March 22, 2012

Lepas SPM di tahun 1990

Mmg ada plan nak wat entry pasal SPM smlm, tapi x teringat lak. Pagi ni baca kat blog Irfa..baru teringat balik seh..

Aku amik SPM di tahun 1989 (ye..i dah kertu u ools..tak yah amik calculator kira..dah 4 series hokay!!!).  Bersekolah kat sekolah aliran ugama.  Back those year, kalau nak masuk sek aliran agama senang je. Masuk jer. Aku pun tatau camne. Yg aku tau aku ikut jer sek mana arwah pak register kat sekolah tu.

Masa zaman sekolah aku bukan dari kategori teachers pet. Infact, walaupun dilantik jadik pengawas sekolah dari tingkatan dua aku mmg bukan katergori bdk2 pandai.  Biasa biase jer.  Ckgu2 pmpuan suma suka bdak2 yg pandai..(sbb tu aku menyampah dgn cikgu2 pempuan masa tu..pilih kasih sngat tau).  Aku suka cikgu2 lelaki je . Sekolah agama biasala byk restriction kan. So gitu2 je la. Math paling subjek aku benci..sbb cikgu pempuan tu ajar malas..lembik..cam takde tenaga. Sering jer aku buat alasan pi tandas sbb malas.  Sbb bengang tu la, aku menanam azam kuat, untuk dapat keputusan cemerlang..mmg bulat tekad masa tu. Ala2 tercabar org kata.

Bila result keluar, serius aku pun terkejut beruk dan tak sangka..Results aku adalah yg terbaaeeeek dari student pempuan..dan kedua terbaaik keseluruhan..best student budak lelaki nama Ali..suma pun tak sangka sbb ali tu pun poyo.  Bukan ulat buku pun..cuma mgkin Ali pun ada tekad cam aku gak..So aku dgn dia dapat pangkat 1 dgn beza 1 agreget jer. Dulu2 mana ada cam skg ni A++..ntah hape lagik. Dulu kira pangkat dan agreget.

Sebenarnya sbb kami sekolah aliran ugama. Kami ada peperiksaan (SRA -4thanawi) -bahsa Arab pnye tu dorang panggil masa tingkatan 4. Kalau lulus sijil tu, masa org tggu result SPM yg lulus SRA bole masuk tgkatan 6 bawah..aku juga termasuk sekali.  Cumanya BArab aku tak la se excellent Bahasa Inggeris so kena usaha gigih sket, tapi aku ni agak malas masa tu.

Ye, aku masuk gak tgkatan 6 bawak kat SAMT..dok asrama. Adalah kot 2-3 bulan. Lepas result keluar aku teros berenti sekolah..aku x minat lah..tak leh bawak. Maklum campur dgn org2 yg alim2..ala ustazah. Jiwa brutal  tak sesuai sgt.

Lpas dapat results tu aku apply la mana2 patut.  Dulu ingt nak apply TESL. Masa tu TESL x byk offer kat Uni tempatan.  Byk kat over sea..dan aku sgt teruja. Maklum teringin nak pi obersea u oll men salji bagai..konon lah kan.  Sbb aku minat giler berbahasa inggeris kononnya kena pi tmpat mat salleh gitu. Malangnya baru je aku ura2 nak apply, arwah mak dah bagi hint tak bole..so punahlah harapan.  Nak mintak law kat UIA confirm tak lepas sbb maklum Math nan ado jer..wlaupun yg lain terutama BI superb, langsung tak bermakna kalau maths takdak.  Arwah mak sbok suh apply maktab (jadik cikgu?..dah ler x suker cikgu pmpuan kans,)...masa tu glemer u olls, maktab. Kuar je jadik cikgu and ustazah...skg?..suma depa tu terpksa belajar lagi amik luar kampus..tak kuasa u ools. Nak puaskan hati mak, aku beli je borang maktab kat pej pos..aku isi dpan arwah mak..tapi tak pernah pos..haha.

Sambil2 tu aku apply masuk private pnye tmpat. Buat management. Then dapat. 6 bulan kot aku pi KL belajar dok kat hostel bagai.  Masa kat situ gak aku apply ITM..ntah cam ne dapat pulak tu..susah payah aku pi interview kat PJ uools masa tu.  Speaking english masa interbiu nya.  Dapat surat panggilan kat ITM Teluk sisek Kuantan. Course Dip in Secretarial Science.  Bila aku ckp arwah mak, dia kata x ada cukup duit sbb masa tu tahun yg sama dorang berdua nak pi haji.  Mmg confirm dorang akan pi tahun tu. 1992 kalau tak silap. So mmg duit suma kat situ.  Dalam sedih, pilu sayu...aku lepaskan peluang tu...sedih siott!!.Aku cuma teringat arwah mak pesan, takpe lah. Bukan rezeki nak belajar kat situ..anak2 ko esok kalau ada peluang antar lah, mak x mampu..tu je mak kata kat aku..Well, aku redha .

Aku gigih carik keje lepas tu.  Keja pertama dlam hidup aku ialah pembantu farmasi kat Gombak.  Gaji masa tu RM350 sebulan. Tapi ase besar sgt..sbb masa tu barang2 suma murah lagi.  Itulah kali pertama dalam hidup aku daftar KWSP dan Perkeso u olls.  Gaji pertma dapat aku hapi giler. Aku beli semua org satu barang....dgn duit byk tu taw.

Sambil keje2 kat situ,aku sambung belajar. Amik kelas malam kat cosmopoint...Tapi tak proceed abis pun sbb kekangan keje. Susah nak pi kelas.  Masa tu gak aku dah tukar keje..

Masa berlalu pantas untuk meningkatkan diri aku tukar keje demi keje..sebanyak 14 kali kot..Dan pekerjaan sekarang ni adalah pekerjaan aku yg ke 14!!..12 tahun terlibat dalam dunia Oil n Gas, aku rasa seronok dan enjoy. Seronok sbb bkan sbb apa..sbb keje, sbb pulangan duitnya dan juga benefitnya..

No doubt, tak kira mana pun kita keje mesti ada cabaran, dugaaannya. Aku pun tak terkecuali. Macam2 . Dari perihal kena aniaya. Kena fitnah, kena dengki..macam2 lagi. Ckp je apa. Suma aku dah lalui..Tapi Alhamdulillah mgkin sbb aku ni brutal..hati kental..Tak peduli tu suma. Aku ni keras hati...apa aku nak buat aku akan buat sampai habis.  Sbb itu, aku tak pernah amik port pasal maknusia2 di pejabat yg kadang2 ada hati dengki..hati busuk.  Sbb pasti ada juga maknusia yg hati bersih dan suci kan?.

Pada aku senang jer. Aku tak mau mendengki atau iri hati dgn rakan2 sepejabat. Lebih ke dorang dapat kurang ke....aku salu anggap tu rezeki mereka..kita tak perlu sakit hati dan jiwa serta meroyan sebok2 hal org lain. Gaji aku sebanyak itu dibyar untuk aku buat sekian kerja tu jer.  Dan juga, aku sentiasa jer nak mempertingkatkan diri sendiri dgn ilmu2 berkaitan kerja aku tanpa perlu sapa2 suruh..Boss lama aku kata aku resourceful..mmg betul. Sbb pada aku tiap satu tu mesti ada penyelesaian sesusah mana pun.  Yg penting bila buat keje kita kena ikhlas, jujur dan komited.  Dan peri penting..cinta keje kita sepenuhnya baru lah kita tak merasa beban walaupun kita sangat banyak kerja. Ala, meroyan2 sikit2 lepas perasaan tu biasalah..

So, untuk tahun 5 kat sini sekarang aku rasa ok ok jer. Biarpun dah 3 tahun gaji tak naik2..Bonus yg dapat tu pada aku cukuplah nak cover setahun pun increment between 10-20%..so aku malas nk komen lelebih cam ada org tu. Nak suh transfer department pun mintak naek gaji..kalau takde..taknak. Kena buang karang baru padan muka. Dah la bertahun keje kat sini pengetahuan pasal produk langsung zero nak demand lelebih kans?.

Aku mengaku, takde akedemik paper tinggi cam org lain. Sbb aku cuma ada sijil buruk jer.  Oleh sbb itu lah aku mmg sentiasa nak pertingkatkan diri untuk lebi kedepan. Bukan semesti org takde Degree tu bodoh, sengal dan pemalas..kebanyakkannya sgt dedikasi, rajin dan gigih. Ye sbb kami suma sedar, bersaing dgn org2 yg maha bijak pandai kononnya kuar U ada dip bagai..tapi bila suh buat keje hampeeh.

Pada aku tak kira ada kelulusan tinggi ke idak, yg penting diri sendiri jer. Kalau kita nak buat suma pun boleh. Kita ni tak bole anggap kita pandai selalu. Kena selalu belajar dari org lain. Walaupun mereka mgkin 10-20 tahun muda dari kita..tak pe. Ilmu tu tak kesah dari sapa datang.

Jadik, dimana aku berada sekarang ni adalah hasil usaha gigih dan berkat rajin sendiri. Takkan ada org nak tolong kalau bukan diri kita sendiri.  Berdiri dikalangan org2 yg berkelulusan tinggi, berpengetahun tinggi dalam bidang engineering, teknikal dan teknolgi canggih kadang2 buat diri rasa kerdil sngat.  Sbb pengetahuan kita suma atas dasar usaha kita sendiri. Jadi bila kita paham apa jua topik perbincangan pasal keje ...tu sudah cukup beri penuh kepuasan pada aku.  Kepuasan yg tak terhingga sbb sebaris dgn mereka2 tu suma walaupun pada hakikatnya aku cuma ada kelulusan SPM ...yg paper BM kena amik dua kali sbb soklan bocor boleh??..

Training, info dan apa2 jugak maklumat bersangkutan produk yg kita bisneskan, kita kena baca, paham. Kalau tak paham tanya org2 yg paham. Kalau tak tau, tanya org yg tau.  Tak rugi menambah ilmu. I could say, sbb ilmu lah org pandang tinggi pada kita. Org hormat pendapat kita. Org hormat dan minta pandangan kita.

Bekerja di dunia oil n gas yg sentiasa berkembang pesat dgn teknologi2 terkini dan terbaru buat aku juga kena sentiasa mengembangkan fikiran. Walaupun pada hakikatnya aku buat cuma administrator yg pada masa sama buat logistic, inventory, contract dan ntah hape2 keje lain yg bukan dari scope aku..tapi aku buat jugak...sbb malas nak berbyk soal.  Cuma kelebihan org yg multi tasking ni ginilah...suma pun nak lambak kat kita!..tapi amik di sudut positif jer..kita bole belajar. Menambah ilmu dan skill. Sbb bole letak tu semua kat resume..incase nak carik keje lain kan?.

Bukan senang nak senang..bukan susah nak senang org kata. Yg penting tepuk dada tanya hati sendiri..apa kita nak dalam kehidupan kita.  Plan  belajar?? hmm mmg ada. Sentiasa ada dalam hati, tapi buat masa ni kekangan RM belum membolehkan lagi. Lagpun anak2 masih nak membesar, perlu perhatian..perlu bimbingan. Aku tak mo la karang sebok study pi kelas bagai, keluarga dan anak2 terabai kan. Lagpun buat masa ni Alhamduliilah...rezeki kat sini masih ada lagi. Insya Allah.

Sesungguhnya ramai org berteka teki pasal gaji aku kat sini..kawan rapat..lebih2 lagi permata hitam yg sekor tu. Mmg sungguh2 korek, hint2 nak tau berapa exactly aku earn. Tapi kan, aku tak pernah reveal...kalau pun dia tau tu bukan dari mulut aku..mesti mulut puaka si jenab....

Yg pasti aku bersyukur sgt2 dgn gaji dan rezeki yg aku dapat kat sini...kalau nak compared jumlah yg aku dapat kat sini...probably kena dapat jawatan senior manager (private company) kot kat luar baru sama..Syukur Alhamdulillah, rezeki anak2. Dan dengan bonus yg hampir tiap tahun company bagi..betul2 buat hati  lega walaupun lama dah tak dapat kenaikan gaji gitu...

Jadik, kelulusan tinggi tu bukan ukuran untuk kita senang dan berjaya dalam hidup. Kalau ada kelulusan tinggi dapat kelebihan2 suma tu kira bonus dan rezeki. Tapi harus ingat tak semua akan dapat begitu.  Aku bermula dari bawah..sgt bawah untuk sampai ke tahap ini. Jadik jati dan kekuatan dalaman tu sgt2 penting..dan pada aku di era globalisasi skg ni..kemahiran lagi penting dari kelulusan. Kalau belajar tak berapa pandai tapi punya kemahiran tersendiri, masih boleh gunakan tu untuk carik rezeki. Yg penting..ilmu mesti kena tambah selalu..kena banyak usaha, membaca dan carik sendiri.  Suma x datang bergolek..suma kena buat. Hatta nak makan nasik pun kena cari pinggan, suap bagai kan?.nasi tak masuk mulut sendiri kecuali ko ada mondo magic nak!!.

Kalau dah usaha sungguh2 tapi keputusan SPM tak cemerlang, tu bukan hak kita nak pertikai.  Tu suma hak Allah swt. Ingat lah semua yg berlaku tu ada hikmah. Allah jer yg tau.  Mcm aku jugak..Ada sebb aku x dpat masuk ITM..agaknya kalau aku masuk ntah2 apa aku keje skg ni?..ntah2 aku x menikmati gaji sebanyak ini skg kan?..Jadik aku bersyukur..suma rencana Allah pada kehidupan aku..aku terima dan harungi dgn ikhlas dan redha...sbb aku suka sgt ckp bahasa omputih kan..haa, skg Allah beri aku keje dikalangan org puteh dan mat salleh belaka..berbagai negara..Omputeh dari Us, UK, Oz dan ontah mano lagi ..tu belum campur org Argentina, mexico, arab....apa pun segalamala bangsa.  Skill english tu tak belajar dimana2 ..cuma kena rajin belek kamus. Aku masa sekolah menengah dulu kamus buruk aku tu (sampai skg ada lagi taw) sentiasa ada dalam bag. Aku baca surat khabar org putih masa tu..merangkak2..tak paham je  belek kamus..pastu cari pen pal dari negara omputih...tulis surat bagai.  Bdak2 sekarang..hmm aku tgk jer anak dara aku tu...minat sgt lagu org putih..bole hafal. Tapi bagus. Sbb aku suruh dia hafal dan paham apa maksudnya..sekali sekali aku suh dia buat translation pendek citer2 kat surat khabar. So far Alhmadulilah, english dia sgt imporved. Kadang2 ada benda2 secret nak ckp dgn dia xmo org dalam rumah paham..kami speaking...dan ada kala aku suruh dia tgk HBO tanpa sarikata..supaya dia paham . Aku mengharapkan dia bole dpat A dalam English PMR dia nanti.

Allah beri apa yg aku nak tapi dalam cara berbeza.Ye, aku dulu ingt kena pegi belajar negeri omputih baru bole ckap omputih..padahal kat sini  pun boleh.Buktinya, hah kak office hehari cakap omputih..email2 suma bahasa omputiih..sembang dgn rakan2 sekerja di seluruh dunia pakai skype pun suma guna bahsa omputih...kan.  Tu suma aku x pernah terfikir jauh . Cuma bila dah ada skg baru lah aku renung balik..Ya Allah..besarnya nikmat Allah beri pada aku..yg aku mintak, yg aku harap dan yg aku nak....boleh je dapat depan mata... Tak kira, dalam apa pun kita buat tu mesti kena niat satu jer..ikhlas. Buat kerana Allah..insya Allah. Kalu kita ikhlas, redha..pasti Allah beri juga kenikmatan tu walaupun it could be 20-30 years later kan...


Jadi aku akan terus berusaha dan berusaha tingkatkan diri..tingkat ilmu...tak kira apa cara..yg penting aku buat keje aku dgn sebaik mungkin..sehabis ikhlas..yg lelain tu...tolak tepi.  Jgn campur adukkan..keje is keje...personal live is personal.

So, pesan aku kat adk2..kat semua...kena usaha..kena gigih..kena rajin. Barulah kita puas hati bila kita dapat hasilnya..insya Allah








8 comments:

Irfa said...

anna
nak nanges aku baca
w,pun entri berjela tpi aku baca sampai titik terakhir.hehe

samalah..aku pun skolah aliran agama.pegi skolah tu sbb mak ayah paksa (huhu..tak minat skolah tu sbb kwn2 sume skolah aliran biasa).dan peksa smu (form 4) aku gagal.mak ayah xmarah sbb tahu aku tak minat.

spm pgkat 2 mmg.apply upu tak dapat so keje la.mak ayah bukan org senang dan adik2 ramai lagi..

keje dan sampai kini keje.aku tak nyesal pun..aku seronok keje skrng w,pun gaji tak banyak.ada duit bila2 boleh ke oversea ;) tu je yg best

betul kata ko.kena usaha.

aku harap adik aku tu x putus asa

NenetPenne (NP) said...

pengalaman itu penting
kelulusan akademik tu juga penting untuk menguatkan lagi pengalaman kita tu

ada company yang mementingkan qualification dan juga pengalaman...

ianya tetap ada pro and con...

bukan nak kata yang tak ada qualification tu tak bagus ... ada yang bagus...

yang ada qualification pun ada yang tak bagus...

bila boss tak ada, dia pun mulalah mengular entah kemana...

Anna said...

Irfa..betul. Aku rasa gembira, puashati dgn apa yg aku dapat dan ada sekarang ni..dalam pekerjaan ini lah aku leh keje sambil jalan..sambil training..dulu x penah fikir naik flight..sjak keje OnG, flight cam naek bas mini jer..sampai muak dan jemu...5 tahun gitu, aku fed up..so lepas tu aku tukar keje skg ni..smooth..steady, tak perlu travel..dok opis je..


Net,
I beruntung sbb company ni tak pandang tu on me..mgkin sbb dorang satisfied with my work..tp kalau dorang suruh belajar and wiling to sponsor..Ai rela..bond pun bond lah..to me, semua terpulang pada diri masing2..sbb kena tau kita keje untuk apa...kalau keje semata2 nak dapat duit mmg tak akan ke mana....keje dgn niat untuk anak2..dan keluarga..Insya Allah. Kalau ada peluang, ada Rm..mmg ai nak belajar lagi....tak kesah lah masa tu umur berapa...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

semuanya atas diri sendiri kan..

kita perlu memandang segalanya lebih ke arah positif agar kita terus bermotivasi utk berusaha

Anna said...

W'salam..
betul. Suma atas diri sendiri. Yg penting mesti sentiasa berfikiran positif dan sentiasa nak majukan diri sendiri.....takde org lain nak tolong kita kalau bukan kita sendiri...

Anna said...
This comment has been removed by the author.
mummY daniSha said...

hi salam kenal kak...setuju dgn akak...berjaya education x semestinya akan berjaya dalam kerjaya..bergantung pada usaha diri sendiri dan rezeki ALLAH bg =)

Anna said...

Salam Mummy danisha...terima kasih datang ... ye, kita berusaha gigih...selebihnya kita berserah pada Allah..rezeki tu ada jer dimana2 kan..kita yg kena cari..xkan dtg sendiri tanpa usaha...