kuar sbb kedai nak tutup..hahahaha.  Masa nak bayar tu baru perasan kul 10 mlam dah.  Dorang dah tutup lampu kat certain area dan halau keluar.  On the way balik singgah ngeteh kat mamak ali maju.  Mak ai dah dekat pukul 10 lebih pun masih ramai manusia menebeng kat situ....lepas minum2...kami balik sampai umah around 11 gitu.

Well, sampai umah apalagi, membongkar ler berdua tu. Si Amal dgn excitednya mencuba baju, suar, kasut. Mcm yo yo oo jer dia nak sekolah tuh. Tak sabar2 nampaknya.  Tgh get ready nak tido, kami suma gempar sbb cik siti sekor tu mengganas lagi.  Yg sekor dah selamat masuk perangkap a nite before. Ni yg tinggal sekor yg licik yg asyik mengganggu tidor aku.

Bayangkanlah dia leh masuk bilik lalu atas kepala aku. pastu sempat gigit jari SP pulak tu. Mmg nak kena la. Smlm tu hampir2 dapat tangkap tapi dia masih licik. Tak pe..ko tunggulah ye.  Since cik siti dah mengganas bdak 3 yg salu tido kat hall takut.  Semua pindah masuk bilik belakang dan tutup pintu.

Misi memburu akan diteruskan bila kami balik dari kg malam Isnin nanti ye..jaga lu.  Hari ni kami cadang nak balik sg besar kejap. Di samping nak bawak mak jenjalan makan2, kami gak ada misi dgn akak nak ke teluk intan. Akak nak shopping baju sekolah anaknya, aku bole lah carik apa2 yg belum dapat lagi. Selain baju sek agama amal lengkap kena juga tunai janji belikan dorang beg sekolah.......

Tiap2 tahun harga makin naek jer tpi semua tu satu keperluan kan, suka tak suka mmg kena kita sediakan gak.  Aku benarnya mmg ada reserved Rm50 sebulan utk persediaan sekolah dorang ni, tpi since setakat bberapa tahun ni bapak dorang dapat bon bon, aku gunakan lah duit tu tampung apa yang tak cukup nanti..paling idak, bawak ke tahun depan untuk operasi makan angin kan...

Tahun depan aku plan nak up sikit reserved amount utk sekolah tu, kalau nak guna bole jer amik kalau tak biarkan jer dia beranak kat tabung tu kan??...................

December 16, 2010

Aku dilanda kebosanan terlampau..

Buat kesekian kalinya aku dilanda kebosanan terlampau kerana kekurangan kerja..boleh???. Sejak Dec ni agak kurang sikit kerja2 aku dan itu telah menjadikan aku amat boring sesgt.  Ada takde kejap2 nengok fesbuk...boring..nengok blog..bosan jugak.Seingat aku dah lama aku x rasa begini. Sbb kat sini manjang jerk busy tahap gaban sampai nak ke jamban pun takda masa..tapi la ni tak. Teringat aku zaman2 keje kat Shah Alam empat taun yg lepas..gini lah keadaannya.  Keje x berapa ada, taktau apa nak buat. Internet? at certain stage ko akan rasa nak termuntah i tell u.

Sama gak lah aku kat sini now. Sbb tu kalau ada kje mendatang on the spot aku settlekan..dan tunggu lagi keje lain...sambil2 tu wat2 filing yg sikit2 tu...lelama dah siap bosan gak.  Samada aku ni terlampau effisien or mmg nak kena bagi keje banyak2 lagi kot???

Ada masa aku pi baca blog2 yg aku suka..boring aku intai kat fesbuk. Lately pun fesbuk sgt membosankan, tak abis2 dgn komen2 boring.. ada masa aku chat juga dng anak2 sedara SP aku tuh..but lately aku rasa dorang sume tu so pathetic dan membosankan lah.

HP aku pulak on and off berbunyi, mana lagi kalau bukan dari rumah.  Biasalah sejak cuti sekolah ni bdak2 ada kat rumah, sikit pnye hal tepon. Ada aduan tepon. Nk makan tepon. Itulah keje si Amal.  Kadang2 aku marah jugak tapi namanya budak..tak paham bahasa kan.

Cuma towards petang agak slow sikit dia telepon kadang hampir takde call pun.  Tu pun sbb aku rasa samada dorang suma pensan ketiduran atau layan citer2 kat prima.  Ada kala dorang tgk CD Senario..JPBC2. Itulah jer yg diulang2. Bak kata kakak nak termuntah tapi layan jer lah sbb tak kuasa nak bergaduh. Selebihnya kakak bantai dgn delin tido dan amal layan tv sorang2.

Hari ni pulak ujan so suasana kat off sgt sejuk lagilah menambah kemalasan yg ada.  Ada masa aku sengaja jalan2 kat luar off, lompat2 naik2 turun tangga buang masa boleh???. Sure korang baca ni korang jeles sbb korang tu mmg busy terlampau dari mula masuk kje sampai balik ye dak zas?.

As for now, bberapa minit lagi nak kul 4. Gamaknya lately aku menghitung waktu nak balik jer. Bosan betul.  Tak sabar pulak aku nak bercuti supaya bole aku buat apa yg patut kat umah tu selain mengemas harus bersantai2 layan HBO movies kan.

Skg ni aku cuma nak tunggu closing sales for Dec on 29hb jek. Tp nak menunggu 29hb tu ku rasakan lamanya aii lagi. Supaya lepas submission tu bole aku bercuti panjang sampai tahun depan.  Nampak gayanya masa bercuti nanti harus aku carik kembali aura dan kerajinan aku untuk berkerja tu supaya aku tak merasa bosan lagi tahun depan...harap2 nya......

Surat Cinta dari Boss

Semalam petang time2 nak balik gitu, bos datang kat cubicle aku and dok kat depan aku (kat each meja suma ada satu kusi ala2 nak jumpa doktor tu).  Dia tunjuk satu surat yg di atasnya ada nama aku, then daripada bberapa nama besar dalam company.

Rupanya surat pemberitahuan rasmi yg sekarang ni aku adalah termasuk dalam kategori Company Incentive Plan (CIP).  Tak semua org dalam company kami masuk dalam list ni. Well, aku pun baru jer bos masukkan pertengahan tahun ni.  Bila dah ada lam list ni, bila2 ada incentive bon dapat lah tumpang sekali.

Lepas dah nak masuk 5 tahun aku keje kat sini baru ler aku termasuk kat CIP.  Sebelum2 ni bila dorang dapat aku tumpang jer. Tumpang gembira..$$$ takdak!.  Dulu masa Adi ada, tiap kali dorang dapat tu Adi bagi ler aku beberapa ratus. Masa tu company under holdings lain. Skg ni sejak dah under Non Other Vendor (-NOV, syed yg bagi gelaran tuh) aku dgr last dorang dapat Feb baru ni..which aku telan air liur jer.  Aku tau pun sbb si K yg bgtau aku. Nak harap yg lain2 tu..usahkan belanja, nak kasik tau pun hampeh.  Tapi bab keje, invoicing, payment, load out barang2 dorang aku yg uruskan...bukan apa. At least belanja makan tghari kat cafe BSN pun ok. Busuk2 MeK D pun ok kan??..well hati org susah nak predict.

Masa tu K kata dorang dapat dkt 2 bulan.  Tapi tak kisahlah, rezeki dorang. Rezeki aku lum sampai.  Masa awal 2009 aku ada lah dapat bon sikit atas simpati bos aku..(thanks to jenab gak sbb nasihatkan boss aku supaya kasik aku bon sikit).  Ye lah, keje2 sales suma aku buat gak kan? mcm tak adil jer aku x dapat apa2 ..gitu.

So sepanjang 2009-ujung 2010, takde increment takde bonus pun untuk aku.  Harapan increment tu tinggal harapan jer sbb since April smpai sekarang sepuloh sen pun aku x nampak lam gaji aku..makin kurang dek tax adalah.  Keje makin banyak, tanggung jwap makin banyak tp company tak kasik apa2 takkan aku nak mengamuk berparang or meroyan pulak kan? hidup mesti diteruskan org kata.

Tapi aku syukur sgt2..sbb ramai bosses dah admit sumbangan aku pada company ni.  Good remarks aku dapat bukan jer dari direct bos, rakan2 sekerja di negara lain terutama singa betina kat seberang tambak tu, tpi jugak dari geng2 teratas accounting team nun di UK sana.  Gaknya sbb aku ensure all are invoice on time, kejar company D on payment and stuff tu menyenangkan dorang.  Terima kasih jer lah to mereka2 tuh.  Yg penting niat nak menyelesaikan keje dgn ikhlas tu insya Allah org kata.  Lgpun sejak Umar dah tak de, aku mmg buat semua keje2 Country Manager membantu bos aku.  Hatta, org salu ingat aku pulak yg Country Manager  :) . La ni aku ada dgr  ura2 nak tukar nama position aku cam si Pat kat Thailand tu..dulu dia cam aku gak..la ni tittle dia Asst to Country Manager gitu!..Aku x hard up pun pasal tittle tuh. Terutama kalau setakat kasik tittle besar2 gitu gaji cam tu jgak..apa barang kan???.  Since dah tukar2 org dalam company baru ni mcm2 benda gak dorang tukar.  Boss besar pun dah 2-3 x tukar. Dan nampaknya dua org baru ni so far sgt tau dan memahami kalau kita betul2 keje dgn bagus..


Jadik berbalik surat tadi tu, bukanlah surat bagi tau aku dapat 5 bulan bon ke hapa (kot kalau dpt bnyk tuh..wah...heaven oo) just bagi tau yg aku dgn rasminya menjadi ahli  CIP.  Ada lah dia bagi tau pengiraan bonus tu cam ner..sungguh complicated, so aku malas nak pening2 kepala kan..yg aku baca ayat penting ialah...semuanya akan dibayar pada gaji bulan Feb 2011.  Harapan aku untuk increment jugak lah tahun depan. Dapat gak tambah2 simpanan, dapat cover kos delin sekolah kat sekolah khas tu kan. Dan aku harap sgt aku dapat tunaikan hasrat beli dua barang yg mmg dah lama aku idamkan itu...bukan HP  yg kwn2..ada benda lain..dan Insya Allah bulan tu gak turn aku dapat duit kutus...spt aku dah janji dgn anak2..tahun depan bulan May nak ke Pulau Kapas dan aku akan gunakan duit kutus itu...

Sekejap rasa bulan Dec dan tak lama lagi dah nak abis tahun.  Mcm tahun2 sebelum aku tak la menanam azam sgt2..cuma aku berharap sgt tahun depan aku dapat lah lagi bergigih menambah simpanan aku yg tak seberapa tu. Insya Allah.

Persiapan persekolahan anak2 pun belum ready satu pun. Sementelah bapak dorang dapat bon biarlah dia yg uruskan tu semua harus tak dilupa roadtax keta dan insurans yg akan mati bulan Jan nanti. Harus ada allocation jugak tu kan.

Apapun, aku berharap dan berdoa semoga tahun 2011 akan memberi lebih rezeki, kesihatan, kegembiraan dan kebahagian pada aku, anak2 dah keluarga kami. Moga 2011 akan memberi sinar pada kami semua..dan insya Allah kalau delin boleh membaca dan menulis dgn lancar lepas bersekolah khas nanti, aku  berniat nak buat kenduri kesyukuran. Till then, aku sentiasa berdoa moga Allah panjangkan umur kami supaya kami dapat membesarkan anak2, menambah amalan dan ibadat dan supaya hidup kami sekeluarga sentiasa gembira dan ceria...AMIN

December 13, 2010

3 dalam 1

Hari sabtu lepas, kami sekuarga planned nak pi kenduri.  Mengikut kad jemputan yg SP bawak balik ada 2 tempat.  Dua2 di rumah officemate SP.  Satu di umah abang Mad dan satu di umah Nizam.  Kat Kepong dan Batu Caves.  Since SP kata dia nak pi sekali dgn si Ali offmate dia yg dok kat B.Caves tu, aku ikut jer.  Aku ni cadangkan pi kat umah abang mad kat Kepong dulu. Balik baru pi umah nizam. Abang mad majlis kawin anak kedua dia. Manakala kat umah nizam kenduri adik lelakinya.

Mana tau rupanya si Ali sekuarga nak tumpang pi  sekali. Tak kisah ler tu. Si Ali pulak bawak lagi satu kad jemputan umah offmate dorang jugak. Si Berahim.  Adik lelaki si Berahim yg kawin buat kat Dewan Kg Pandan.  Tak kisahlah tu, so kami pi Kg Pandan dulu.  Jalan MRR2 tu cam base ler jammed manjang. Walhal kami turun dari rawang 11.45am.  By time kami gerak dari Bcaves dah dkat 12 lebih.  Jammed pnye pasal 1.30pm  baru kami sampai kat majlis umah berahim.  Since ada 2 umah lagi aku makan sikit jer. Lauknya so so. Ada ayam masak merah, daging kicap, dalca dan acar rampai dan oren.  Air pulak sirap dan teh tarik.  Just nice masa dtg ngam2 pengantin pun bersanding.

Since dewan tu sebelahnya masjid, kami pun lari jap solat zuhur kat situ.  Lepas salam2 bagai, off ke Kepong pulak. Sib baik x jammed. dalam setengah jam dah sampai.  Sesungguhnya tak rugi aku makan sikit kat first house.  Abang mad buat kenduri kat dewan komuniti Bandar Seri Damansara.  Superb!!.  lauk2nya best2 sgt2.  Ayam masak merah, daging dengdeng, dalca sayur, ada papadom dan paling best yg aku suka ada acar buah. Mmg sedap2 lauknya ditambah pulak ada hiburan lifeband.  Desernya bubur kacang yg mmg just nice je dan air sirap.  Abg mad ni driver kepada CEO EON dan mmg baik sgt dgn SP.  Mana taknya abg mad dah keje hampir 25thun kat EON bank dan ramai org suka dgn dia. Ramai sungguh tetamu dia.  Tuan rumah berserba merah.  Lepas makan dgn kenyangnya..kami pun mintak diri beransur sbb nk pi umah nizam pulak.

Pukul 3.45pm kami tiba umah nizam. Majlis mmg dah nak abis. Sbb kat kad jemputan sampai kul 4 ptg.  Pengantin pun dah berlegar2 jer.  Kami disambut nizam. Wah, totally tak bole makan tapi setakat buat syarat org kata aku amik sikit nasikputih. Lauknya, hmm di ketiga2 rumah sumanya ayam masak merah..ada daging, ada sayur lemak nangka, kerabu dan ulam2.  Yg paling best kat umah nizam ialah kerepek pisang.  Sedap sungguh kerepek dia..nyam nyam kami kunyah.

By pukul 4 lebih kami beransur pulang. Antar si Ali dgn kuargannya balik umah dorang off kami ke Rawang..
smpai umah kul 5 ptg lepas solat asar aku terus bum sekejap..kerana malam tu aku malas nk masak kami kuar pi makan kat kedai mamak jer...yg pasti penat seharian pi kenduri..


Hari Ahad pulak kami cuma lepak2 kat umah. Kuar pagi sekejap pi pasar beli sarapan. Balik umah SP masih membeger2 dapur yg baru nak siap tu.  La ni suma dapur dan alat2 memasak aku dah transfer ke dapur baru dan memasak kat situ. Walaupun tak siap sepenuhnya lagi, terpksa berselipar bila nak masak sbb simen dan tiles belum dipasang lagi. Plannya SP nak siapkan ujung bulan ni sambil cuti anak2 naik sekolah.

Harap2 cepat siap supaya bole pecah jer dapur lama tu jadik lapang sikit dapur tu..dan kena lah aku stat buang apa2 yg x perlu disimpan................

Wkend yg agak memenatkan...tu sbb bila tiba hari Isnin, kemalasan bekerja pun mula terasa...

December 8, 2010

Berehat2 di Janda Baik....

Hari mggu lepas aku sefamily ke janda baik. Sajer jer jenjalan.  Takde pun pi kenduri ke hapa..Auta jer kat FB tu sbb malas org2 yg tak berkenaan ikut (sedara mare). Memandangkan kat fesbuk tu ramai sgt sedara mara so kena selalu cover line baaaaaaik pnye.  Bukan mcm org tu, dah ler menipu terang2..last2 post gambar kat fesbuk..pe kejadahnya. Lenkali kena belajar camne nak menipu ye hadek2 ...

Ok, hari sabtu yg renyai2 tuh aku bangun awal pagi dah. Masak apa yg patut.  Mmg plan nak tido semlam kat sana tapi since check in time tu lepas kul 3pm kena lah lepaks somewhere dulu kan.  And SP dah janji dgn officemate dia untuk lepak sambil BBQ kat tepi sungai Janda tu.  Dorang isi rumah pun bkan maen syiok layan tido lepas subuh.  Aku sorang2 kat dapur tu masak ala2 kadar jer. Malas aku nak beria2..lgpun ada benda2 yg mau dibakar kan.

So, aku masak nasik, ada nasik impit tu aku buatkan rendang daging korban kiriman MIL, buat kuah kacang sikit dan off course sambal kicap power.  Dalam kul 9 kot  baru gerak, singgah Batu Caves and jalan sama2 dgn offmate sp tu dan familynya.

Sampai kat sana, kami sewa satu gazebo dgn harga Rm15 dan start bbq. Mmg best lah sbb cuaca agak redup dan air sungai sgt sejuk oooo.  Sambil bermandi manda ada gak kami berbbq. Ada ikan,  udang, kerang dan ayam.. Kwn SP bawak ayam 2 ekor. Jenuh gak abiskan.

Lpas kul 3 masing2 pun dah penat so kami pun kemas2 nak checki in kat Seri Pengantin resort.  Resort ni mmg cantik, tapi aku rasa ratenya mahal dan tak berbaloi dgn servis nya.  Cuma yg best resort tu mengadap tasek. Kat balkoni pulak leh tgk ikan tilapia yg banyak dan besar2. Geram sungguh  bila ikan tu datang dgn byk sekali kalau kita lontarkan roti atau makanannya.

Kolam renang nye pun best jugak. Airnya yg agak suam mmg syiok.  Resort tu penuh dgn pokok2 menghijau. Aku wonder gak sure ular byk.isssh..sib baik tak terjumpa.  Yg kelakar lagi, ingt nak tambah pax for breakfast. Bila pagi pi cafe dia, kami diberitahu sarapan di antar ke bilik..Wah kelass!!.  Cumanya sarapan untuk pax 2 org jer lah kan. Ada 2 pinggan nasik lemak, Dua gelas teh tarik, 4 keping kek.  Mujur la ada baki nasik impit, kuah kacang dan BBQ ikan dan  udang yg bole tambah2. Kalau tak sure lapar weh. Dah la nak kuar jauh amats.

Yang pasti, oklah untuk merehat2 kan badan dan fikiran. Satu malam tido cukuplah. Resort tu pun x ramai org sgt so agak privacy kalau satu famili dok.  Ada pilihan gak samada nak mandi kolam or sungai sbb sungai dekat jer.  Sebelah pool jer. Pool dia pun guna natural water, air sungai. Tu yg best, tertelan tak terasa klorin nya.




Bdak2 seronok, kami pun seronok..aku teringin gak nak dok kat Saufiville or Cheringin Resort kat situ. Tpi rate nya mahal sgt2 (lebih kurang 450rm/nite. Lenla kalau hornymoon kan), tp tmpat tu mmg cantik dan kelasss....

So, lepas bf kami sambung mandi kolam lagi berendam sampai kul 10.30am. By 11am git off kami checkout dan meneruskan perjalanan balik ke rawang..percutian yg singkat yet merilekskan...Akibat terlupa nak mengcharge batteri kamera gunalah HP untk amik gambar setakat nan ado2 jer...

Next vacations will to Cameron Highlands (lagi??) on X mas..aku tak ler suka sgt pun since SP nak bawak mak dia pi nengok sana..layaaaaaaaan. Lgpun kami dpat apartment murah dari kwn SP..so why not??

December 3, 2010

Terlampau sensitif ke aku nih??

Lately, petang balik keje je ujan.  Hampir ari2 pulak tuh.  Ada masa basah sikit2. Ada masa lencun.  Tu lah rutin ku pi keje balik keje merempit.  Kadang, kepala rasa sakit dan bengang mgkin dek kerana ujan kot???.  semlam pun sama ujan gak.  So by the time tiba rumah dah kul 7.15pm gitu.  Bdak2 dah siap mandi, maybe dah siap makan kot layan Ultraman kat 611 Ceria.  Amal merengek ajak makan malam kat luar.  Mula2 aku malas sbb malas nak kuar..tp masa mandi aku fikir balik.  Tak salah nak kuar makan kejap paling koman roti canai. Bdak2 pun sure boring dah dok umah seharian. Give them a chance.

Lepas solat maghrib kami kuar kat Restoran Aqil mamak kat area2 umah tu.  Aku dah noticed dah SP pnye muka laen macam. Macam simpan rasa marah gitu.  Tp aku biarkan jer sangka ku mgkin penat kot??.  Udah masuk kedai mamak sempat lagi tgk VCD haram jual kat depan kedai tu.  Aku rembat Jangan Pandang Belakang Congkak 2.  Bdak2 pun sejak cuti sekolah ni dah berpuluh kali ulang CD Senario tu kat umah so aku fikir why not beli satu.

Masa order makan sambil tunggu2 tu, SP tanya aku.  Pasal si S (ex collegue aku kat opis lama dulu).  S ni mmg salu gak datang umah aku time raya.  Dan ada sekali gak aku pi umah dia.  S salu gak tepon aku kat off sembang2 kosong.  Sesekali jumpe tu pun sbb nak raya, aku tolong tukarkan duit raya. Tapi dia yg datang amik.  SP tanya aku S keje kat mana..aku pun spontan lah jawab..then aku tnya dia nape??..SP kata x de apa2...tak pe aku biarkan jer.

Lepas pekena roti bawang, roti pisang and mee bandung kami off back home.  Dalam keta, aku masih tak puashati apsal out of blue SP tanya pasal S pulak. So aku tnya dia balik.  Rupanya, SP suspek aku pi kuar bekfast dgn si S pagi semalm (pe kejadahnya?????).  Aku punyalah terbakar hati. Tapi aku tahankan jer dulu sbb dalam keta ada bdak2.  What the F**k dia tanya soklan gitu.

Sampai depan gate, kakak turun, amal turun nak bukak kunci tinggal jer delin aku dan SP kat lam keta. Apalgi aku mengamuk sakan dgn SP.  Pe kejadahnya aku nak pi jumpe si S tuh? x ada urusan aku jumpe dia.  Aku jumpe dia setahun sekali tu pun kalau ada duit yg dia minta tolong tukar time2 nak raya..darah aku ttba goes upstairs.  Apa bodohnya, SP suspect aku pi jalan ke Rohas perkasa dan bersarapan dgn si S.Sesuatu yg aku x buat dan semestinya buat aku marah teramat kan??.  Seingat aku pernah sekali je aku lunch dgn S with present kwn aku yg sorang lagi.

Aku paling tak suka kejujuran aku dipersoalkan.  Aku tinggi suara kat SP, eh aku rasa aku yg patut jeles kat U sbb minah gedik tu still keje satu building dgn U and once a while i know dia still contact U. But to give you some freedom I never question and asked on it kan??..what past is past. Pandai2 lah ko sendiri ingat apa yg aku pernah ckap dulu..U asked me the question, U ingat i ni takde perasaan? tak sakit ati?. U sendiri tau I sampai off kul 8 pgi bila mana aku carik masa nak menggatal pi Rohas tu pe kejadahnya???.  Aku malas nak tanya dia kenapa dia fikir sampai gitu sekali. Sbb ni bukan pertama kali. Dah banyak kali benda yg sama berlaku just sbb org bgtau dia nampak aku sekian sekian walhal aku elok jer dok kat off.

Aku just kuar jer dari pintu keta dgn hati yg sakit dan berbungkam. Bdak2 sampai umah jer terus layan CD. Sungguhpun citer tu lucu. Aku x ketawa pun sbb hati aku sgt sakit sekali. Dan dia tau sbb apa!.  Lepas solat isyak aku terus jer layan tido. Tak kuasa aku nak layan kisah cemburu buta gitu....yg pasti kepala aku pagi2 ni ttba jer rasa sakit.  Sungguhpun bangun pagi hati aku dah kurang marah tp masih ada bersisa....aku act cam biasa jer..Being SP yg dah aku kenal tido sebantal selama 14 thn, aku tak nampak lagi any SMS saying sorry pasal semlam. As for me?... Malas aku nak layan!....