March 5, 2012

Aku, Kerja, Kawan, Kehidupan dan Macam2.

Aku dan Kerja

Wah, lama dah nak taip macam2 cerita kat sini tapi kebizian menjadi batu penghalang.  Maklum dgn boss yg nak pencen, kerjaan yg makin bertambah harus membatasi masa. Fesbuk pun dah jarang2 sekarang apalgi meneruskan angry bird game yg dah terhenti takat level 54 ke. Sbbnya satu. Tak de masa.

Last Friday, was my boss last day. Bill Parr namanya akan berpencen for good pada usia 62thn.  Email terakhir yg dihantar pada kami agak tacing jugak lah. Tapi when times is come org kata, terpksa juga mengatur langkah.  Dia since sorang2 jer bini dah mati, yg ada anak2 cucu jer. So dia akan balik Scotland for good katanya. Baguslah.  Good for him.  Farewell lunch dorang buat kat Mandarin.  Makanan yg hampeh. Lansung tak sedap, less menu dan ntah hape2.  Takat makanan2 biasa tu . Aku terlebih layan desert jer masa tu. Yg penting jenab tu mmg takde taste bud langsung. Sedap sgt2 katanya..Gila sungguh!!.

Bulan Feb lepas jugak sgt menggembirakan.  Sbbnya dapat lah sikit bonus kan.  To be honest, amount nye sama jer cam tahun lepas. Syukurlah, byk ke tak ke terima jer.  Org lain kata bonus dorang lagi sikit dari last year. Entahlah betul ke idak.  Somehow agent yg bayar gaji kami tu terlupa nak deduct for income tax dari amount gaji dan bonus bulan feb tu.   Bdak2 lelaki sgt gembira sbb kunun byk lebihan. Dorang ingat naek gaji. Dasar sungguh tau.  Tak lama beberapa hari agent antar surat bgtau suh prepare bank draft tuk income tax tu. Haa, aku walaupun x byk less then 5ratus hengget still aku rasa duit jugak kan. Bdk2 lelaki lagi la. Beribu gaknya sbb gaji pokok dorang as engineer, manager kan banyak. I wonder nape mereka suma tak mo bayar balik. Haa, amik kau.  Bukan salah kami pun kalau kami x mo bayar kan. Dorang salah tak tolak then expect bagi duit tu balik. Dahla dapat duit jer memasing cepat2 bayar apa yg patut simpan dan sorok mana patut kan. Aku dgr bdak2 lelaki suma tak nak bayar, tapi aku rasa malas nak pikir, bayar jer lah. So esok atau lusa kena beli bankdraft sudah.

Dapat bonus jer ari tu, aku bayar apa yg patut.  Sorok mana yg patut. If tnya apa aku beli tuk diri sendiri?? adalah 2 bag satu purse. Lelain tu takdak.  Mostly berhabis tuk layan bbudak jer makan apa dorang nak. Alah, rezzeki anak2 kan. Layaaaans.  Sempat gak campak sket kat ASB. Still ada tak sampai seribu lagi balance in mabank. Tapi lepas tolak income tax tu..adalah sikit. Duit byk mana pun akan abes jugak ye dak.  Simpan sket2 lah mana dapat. Selebihnya bayar hutang apa yg patut.  Tapi kalau tiap2 bulan dapat lebihan gitu..wah alangkah seronotnya..veranganss.

Kerja aku makin bertambah dan berlambak sekarang ni. Sementelah dgn bos baru yg sgt agresif dan motonya JUAL JUAL JUAL..dgn apa cara kan. Meting tiap jumaat sudah pasti.  Tapi yg best nya bos baru ini sgt tak berkira. Kalau kita perlu sesuatu mcm program software ke apa, cakap. Gerenti dpat. Bkan cam boss lama, ikut ckp jenab sgt. Jenab kata A ikut..yg ni tak. Sampai ari tu jenab kena marah sbb nak jimat pasal apa ntah. Boss baru siap sound, ko nak jimat for the company tuk apa, kalau perlu beli jer.  Tak guna simpan duit for company katanya..haaaa..padan muka ko kans

Bos baru ni gak tak suka sorok2 cerita, suma dia share dalam meeting. So dalam meeting last Friday dia bgtau berita2 gembira. Pertama kami dapat secured contract for worth USD3m to supply products to an oil company.  For that, plan nak pindah off tak jadi. Sbb company need this bigger place to cater ramai org baru yg nak masuk.  Cubicle2 baru nak kena buat sbb ada bebrapa org baru nak masuk. Dan most probably aku ada kwn admin baru tapi takkan buat benda sama. Buat products lain.  Basically cubicle yg dihuni aku dgn botak akan menjadi 4-6 cubicle yg bakal penuh jugak nanti.  No news is good news kan.  Aku tak  mengharap promotion ke hapa, tapi aku harap sgt pada kenaikan gaji. Harap2 nya lepas sekian lama ada lah kenaikan sikit kan. Baru senang dan gumbira hati nak bekerja kan.  Seblum bos lama blah dia dah buat done deal dapatkan direct purchase customer for goods worth USD230k.  Aku terbabit sama sbb buat arrangement for movement, logistik dan invoicing.  Dealing dgn mat2 siam buat kejer mmg menyakitkan hati sbb lembap nak mampus.   Sungguh bagai tido tak lena, mandi tak basah masa buat arrangement ni tau. Seminggu aku resah gelisah sbb takut2 kalau ada apa2 barang tak sampai Songkhla by 17th Feb as per PO aku dgn boss mati sekali. Sbb takut dorang cancel order.  Jadi dari seminggu sampai tarikh tu baik aku baik mamat logistic kat Singapore mcm hape jer.  Akhirnya barang sampai by 15th.  Tapi org siam yg lembap dan sengal buat keje, it takes 5 hari baru dorang clear barang dan hantar kat customer. Akhirnya, kes closed bila aku  berjaya dapat dokumen untuk invoice that amoun for Feb dgn senyum lebar.  Bos lama aku pun menepuk2 bahu aku sambil gembira berkata Well done, mate. Good job.  Dan Feb tu dgn gumbiranya aku closed the revenue report for USD half a million pnye sales. Just imagine berapa bnyk keje dan documentation aku kena settlekan for that amount?. Mujur mak supermom kan..hapeeeeee pun boleh..  So Jan dan Feb bole dikatakan bulan yg sgt mengujakan sbb dua bulan ni kami kurang about 2 ratus ribu lebih jer nak achieved 1m USD...heybad kan??...heybad sbb bos lama aku closed his retirement dgn sales yg telah memecah rekod di Asia Tenggara ini....hak ni kena tunggu sampai Dec pulak. Kalau tiap bulan begini, harapnya bonus 2013 nanti akan lebih kababommm ye dak.

Aku dan So called KAWAN?

Dulu, kat office aku ni ada satu admin clerk yg dorang amik seblum bdak india sorang yg claim diri dia bukan receptinst tapi dok kat meja reception tu.  Bdk melayu tu mmg aku akui cantik, sbb dia mix dgn mat salleh. Salu belakon gak..salu belakon iklan gak. Anak dia pun..ye, dia dah kawin ada anak 2.  Dulu dia masuk sini lebih kurang aku rekmen jugaklah, tapi keje cam taik walaupun muka cantek kan. Sbb rupa tu si jenab terpedaya amik dia. Lepas amik baru tau. Menyumpah2 mat2 saleh dgn bdk tu sbb speaking hampeh, kerja apatah lagi. Hrap muka cantik tapi angkat telepon x reti speaking apa cer?.  Selalu jer dia pass kol kat aku kalau dia tak reti nak jwp or tak paham nak ckp!.  Sesekali aku bole layan or tolong, tapi kalau time aku bizi mmg carik nahas la kan. Taklama dia dok kat receptionst tu company amik bdk india tu masuk so bdk lawa tu naik kat dept atas jadik admin clerk.  Tak lama dia kat dept tu , dept tu redundant sbb tak de job.  Org pertama kena buang ialah dia.  Menangis2 masa tu dia tapi apa aku bole buat.

Lepas dia berenti sini, dia keje ntah kat beberapa tempat. Aku dgr dia ada amik PSC ke apa, so aku assume dia jadi secretary lah.  Kalau keje dah cam hampess mana2 pun ko pegi tetap hampess jugek kan. Masa dia dah blah tu dia ada gak say hi kat YM aku. Aku jwp mana patut je lah. Ye lah, aku malas nak ada kena mengena dgn org yg suka ckp belakang macam2 padahal kat depan macm malaikat kan.  Ala, ada aku tulis pasal dorang lama dulu kat blog ni. Malas nk cerita balik sbb tak penting. Pendek kata, dia yg sebok tnya kabar, aku benarnya couldnt be bothered. Tapi aku jwp jugak baik2 kan. Tak mo fikir benda2 menyakitkan hati yg dia dah buat kan. 

Mana tau satu hari kwn aku bgtau bdak tu ada kat building ni. Next block sbb company dia pindah sana.  And lepas blah dari company ni, itu adalah company ke 4 dia dalam masa 3 tahun. Nampak sgt kan?..Berpindah randah pnye keje apa hal?.  Aku mmg doa sgt tak mo jumpa dia tau. Sbb ntahlah, aku malas.  Mana tau satu hari terserempak kat bawah dgn dia. Funny thing is, langsung tak menegur takpe, tapi mcm sombong sgt. Mentang lah ko cantek kan...dia ingat aku peduli?, so aku pun buat bodoh. For me, tak rugi berkawan dgn org yg hatinya tak bersih dan ikhlas. Buang karans aku jer.

Aku Dan Kehidupan.

Alhamdulillah, kehidupan aku sekeluarga macam biasa jer.  Masih gembira, aman damai dan bahagia Insya Allah.  Aku dah malas nak memikir pasal org lain. Apa yg penting ialah kehidupan aku sekeluarga yg sentiasa gembira. Itu sudah cukup bagi aku. Lelain hal aku tak amik port.

Delin semakin menunjukkan kematangan yg ketara.  Walaupun sifat dan sikap keanak2an masih ada, tapi bnyk progress yg aku sendiri bole lihat sejak dia bersekolah khas ni. Dia dah  less stress nak pegi sekolah, dia dah tak asik tnya esok sekolah ke tak. Ternyata dia sangat gembira dan aku berharap dia pun gitu.  Sabtu lepas, aku nak tido tghari tapi tak jadik sbb menonton citer hindustan Taare Zaman Parr ke tajuk dia. Aku ingat lagi masa first time pi cek delin dgn dr, dr sushmita suruh aku tgk citer tu. Masalah nya mcm delin. Aku tgk sensorang sabtu tu, giler sakai aku menangis cam hape. Sbb aku sedih dan sebak sgt tgk citer tu tau. Cuma aku bersyukur sbb aku x sebodoh mak bapak Ishaan (nama bdak dalam citer tu) dan aku sedih sgt sbb Cikgu Ram (watak cikgu dlam citer tu) yg berusaha ajar ishaan dan kenal kelebihan Ishaan sampai dapat menghasilkan lukisan yg begitu cantek sekali...serius aku sedih giler tgk citer tu smpai bengkak2 mata menangis. Giler betul kan.  I guess sbb aku memahami apa yg Ishaan rasa dan aku bayangkan kalau Delin mcm tu. Tidak dipedulikan , kwn2 menyisihkan, cikgu ckap bodoh , lembap dan macam2.  Tu yg aku bayangkan agaknya selama ni Delin tertekan begitu.  Hati seorang ibu org kata, tu pasal sebak je tau tgk citer tu padahal ni kali 3 dah aku tgk..

Aku juga hampir langgar signboard baru baru ni. Kesahnya keta kami tu dah due for service for 35k, Since tiap sabtu asik penuh jer service center tu, aku cadangkan kat SP tuk antar Jumaat tu.  Mcm sekali tu kami buat. Pepagi aku kuar bawak keta, antar ke servis, pastu SP datang amik aku pi keje nek moto, petang balik keja singgah amik keta.

Masa aku bawak keta pagi tu, jalan agak jammed kat Rawang tu.  Masa kat templer aku baru perasan minyak alahai..mmg ada bnyk lagi (menurut lelaki2 lah) satu barr nak ke Empty, being good driver aka pempuan kan mana bole senang hati weh nak bawak keta dgn minyak begitu kan.  Sedang kepala aku melayang2 nak memikir mana nak singgah isi minyak, tak teringat langsung kat templer ada Shell.. tup2 bila ternampak Shell aku dah kelam kabut nak masuk ke kiri..sikit lagi langgar signboard tu. Mujor 2 second pnye alert dan aku tak laju sempat lagi elak dan masuk kiri..kalau tidak naya.

Lepas keta tu siap kami singgah amik balik keje jumaat tu.  Mahal tak mahal RM550 tu charges nya. Nak tak nak kena byar jugak kan.  Kelakarnya bdak service advisor tu siap bisik2 dgn SP kalau ada cita2 nak jual keta tu, katanya bgtau kat dia sbb dia nak..hah, lucu sungguh. Mentanglah keta dijaga sgt rapi dan milage tak banyak ye. Ye lah 3 tahun baru 36k harus byk dok dirumah keretanya kan.  SP jaga keta mengalahkan jaga bini u olls. Kilat milat keta tu.  Tapi for me baik dia sayang keta dari aku yg jadi bini, dari sayang betina lain  ye dak??...tu lebih mengembirakan hati aku. At least keta tu sgt terbela.  Bela betina lain kalu...ha, sendiri mau ingat weh.

Dalam versi macam2 pulak, aku nak sharing dgn u olls something.  Ni bukan nak mengata or mengumpat tapi just mengambil iktibar. Macamana aku cerita to anak dara sulong aku si kakak.  Sabtu dua minggu lepas, kami pegi ke umah anak2 sedara SP.  Yg sorang dah kawin ada anak sorang, manakala  yg sorang lagi masih bujang.

Bukan nak ckp apa lah, kadang2 kita ni walau sebok mana pun kan, penat mana pun ambil lah masa nak kemas sikit umah, kemas sikit dapur. Cuci sikit peti ais or bilik air kan. Bukan untuk niat menunjuk tapi untuk keselesaan diri sendiri. Aku tak bole terima org bole biarkan bilik air berlendir, kotor berlumut tak  bercuci. Aku juga x bole terima kalau dapur rumah tu macam kapal perang nak meribut.  Lantai basah melendir dan melekit. Nak basuh tangan ke sinki pun alahai.  Masa tu aku dah siap masak lauk bawak ke sana. So dia masak sikit2 lah . Cumanya dapur yg berkecah sungguh buat aku stressed. Terasa aku nak tolong kemas dan mop boleh??.  Pastu fridge dia masya Allah, tak tau berapa tahun tak pernah dibersihkan. Dgn stain melekat sana sini.  Makan yg dah bertahun gaknya. Dgn lekit segala mala. Bila aku buka peti masya Allah, nak fengsan. Even anak dara aku pun merungut kata, kotornya peti umah kakak maaa.....walhal bole je curi masa kemas sikit2 kan. Bukan susah sgt pun. Adik pempuan dia ada dok sekali bole jer tolong2. Anak kecik bukan alasan. Aku dulu pun anak kecik jugak tapi idak lah sampai begitu sekali umah u olls..fengsannnnnn!!!

Kami gak pi umah bujang anak sedara SP, sbb dia mintak tolong pasangkan dapor gas baru.  Anak2 dara pnye rumah sewa tapi org2 nya suma keja masa sabtu tu. So tinggal anak buat SP sorang jer.  Masya Allah, ni lagi dasat u olls.  Dahla tilam bantal depan tibi berbiar jer..(ni kali kedua aku pi situ) tilam bantal cantek takpe..kain baju bergantung disetiap penjuru. Depan pintu bilik depan balkoni kat dapor.  Masya Allah, bilik air toksah nak citer. Dalam  bilik pun sama..pendek kata, aku tak sanggup tgk keadaannya..malu betul dgn SP akan kehidupan anak dara yg sungguh selekeh begitu. Aku dulu pun dok bujang jugak, tapi kami 6 org masa tu tak pernah biar baju, spender , bra bergantung bersepah2 kat ruang tamu uools, buruk gile rupanya. Bilik kami pun masa tu kemas, takde baju kotor berlonggok.  Takde sepender bersepah sana sini. Malu uolls kalau ttba umah tebakar (at least masa tu kami fikir gitu) pastu bomba datang camne?? haiyoo.

SP tolong pasangkan gas kat dapur pun siap kemas kan dapur dia bole??? fengsan aku tau.  Mujor la anak sedara SP bkan anak sedara aku. Kalau tak dah lama aku sound apa jenis anak dara korang. Kebersihan diri dan umah tak terjaga camne nak jga suami???.

Bila kami dah balik rumah aku cerita kat kakak perihal benda2 yg aku observed tu. Biar kakak sedar dan tau. Dan jugak of kos la amik kesempatan kutuk2 anak sedara SP yg aku kategorikan sgt pemalas u olls.  Padanlah umur dah 26 masih tak de sapa yg sudi buat bini. Mungkin org lain bole tgk dari mata hati cam aku. Sbb kalau tgk ikut mata hati mmg akan kita tau org tu camne. Fair enough.  Terbukti segala. SP cakap ada setengah lelaki ni kadang2 sekali pandang dan tau, perempuan ni rajin jaga kebersihan diri ke dak, rajin mengemas ke dak, rajin masak ke dak..gitulah katanya.  Well, he judged me well kans..haha, gitu katanya...ehem.  Puji bini sendiri..itu macam lah kan. Selalu jer SP ckp kat kakak begitu begini. Anak dara tak bole dok begitu begini. Kemas begitu begini.  Sbb benda gitu suma bermula dari sekarang. Kalau dari sekarang tak reti jaga tu smua...sampai ke tualah katanya..

Dulu aku pun malas kedapur masa remaja tau. Arwah mak salu bebel2...aku jarang amik port. Tapi  bila aku dah stat hidup sendiri, dok KL sendiri berdikari, aku fikir balik apa jer yg mak bebelkan.  Sbb itulah aku menjadi apa yg ada sekarang ni. Sbb sendiri pnye kesedaran.  Kita nak hidup bersih kemas dan selesa, kita sendiri kena usahakan. Penat mmg toksah ckp kan, tapi for me kalau umah gitu lagi tambah penat rasanya. Mujur sikit2 disiplin yg kami terapkan pada anak2 tu sikit sebanyak menjadi.  Buktinya Kakak sendiri tak pernah tinggalkan baju kotor berlonggok dalam bilik. Semua nya kena masuk bakul laundry dan bila dah penuh dia sediri pandai nak masuk mesin dan basuh. Bukan kumpul seminggu sekali baru basuh. Bukan nak tunggu bilik air belendir. Seminggu sekali harus di berus dan cuci. Tandas lepas guna harus dibersihkan. Tu suma kena buat dari kecik tau. Dah tua2 baru nak buat liat lah...Kalau mak bapak tak ajar dari kecik gitulah akibatnya. Sbbnyaa? hidup mak bapak pun begitu ..camne kan?. Ish, aku x mau . Aku nak anak2 aku kemas dan bersih, at least tu untuk diri mereka sendiri kan bukan untuk aku pun.

Dalam pada tu juga Neza one of my good fren sms pada hari khamis lepas. Tnya pasal nak contact abang Onn offmate SP yg salu kami mintak buat2 kan air tu. Anak Neza dah seminggu demam dan tak kebah2. Dah dok hspital tapi jadi bahan eksperimen jer katanya.  So, dia nak ikhtiar mintak tolong abang onn.  Lepas SP kol abang Onn dan cerita apa masalah Neza, aku sms no abang Onn dgn dia.  Alhamdulillah, semalam Neza sms anak nya dah keluar hspital.  Kadang kita buka bergantung sangat pada benda2 begini, tapi kalau dah ubat hspital tak jalan jugak kena ikhtiarkan juga kan. Ni salah satu ikhtiar jugak.  Syukurlah sumanya dah selamat dan demam anaknya dah baik...

Itu jerlah, cerita tertangguh sekian lama.  Minggu ni pun aku akan bizi jugak.  Hari ni jer lunch time aku amik masa nak taip semua yg aku plan nak taip since few days ago tu.  Nak tulis kat rumah mmg tak leh la, laptop dah mati for good.  Laptop off plak sebok si jenab kedekut tu mintak balik, nak amik kau.  Plan nak beli laptop baru tu nanti dululah. Kumpul duit dulu baru leh beli.  Setakat ni benda tu tak kritikal dan penting sangat kan..nanti2 lah.


Tu jela u olls, taktau lah minggu ni ada masa lagi tak nak menulis lagi.  Kekangan masa tu mmbuat takde masa nak curi dan taip. Bos baru ni pulak mcm tau2 jer kita bukan buat keje kan. Cuma time lunch ni takde la dia byk soal. Tapi dari apa yg dia ckp dan hint2...aku dapat rasa dia bole tau samada org tu buat keje ke dak, walau pun dia tak nampak katanya..BAHAYA sungguh kan....




















No comments: