September 30, 2011

Hingga ke liang lahad...aku menjadi saksi.


Hari Khamis 22hb Sept 2011

Malam tu akak kol aku meluahkan rasa susah hati sbb mak dah banyak hari demam. langsung x mau makan dan minum. Badan dah sgt lembek. Aku suh akak panggil abang long datang dan bawak mak ke hspital. Tapi mak menolak. Mak tak nak. Bini abg long pun macam2. Kata mak tak mau toksah paksa bla bla bla. Aku dgr hati jadik sakit, so aku dah ckp dgn akak, esok pepagi aku balik then kita angkat je mak antar ke hspital. Sepanjang malam akak tak tido. Mak merengek tidak selesa. Maybe kesakitan. Malam tu aku anak beranak tido kat hall luar. Packed barang2 apa patut. Esok pagi mesti gerak balik.

Hari Jumaat 23hb Sept 2011

Pepagi lagi aku dah inform babysitter yg bdak2 tak akan datang. Aku kena balik kg. Mak sakit. Seingat aku kami sampai kat umah mak jam 9 lebih. Langsung tak berenti di mana2 utk breakfast ke apa. Mujo ada roti butterscoth aku beli semlam tu. Bdak2 makan tu sementara nak sampai umah mak. Kakak dah siap2kan barang2 dan baju2 dia dan mak. Mmg kami yakin mak kena admitted.


Masa sampai mak totally tak bermaya. Aku pujuk mak pi hospital dia geleng kepala. Naluri aku kata, this time mak mesti pgi. Mak nampak kering sgt2. Aku mintak adik lelaki yg baru sampai, aku, akak dan SP angkat mak dalam kereta kami. Kami rush ke hspital Sabak Bernam. Pi emergency and mak tros dripped sbb kering sesgt. Tunggu result darah dah kencing, kami pi kantin jap isi perut. masa tu dah kul11 lebih dah.


By kul 12pm confirmed mak kena admitted. Total dehydration yg teruk sesgt. Kering yg amat. Mak ditempatkan kat wad 2. Katil no 13. Abg long dgn bini dia sampai pun petang sgt masa tu. Akak no 2 pun sampai dari Kelang. Cuma abang ngah jer aku lum bgtau mak admitted.


Mlm tu aku ckp dgn akak biar aku jaga. Sbb semlaman tu akak tak tido kat umah jaga mak. Mak mmg totally tak tido dah bebrapa malam. Tido2 ayam jer. Tghari tu aku balik umah mak kejap. Petang lepas asar baru kami pi hspital semula. Balik amik barang2 cam flask, cawan sudu bagai. Lepas admitted, mak kena dripped. 4 botol air masuk tpi kencing dia tak keluar pun. Aku pun x pasan masa bila dorang pasang tiub kencing.


Pukul 5.30ptg masa aku sampai kat hspital Dr tgh mengerjakan mak. Kata Dr kuman dah menyerang salur kencing mak. Dan dah sampai ke jantung. Tekanan darah mak sgt2 rendah. Dr terpksa masukkan wayar dari lengan mak direct ke jantung. Dorang terpksa buat gitu utk biar ubat tu di drop direct ke jantung. Masa dr pasang mak melawan. Sampai tercabut wayar tu. Dua kali dr buat baru ler ok. Masa tu kami taktau keadaan mak sebenarnya semakin serius dah.


Ptg tu ramai org datang melwat mak. Jiran2, kawan2 dan sedara mara pun ada yg datang. Lepas habis waktu melawat kul 7.30pm suma balik. Aku je tinggal kat wad. Aku akan bermalam diwad jaga mak. Masa tu mak masih sedar. Aku mintak izin dia nak kuar pi solat isyak jap dia acknowledged dan angguk kepala. Masa tu mak masih sedar lagi. Dan dia tau aku yg jaga dia.


Sepanjang malam mak tak tido. Tgnnya asik bergerak2 menggenggam2 mcm kebas. Tak henti2. Sampai kul 2 pagi pun x tido lagi. Aku menangis sorang2 sedih sesgt. Surah yassin pulak lupa nak bawak. Sebenarnya aku hafal yasin hampir 30 ayat tp taktau napa malam tu sampai ayat ke 7 jer aku totally blank. Aku totally LUPA. Atas nasihat kwan2 aku baca jer apa yg aku ingat. Ayat kursi berpuluh2 kali, ayat 3 kul apatah lagi..aku pegang tangan mak supaya dia tak gerak2..








Aku sempat snap gambar ni. Aku masa tu baring kat kosi malas yg hspital sediakan tu. Dalam buntu gitu aku pegang tangan mak. Mak genggam erat dan kuat sgt2. Pukul 2.30am, baru mak tertido sampai ke pagi. Aku pun dapat lelap dalam sejam dua gitu. Dalam susah2 hati runsing gitu ada kawan2 yg SMS dan reply kat FB suh  bertenang dan baca apa2 yg patut. Terima kasih sesgt. Sekurangnya itu meringan beban kerisauan aku yg totally tgh blank giler.
Setiap jam nurse datang check. Setiap masa gak aku lap2 badan mak. Panas sgt. Aku basahkan towel letak kat seluruh badannya. Lap sampai basah katil sampai basah selimut dan baju dia. Sampai bau masam aku rasa mak masa tu. Setiap detik mak haus nak minum. Jadi aku layankan jer. Aku beri mak minum dgn straw. Beria2 dia menghisap straw lagak mcm betul2 kehausan. Masa ni dah berbotol2 air di drip kat badan dia and yet dia still rasa haus dan nak minum lagi dan lagi. Mak meracau2 malam tu. Mcm berckp dgn seseorang. Mcam beritau sesorang. Matanya meliar jer. Ada sekali tu dia bisik kat aku.."nak balik umah"..tpi aku pujuk dia. Mak kena sihat, kena dok hspital dulu. Cepat baik baru kita balik. Sambil aku usap2 air basahkan kepala dia..masa tu dia diam jer.



Hari Sabtu 24hb Sept

 
Pepagi lagi SP dah sampai. Dia datang dgn anak2 dan bawak akak sekali. Akak no 2 ada buatkan bubur yg diblend halus. Pagi tu mak makan bubur bnyak sgt. Minum pun. Tghari beri makan bubur lagi, pun dia makan. Petang pun beri kueh lembek2 tu dia makan. Byk sgt.

Malam tu giliran akak jaga. Aku balik umah mak dgn SP dan anak2 dan akak no 2. Aku dgn akak suruh akak no 2 jaga mak malam tu, tp suami akak no 2 mengada. Byk songeh. Mcm tak beri. Tak pe, akak kata biar dia jaga. Dia suruh aku rehat balik umah dulu and tido.Sampai kat umah aku tido mati..semati2nya. Penat, mengantuk dan amat sgt. Pukul 4 am aku tersedar akak sms dari hspital beritau mak demam lagi. Dia gak pesan bawak bberapa barang. Lepas jaga tu aku langsung x leh tido. So, aku bangun buat tahajjud buat hajat..minta supaya mak cepat baik. Lepas tu aku terlelap sekejap sampai waktu subuh.

Pepagi lagi, aku SP, anak2 dan suami akak pi hspital. Lama kami berkampung kat sana. Sampai ke petang pun masih ramai org datang melawat mak. Mlm tu turn aku pulak yg jaga. Petang sabtu tu mak masih kenal org, masih leh makan dan minum, tpi byk masa mak tido jer. Penat gaknya. Akak no 2 tu kami bagi dia chance jaga mak malam minggu tu. Sbb ahad ptg mmg dia kena balik kelang. Byk sgt alasan dia. Anak tak mau tinggallah. Padahal anak dah umur 4 tahun pun. Walhal yg benarnya laki dia tak beri. Mmg abg ipar aku yg sorang ni mengada lebih. Mentang bini tak keje suma nak suh bini siapkan. Gaknya kalau bole nak suh suapkan nasik ke mulut. nyampah!. Akak agak marah bila dgr abg ipar aku tu x benarkan bini dia jaga mak. So akak kata, ikut suka hati kau lah. Malas nak gaduh2 aku ckp kat akak biar jer la aku yg tunggu sementara aku ada ni. Syukur sungguh2 sbb aku dan akak ada sorang suami yg sgt memahami dan bertolak ansur. Baek SP maupun abang Ipar yg sorang lagi tu tak kesah pun kami bergilir2 jaga mak dan tak balik umah. Bahkan abang ipar kat umah, sanggup pulak tolong kemas umah, basuh kaen,sidai dan angkat kain tanpa di suruh pun. Walaupun dalam sebok dgn keje dia kat sawah, dia sanggup pulak buat suma tu. SP aku pun sama. Sangat bertolak ansur. Urus anak2. Makan pakai dorang. Ulang alik ke hspital walaupun tak jauh mana tpi mcm biasa jer. Takde langsung rungutan mau pun sungutan. Anak2 pun sama. Seharian berkampung kat hspital angkut segalamala tikar bantal. Tapi dorang tak merengek nak balik pun sbb masing2 suma tau situasi. Petang sabtu tu gak abg long satu kuarga datang. Puas org kampung mengata dan mengutuk dia. Mana tak biarkan mak sampai gitu sekali dan tak bawak hspital. Nak tunggu adik2 perempuan gak yg uruskan. Aku benarnya tak le sakit ati sgt dgn abang long cuma aku sgt sakit hati dgn bininya tu. Malam Jumaat tu abang long dah ready nak bawak mak pi hspital..bini pulak macam2..sudahnya tk jadi. Sakit sungguh tau hati.



Hari Ahad 25hb Sept

Pagi2 lagi aku, SP dan anak2 dah pi hspital. Kantin time2 sabtu ahad mmg bengong kat hspital tu tutup pulak. Org jual air mmg takde peliknya vending mesin pun tak de. So pagi2 lagi aku ckp kat SP kena  sampai sana. Nanti akak x sarapan hape pun. Lepas sampai akak kata mak dan ditukar cadar. Dia dah lap. Cuma baju mak sejak jumaat tu tak berganti. Sbb wayar dan drip sana sini. Susah nak bukak baju tu. Akhirnya aku dgn akak gunting and buang je baju yg mak pakai kat lam gambar tu. Tukarkan dgn baju hspital.


Tengahari, akak no 2 datang dgn abang long datang. Jadik aku dgn akak dan SP serta anak2 dan abang ipar amik chance pi makan kejap keluar. Terpaksa ke pekan sabak. Lepas makan kami balik ke hspital dan baring kat surau kejap. Dapat lelap mata dalam setengah jam. Menghilang penat dan mengantuk.


Ahad tu jugak masih ada ramai org2 kg yg datang melihat. Sedara mara pun. Rupanya, hari Ahad tu mak dah tak mau makan langsung pun. Tak mau minum. Masa maghrib tu aku notice dah mulut mak senget ke sebelah kiri dan mak tak bole sedut air pakai straw dah!!. Masa tu mak dah kena stroke rupanya..aku titik air bberapa drops guna straw. Mak tersedak. Menangis aku tgk mak. Aku usap2 rambut mak suruh mak istighfar bebyak. Bacakan surah Al kursi. Baca memacam ayat yg aku ingat. Malam tu mak getting worse. Mata dia meliar mcm tak tentu hala. Aku baca yassin kalau tak silap 3x, aku buat air yasin raup kat muka mak. Pujuk mak pelan2. Tapi mak masih x mau tido. Aku apatah lagi. Aku tatau mana pegi rasa penat dan mengantuk aku. Yg pasti aku mmg tak bole tido langsung. Penat baca baca yassin aku pasang ayat2 quran kat teling mak pakai HP. Beri dia dengar surah yasin berkali. Akhirnya aku pasangkan surah al Baqarah yg ada beratus ayat tu. 2 jam baru abis surah tu. Akhirnya kul 4.30pm mak tido. Mujurlah petang tu aku kuar makan kejap kat luar. Kalau tak sampai sudah aku x makan dan minum. Setitik air pun tak lalu masuk dalam tekak tgk keadaan mak. Sungguh menyeksakan aku tgk. Sungguh aku bersedih sesgt. Sensorang pulak kat hspital. Nak sms SP mau pun akak x sampai hati. Takut mengejutkan dorang pulak dari tido nanti. Aku usap pala mak tiup ayat2 kursi kat telinga dia sambil istighfar kat telinga mak dan dgn penuh keikhlasan aku baca segala2 mala surah yg aku tau sambil usap2 rambut mak dgn air yasin. Akhirnya kul 4.30am mak tertido dalam kepayahan. Masa mak dah tertido tu aku cuba2 gak lelap mata. Tak ingat beberapa minit ntah dapat pejam. Mata ngantuk sesgt. Tapi tiap kali aku pejam mata, aku asik2 nak tgk keadaan mak. Jadik sudahnya aku langsung tak tido betul2 pun. Mak tido sesgt. Mcm letih benar. Baru hati aku lega. Setiap 2 jam nurse datang ronda. Amik BP amik degupan jantung. Ada masa check2 drip air kat mak.



Hari Isnin - 26 Sept 2011.



Pukul 4 am, aku masih tak leh tido. Kebetulan pulak hari ni besday SP. Jadik dalam syahdu subuh2 aku sms wish dia. Tak sempat nak buat apa2 pun. Dek kesibukan uruskan mak ke hspital dan jaga mak. Hanya mampu wish jer. Tapi SP pun sgt memahami. Dia kata, takpe. Yg penting kita setelkan hal mak dulu. Mende2 lain tak penting pun.



Pukul6 pagi SP sms lagi. Tanya nak makan apa2 tak. Aku just mintak akak buatkan mak bubur nasek halus je. Pagi Isnin tu plannya akak nak keje. Since aku masih cuti lagi, jadik aku kta biar lah aku jaga. Isnin mlam tu kononnya nak balik KL dah sbb selasa aku kena stat keje. Kakak pulak mmg plan nak masuk kje Isnin tu dan settle apa2 patut dan amik cuti straight sampai jumaat. SP datang dalam kul 8 kot cam tu. Masa tu aku dah tapau mee goreng dgn teh tarik dari kantin. Mak cik dpan katil mak yg jaga adiknya tu ajak aku meneman dia ke kantin. So aku pun beli ala2 kadar for BF kununya. Masa tu mak masih tido. Dalam tido mata mak terbukak. Pelan2 aku katupkan dgn jari. Sambil tu lap2 bdan dia sbb masih panas. Perut mak panas sgt. Aku amik tuala basah dan lap2 badan mak. Aku amik tuala basah letak kat pala mak. Sambil lap2 kat ketiak mak juga. Mmg panas sgt.. Tak lama tu SP pun sampai. Betul2 aku dgn dia share minum teh tarik yg aku tapau tu. Nak makan mmg takde selera. Akak ada bekalkan bubur untk mak jugak. Masa tu akak dah on the way ke off dia. Anak2 SP tinggalkan je kat umah. Dia tak sampai ati katanya biar aku sensorang kat hspital. Jadik dia datang dulu sendiri pastu nanti tghari dia balik amik anak2 kejap.Anak2 pun masa ditinggalkan kat umah masih tido sumanya.



Lepas minum teh tarek tu, nak makan pun tak lalu. Aku pun x makan neither SP. Dia kata nak balik umah dulu sbb tak bole berlama2 kat hspital. Bukan waktu melawat lagi kan. Mmg kena halau dek pak guard balik. Janjinya kul 12.30pm SP akan datang lagi dgn anak2 sekali. Pagi tu aku termenung sambil baca2 majalah lama. Mak masih tido. Masa nurse datang tukar cadar, tukar baju pun mak masih tido. Mcm lena sesgt. Mcm tak sedar dan tak leh buka mata pun. Lambat pulak doktor datang ronda pagi tu. Dkat pukul 10 am kot baru sampai. Masa dr tu sampai lah, baru la aku tau mak benarnya kena stroke dah. Dr usik2 kaki kiri dan kanan..mak respon mcm geli. Tpi mata masih pejam. Dr panggil berulang2 kali mak tak respon. Mata terpejam . Aku taktau masa tu mak dah tahap nak koma. Sbb respon kat belah kanan bahu dan tangan dah takde!.



Lepas ckp2 dgn nurse dan sorang dr lagi, Dr ckp dgn aku kena transfer mak ke Kelang. Sbb dorang nak tau ada bleeding kat brain tak. Kena buat CT scan sbb mak dan confirmed stroke dalam tido. Dr suruh aku bersiap2 nak gerak dan dan tu gak. Tapi aku mintak tempoh. Sbb kena inform akak dulu, kena informed abang long. Kena bagitau SP. Dah suruh SP kemas2 suma pakaian dan kaen baju. Sbb will be no time utk aku balik and pack apa. Kena terus gerak dan tak leh buang masa pun.



Panik aku kejap. Tapi aku berjaya bertenang. Kol sorang2 satu persatu, kol akak kat off. Akak rush balik umah amik apa patut. Kebetulan SP blom betolak ke hspital lagi dgn anak2. So akak naek dgn dia sekali. Tak lama pas tu dorang sampai, abang long laki bini pun sampai. Aku bgtau Dr 12.30pm kami ready to go to hspital kelang. Akak will teman mak dalam ambulan.



Penuh sabar kami tunggu kat luar. Memacam tiub dorang masukkan kat tekak dan hidung mak. Akk yg menunggu rasa takut dan cuak. Sambil tu dia bersms2 aku. Masa tu aku teringat kan abang ngah. Aku cepat2 sms dia. Suh dia pi hspital kelang terus. Mak kritikal. Suh dia datang sorang2 jer. X yah angkut bini dan anak2 sedara yg bini dia jaga tu. Abang ngah reply. Dia kesesakan, takde duit. Mmg aku dah agak tu sbb masa hari sabtu tu akak no 2 pun ada sms dia. Dia bg jawapan sama. So, aku kata SMS no akaun. Aku akan bank in RM2ratus hengget. Yg penting dia mesti balik jumpa mak!.



Dah kelam kabut nak tunggu ambulan bagai, aku approach abang long. Suh dia tolong bank in kan duit kat akaun abang ngah. Aku kena rushing follow ambulan dari belakang. Afterall ada byk duit mak yg abang long pegang. Biar dia bank ini kan dari duit tu.



Ambulan gerak laju giler. Pukul 2 kot dorang dah sampai hspital. Kami tiba kul 2 lebih dekat2 kul 3 petang cam tu. Mak ditempatkan di zon kritikal. Masa tu mmg keadaan mak sgt kritikal. Akak kata dalam ambulan suma drop. Darah, tekanan jantung dan oksigen. Panik dr yg ada kat dalam ambulan tu. Masa aku tiba kat hspital kelang, akak no 2 sekuarga dah ada kat sana. Since dorang dok dekat kelang, senang dan cepat jer nk datang. Menunggu dalam bilik khas seblah kawasan kritikal sgt mencemaskan. Mana tak, ada beberapa keluarga lain kat dalam tu. Tiap kali wakil keluarga di panggil dr, suma akan suspens. Ada msa menangis. Ada beberapa kematian juga berlaku masa tu. Bayangkan keadaan bilik tu. Penuh suspens. Ada yg pengsan, ada yg pitam bila terima berita kematian org tersayang....



Bersambung.....





































2 comments:

SyuQ said...

no words to say kak... sebak giler. klu sy, x mampu dah nak menulis sepanjang ini... semoga mak akak ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

Anna said...

Syuk, it took me more than 3 days to finish..dalam masa tu gak ada kala termenangis, sebak dan sedih..tapi akak gagahkan jugak..sbb ni suma akan jadi kenangan paling indah dalam hidup..akak takut akak lupa..jadik akak tulis tiap butir peristiwa yg berlaku satu persatu..Mudah2han kedua org tua akak berada dalam golongan org2 beriman dan bertakwa, Insya Allah..