December 13, 2011

Aku, MIL dan perasaan sebagai seorang Ibu

Smlm, balik keje bukan men santai lagi.  Mana tak MIL tercenta dah siapkan makanan.  Dia dah siap masak.  Tinggal nak makan jer.  Delin yg maha susah nk makan tu, smlm 5x makan nasik. Berlaukkan ayam masak kicap MIL.

Balik rumah jer duduk kejap, mandi solat bagai terus makan malam bersama2 MIL dilayani citer tentang Dhia kat tibi belakang tu. Harus lah tambah sedap kan.

Lepas makan, santai2 di hall, aku biarkan SP berbual dgn maknya.  Sesekali sekala adalah join in sikit tapi most of the time aku diam jer. Dengarkan jer.  Sementelah, aku pun mula dah rasa tak sihat.  Tanda2 awal selsema dah nak datang menyerang. Kepala makin berdenyut2.  Harus ada harapan nak meng MC kan diri gitu kans.

Dari borak2 tu aku dapat tafsirkan yg MIL cam ase jauh hati sangat dgn anak2nya yg lelain tu.  Well, org salu kata sorang ibu leh jaga 10 anak (MIL ada 11 sumanya) tapi 10 anak belum tentu bole jaga seorang ibunya. Betul sesgt tu.  Melihat dari pengalaman aku sendiri dgn arwah mak begitulah adanya. Terutamanya anak2 lelaki. Payah sgt.  Abg ngah aku tu contohnya nak kena suruh telefon mak baru nak telefon kalau tak de hal, takde masalah haram nak tanya kabar. Bukan dgn mak, dgn adik2 pun gitu.  Jadik dari keluhan2 arwah mak dulu, aku tau perasaan dia. Sbb tu masa hidupnya aku sebolehnya  tak mau melukai hatinya. Begitu juga aku mau MIL tak terluka hati dgn apa jua pun dgn aku.

MIL ada 3 org anak lelaki kat Kay Ell ni.  Termasuk SP ada dua org abang dia lagi. Yg sulong dan no 3 kalau tak silap.  Hari sabtu tu satu malam MIL tido kat umah abang long SP.  Ingat kot abang dia tu nak la bawak MIL jenjalan ke apa. Selangor pun coti senin tu kan, dia pun coti.  Rupanya baru satu malam dok situ, ahad petang udah di antarnya MIL ke rumah kami. Ish, kok ye pun kan.  Sebok dgn hal2 lain bukanlah selalu MIL dtg sini.  Imajin lah nape MIL tu tak suka pi umah sana.  Sbb ginilah layanan depa gaknya.

Yg sorang lagi pulak, udah diberitahu MIL ada sini.  Udah suruh datang jenguk2 MIL.  Ye lah kok tak nak amik MIL tido semlam dua kat umah dia pun kan, datang le jengok. (ni MIL yg kata, nyata sekali dia tersinggung). Ni tak, usah nk datang nak tepon tanya kabar pun langsung.  Apa la nak jadi depa ni.

Malang pulak kami berdua mmg langsung dah takde cuti lagi tahun ni.  Habis dah dgn anak sakit, mak sakit, mak meninggal dan kenduri kendara.  Jadik tahun ni kami takde peluang nak bawak MIL jenjalan jauh2. Ada takde dekat2 area KL jer lah.

Tahun lepas tu time gini, kami bawak dia berjenjalan carik makan ke Cameron.  Suker dia pi sana. Sampai abess sedara mara belah SP tau kami bawak dia. Sampai sebok adik beradik sedara mara SP tanya bila lagi nak ke CH. Depa nak join..haiyoo.  See, betapa mak2 kita ni kalau dapat kita bawak dorang berjalan sukernya dorang.  Exactly mcm arwah mak (moga Allah sentiasa cucuri rahmat pada rohnya).  Benda yg menggembirakan dia harus dia akan jaja dgn kawan2, dgn sedara mara bagai.

Jadik, ketika MIL ada kat umah kali ni aku pun ase bersalah gak. Sbb tak leh nak bawak dia kemana2 pun. Ada takde ari minggu je lah nak kemana2 pun.

Susah sgt ke nak jaga hati org tua? terutama mak kita sendiri.  Tolonglah, pada yg lelaki2 diluar sana tu, nak ingatkan jaga lah hati mak korang tu bebaik. Jgn lah asik nak jaga hati bini jer sanggup melukakan hati mak sendiri.  Hebat lah bini bercerita holiday sana sini dgn MIL..tapi nak ajak hareeem. Dah kalau tak nak ajak tu toksah gah sgt bercerita ye dak? as simple as that. Kalau org tua tu tak dgr sure dia tak tau sure dia tak berasa hati. Umur dah tua akal takde ni lah dia.

Itu jer satu yg aku sgt kesalkan sangat kat adik beradik SP yg lelain tu terutama yg lelaki.  Suma nya hampeh.  Aku ni paham sgt camne rasanya sbb itu aku rela korbankan sekadar termampu kalau MIL ada kat sini. Wang ringgit, tenaga, masa apa jer.  Sbb bukan selalu pun dia datang sini. Sesekali datang sini kita layan lah sebaik mungkin.  Bukan susah sgt pun. 

Perihal datang sini satu hal. Kang hal MIL nak balik pun satu hal gak. Memasing bertolak2.  Masing beralasan sbok bagai.  Dah beberapa kali, sudahnya kami jer yg mengantor balik.  Kesian MIL ditolak2 begitu. Aku tak sampai hati. Walaupun takde cuti, kami redah jugak balik during cuti weekend kan.

Ni kes kali ni pun sama gak.  Masing2 dah kata sebok. Ada yg kata xmas tu nak pi melancong ke Penang, ada yg kata keje lah bagai. Benarnya Xmas tu aku kena balik kg ada kenduri jiran selang bbrapa umah dari umah mak tu.  Tapi gayanya terpaksa la aku berkorban tak dapat join akak pegi.  Sungguh tak sedap hati lah kan, sbb bila kami kenduri dia akan sebok rewang berhari2. Takkan time dia nak lepas tangan. Dilemma sungguh. 

Tapi mcm aku kata, kadang2 sebagai isteri kita kena gak berkorban.  Adakalanya suami pun tersepit jugak nak buat keputusan.  So, aku sendiri yg mencadangkan kami yg antar balik.  Kenduri jiran tu aku terpaksa lupakan lah.  Kirim jer duit sket kat akak suruh beri nanti.  Aku pun tak sampai hati, masa mak sakit dan meninggal SP sebok tolong menguruskan, now its his time pulak aku berkorban kan.

Betul2 situasi menang-menang.  Sebabnya hari sabtu lepas majlis kenduri, kami semua termasuk MIL akan gerak balik umah mak kat sg besar dan tido satu malam kat sana. Anak2 merengek2 ajak balik sg besar sbb nak memancing dan maen gasing.  Salah satu cara gak bawak MIL jalan2 menikmati keindahan sawah dan pada masa sama aku leh jumpe jiran tu beri sedikit sumbangan dan mintak maaf takdapat hadir kenduri pada hari Krismas tu nanti.

Kakak pun aku dah mklumkan, yg aku tak dapat pegi kenduri tu tapi minggu ni kami akan balik sekejap.  Senang nak deal dgn kakak aku tu sbb dia mmg sangat understanding orgnya.

Gitulah adanya, aku ada sorang jer anak lelaki yg mmg dok bawah ketiak jer la ni.  Aku amat2 berharap esok2 bila dia dah ada keluarga, ada isteri dan umah tangga dia tak meminggirkan aku ni sebagai mak dan ibu dia.  Aku tak mau dia mengabaikan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki semata2 ikut cakap bini. Mintak dijauhkan dari perkara2 begini.  Niat aku berbuat baik pada MIL dgn harapan moga satu masa nanti menantu ku juga akan berbuat sebegitu pada aku.  What comes around goes around kan. As simple as that..Aku harap lelaki2 lindungan kaabah diluar sana yg baca belog ni akan sentiasa jadikan ni sebagai ingatan. Jadilah seorang anak lelaki yg sentiasa menyenangkan hati ibu2 korang.  Pada masa sama jadi lah lelaki budiman yg tegas terhadap keluarga terutama isteri.  Lelaki budiman dan beriman ialah mereka yg tahu menimbang dan mengambil kira tugas dan tanggung jawab pada kedua ibu bapanya pada masa sama tidak sama sekali mengabaikan tugas dan tanggung jawab pada isteri dan keluarganya.  Keduanya harus lah setara, barula namanya gentleman gitu.

Dan buat isteri2 ye, kadang2 kita kena terima sesuatu atau apa pun yg datang itu dgn ikhlas dan redha, barulah takde persengketaan, buruk sangka hatta pergaduhan.  Being a women a wife dan a mother, aku pasti masing2 pun mau di layan dgn sebaik mungkin bila kita dah tua nanti.  Untuk mendapatkan tu suma harus ada imbal balik. Ingat org kata, bila kita berbuat baik pada ibu bapa, hati kita akan sentiasa tenang, hidup kita sentiasa diredhai dan diberkati dek doa mereka pada kita ni.  Ingatlah hidup kita ni mcm roda. Hari ni kita di atas esok kita di bawah. 

Dan atas sbb itu aku bersyukur sbb SP telah mencuba sebaik mungkin untuk sentiasa menyenangkan hati MIL.  Aku juga berdoa semoga anak jantan ku yg sorang tu nanti akan ikut jejak langkah yg sama.

Sungguhpun MIL dah siap masak bila kami balik keje kan, pagi tadi aku sempat buat meehun singapore sempat buat cokodok pisang for breakfast.  Like i said, bila aku makan bekal yg aku bawak tadi aku rasa sangat sedap pulak masakan aku hari ni. Mgkin kerana dimasak dgn penuh ikhlas dan kaseh sayang kotss...(sila amik pelastik kalau nak muntah ye, kekeke).  Yg pasti, sejak2 takde mak ni aku jadik sgt sensitif. Perasaan rindu aku pada arwah mak atleast terubat sket bila MIL ada.  Mmg mengingatkan sungguh betapa betuahnya kalau masih ada ibu kan?....


1 comment:

Irfa said...

anna
tersentuh baca en3 ko ni.mil aku adalah yg paling sporting.mak aku pun takleh celen..suami aku anak sulung.aku numpang kasih syg mil sbb mak ayah duk jauh.setiap 2 mggu
sekali aku mesti ajak suami balik umah mil..aku suka msakan mil so balik umah mil suka sibuk2 kat dapur layan dia sembang

bukan susah nak ambik ati org tua
igtlah kita juga akan tua nanti