September 18, 2012

ALONG MODEN

At this time, dorang tgh buat dept meeting, tapi haraaam nak ajak aku join. So ada aku kesah dorang nak panggil ke idak kan..afterall, aku bukan taksub sgt nak keje mati2 for the company now..sori naik lorry.  Dari layan dorang tu meh aku citer pengalaman aku yg agak  melucukan.

Ya, aku masih mencari2 kerja. Tak pernah berenti pun actually. Tapi rezeki belum menyebelahi agaknya. Sama ada mmg tak dapat, or mmg dapat hati pulak tak berkenan atas sebab tertentu. Gitulah adanya. Mana yg panggil for interview tu aku pegi.



Minggu lepas aku dapat panggilan for interview. Tapi very fishy sangat cara panggilan itu dibuat. Iaitu melalui panggilan HP. Setakat pengalaman aku kan, tak pernah ada org call suh datang interbiu call guna HP. Officially mesti guna off no or ground number org kata. Lepas dapat panggilan tu la kan, aku tau ler company apa. Mcm biasa lah, pertama kena buat research pasal company dulu. Carik website segala. Mmg takde..or rather tak jumpe. Nama akan2 sama ada, tapi bisness lain pulak. So tak mungkin lah kan. Tapi sbb suh datang time lunch hour kul 12.30pm. Hari jumaat. Tempat nya tak jauh langsung dari off aku ni. Tp tak jauh pun x bermakna jalan kaki sampai..so aku mintak SP antar kan kul 12noon. Tak yah sesusah amik coti..Jimat!.



Pertama kali masuk bangunan tu..mak aaih, gelap gila. Scary gitu, ala2 citer hantu Ju On haha..sampai kat tingkat 4, jenuh carik. Mana taknya company takde sign board or label boleh?..yg ada Cuma tulis Suite 4.06 ..tu pun bertampal kat depan pintu..isssh, lagi fishy gitu ..dalam hati dup dap gak..takut apa company neh??.



Last2 berani kan diri ketuk pintu..dan dijemput masuk dek wanita yg menelefon aku tuh..kelakar tgk office dia. Aku disuruh masuk satu bilik, isi boring. Bilik tu kosong..Cuma ada meja panjang dan byk telefon. Kat dinding bertampal2 mcm2. Masa tu aku dah dapat idea company apa dorang ni. Company offer loan . Aku rasa.



Sambil aku isi borang tu aku Nampak 3 cina termasuk pempuan tu. Dua lagi lelaki tu besembang dalam bahasa cina..tak paham. Lepas tu minah tu masuk bilik tu balik dan bawak kertas2. True enuff, company tu offer personal loan untuk kakitangan kerajaan. Alah ala2 pinjaman koperasi gitu.



Gedebak gedebuk, dia explain apa keje nak kena buat..kena talipon org offer personal loan. Aduh!!, ni aku lemah ni. Dah ler aku menci sgt org2 kol offer itu ni, dan now nak suh aku jadik tukang kol, tukang pujuk ..Ampun!!. Aku Tanya la mana listing dorang dapat?, dia kata melalui directory kat jabatan kerajaan..



Cerita punya cerita, dia explain..gaji basic is RM600 hengget. Tapi ada komisen, which kalau satu bulan dapat customer ada ler calculation dia. Dan dia tnjuk kat aku spreadsheet contoh pendapatan org yg dah keje kat situ. Tak hagak2…ada 3k sebulan, 6k..ada yg dapat 10k sebulan. Perggh!!. Kalau gelap mata mmg la. Tapi adekah boleh kita secured 5 prsonal loan sebulan??? Kalau tak dapat? Mampus makan gaji 6 ratus tu…nk bayar keta pun tak lepas u oolss.



Bila dah sembang itu ni, dia tnya aku konfiden tak?..aku jujur jwap…belum lagi..wakaka. Dia ckp pasal basic aku kat company ni skg sgt tinggi. Dia kata kat luar susah nk la nak dapat kecuali buat sales cam compeni dorang buat.



Aku tnye berapa ramai pekerja dia?..ramai u olls..berbelas. Tapi mostly suma melayu!!!. Tpi tak tokeh are cina u olls!!!. Company dorang tu dapat lesen koperasi utk menawarkan personal loan tu. Setakat ni katanya swasta belum bole lagi..but soon under Kuwait finance akan bole dpat!.



Bukan apa, aku ni tak percaya figures2 tak actual ni. Setakat ckp ribu riban tu suma org bole ckp kan. For me biarlah basic aku rendah sket dari apa aku dapat sekarang, jnji bukan mcm ni. Buatnya tak dapat customer mati mak nak!



Lagipun, its just no my soul nak buat keje2 begini..so natijahnya, dia kata akan panggil balik for 2nd interview which I wish never happened. Sbb kalau dorang panggil pun aku tak rasa aku nak..well, at least for now. Dari aku keje situ baik aku dok dendiam jerk at sini ye dak?.



Tell me berapa ramai org nak ambik personal loan hehari?. Pulak tu bukan mcm makan nasik..hehari org makan. Ni, kes kalau sorang dah amik loan, mana boleh nak amik balik.Tak ke parah? Bila aku tnya paling lama bape tahun dorang kat sini keje?..dia jawapp laaaaaaaamaaa..tp setahun boleh?? Ish ish..Yg aku rasa tak suke ialah, tokeh company tu sumanya cina...tpi yg jadi kuli dok pujuk melayu2 ni menambah hutang ialah melayu..pathetic sgt aku rasa. Cina2 tu memanipulasi org melayu mcm aku utk menjerat bangsa aku sendiri utk menambah beban hutang..sedangkan bangsa dorang sendri?? jgn harap nak terlibat dalam pinjaman2 peribadi begini.  As for now aku rasa kakitangan kerajaan pun cuba sedaya upaya mengelak pinjaman pribadi ni, kita pulak nak memujuk mereka untuk menambah hutang..sungguh tak patut.


Hati aku sakit sgt memikirkan tu suma.So lepas habis tu aku keluar cecepat, amik cab balik office on time..before 1.30pm ..haha.



2 comments:

Irfa said...

agaknya ni la kompeni yg duk pikat org buat loan terutama yg dah black list.betul tak?sedihnya

baik dok dendiam maen game kat kmpeni skrg jelah.hehe

Anna said...

Irfa, exactly..thats the one..dari i keje situ baik ler dok sini kan..layan FB, layan angry bird bagai...like i said, i bukan jenis yg senang2 give up begitu jer..carik keje mmg tetap all out..keras hati kebal kepala kat sini pun ya jgak..see how..win win situation..kok dapat dah dapat keje lain baru senang nak tekan ke hape..for now..baik aku makan gaji bute kat sini uolls