December 12, 2011

Aku, weekend dan Gastrik

Rentetan dari kes berumah tangga jumaat lepas ke sepital tu kan, sudahnya aku pnye mata kat off masa tu ibarat nak terkatup2.  Mcm Si Tom menahan mata dgn batang mancis bila si tikus jerry cuba melarikan diri ketika dia nak tido sesgt.  Gitulah aku jumaat tu.  Dek kerana ada kerjaan harus di selesaikan aku telah meminum setengah tin diet coke.  Setengah lagi aku bagi kat minachi kat opis ni.  Mmg aku tak minum air gas tapi untuk menahan diri dari tertidor di depan lappy, aku terpaksa.  Dan aku berjaya.

Jumaat malam tu lepas dinner aku baring kat depan tv langsung aku tertido tak sedar diri. Mcm org mati kekdahnya.  Dari kul 8pm sampai kul 8am besoknya.  Hasilnya sabtu bangun dgn mood segar bugar dek non. Cukup udah tido dikadakan katanya.

Tgh aku syok2 memasak kat dapur SP bgtau kakak dia dah sampai KL dgn MIL.  Kakak dia nak pi majlis pertunangan anak buah kat Morib katanya, jadik MIL menumpang sekali sampai ke KL.  Tugas kami nak jemput dia dari umah anak sedara tu.  Since dah stat masak bagai, aku suggest bungkus je lauk tu dah suh anak sedara SP masak nasik.

Dari kul 1 lebih membawak kul 3 gaknya baru lah makan. Lauknya labu masak lemak dgn kubis, sambal sotong, ada ikan goreng ada sambal belacan dan ulam2man.  Dengan perut kosong, lambat makan dan sebu seban perut balun pulak sambal belacan terbaeeek dari ladang kan.  Sudahnya bila petang jer mula perut meragam.  Ase satu macam.

Since MIL nak menyinggah ke umah abang sulong SP kat selayang, kami bawak la ke sana.  Sampai sana kena tahan pulak MIL soh tido kat sana. So kami je lah anak beranak balik ke rawang.  Jalan jam maha gaban hari sabtu hala2 ke umah tu biasalah.

Stat maghrib aku dah mula ase sebu perut. Disertai dgn muntah non stop.  Sampai ke malam, dgn muntah2, cirit birit, sakit kepala suma pun ada.  Rugi malam minggu tak leh tido dgn lena dek kerana perut.  Mmg sah lah perut punca segala penyakit.

Membawak ke pagi, bila pi bf pun perut tak bape sedap. Still nak muntah2 lagi.  Tapi sbb kesian kat dorang2 kat umah kan aku gagahkan jugak masak.  Cuma masak sempoi2 lah. Bdan sungguh tak larat rasa nak tumbang. Kejap2 pi longkang muntah.

Dalam lemah2 gitu, sempat gak goreng ikan, tumis sayur buat sup ayam.  Sambal kicap aku suh SP buat.  Pukul 12 lebih lepas siap suma,aku terus tombang. Pening yg amats. Badan ase sakit2 dan lenguh dan muntah masih lagi non stop. Mujur berak2 dah berenti sbb pagi tu aku telan sebijik ubat cirit birit yg ada stok kat umah tu.  Tapi sakit perut sebu dan loya masih lagi.  Lembik!.  SP mengemas kat dapur susun2 apa patut sbb ada keganasan cik siti kat dapur. Abes suma kentang2 aku dicurinya.  SP menjalankan operasi gempur lah sbb perangkap tak makan saman.  Pandai tak mo masuk u olls cik siti tu.

Dah dkat kul 1 lebih tu bila dah siap tu, SP tukar baju suh aku siap2. Pegi klinik katanya.  Kami pi klinik kat umah jer. Betul lah gastrik. Panas giler isi perut aku rasa. Bila Dr cek, bedentum2 bunyi perut aku sbb byk angin.

Lepas dapat ubat kena rm60 balik umah telan ubat dan tido kejap.  Ntah kul 3 lebih kot aku terbangun dan badan rasa ok sikit. Perut pun dah tak bape sakit. Muntah pun dah takde.  Sbb dr ada bagi ubat tahan muntah.  Kesian SP masih mengemas kat dapur.  Aku tgk dia pun lom makan lunch lagi.

Aku ajak dia makan sekali. Buat syarat je aku makan nasik dgn sup.  Wah mcm hape makan nasik takde sambal takde pedas..nak nangis tak lalu. Tapi nak bagi perut tu rest kena layan jgak. Walaupun cuma beberapa suap.

Petang sikit dah lega.  Abang long SP sampai antar MIL sekali.  Lama gak dorang lepak2 sambil2 makan dorian dan ntah hape2 lagi.  So, starting semalam MIL akan berada di rumah kami taktau ler sampai bile. Mgkin sampai Xmas lah kot.

Yg best bila MIL ada sure kaen2 baju aku dia akan lipat. Smlm tu ada sebakul besar tak berlipat dan dan dia nak lipat.  Walaupun dia kata kat aku x yah lipat,tapi aku dgn kakak buat gak. Malu lah, MIL lipat kain aku nak santai2 berbaring kan walaupun tak bape nak sihat.  Sekejap jer siap melipat tau.

Mlm tadi, MIL dah siap pesan pepagi tak yah sesusah masak nasik ke hape. Dia kata nanti tghari dia masak sekali.  Tapi aku tak sampai lah hati pagi dorang tak bekfest apa2 kan. So pagi tadi aku beli kueh bermacam2 utk bdak2 untuk MIL.

Untuk 2 minggu ni, jgn lah korang jeles. Sbb balik keje je for sure aku leh luruskan badan. Leh terus makan dan layan Tentang Dhia dgn jayanya. Maklum dah nak abis kans.......


1 comment:

Irfa said...

hehe
mesti la malu kalau kain membukit macam gunung berapi