October 1, 2012

Aku Penganggur Terhormat

Ya, hari ini 1hb October dgn rasminya aku memegang title..si pemetik anggur..gituu.  Hal aku selesai dgn begitu cepat dan pantas. Aku pun sungguh tak sangka.

Rentetan aku jumpa bos aku si Keris last week tu kan, spt yg dia janji mmg dia tolong aku sort out kemelut yg melanda. Hari Khamis lepas tu dia panggil aku sbb nak adakan meeting dgn HR yg ari tu tuh.  Kebetulan masa tu dalam kul 4 lebih kot, time2 santai2. Menunggu waktu nak balik. Aku ler kan. Org lain aku tatau ler.  

Aku, Keris, Duan dan si HR Judy tu. Mmg dasar putar belit tau si Judy tu. Dia tak terangkan aku in details kalau aku berenti apa dia bagi. Means the packages. So masa ari Khamis tu jelas dan nyata, dorang offer aku the package bersama kira2 nya. Aku kira tu adalah adil berdasarkan undang2 buruh di Malaysia ni. Cuma aku berbulu sgt dgn si Judy tu. Dasar lidah biawak bercabang kan, masa jumpa aku ckp lain, dpan bos cakap lain. Tapi spt yg Keris janji mmg dia defend aku. Dan pastikan aku mendapat bayaran seadilnya.  Things sort out dekat kul 5 gitu. Aku diberikan nota kira2 tu.  Dalam hati aku rasa nak antar surat berenti sebagai perturkaran pada hari Senin..kunun2 nak handover bagai..Ceh, i should not think about it sebenarnya. Lantak ler dorang guling galik kan. Tapi tak pe lah.

Esoknya, pagi jumaat yg hening. 28hb Sept, pepagi lagi Keris dah panggil aku masuk bilik.  Since pengiraan tu sampai end Sept, aku kena antar surat cinta dan perletakan jawatan kadar segera. Keris beri jaminan, kalau dorang tak issue payment dalam masa seminggu soh aku datang bgtau dia. Dia kata akan makesure they settle everything.  Best part was, Khamis malam tu aku sempat buat spek baru u olls cost RM500.  Alang2 nak blah gitu kan. Lantak. So pagi jumaat tu aku sua claim tu kat Keris dan dia sign. Lepas tu aku cmpak kat si Jenab..

Aku bgtau Keris, let me settle benda2. Dan tnya dia kat sapa aku nak humban segala tugasan aku?. Dah la month end kena submit revenue report bagai kan.  Guess who lah jadi mangsa kalau bukan si meena.  Nah!!! ambik kau.  Aku ajar sikit2 jer. Lebih2 tu , sendiri mau ingat. Tapi aku dah tinggalkan suma in good order and manner, lepas ni kalau nak kutuk2 aku bagai, sendiri mau ingat. Aku tak kesah!!

Lepas kau meena dan Keris abis berbincang, meena jumpa Keris sendiri. Mesti nak mintak naik gaji ler tuh!! wahahaha, mintaklah kalau dapat meena oi.  Dan aku ajar dia sket2 lepas tu dump suma !!. Lepas abis tu aku kemas2 tempat aku seblum buat surat cinta aka surat berenti keje.  Aku dah ada confirmation dari mulut2 bos aku dan email si Judy pasal dorang pnye agreement nak byar tu, infact aku scan calculation tu and attached kat email sebagai bukti. Walaupun dorang kata tak akan sama sekali tipu aku kan, tapi aku kena amik langkah berjaga2 gitu.

Aku draft email goodbye kat kawan2 . Kat rakan2 sekerja di merata dunia. Sedih mmg sedih masa menaip draft email tu. Aku pulak pilih2 jer org yg aku nak antar email tu, tak semua org aku bagi termasuk si Jenab. Sejak awal minggu jenab mmg takde masuk office pun. Hari Senin tu cermin bilik dia tak semena2 pecah.  Tu lah, byk sgt dosa kan. Ambik.  Jenab langsung tak tau menahu hal aku dgn bos2 tu. Selama ni dia selalu jadi batu api dan penghalang, which dua bulan terdiam tu sbb dia lah!. Bos omputih aku sorang tu geleng kepala bila aku kata dah dua bulan aku menganga jer kat off ni takde org nak peduli settlekan. Mujur Keris tolong kan. Lau tak sampai sudah.

So the moment aku email surat berenti aku tu , aku antar email good bye. Tak sampai seminit berpuluh2 email balik aku dapat, betapa dorang terkejut sgt sbb sgt out of sudden. Yg paling  best, finance controller kat UK bagi aku email yg buat aku sgt terharu. Katanya dah lima tahun kita berurusan tapi tak pernah bersua muka, dia sedih aku leaving. Sbb byk kerja2 revenue dan report yg mmg aku salu berurusan dgn dia. Kata2 pujian dia mengatakan aku telah menjalankan tugas dgn amat baik, kerjasama dan teamwork sgt bagus sungguh buat aku terharu. At least penghargaan tu kan.

Yg sorang lagi accounts kat UK juga siap kata, company ni gila lepaskan aku, dan company lain kalau tak nak amik aku keje mmg gila!!!..haahah, lucu mmg lucu tpi buat aku rasa sgt dihargai. Terima kasih byk.

Selain dari UK, Australia, Vietnam, US dan byk lagi kawan2 dari negara2 lain di dunia ni menyatakan terkejut sbb aku nak blah. Aku x ckp sbb apa blah lah kan, cuma aku bgtau. I m leaving. tu jer.

Lepas settle tu suma, aku pass kad access aku kat keris, surat berenti original kat dia gak. Pas tu aku jumpe kawan2 to say goodbye. Last but no least, aku jumpa jenab to say good bye..bermuka2 sungguh makcik tu. Tapi life goes on, aku pergi dgn aman dan takde rasa dendam dalam hati tu yg penting kan?.

So, aku blah meninggalkan seribu kenangan pahit manis kat company ni. 5 tahun 6 bulan bukan masa yg singkat, tapi cukup memberi seribu pengalaman dan kenangan.  Meena sedih sgt masa aku salam dia tu. Past is past, aku pun x simpan dendam dgn dia..tu yg penting.

Buat masa ni aku x dapat keje kat mana2 lagi. Tapi ada lah 2-3 interview lagi nak kena attend. Aku tak menaruh harapan tinggi sgt, takut kecewa. Ada rezeki ada. Kalau tak, aku nak rilek2 dulu lah. Sampai bila?, taktau lah. Maybe seminggu dua. Mana tahan lama2 dok umah..pening wa nanti.

Tu jer lah update buat masa ni. Ni pun aku update kat off SP sbb baru sudah interview pagi tadi.  Tunggulah dapat payment nanti, bole la rembat laptop satu.  Buat masa ni aku cuma fikir once dpat payment tu nak setel utang2 dulu, dapat keje dulu baru leh fikir nak beli apa2 kan. Takut aku nak beli apa2..mana tau tak dapat keje kan, mati mak.

Yg pasti selama 4 tahun aku bersabar takde increment apa, alih2 Allah nak beri aku rezeki segedubuk berpuluh kali ganda dari tu. Syukur Alhamdulillah, ada hikmah atas segala kesabaran. Cuma korang doakan aku dapat keje baru cepat, supaya aku tak boring dan meroyan ye.

Payment? Alhamdulillah, ada lah sikit. Yg pasti setaka 2-3 bulan tak keje masih ok lagi, tapi aku tetap nak carik keja lain jugak walaupun gaji maybe kurang sikit kan, sekurangnya aku tak bosan.....

Doakan aku ya, moga dapat rezeki perkerjaan lain. Benarnya, tak seronok langsung tau jadi penganggur ni...

6 comments:

NenetPenne (NP) said...

kalau u 4 tahun boleh bersabar, apatah lagi i yang 2 tahun tak ada kenaikan gaji...mana tahu tetiba rezeki dapat mcm u kan?

apapun semoga u dapat kerja baru yang lagi baik... bila dpat, jangan riak pada mereka.. alamakkkkk mcm ustazah laa pulak... ha haha....

CikPuanHaLia said...

Semoga cepat dapat keja kak. Kalau lia itu la saat ditunggu-tunggu. jadi surirumah sepenuh masa...err..tp hubby mesti la nk kena hulur tiap bulan ..hehehe

Irfa said...

sis..
alhamdulillah..semua setel dgn baik dan penting dgn cepat sekali..yang lain2 jgn fikir lah.take yr time dan rehat banyak2..dah 2 bulan pening kepala kan?

sambar la lappy satu..nanti update story mory setiap hari tau,saya pasti dtg baca ;)

mummY daniSha said...

lama tu 5 taun..insyaallah ad rezeki tu nanti =)

Mohd Pk said...

jelajah tambah ilmu..

Anna said...

Net,
sesungguhnya kesabaran 4 tahun itu sgt berbaloi walau seribu rintangan..doa byk2, insya Allah..doa org teraniya makbul...

Lia,
Alhamdulillah, dah dapat pun..syukur

Mummy danisha, betul tu..sabar.

Irfa, baru terpikir nak beli tpi teringat pulak tmpat baru kata nak beri lappy dgn BB..so tak beli pun..SP pulak bawak balik 2 pc dari office lama dia yg dorang tak mau dah lepas bank kena bought over.. i godek2 dua2 leh guna..so satu kat dapo, satu i letak dalam bilik...bole online hehari sampai pitam..

Mohd Pk, nak jelajah tak daya, anak2 sekolah..payah nak tinggalkan...