October 14, 2011

Kesian..begitu nasibnya

Satu malam, kami anak beranak pi ke MC D kat town kami.  Dah lama tak bawak anak2 makan fastfood terutama Mc D.  Catu pun catu kan..tpi idaklah tak makan langsung. Sebulan sekali or dua bulan sekali tu aku rasa fair. Lgpun baru la berbaloi bila spent 50 hengget dan sumanya abis licing...baru betol2 menikmatinya. Ini tak, makan tak abes..makan tak abes..membazir.  Jadik pendekatan fastfood sejarang2nya yg kami amalkan sangat berkesan, berbaloi dan menjimatkan sudah tentu.

Masa tu kami about abess menikmati hidangan. Ada yg nak makan bubur lah, Filet la. Ayam goreng lah.  Askerim toksah citer. Kalau kakak, harus mengorder askerim yg paling mahal yg ada. Tak pe. Layan kan jer. Rezeki anak2 org kata.  Since kat situ ada free WI Fi..kami sesaje terai guna Iphone cokia SP nak masuk kat FB.

Tgh syiok2 aku membege2, ttba ada satu mamat sumpah ala2 mat pet lagaknya. Baunya masya Allah, tak terkata.  Bawak seponjot beg kecik yg aku kira berisi pakaian kot.

Konfiden dia menanya kat SP  ' sedara abang XXX ke? (merujuk pada abang sulong SP).  First dia tanya tu SP tunjuk2 sign tangan tanda tak mau.  Lagi sekali dia tnya, aku dgr betul2.spontan aku jawap. Ya,...haah mmg sedara abang XXX.  Lalu SP tanya sapa kamu ni?..

Gitu begini, rupanya dia adalah Hisyam. Anak sedara pada isteri abang long SP (anak akak dia). Aku mmg biasa dgr nama dia tapi tak pernah sekali pun berjumpa kat mana2 majlis keluarga. 

Selamba SP jemput dia makan.  Dia dgn gaya malu2 kata ' belanja boleh??'...SP angguk kepala dan tanya apa dia nak makan.  Lepas dia pilih -dia choose for Quater pounder with cheese set. Aku pi order sementara dorang bersembang2 berdua.  Bila order dah siap, aku ingatkan dia nak makan situ rupanya dia nak bungkus. Berpusing aku ke kaunter mintak plastik dan pack kan.  Tak lama lepas tu dia minta izin pergi.

Rupanya, SP kata mmg langsung x kenal. Sbb rupa paras dan fizikal dah sgt2 berubah. Dah kurus kering. Dgn jari kuku yg kotor, pakaian yg kotor dan bau tok sah cerita.  Kisahnya, dia ni disisihkan keluarga mgkin kerana pernah addicted ke apa..aku pun tatau. Tpi mmg aku pernah ingat SP dulu2 ada cerita, ketika dia masih sekolah kalau cuti pi melepak di rumah abang long nya pasti budak tu ada sama. Kiranya bdak tu disisih dek mak bapak sendiri, jadi isteri abang long SP kesian ajak dia datang umah. Bawak dia jalan2 dan makan2.  Kuarga bdak tu mmg tak suka dgn dia. Seringkali kena marah, kena hina dan macam lagi. Mgkin kerana itu dia bawak diri dan terlibat dgn menda2 tak elok.

Kesian. Sedih, simpati suma pun ada.  Tapi apa kan daya. Dah keluarga mak bapak dia sendiri menyisihkan dia kan. Kemana lagi hala tujunya. Dah la umur 30lebih, hidup merempat begitu mana dia nak pergi.

Bila kami cerita kat abang long Sp dan wifenya..menangis biras ku itu. Kesian teringatkan dia. Katanya tiap kali dia hilang, adik2 lelakinya kan cari dah bawak balik. Bersihkan dia. Beri apa dia nak. tapi 2-3 lepas tu dia akan melarikan diri lagi. Mgkin tertekan dgn pandangan hina adik beradik yg lain gaknya?.

Kesian kan.  Patutnya sokongan keluarga diberi pada mereka begini. Kalau tidak sampai ke sudah dia akan terbiar dan merempat ke sana sini. Bukan kami jer yg pernah jumpa. Anak2 abang long SP pun salu jmpa. Tapi kerap kali bila terjumpa dia rela melarikan diri.  Mgkin ketika kami kat MC D dia lapar sangat.  Jadik terpaksa mengaku sedara demi nak isi perut?


Gitulah resam dunia. Tak semua org bernasib baik dalam kehidupan. Tapi sebagai keluarga tergamak  ke kita nak biarkan dia hanyut mcm tu sampai bila2?.  Sapa nak peduli akannya?.  Patutnya keluarga sendiri beri sokongan bukan menambah beban. Sbb itulah dia asik melarikan diri gaknya. Malu di hina, di cerca dan di marah...Allahu alam.

Yg kita bole beri ialah simpati.  Beri makan kalau dia memerlukan atau pun kita terjumpa. Tapi sampai bila?. 

5 comments:

SyuQ said...

kak, pucuk pangkalnya diri kita sendiri... sehebat mana kita dicaci, dihina, kita kena berani untuk bangkit berdiri, berjalan dan terus berlari...

ini kisah sy kak... sy ingat lg. ayah ngn mak sy kawin; mgkn tanpa restu keluarga. betapa deritanya mak sy membesarkan sy dua beradik. dengan penuh linangan air mata. setiap kali lepas ayah sy keluar pergi kerja pasti ada benda yg tak kena dipandangan mata nenek sy kat mak sy. kadang-kadang sy ternampak mak sy berus baju sambil menangis. apalah yg boleh sy mengertikan diusia sekecil 7 tahun.

sy bukan orang pandai. setiap kali periksa, sy mesti dapat nombor yg tercorot. selalu dibandingkan dengan sepupu sy. makcik sy siap bangga ngn anak dia tu. kerana sedar kekurangan diri. sy cuba menggapai kejayaan demi kejayaan walaupun memakan masa yg panjang. org buat diploma 3 tahun, sy 3 tahun setengah. org buat degree 2 tahun, sy 3 tahun... lps tu sambung master. org buat master 1 tahun, sy sampai 4 tahun. berkat gigih usaha dan emak dan ayah (semestinya) akhirnya jadilah sy yg sekarang. berkerja walaupun dgn gaji yg sikit. dapat mengumpul harta walaupun tak banyak. semuanya adalah bermula dr kesedaran dan kemahuan diri sendiri. Insyallah kita akan berjaya!

Kasih Firdaus said...

sedihnya..yer la..kekadang manusia tekanan dari pelbagai sudut smpi terjerumus kt benda2 yg tak elok..sepatutnya adik beradik yg kena amik peduli supaya dia rasa dihargai..

Anna said...

Syuk, tak suma org pnye jati diri dan semangat yg kuat mcm awak ada..ada yg tak tahan, kecundang jugak..kesah mak bapak syuk lebih kurang sama kesah arwah mak gak..tak berapa disukai mertua..tpi somehow arwah survive gak...cuma arwah mak mmg x rapat langsung dgn adik beradiknya..like i said maybe sbb tersisih..exactly cam kes yg akak citer ni. Dalam hidup kita ni, kita x selalu dapat apa kita nak..tpi kita harus terus berusaha dan mencuba..kena ada strong determination dalam apa segi pun..ofkos harus seiring duniawi dan ukhrawi insya Allah.

Aida; tu akak salu ingat, adik beradik kena saling sokong menyokong..morally terutamanya..kalau jadik cam gitu semangat kekeluargaan kena rapat dan kuat..baru takde rasa terpinggir kan. Itu jugaklah akak salu pesan kat anak2 yg 3 tu..untuk saling berkongsi susah senang tak kira apa pun...kerana dorang ada 3 org jer..

SemuaTentangKita said...

sedih pulak..
Tapi kan kak, memang betul..keluarga memainkan peranan yg sgt penting. Kalau dah buat silap sekali jgn terus dihina..beri peluang utk dia perbaiki diri n dorong dia.

Kalau terus dihina & dipulau lagi teruk jadinya nanti. Walaupun dia mcm tu tapi dia still ada perasaan kan.

(Haku lak emosional ptg2 ni)

Afrida Shobri said...

salam...
syuq..cerita ni nampak lebih kurang sama klu sekali imbas.tapi tidak sebenarnya.sbb dia ni mak bapak sendiri yg buat dia macam tu.dr kecik membawa diri.kesiannya...saya dah rasa nak menangis dah.tak faham macamana mak dan bapak sanggup buat anak kandung macam tu.terutama mak la...mudah-mudahan Allah lindungi diri saya dr jd ibu yg sanggup lebihkan benda lain dr anak kandung sendiri....