March 6, 2012

Tak Suka bila Jadik Plastik

Aku tak suka jadik hipokrit dan plastik tau. Terutama kalau melibatkan sesuatu yg buat aku jadik rasa macam tak ikhlas jer. Prinsip aku kalau tak ikhlas tak payah buat.  Kalau aku rasa ikhlas, aku akan go on jer.  Yg penting dalam hati aku ni aku sentiasa jaga.  Kalau ada rasa bibit2 kurang ikhlas, biasanya aku x buat.  Contoh la, kalau tgk makan2 kat kedai, ttba ada bdak datang jual something mcm kismis ker kalender ke. If masa tu hati aku agak suci org kata aku beli or aku beri derma.  Tapi kalau ttba hati cam keji jer, mmg confirm aku x kan beri.  As simple as that. For diri aku lah kan org lain aku taktau.  Tapi aku sentiasa juga cuba mengkikhlaskan diri aku kalau nak berbuat apa2 tu. Cuma biasalah setan2 ikut bicara kan. Susah sket.

Masa sebok2 lepas raya cina ari tu, sbok lah cina2 dan separuh cina kat off ni ajak pi makan yee sang.  Masa tu hati aku mmg rasa tak ikhlas dan takde rasa mau pun mood mau pegi. So aku beri alasan ada hal. Afterall, aku bkan cina pun nak spend duit that much kan.

Rakan sekerja aku (melayu) yg tiga org lelaki ni pun dgn suka hati join tiga org cina dan separuh cina tu pi.  Katanya dorang pi makan kat double tree (tak hagak2 tu kans).  Yg 3 lelaki melayu lagi tu, dua org darinya tau yg dorang kena tong tong (share) the amount tu.  Malangnya yg lelaki sorang lagi ni taktau. Dia pun dgn senang hati join pi sana, walaupun pada masa itu dia dah syok2 makan tengahari awal katanya.

Menu yg disediakan ialah yee sang dan buffet kata mereka. So yg lelaki no 3 ni cuma makan 2 cucuk satay dan bberapa ketul buah jer. Maklum la dah kenyang gitu kan.   Sambil chit chat yakedi yack kot, pukul 2 lebih baru dorang balik off.  Aku ni since tak join buat bodo jer lah so does minah yg dok kat reception tu kan.

Bila petang skit, cina lelaki sorang tu kutip la around dari mereka2 yg pergi makan sesama tu.  Amountnya Rm60 hengget sekepala (giler mahe).  Apalagi terkejut le si lelaki no 3 tu sbb sangkanya dorang belanja dan takde org bgtau dia awal2 yg tu kena tong2.  Dalam hati aku nak tergelak jugak tpi aku simpati sangat jugak dgn dia.  Gelabah la dia selongkar sana sini kat wallet dia cari duit2 selit2 to bayar RM60 tu.  Cursing jugak la mamat tu. Kesian.

So, for another time last week group yg sama konon nak organised farewell lunch utk exboss yg dah pencen tu. Since dia dah tanya aku hari tu dan xboss x mau terima apa2 souvinier aku kata, Ok lah, lunch will do.  Malangnya lunch adalah mengikut citarasa org yg langsung takde taste..cina yg pempuan tu -Jenab.   Kat same place jugak Double Tree.  Tak pe lagi, tapi smlm cina yg lelaki tu dtg kat aku kata nak buat farewell lunch dan welcom lunch tuk boss baru (ape ke jadddd??). Kok hagak pun nak bodek kan takkan sampai begitu sekali?.. Dah tentu boss sendiri suma expenses ditanggung oleh company, ape kehal kita nak kuar duit poket kita nak belanja dia lunch?? sungguh tak bole diterima akal tau.

Bila dah tau tu, aku jadi tawar hati pulak nak pegi. Malas sungguh. Jadi aku masih merencana apa plan nk mengelak.  Afterall, aku rasa xboss pun tak mintak pun suma tu. Cuma org yg kaki kipas kuat ni  beria2 sgt kan.

So, smlm ketika aku dgn jejaka2 ni berbincang perihal kerja kat dalam bilik salah sorang jejaka, lelaki cina tu join in masuk dan bgtau pasal plan nak pi farewell and welcome lunch tu.  Jejaka 3 yg sudah terkena pasal yee sang tu hari dgn pantas jawap. Hah, farewell lunch??? kan hari tu kita dah pi mandarin oriental tu, farewell apa lagi?.  I takde duit lagi la nak join dia kata selamba.  Aku dgn jejaka sorang lagi diam jer sbb  kami tgk bincang pasal keje. Dan aku sikit pun tak komen hape2. Bila lelaki cina tnya aku ada tak jenab cakap pasal lunch esok?? aku kata TAKDE..mmg takde pun kan. Takkan nak menipu kowt.

Sedang aku merangka2 dan berdoa apa lah alasan aku nak escape ni.  Aku cuma fikir nak ckp dgn mereka, takpe la aku chip in bayar berapa utk one portion tapi aku tak leh pegi sekali. Sbb aku ada urusan peribodi yg lebih penting (padahalnya, aku harap supaya Jenab kata tak yah bayar sbb x dpt join, mcm bdak yg dok kat depan reception tu kan). 

Doa aku dimakbulkan bila ttba my good fren Zas calling for ajak lunch tengahari ni. Wah sungguh pucuk dicita ulam mendatang tau. Since aku jaraaaaaaang sgt keluar lunch kan, hari ni aku nak kuar. Dgn alasan ada urusan boleh??..

Nasib la kan.  I dont feel sincere pun nak pegi, so lebih baik tak payah pegi.  Afterall, kalau x belanja x boss pun i have nothing terhutang to him ye dak?. Naseb ler kan. Kalau lah jumlahnya RM tu 60 hengget macam dorang makan yeesang hari tu tak kuasa aku nak layan.  Mana tak, setakat memenuhi tekak2 mereka makan yeesang dan nak jimat dok paksa paksa org join sekali..KEJI sungguh kan? Kita org melayu dan Islam ape jadah nak celebrate yee sang ke hape kan?.  RM60 tahan belanja 10 hari utk dua org bdk kat umah aku tu.  Kalau setakat nak belanja x boss tu bole je makan kat restoran2 biasa yg sederhana harganya.  Sbb dia pun kena fikir pasal org lain.  Gaji paling sikit kat company ini ialah gaji kuli2 batak cam kami ni ha dah lah lama dah takde increment kena berjimat cermat, ni pulak nak spend pada mende2 mengarut cam yee sang ke pe jadah ye dak.  Lenla dorang tu, gaji byk. Time bonus pun duit tu bekepuk tak luak. Kita ni duit lebihan bonus tu banyak sgt kegunaannya.  Tu lah nak bayar utang, simpan sket, tuk anak2 pnye expenses sikit tak kuasa nak abiskan kat double tree tu semata2 memenuhi impian tekak dorang tu..Ish, keji sungguh sesetengah org ni kan. Tak memikir org lain...tau tekak dia jer, pastu bleh pulak paksa2 org to join konon nak farewell lah , welcome lah hape kan?..apa ke hal.


Natijahnya, aku malas nak join dorang. Lantak lah apa dorang nak kata pun.  Tak luak der dek kata2 ko tu, after all I m earning for leaving, bukan mcm korang kansss.....






















2 comments:

NenetPenne (NP) said...

RM60 untuk belanja makan sehari?
tak perlah...jalan dulu...
boss tu biarlah company yang tanggung, apa hal kita pulak nak tanggung?
kalau rM60 untuk belanja laki anak beranak boleh lah...

Anna said...

Net, depa tu giler. Gaji derang besar manakan sama dgn gaji i yg ciput ni..i byk lagi nak guna duit tu dari spend tak berfaedah semata2 nak pleased mata dorang..tolonglah. Kalau org x nak pegi tak perlu paksa2 org..otak kat lutut..tak fikir org mampu ke tak or org nak makan ke tak...set2 paksa org ni mmg perasan bagus suka dipuji...kipas bontot mat salleh mcm giler..dgn kita yg local ni mcm sial jer..