March 20, 2012

Sentiasa Curiga dan Waspada


Melihat kes anak2 hilang, diculik..paling sadis dirogol or dibunuh buat aku kecut perut selalu. I think suma mak pun will feel the same mcm aku jugak.  Banyak sgt kes yg hari hari je ada kat paper tu.  Keselamatan anak2 kita semakin hari semakin terancam. Banyak org giler, banyak org psiko dan takde peri manusia di luar sana.

Hari2 kat berita pun ada.  Aku salu amik kesempatan utk beritau anak2 secara tak langsung.  Supaya mereka berhati2, waspada sentiasa. Kalau yg besar tu bole paham insya Allah. Tapi yg kecik2 ni.  Lihat je lah ari tu, budak umur 2 tahun yg jatuh kat titiwangsa tu.  Maknya sebok layan dua anak lain, sampai terjatuh bdak tu dalam tasek. Paling sadis esok pagi timbul. Pada sangkaan mak dia, hilang diculik ke apa.  Bayangkan kalau kita mengalami situasi begitu. Tak kuat iman, mau giler jadiknya.

Yg paling sadis jugak bdak umur 5 tahun tu. Kena bunuh kena bakar lagi.  Aduh..apa nak jadi gaknya manusia skg ni. Mana rasa perikemanusiaan mereka? mana rasa kasih sayang mereka? suma nya dah tak terkawal nampaknya skg ni.

Lantas sebagai ibu dan bapa aku kira kita suma kena sentiasa waspada. Tukar perkataan percaya pada curiga.  Kalau kita berasa sentiasa curiga, kita akan sentias berhati2.  Bukan nak menyalahkan sesiapa, tapi byk perkara kita bole elak.

Budak2 kecik terutamanya bawah umur 12 tahun tu pada aku tak harus dibiar berkeliaran ke hulu kehilir.  Ramai ibu bapa fikir mereka dah besar bole jaga diri. Salah tu. Tgk jer kes smlm tu, umur 15thn kena culik masa nak ke kedai.  Aduh....

Aku setuju dgn apa yg aznil tulis kat colum dia ahad lepas kat metro. Dia kata zaman dulu kita bole je dibiar merayau keliling kampung dan kota, ibu bapa tak perlu risau. Sbb masa tu takde kes2 seperti sekarang. Justeru sekampung leh kenal anak2 kita, leh kenal mak bapak kita.

Sekarang? tak bole dah. Curiga tu kena sentiasa ada.  Waspada pun sama.  Tiada lagi percaya... percaya pada sedara sendiri, adik beradik sendiri pun x bole dah.  Sbb banyk kes juga sedara terdekat, jiran terapat yg bikin angkara.   Mengenangkan ini suma buat aku sentiasa je berasa takut taw.

Kalau kita ada anak2 perempuan tu kita didik mereka untuk tau apa yg  bole disentuh dan tidak.  Cara berpakaian pun kita kena beritau mereka.  Klau nak mandi, tak bole bertuala jer bila keluar bilik air tu.  Kena sentiasa berjaga2. Itu juga lah yg aku sentiasa pesan pada anak2 pun. Terutama yg perempuan.  Untk sentiasa jaga cara berpakaian, cara duduk..kita tak tau dan bole jangka apa yg akan berlaku justeru mencegah tu lebih baik dari mengubati kan.

Mcm sekolah khas delin ni, telefon aku berkali2 pagi ni. Bila aku angkat pulak terputus jer line. 3-4x begitu. Jantung aku mula berdetik kencang dah. Hati aku mula gusar dan risau, mana tau apa2 berlaku pada Delin kat sekolah kan?.

Sampai aku berjaya pulak telefon sekolah tu balik.  Rupanya nak pengesahan delin join ke idak lawatan ke Singapore tu.  Hmm, of kos lah jawapan nya tidak kan.  Aku paham dorang kata nak bagi pendedahan, tapi Delin is too small la nak join  benda2 gini.  Akalnya masih kebudakan sangat. Pulak tu parents tak bole ikut.  Ingat aku nak beri keizinan?.  Sedangkan pi sekolah few hours tu hati salu jer gusar kan, inikan pulak nak berpergian 3h2m, naik bas entah tido di hostel mana.  Tau2 jer lah universal studio tu kan, memacam ada.  Kanak2 istimewa cam delin tu salu leka dan khayal. Buat nya merayau dan hilang sapa nak tanggung??. Cikgu mmg lah ada, tapi takkan tiap saat dorang bole jaga budak yg ramai begitu.

Sedangkan kita mak bapaknya ni pun kadang tak sampai seminit terleka kemana2 perginya.  Dare not aku nak amik risiko u olls.  Tak kira apa alasan.  Bole pulak cikgu tnya..alasan tak perginya apa??..haiyoooooo.  Kalau pun aku nak bagi delin pegi maybe 4-5 tahun lagi kot. Bila dia bole buat pertimbangan sendiri.

La ni, kalau keluar pun aku atau SP mesti akan pegang tangan dia. Dia pun sejak2 byk kes hilang, kena culik dan kena bunuh ni nampak cam ada takut sikit compared dulu.  Pegang tangan pun jarang nak lepas. Kalau tidak??..hmm mcm anak ayam lepas kandang..mencicit.

Biarlah apa org nak kata kan..padaku Waspada dan Curiga tu lebih baik dari pada gigit jari, menangis dan meraung tak berkesudahan kalau apa2 terjadi pada salah sorang dari mereka.

Aku sentiasa berpesan pada mereka untuk berhati2..Selebihnya aku berdoa dan berserah pada Allah SWT semoga anak2 sentiasa di lindungi. Mencegah tu lebih baik dari mengubati. Biar kita susah dan derita serta payah sekarang dari pada derita, sakit dan gila kerana kehilangan dorang ..kan.?




























3 comments:

Irfa said...

aku pun sama..biarkan makan nasi lauk telur je dr biarkan anak ke kedai.benda nak berlalu tak boleh nak elak tapi sekurang2 kita puas hati sbb dah buat yg terbaik.

mintak jauh anak2 kita dari org yg berniat jahat

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

kadang2 org yg kita sangka baik dan boleh dipercayailah yg tahu cara-cara nak amek kesempatan spt menculik nie..kne waspada walau dgn jiran sendiri

Anna said...

Irfa, aku setuju..mudahan anak2 kita sentiasa dilindungi..




Sahrom..Waalaikum salam..org yg paling hampir lah kita perlu lebih curiga kan..