November 15, 2011

Sila Ambik Duit Bantuan Persekolahan

Semalam masa balik sekolah, anak2 kecoh dah riuh dok cerita pasal duit bantuan persekolahan. Ala bantuan yg seghatus hengget setiap murid tu.  Yg si kakak bgtau, parents di suruh datang pada hari khamis kul 10 am kat foyer.  Aku tanya dia sapa nak gi amik tu??, lau kakak amik tak leh?..Mana bleh ma, katanya. Mak atau bapak kena datang pastu kena tunjuk IC bagai.

Yg kecik dua org pulak siap bgi surat jemputan gitu. Yg tak bestnya masa berlainan hari pun berlainan. Ah sudah, sorang hari rabu kul 12 tgh. Yg sorang hari Khamis kul 12.  Kakak pulak hari Khmais gak kul 10am.  Hari gini, camne nak dibuat? takkan semata2 tu kena amik coti 2 hari? melampau lah kan.

Ntahlah, SP tak cakap apa2 pun camna nak amik duit tu.  For total 3 ratus ringgit aku rasa dapat lah sepersalinan baju sekolah sorang.  Tang nak beli beg pun dah tak cukup tu.  Biasanya kami spend dekat seribu ringgit setiap kali nak memulakan sessi persekolahan.  Tu perbelanjaan suma lah termasuk segala mala alat tulis dan ntah hape2 lagi. Belum botol air lah, beg sekolah agama lah, file lah..memacam lagi. Belum juga campur dgn segala buku tulis, buku rujukan dan sewaktu dgnnya.

Ironinya, jumlah seratus sorang murid tu dapat meringankan beban jugak walaupun tak banyak. Sbb nak mendapatkan baju sekolah yg tahan lasak for kegunaan sepanjang tahun biasa aku dapatkan yg elok sikit kat giant ke kat tesco ke.  Selai baju pun almost 30hengget. Tapi kain dan kualitinya bagus.  Cuma tang kasut sekolah tu sampai sekarang aku tak paham. Kenapa ler kualitinya teruk sgt.  Sepasang cost dekat 50hengget pun  belum tentu dapat bertahan sampai abes sekolah setahun.

Last year aku beli delin dan amal sorang dua pasang.  Sepasang berharga dekat 30hengget.  Kalau empat pasang dah seratus lebih. Tapi belum sampai bulan sembilan dah koyak rabak segala apa cer?. Dulu, arwah pak belikan aku kasut sekolah jenama Marco tu, 2 tahun pakai pun elok lagi, tak koyak pun.  Apekah kualiti skg ni tak sebgus dulu or bdak2 sekarang ni mmg maha lasak tu pasal segala mala cepat koyak dan rosak?

Beg sekolah pun sama cerita. Belum sampai 6 bulan dah koyak rabak. Dah terputus tali bagai. Tu pun bukan yg sepuloh hengget aku beli. Yg berpuluh2 kunun untuk tahan. Idak tahan mana pun!!.  Koyak sana, tanggal zip sini.  Kadang2 as parents aku ni pening jer camne lagi nak mendapatkan barang2 persekolahan supaya tahan sepanjang tahun?..takkan nak beli beg sekolah seratus seketul kot? takkan nak beli baju dan kasut sekolah jenama guess pulak?? botak pala kalau gitu.

Yg pastinya, walau cuma anak 3 org bersekolah, masih terasa jugak perbelanjaan persekolahan dorang. Tu once a year jer, belum amik kira belanja sekolah, yuran dan ntah hape2 lagi  kan. Syukurlah kami ada pekerjaan tetap bole lah jugak. Imagine org yg ada 5-6 org anak bersekolah, gaji kecik ..mesti sangat membebankan. Kalau dok kat kg tu tahan lagi lah, kalau dok kat bandar duit cam KL ni ?. Mau tak pening pala tiap tahun??.

For us, kami mmg dah siap allocation utk perbelanjaan awal persekolah setiap tahun. Budget mmg dalam seribu jer setahun. Kiranya menabung sebulan 50 hengget just for persiapan persekolahan.  So by the time tu takle kelam kabut sangat kan.   Mujor lah ada keje, ada gaji kan?.

Kalau nak kata  berjimat dan besederhana, mmg tak lojik. Bole je beli baju sekolah kat mahidin tu. Beli kasut sekolah sepasang 8hengget,tapi pe kekdahnya kalau pakai sebulan lebih dah koyak baju, dah rosak kasutnya?. dah le jenis budak2 yg melasak. Baju sekolah manjang kotor maha dashyat dan perlu di berus dan disental sekuat ati baru nak bersih. Sampai sakit bahu mak ni kans..

Alhamdulillah lah, dapat bantuan tu kan. Karang ada pulak kata tak bersyukur. Ntah cam ada org tu ttiba komen kat fesbuk aku tuduh aku tak  bersyukur lah bagai. Padahal, motipnya aku tag gambar lunch nasik goreng aku kat kengkwan rapat jer. Betapa aku cerita kat dorang nasik goreng aku beli tu  jadik pahit sbb terlampau banyak sawinya..Yg org tu tak pernah komen, tak pernah aku cuit dia pun. Dia add aku pun aku accept sbb dia tu class mate ahli mesorat tingkap..walaupun satu sekolah, aku mmg tak pernah mesra alam pun dgn dia sbb dia senior aku setahun. Alih2 buat komen ayat laser, siap tuduh aku tak bersyukur dapat makan bla bla bla..dah tu siap kata kalau nak komplen sgt byk masak sendiri kat umah!!. Apa barang kan..Nak je aku bahasakan or carutkan tapi kan, malas lah. Malas nak layan org psiko mcm tu. Dah ler asik nak tag pasal game je kat fesbuk aku, ttba bersore ase nak kena baling dgn kasut seploh hengget aku ni pa kess?.. so biarkan jer lah dia meroyan gitu.  Tk lama lagi siap la aku remove jer ko kan.

Itu pasal, kena bersyukur ya kawan2..biarpun seratus tu bgi org kaya mcm sepuloh hengget jer. Tapi bagi kami tetap juga membantu...setidak2nya membantu aku yg mmg sengkek nak tunggu gaji ujung bulan  kans...

As for now, aku dgn SP lom bincang lagi camne nak pi sekolah collect duit tu..sbbnya waktu nya pun odd gitu..kalau takat nak pi sekolah kat rawang tu time lunch pastu nak masuk keje kat KL balik after that mmg totally tak logik langsung taw...aah, nantilah memalam baru pk cam ne. Aku cadang sok amik hafday jer....khamis plak ??ntahler...no idea lagi........

4 comments:

SemuaTentangKita said...

Anak yang blajar kat play school dapat tak kak?? hehehe...Pangggg *Kena penampo* :')

Anna said...

sori yek Mrsharis, playschool tak masuk senarai..kekekek

MyZsZs NOoR said...

Sekolah saya belum lagi agih duit tu. Maybe dalam minggu ni jugak tapi rasanya macam tak sempat nak buat minggu ni. Budak ramai yang dah tak hadir ke sekolah.

Irfa said...

suka la ko tulis panjang2..
3 kali rm100=rm300
oklah tu..