September 19, 2012

Moga Semuanya Berakhir dgn Baik

Semlam, ketika jam menunjukkan kul 5.30pm, aku tgh get ready nak balik u olls, ttba bos baru aku panggil plak.   Bos baru aku ganti bos lama dah pencen tu..meh aku namakan dia as Keris jer lah..sbb nama omputih dia Chris, walaupun dia tu bukan mat salleh, kerana dia adalah Indonesia jati berbangsa cina.

Aku dah keje dgn Keris dah lama. Selama aku kat company ni. Dulu masa Keris mula ditugaskan kat Vietnam, dia one man show kat sana.  Aku lah kena tolong in sense of documentation, contract, invoicing, billing dan segala mala bersangkutan operasi kat Vietnam. Mmg hassle giler u olss sbb mamat ni bukan well organised orgnya..personally..agak selebet dan selekeh sket mamat ni.. pastu agak kurang ajar sikit..biasalah kan.  Masa aku dgn bos lama dulu, keris sgt2 berbaik dgn aku. Sbb ada satu kali tu aku x tahan cara dia mengarah buat keja mcm aku kuli dia. So aku tak puashati aku report..masak dia kena basuh dgn boss cukup masa tu.  Pastu, kalau ada apa2 dia siap ckp dgn aku, jgn lah ngadu kat boss..apa2 carik dia dulu..gitew, times flies dia now dah country manager for malaysia dan vietnam. Vietnam pun dah ada org..dah ramai pun..so mmg they are thier own. 

Masa dia panggil aku smlm, dia sebenarnya nak bagi tau aku kena tukar tmpat..pindah kat belakang sana..tolong manager omputih yg sekor lagi tu..tp sbelum dia ckp further, aku amik peluang tanya..apa position aku kat company ni skg?.  Ko tau ke cerita aku?..dan dia jwp pelahan jer..ye, aku tau tapi mgkin dari versi berbeza. So now tell me, whats happening.

Bila dah bagi peluang gituew, mak pun apalagi nak, cerita segala2 dari mula sampai abes. Abess suma aku luahkan.  Abis semua aku bongkarkan dan keluarkan.  Aku cerita in detail apa berlaku..tp tidak sekali mentioned nama. Wlalaupun aku ni nak sgt sebut nama Jenab Jahanam tu. Tapi somehow aku berjaya elakkan. 

Mcm2 aku bongkarkan. Pasal dorang buat aku gini.  Pasal aku tertekan, seksa dan macam2 lagi.  Dia tnya aku nak keje sini lagi tak?.  Jujur aku kata, lepas apa berlaku ni..mmg aku takde hati langsung.  Jadi dia jwp..tell me what u want.??..

Bagai mengantuk disorong bantalkan aku pun bantai lah. Korang kalau dah tak nak aku for what ever reason, business teruk lah, itu lah ini lah..position redundant lah..aku bole terima. Takde hal org kata. TAPI treat as sepatutnya kan?.  Bayar pampasan mengikut undang2 yg telah termaktub. Bukan susah sgt pun..aku pun x miintak lebih2.  4 tahun takde kenaikan gaji aku still dendiam, takde ppun bebising cam org lain, sbb apa?..sbb dulu boss layan aku baik..aku suka buat keje aku..but now i dont see reason kenapa i should stay kan?

Aku juga sebut pasal double standard yg dorang ada skg in sense treating admin support cam kitaorang.  Korang sales buat jual jual, tpi tak tau sapa yg clearkan invoicing..ensure PO dpat..payment masuk..sapa buat tu suma?? Aku..org2 cam aku.  Aku yg clear suma. Dah dekat 6 taun suma cantik jer..sapa buat tu?. Aku sorang2 tau buat. Revenue submit kat top management US/UK..aku gak tiap bulan yg buat. So, kalau ko ckp benda tu transparent aku bole paham. Business not doing well, betul aku tau dan aku paham. Tapi tahan dan sekat aku begini bukan caranya.

Let me go peacefully dan let me move on aku kata..terpulang kat aku lepas ni nak carik keje lain ka, nak jadi surirumah tangga ka...tpi ko kena buat dgn cara yg paling adil..win win situation. Bukan menyeksa aku gini. Dah dua bulan tau aku makan gaji buta. Ingat aku suke?, aku suffer tau..tak adil utk aku..tak adil tuk company jugak bukan?.

Pjg butir2 perbualan kami tu..termasuk isu HR approach aku hari tu. Tapi aku x mo drag lelama sbb dah kul 6 u olls..SP dah tunggu aku kat bawah..mujur dia tak marah tu.  Jelasnya, aku mintak kat dia untuk diberikan apa yg patut aku dapat, dan aku dgn rela hati akan pergi lepas tu..

Dia janji nak selesaikan masalah ni cepat. Dia juga janji akan pastikan aku dapat apa aku nak..fair enough kan?.  Lepas perbualan tu aku rasa lega sgt2..bukan apa, mcm ada batu atas kepala aku ni dah teralih. Rasa cam benda ni akan settle soon. Dan aku dapat pergi dgn tenang kan?.

GItulah, jadinya skg ni aku tunggu jer. Meena bgtau aku omputih sekor tu suruh Kerry prepare the package yg nak offer kat aku tu.  Kerry pun dah nak blah...mggu ni last lah dia..keja kat company besar gah, terkenal dan ternama tapi suma mcm katoon...kan?.  Pe lagi dgn si jenab celaka tu..kepala mastermind. Kepala batu api paling besar..biar lah, satu hari nnti ko terima balasan.  For the time now, tunggu jerlah...aku betul2 harap dapat keja dalam masa terdekat ni or paling tak aku akan tggu smpai kakak abis PMR mid Oct nnti barulah fikir , tapi kalau dalam masa terdekat ni dapat keje baru pun tak pe, gaji kurang pun takpe..yg penting..life goes on kan.

Korang doakan yg baik2 untk aku ye, semoga segalanya dipermudahkan..Insya Allah.

4 comments:

Irfa said...

kak anna ;)
rasa cam pelik lak panggil kak anna sebab selama ni aku-ko je tapi sbb kak anna komen kat blog bhskan diri sbg akak..saya panggil kak anna.boleh?

saya tumpang doakan semoga semua berjalan lancar ye.doa sesama islam
moga en keris tu buat apa yg sepatutnya dan akak dapat apa yg patut jadi milik akak.amin

NenetPenne (NP) said...

i'm with u..support u all along the way...

2nd boss kat sini tuhan tarik rahmat dia.. dia mula jadi pelupa ...kesian...

Anna said...

Irfa, itu adalah kerana ku merasakan aku mmg sudah kertu!!..hahaha, pnggil apa pun x kesah...jgn pnggil makcik sudah. Terima kasih..mudahan semuanya berjalan dgn lancar..

Net,
trima kasih bebyk.., dorang lupa tu...yg kejap jer kalau Allah nak tarik nikmatnya..

CikPuanHaLia said...

owh..tak baca post akk yang ini. Syukur eh kak masih ada yg memahami keadaan akak. "Everything Happen For A Reason" kan? :)