January 19, 2011

CULAS

Napa ntah sebahagian lelaki kalau dah ceraikan bini pastu ada anak2 manjang jer culas nak bayar nafkah anak2 yek?. Pelik aku. Masa suka, masa bercinta bukan maen lagi. Bila dah kawin dah seronok2, dapat anak jumpa plak cinta baru..or kena bomoh dek pempuan lain tuh cerai. Tinggalkan anak. Time2 nak bayar nafkah salu culas. Mcm2 alasan. Aku rasa laki2 mcm ni kasikan jer supaya lenkali kawin x payah buat anak lagi. Karang buat anak merata2 tak mo bagi nafkah. Macam sial tau.



Berapa ramai kawan2 aku yg dah jadi ibu tunggal, samada kwin semula atau tak ada masalah yg sama. Yg ada tu 2-3 bulan sekali baru bagi tu pun lepas kena memekak dan mintak2...mmg dasar jantan tak tau tanggung jwb. Yg ada sorang kawan aku ni, masa nak melepaskan diri dia dari x laki dia dulu, x laki yg celaka tu siap bagi syarat. Lau aku nak ceraikan ko, ko jgn tuntut nafkah anak2. Lau tidak aku gantung ko x bertali. Apa jenis lelaki macam tu kan? Mmg lelaki mcm ni kan, patutnya bungkus2 jer campak ke laut baru dia tau. Yg ada pulak kawin berbelas tahun. Dari anak kecik sampai anak besar masa bersama pun x ada sumbang sgt pasal $$$ kat anak2. Sumanya bini yg tanggung. Bila dah bercerai, anak dah besar2 tau pulak nak carik anak mana. Tak malu betul. Jantan cam ni patut panggil jantan sundal jer tau.  Masa anak2 kecik langsung x nak amik tau..makan ke dorang, sakit ke..bila anak dah berjaya..bakal doktor, bakal engiNEAR (pnjam wording kaseh firdaus nih..hehehe) heboh dan bangga pulak citer sekeliling..anak saya..anak aku..tak sedar diri....tak malu.  Sok2 tua2 nak mampus dah sakit, baru sbok nak carik anak.  Sbb tu la ni byk sgt anak2 tak hirau bapak dorang. Sbb apa? sbb ni lah salah satunya. Yang ada kawan aku tu anak dia langsung x mo jumpa bapak dia. Sbb apa, masa dulu bapak dia wat tak peduli jer. Layan mcm anak tiri. Mgkin sbb marah kat kawan aku tu, balas kat anak. La ni anak dah besar panjang..dah bujang mau nak paksa budak tu nak ikut balik kg bagai apa barang???.  Ada anak kwan aku tu merana ko..sian dia. Dapat tekanan perasaan. Murung jer. Ada masalah psikologi.  Sampai kawan aku tu terpksa bawak ke pakar jiwa sbb bdak tu tertekan sangat2.  Salu kena histeria. Sbb dia rapat dgn bapak dia.  Bdak perempuan biasa lah kan. Bila bapak dia lari dgn minah filipino, dia merana, dia kecewa sgt2.  Skg ni budak tu dah beransur pulih. Tapi jadi budak pendiam. Dah tingkatan 4 kalau tak silap aku.  Kesian kan?.  Mujur lah kawan aku ni mmg dari dulu aku kenal jenis brutal.  Keje belasah jer.  Bantai jer mana dpat duit janji halal. La ni kawan aku ni dah bejaya..jadik ushawan kecil..siap ada 2-3 buah kedai lagi.   Anak dia sorang tu jer lah.  Tpi dia berusaha tak jemu. Bawak anak dia berubat, jumpa ustad, jumpa dr. Sbb anak dia teruk sgt keadaannya. Mcm stress giler gitu.  Bertahun jugak dia berubat. Alhamdullilah skg ni dah ok. Bisness dia pun dah maju.  Yg aku dgr x dia pulak terhegeh dah nak balik...Selamat jalan katanya.  Kawan aku ni rupa takde la sgt cantik mana..tapi ramai gak org kenen2. Jantan2 suma yg kenen tu yg nak tumpang senang dia tu. Setakat ni dia kata OK lagi. Tak mati pun lau tak ada laki..tak dapat tuuttttttt tuh....



Yg ada pulak, si Jantan dah terjatuh cinta kat minah lain. Maut punya cinta. Or rather Bomoh pnye cinta kan, sanggup tinggalkan anak2 yg comel. Lepas tu ada hati pulak nak tuntut jaga anak2. Sedangkan nafkah yg seciput pun x leh nak kasik. Ni nak jaga anak2. Bukan satu , dua..tapi tiga. Gamaknya sapa la yg nak jaga? Bini baru?..ish ish..aku rela berperang maut dari serahkan anak2 kat org2 gini. Gilos u all.



Pada aku kalau perpisahan atau perceraian tu oleh sbb suami dapat cinta baru mmg menyakitkan. Lebih2 lagi dapat cinta baru yg sanggup berkorban harta dan nyawa kan (ala, masa suka, masa mabuk cinta. Dulu pun cam tu gak. Bila dah jemu, dah boring esok cam sampah ler kena tinggal). Pada mereka2 yg suka jadi perampas dan perampok ni kan aku nasihatkan...Korang tunggulah turn korang esok. What comes around goes around. Life is fair org kata.



Salah sorang kwan aku yg dah bertahun2 jadik janda bercerita, dulu masa dia nak mintak cerai dgn laki dia pnya lah seksa. Dahla hidup pun seksa. Bayangkan masa aku dtg melawat dia bersalin tak ada satu mende pun kat umah dia korang. Oren sunquick tu pun tak ada! . Masa aku datang aku sendiri ckp kat dia x payah hidang apa2. Aku pun kebtulan ada bawak sikit makanan utk dia. Sedih sgt aku masa tu. Masa aku dtg laki dia berdengkur kat bilik. Kat lam rumah satu bijik beras pun tak ada. Mentang2 laki dia masa tu keje kat Shang Ri La bhgain F&B, dia cuma pikir tembolok dia jer. Sblum keje dia makan dulu kenyang2..never nak bawak makanan or beli apa2 tuk anak2. Mujur lah kawan aku tu bekerja. Dia beli barang makanan pun cukup2 utk dia dan anak2 jer. Makan abis2 seblum laki dia balik. Supaya laki dia sedar kat umah takde makanan apa2. Tp dah laki nama dia buta dan tuli pekak segala. Dia tak peduli langsung korang!. Yg dia tau time dia nak tu..kena layan. Bila kwan aku citer sadis giler aku dgr. Dia akan lanyak dan kerjakan bini dia tu cukup2..depan belakang tepi tgh semua dibelasah. Pendek kata suka hati dia aksi apa dia buat time dia nak tu. Celaka betul kan??. Sudahnya dapat 2 org anak perempuan. Lepas dapat anak kedua tu, aku dah dgr2 bunga2 yg kawan aku ni dah taktahan nak idup dgn jantan tu lagi. Kemuncak nya bila laki dia dah lenjan CC citibank dia sampai abis limit 15k. Dan kawan aku ni kena black list. Terpaksa bayar utang2 sbb laki dia dah belasah kad tu. Sbb tu moral of the story kwn2.. JGN Sekali2 sub kan CC kita kat laki walaupun ko cinta 1000x cam ne pun, sbb masa akan dtang u never know. Masa dah dekat2 tarikh nak pi mahkamah mohon for cerai, laki dia sekali lagi gunakan kuasa dia dgn bagi syarat . Pertama tak bole mintak apa2..Kedua tak bole bgtau pasal nafkah anak2 kat mahkamah. Ckp jer kat mahkamah nak bercerai.



Dalam bberapa minggu seblum rasmi dorang bercerai tu, si laki tu tepon kwn aku ni suh datang umah. Masa tu kawan aku dah hangkut anak2 dia pindah umah mak dia. Dia ingat kan nak apa..rupanya dia nak menyundal ko. Nak suh kawan aku servis dia. Celaka ke tak tu?. Pulak tu ugut kawan aku kalau dia tak datang, dia takkan pegi mahkamah dan cerai kan dia. Dia akan biar dia digantung x bertali.. Aku marah kawan aku apasal ko pegi jugak jumpa dia?..dia kata aku terpaksa. Sbb aku nak sangat dia ceraikan aku....aku terlopong! Bebrapa kali jugak laki dia suruh buat gitu. Masa tu kawan aku kata dia rasa mcm pelacur sgt. Sbb mmg dikerjakan oleh laki dia mcm binatang!. Cuba korang fikir Jantan/lelaki apa tu??? Lepas dah sudah tu pulak kawan aku beranikan diri mintak duit utk anak2. Korang tau bape hengget dia kasik? RM10 ko. Dasar jantan binatang kan??. Tapi akhirnya kawan aku tu berjaya jugak dapat cerai tu. Lepas tu dia bebas. Dia bawak diri ke Pantai Timur keje kat sana. La ni hidup dia gembira..happy single mother jaga 2 anak yg makin besar. Anak sulong dah baya anak aku dah 14th. Warak, betudung litup. Sekolah agama. Pelajaran dorang pun ok. Dia dah tak kesah lagi pasal x dia tu. Anak2 dia pun. Sesekali ada gak x dia dtg sana, bagi 'nafkah' kat anak2 dia tu.. Tpi kalau korang nak tau maksud nafkah yg x dia kasi tu ialah, bawak anak2 dia makan kat Mc D tuh!. tu maksud nafkah jantan tuh.



La ni, hidup jantan tu mmg huru hara tak sudah. 2-3 x kawin aku dgr dah cerai. Yg ada dia kawin dgn seorang pengarah jab kjaan. Lepas anak satu, minah tu mintak cerai!. Pastu kwin lagi satu, cerai jugak. La ni kawin lain dah ada anak dgrnya tapi hidup manjang jer huru hara. Duit tak cukup. Keje tak menentu!. Tgk Allah dah balas segala perbuatan dia. La ni dia susah sgt2. Tp kwn aku x peduli. As long tak ganggu hidup dia. Dia ok jer. Bagus gak dia pindah jauh2 dari KL. Susah x dia nak carik dia.





Sungguh, aku tak paham kenapa suma2 lelaki tu jadik cam tu? Adakah kerana faktor dorang dibesarkan (which aku rasa menyumbang gak kadang2), faktor sekeliling (tarikan nafsu?) atau pun mmg diguna2 kan? (kebanyakkan ya). Ataupun mmg sbb nature lelaki tu sendiri yg mmg gatal??. Wallahu Alam. Cinta tu org kata x menjamin hidup bahagia.



Cinta kalau takat kat mulut dan kat 'batang' (sorilah, aku x suka mencarut tp kena gak sebut) dorang tu semata mmg tak akan kekal lama. Rumah tangga tu kena ada segala2, Cinta, Iman, Kasih, Kasihan, Tanggungjwab, Suka, Rela, Jujur, Redha dan segala2nya...Insya Allah. Kedua2 kena berusaha kuat nak maintain the rumah tangga kan. Tak boleh kat umah berbahasa isyarat jer. Maen agak2 routine masing2. Ada masa kena gurau senda, ada masa kena bercakap. Ada masa kena gak bergaduh . Baru lah masing2 tau muhasabah diri masing2. Yg pasti, jgn cuba2 maen api. Baek suami atau isteri, jgn2 lah cuba2 nak test market. Nk maen2 cinta cyber, cinta fesbuk. Sbb kdg2 dari maen2 tu jadik serius. Jadik parah.



Yg pasti tak kira apa jer berlaku, org lelaki salu je escape. Salu jer culas. Jadik aku setuju sgt2 kalau perempuan ada keje masing2 yg bole menjamin kalau2 apa2 berlaku. Kita bukan risau pasal kita kan, kita risau pasal anak2.. buatnya tak keje, laki tinggalkan tak bagi nafkah..apa kita nak buat??. Kita org perempuam ni kena hati brutal jugak. Tak bole sememeh, lembek. Sikit2 gembeng..nangis. Tak bole cam tu. Kita kena biasa berdikari kena sentiasa back up diri sendiri. Lau simpan duit tu, simpan utk diri sendiri sikit. Salu2 mintak or paw duit laki tu pastu simpan tempat lain. Bukak akaun bank anak2 letak nama kita kat situ. Simpan sikit kat situ. Lau ada duit lebih campak je kat situ. Utnk kecemasan. Kita bahagia skg tak bermakna bahagia selama2 kan. Kita sentiasa kena bersiap sedia.



Aku setuju sgt2 kalau perempuan ada keje. Bila ada keje ada gaji, ada kwsp. Ada medical. Ada insuran. Ada duit sendiri2. Duit sendiri tak sama dgn duit org tau. walaupun laki kta sendiri. Sebagai isteri, kita kena mintak nafkah walaupun gaji kita 2x ganda dari gaji laki tu. Itu tanggungjwb dia. Tak kesah dia nak bagi dua ratus, ke tiga ratus ke seratus ke sebulan, yg pasti kita kena mintak. Kena tuntut yg kawan2..



Byk sgt benda yg berlaku kat sekitaran kita kan, jadik kita harus peka. Harus beringat. Kalau ada sejarah org ketiga...sentiasa berhati2. Sentiasa bersiap sedia. Walaupun laki kita tu nampak macam dah taubat mcm dah insaf..kita kena salu beringat. Bertindak atas maklumat KE kata kan......

Apapun, aku salu mendoakan kwan2 yg menghadapi masalah gini, supaya sabar. Doa byk2. Solat hajat, solat taubat banyak2. Mintak petunjuk Allah, mintak ditenangkan hati tu selalu. Mintak Allah bagi kesihatan kebahagiaan pada diri dan anak2.Insya Allah. Tiap yg berlaku tu pasti ada hikmah dia. Klau kita redha, kita ikhlas menerima ujian tu Insya Allah. Kalau kat dunia dorang culas nak bagi nafkah..tak pe biarkan jer. Kita tuntut hak kat mahkamah tu dah kira berusaha lah tu. Lau dia takmo bagi gak..biarkan jer.



Ramai aku tgk, salu kena mcm tu. Tapi Allah sentiasa bagi rezeki murah tau. Naek pangkat, naek gaji. Kehidupan makin senang bole tukar keta baru lagi. Makan hati X laki dorang tu korang. Allah maha kaya. DIA tau segalanya...Jadi sabarlah. Itu ujian korang. Ujian aku tak tau lagi macamana. Tpi Insya Allah moga2 sumanya ok jer...






2 comments:

Anonymous said...

Betul cakap akak....saya baru jer dpt tahu suami ada hubungan sulit bersama zundal murahan....saya dah syak sejak awal taun lepas dah.... baru 2 bulan lalu saya ada bukti kukuh...suami saya selalu dpt bagi macam macam alsan nak protect zundal tu sebab bukti saya tak cukup kukuh...saya pun bodo jugak time tu, percaya sangat suami saya.... ,masa pecah tembelang, saya dapat tahu diaorang declare cinta diaorang tu 8 hari selepas hari jadi pertama anak tunggal kami & 4 hari selepas ulang tahun ke-4 perkahwinan kami...tergamak dia buat gitu kat saya.... makan minum dia saya jaga.... urusan rumah saya jaga.... saya juaga bekerja untuk meringankan beban dia.... bila dia kehabisan duit, say bagi dia duit titik peluh saya sendiri.... tak tau nak bersyukur ker atau ngenang nasib saya ni dah buruk... saya pindah balik rumak mak & mintak cerai... siap dah sanggup kongsi hak penjagaan anak...dia tak nak lepas.... dia cakap nyesal.... perasaan dia terhadap perempuan tu tahap "affair jer" takde lebih lagi dari tu..mak mertua dan ayah saya memujuk suruh saya bagi sakelai lagi peluang utk kebaikan anak kami.. entahlah.... dia siap bawa zundal tu gi cuti lagi... sms kat zundal tu puji zundal tu pandai memuaskan dia...seronok tidur ngan zundal tu waktu cuti...
Dia tak pernah kenang saya dgn anak tidur sorang sorang menghitung hari tunggu babah dia balik dari business trip. padahal dia dudok inn murah tidur sama zundal tu.... dalam email dia memburuk buruk kan saya... memuji mujikan zundal tu.... padahal zundal tu tak pernah korbankan apa-apa utk dia.....skrang dia bawak jumpa therapist nak baiki perkahwinan... tak tau lah.. iklas ke atau memujuk... petang ni kitaorang bertolak ke K.L. untuk 1st appointment esok pagi.... minta minta lah... dia betul betul insaf... betul betul menyesal & bertaubat... kali ni saya tak buta lagi..... dulu korbankan semua utk dia...tak pernah mintak apa-apa dari dia kecuali kasih sayang...skrang semua hak saya tuntut.... saya pun berniat nak nikah baru, cari jodoh yang lebih baik lagi sekiranya dia dah takde nanti.... saya taknak rugi lagi... kita hidup hanya sekali.....berkahwin dgn dia adalah penyesalan hidup saya yang paling besar sekali....kalau dapat rewind balik, saya tak akan setuju berkahwin dgn dia.... dia memamng patut dijodohkan dgn jenis zundal saja....

Anna said...

Anon,
org laki ni susah nak predict. Tepuk dada tanya iman. Mmg ada yg berkali2 dibagi peluang pun x pernah nak insaf..Sabar lah ye, doa byk2..Janji Allah perempuan yg baik hanya utk lelaki yg baik...gitulah sebaliknya. Mesti ada hikmah...mana tau lepas ni Allah nak temukan u dgn seorang lelaki yg lebih baik dan beriman..sehingga waktu tiba, sabar lah..Allah ada perancangan utk kita yg kita tak pernah terfikir...Akak doakan yg baik2 utk you..Insya Allah