September 7, 2011

Cerita sebelum, semasa dan selepas Hari Raya

2 hari semalam tersangatlah kesibukan melampau. Maklum first n 2nd day day masuk koje kan. Beratus email yg harus di attend.  So hari ni rilek la sikit. Pagi2 pun tgk email ada 2-3 jer..tu pun langsung tak penting..pe lagi, layan blog lah. Banyak sangat cerita di hari raya yg mau direkodkan. Lambat2 karang, hilang thrill silap2 langsung lupa kan.

Mcm sedia maklum, tahun ni turn beraya kat kampung belah suami kat Batu Pahat.  Cam biase ler kalau turn balik sana harus bersedia dari segala segi, material, mental dan fizikal.  Mcm selalu2 tu kan.

Kami gerak jumaat malam. Lepas kul 11 malam. Berjanji dgn anak buah SP untuk konvoi sesama dari Sg Besi.  Since kami tiba awal kt sg besi kami tunggu dia dalam setengah jam cam tu.  Anak buah SP keje kat KL. Tpi adik dia dari BP purposely turun KL incase kami pnye plan ttba tercancel, maka dia kena ada back up plan bawak kawan masa drive. Maklum la, memalam perempuan pulak tu. Kalau berteman tu hilang dan kuranglah mengantuk kan.

Kami gerak pelan2.  Singgah kat Ayer Keroh.  Hilangkan ngantuk sambil minum kopi.  Kami tiba umah kakak SP lebih kurang kul 2 pagi kot.  Sampai2 jer tros ketat mata tertido. Aku dah siap2 masak bberapa lauk dari umah. Ada kari ayam, sayur dan sambal udang. Bukan apa, takmo menyusahkan sgt tuan rumah walaupun akak ipar sendiri kan. Lgpun ramai2 makan bersahur kat best.

Punya lah mengantuk berkali2 jam bunyi kul 5 pg tak terjaga2 .  Kena gugah berkali2 baru ler tersadar.   Kakak SP panaskan lauk2 yg aku bawak dan ada tambah sikit2 dgn sambal.  By 5 lebih kami siap dah bersahur.  Sementara tunggu sahur, kami borak2. Bila dah azan, kami gerak balik ke umah Mak Mertua pulak yg letaknya lebih kurang 5-6 KM jer dari umah akak SP tu.

Sesampai tros mandi dan solat subuh. Langsung sambung tido.  Pergh, dalam sejarah menidurkan diri sampai  kul 10.30pagi tu kat umah MIL..sib baek MIL paham idak ler bising..kalau kena kat mak aku abis kena ceramah..tp la ni mak dah x leh bebel lagi..sayu pulak bila teringat dia time2 nak raya tu...  Nak2 lagi kami family pertama sampai kat umah SP kan, dapat special room with aircond lagik.  Best ler kalau tido siap aircond bagai.

Mcm biasa lah, petang for berbuka harus kena masak kan.  Tuan rumah mmg kalau aku ada akan rilek je bab2 masak memasak ni. MIL pun sama.  Ikut suka aku lah nak masak apapun.  Dorang tak kisah. Since ada 2 family jer masa tu, senang sikit nak masak.  Buat yg rengkas2 jer.  Pastu beli few jenis kueh kat bazar ramadhan.

Hari Ahad, Abang No 2 SP and family nya sampai (yg salu je nak minjam keta tu) Wah, family ni kalau sampai jer masak ler.  Mana tak ada 4 org budak yg berbadan besar dgn sgt kuat makan oo.  Ibaratnya kalau makan nasik sebesen tu dorang sorang jer boleh pulun.  Aku dgn SP siap2 pi pasar beli bekalan apa yg patut kan. Takkan nak makan apa yg ada dalam peti jer. Sian la kat tuan rumah. Since anak beranak kita harus gak kita pikir nak beli apa2. Hagak2 lah kan. Datang umah org takkan nak bawak perut jer walaupun umah MIL gitu.

Byk gak berkilo2 ikan kami beli. Sayur2 pun. Untuk memudahkan acara, aku dgn SP plan nak bakar ikan cencaru jer.  Buat sayur, acar serta ulam2man apa yg patut.  Dalam sebuk masak..(kul 3 aku dah start kat dapur gitu), kakak no 3 SP pulak sampai bersama ahli keluarganya.  Anak menantu dan cucu2.  So in total now dah ada 35 org dalam umah MIL.  Kakak Ipar aku pun sama cam aku gak. Dia dah siap2 masak bawak memcam lauk dari umah. Kebetulan plak petang tu aku dah siapkan somtam, sayur, ulam2 dan sambal belacan ditambah lauk kak ipar mmg penuh dan meriah sekali.  Ramai giler.  Mcm kenduri dah aku rasa.



Ekceli, aku aku sungguh tak kesah pun kalau terpaksa memasak tuk ramai org. Dan set2 yg agak termalas tu kalau tak tolong masak pun.  Tapi hagak2 lah kan. Nak tolong kemas ke, nak tolong basuh pinggan ke bagai. Dah ler tak contribute wang ringgit tak kesah lah, tp contribute la tenaga tuk mengemas dan basuh pinggan.  Ada pulak set2 yg mmg tau makan dan tinggalkan pinggan berlonggok2.  Ada beberapa kali SP yg tolong basuh pinggan dan aku mengemas.  Biras tuan rumah walaupun x tolong masak, tpi dia lah yg menjadi mangsa. Manjang kena basuh pinggan menimbun2.  Mujur kak Ipar pnye anak2 rajin nak tolong basuh.  Kalu tidak masak la. Bukan sikit pinggan tu.  Yg biasa jadi bossy tu cam baser le kan. tau makan, tau tinggal jer. Malas tol nak layan.

Ye, aku tau mmg suma pun suka aku masak. Tpi tolong2 lah sikit kan.  Since kami bakar bnyak ikan cencaru dan cecah pulak sambal kicap idaman kalbu mmg aku tau masing2 nak mengulang2 byk kali. Tak kesah lah tu, tpi tulung lah suh mak korang basuh pinggan plak. Bukan tinggalkan kat sink cam tu jer.

Subuh Isnin tu last day bersahur. Hujan turun lebat sesgt. Aku mmg dah set jam kul 4.30am. Tpi sbb MIL maybe tak leh tido kot, kol 4.20am dia ketuk pintu bilik kejutkan. Aku bangun dan tgk kat sink dapur pinggan menimbun2 Masya Allah.  gaknya tgh2 malam dorang ni makan lagi dan campak suma kat sink jer.  Terpaksa lah aku basuh pinggan2 dulu baru memanaskan lauk2 apa yg patut.  Trust me, SUMA2 yg lain tu bangun sahur tinggal MAKAN jer.  Suma aku dgn MIL yg sediakan. Mentang hujan lebat . Konon suma tak sedar jam bunyi.. ceh. Padahal malam seblum tu ada biras2 yg bukan maen buat statement pukul 4.30 am mesti nak bangun buat persiapan sahur. Hampeh. Ckap tak seroopa bikin lah tu.

Since esoknya dah nak raya, pepagi lagi aku dah ajak SP kuar carik bahan tuk masak for raya.  Memula tu kami ke bandar nak dapatkan MC. Maklumler, SP kan patut kena keje Isnin so konon2 nak carik klinik panel ler. Berpusing keliling bandar tu. Tpi tak jumpa panel klinik so kami decided nak terus jer balik ke pekan parit sulong balik.

Wah, dasat gak org2 yg tak puasa kat sana u ools, Pepagi buta beratur panjang dorang beli ASAM PEDAS uu....yg tua yg muda..suma pun ada.  Yg tukang menjual pun sama. Tak padan dgn area kampung. Sedih taw tgk.  Dah hari last puasa pun masih ramai yg tak mau berpuasa.

Sementara tunggu klinik bukak, kami beli apa yg patut. Beli ayam , daging, sayur2 dan bahan2 yg berkaitan nak buat rendang sebagainya.  Bila dah selesai sumanya kami balik umah dan siang. MIL dah sebok mengisi ketupat yg dianyam oleh aku dan SP malam sebelum tu.  Ada la kot dalam seratus bijik.  MIL pun ada buat sedikit lepat pulut.

Lepas kami siap siang bagai, Abang Sp yg no 2 tu  balik dari pasar.  Memula aku nak buat rendang tok.  Tpi since biras aku tu kunun beria2 sgt nak buat, aku biarkan jer lah. Dia nak tunjuk skill dia kan.  Cuma masalahnya rendang tok dia tak serupa rendang tok pun..terlampau banyak sgt dia boh kerisik dan santan. Sampai berasa tengik rendangnya.  Banyak tu dia buat sampai 3 kg daging.  Since aku beli 2 kg daging jer, aku decided to tukar resepi. Instead of rendang tok yg aku plan nak buat, aku buat rendang dendeng. Tu lah aku pelik. Setau aku rendang tok ada guna serai. Tp dia buat tak guna langsung pun..biarlah dia kan.  Aku buat rendang dendeng pun sikit jer. Karang bnyk2 tak abis pulak kan.

Malam raya as usual la, sebok buat itu ini. Anak2 dan anak2 sedara dan cucu2 sedara penuh seisi umah. Bising, ada yg berinternet, men mercun. Ada yg layan Tv. Umah MIL sgt luaaaaas dan besar. Ada 3 big hall tiap satu ada tv. Cuma hall yg kat belakang jer ada astro..so berlonggok of kos lah kat astro kan layan citer2 melayu.

MIL dah suh aku standby buat kuah lodeh and kuah kacang pagi raya tu. Jadik malam tu aku siap2 kan suma bahan. Pagi raya masak menda2 tu.  Suma pun bangun lambat!!!. Bila dah jaga tu ada yg penting diri dok isi perut sendiri je dulu. Tak pikir la lelakis yg nak pi masjid tu kena siapkan sarapan kan?.. apa daa dorang.

Aku ni dgn selamba siap bgtau biras aku yg terlbih rajin tu untuk potong2 ketupat dan hidangkan apa yg patut.  Sudahnya MIL gak yg kena bancuh air teh.  Lepas suma2 lelaki siap pi masjid, perut aku rasa laen macam. Lapar semacam tp bukan lapar apa..lapar nasik panas + ikan masin dan sambal tumis gitu..pe lagi sementara lelaki2 takde aku mcm lipas kudung ke dapur masak nasik, buat sambal dan goreng ikan masin. Bila MIL dtg jenguk kat dapur dia pun senyum jer...mmg aku la pnye habit la tu.  Dah siap suma aku ajak MIL makan nasik sekali dgn aku. Wah best tu berdua je kami pulun....bertambah2 Ibu mertua ku makan penangan sambal tumis kan.

Bila lepas balik semayang raya..pe lagi photo session pun bermula. Family by family..ada juga adegan2 mintak ampun maaf sambil drama air mata time ampun mengampun kan..
 
 








One thing aku suka family SP ni ramai sgt. Jadik time raya 2 tahun sekali mmg meriah kalau kami dapat turn raya sana dulu sbb ramai kan. Harap kat belah aku alahai..bole kira dgn jari jer. Maklum ibu2 pun tak ramai anak2 menaantu or cucu macm akak2 dan abang2 SP kan.

Lepas abis adegan2 suma, suma pun pakat gi beraya umah2 pak dan mak sedara SP.  Umah pertama kami serbu ialah umah Pak sedara SP, yg terkenal dgn geng gambus kat Batu Pahat sana tu. Since pak cik dia tu dah bertahun menduda dan dok dgn anak menantu jer kami bagi keistimewaan nak pi sana as first house.




Masing2 sok sek soksek..mana ler air nih? Pnye lama tuan umah (menantu Pak sedara) nak mengidang. Ingat kot dapat ler teh tarik panas ke or teh lambung ke..hmm hampeh. Air gas jerk.  Tu le akak SP dok bisik kat aku ..Lama nor nak idang air, rupanya air gas jer ceh..cam base aku mmg tak minum air gas kan..so amik syarat jer seteguk. Masuk lam keta minum air mineral sprtizer yg mmg aku dah spare..bijak kan??

Lepas tu kami beraya ke bberapa rumah. In total 8 rumah dalam first raya tu.  Umah akak ipar, umah sepupu, umah pak cik makcik SP. Mmg byk betol umah mau pi kalau beraya kat sini...

Pukul 2 lebih kot baru balik umah MIL balik. Mandi dan rehat2.  Ada pulak permintaan dari abang2 ipar dan anak2 sedara nak makan sambal tumis belacan.  Dalam penat2 pun ala, sian kat dorang buat kan gak.  Believed me satu kuali besar buat sambal tu..dapat 3 mangkuk besar.  SP siap kutip pucuk betik kat belakang umah dan rebus. Kunun nak makan dgn sambal lah kan..

Mana tau kul 5 lebih abang Sulung SP baru sampai dari KL dgn kuarga anak cucu dan menantu. Dasar tau, abang sulung dia ni. Kok ye pun Mak mertua dah takde (dia sekampung dgn bini) takkan lah buat gitu sekali kan. Aku tau MIL terasa sgt2 bila dia citer biras aku ada bgtau kat dia masa balik kg puasa tu yg dorang nak raya kat KL dulu tahun ni. Alasannya, mak pak dia dah takde..Abess?? MIL tu bukan mak ke?? tersinggung org tua tu. Kesian.

Since group dorang ni datang,..wah2 terus pi dapur dan amik pinggan makan. Mmg la ada bawak lauk2 pauk gak. Tapi dorang pnye la sedap makan, geng2 'rajin' yg lain pun join sama.  Masa tu aku dan kak2 ipar laen, dgn SP dan anak2 buah layan TV Astro. Anak buah SP si saipol yg mintak aku buatkan sambal tu terpandang2 jer.  takut abis sambal. Kami suh dia join makan..dia kata nantilah..dua-tiga kali dia lalu lalang gaknya takut abis..dia dok join makan sekali.

Lepas dah sudah group dorang tu makan..aku dgn SP dan kakak2 ipar baru ler nak duduk kat situ..Pucuk betik yg SP petik dan dah direbus tu tinggal  batang jer u olls...ish ish. Pulak tu bole plak  biras aku ckp..sian nya kat SP...tinggal batang jer pucuk betik ni..siyut jer kan. Makan tk ingat kat org. Buat ilang kempunan, SP makan gak batang pucuk betik tu..tp lepas dah balik KL masa sembang2 gosip2 citer pasal raya..SP kata dia terkilan sgt pasal pucuk betik tu..dah la bini aku beria2 masak sambal, buat suma..aleh2 tinggalkan batang jer katanya....mmg dasar la dorang tu katanya..aku senyum jer..aku kata, biasalah SP..takkan u x  tau dorang tu...tgk pinggan pun dah tau kan. Tau nak makan jer. Malang la laki2 dorang suma dapat bini malas cam gitu kan.

Malam raya kedua tu, kami suma sebok buat persiapan nak buat hantaran. Untuk anak buah SP pnye majlis bertunang masa raya ke dua tu.  Masa sebok2 gitu ada hati abang SP suh aku buat sup daging.  katanya ada daging kat lam peti tu, kalau buat sup sedap. Masa tu aku baru nak amikkan SP nasik sbb kami nak makan ...for 2nd time aku buat lagi sambal tumis cili api tu sekuali besar.  Oh ya, first time buat tu ada 3 mangkuk besar. Tak sampai setengah jam abiss!!!. Jadi for 2nd nite aku buat lagi.  Masa aku nak makan dgn SP dan anak2 buah yg lain tu lah, abang SP ada hati suh aku buat sup daging plak...APA BARANG???....dalam hati suh ler bini ko buat and masak kan?...aku buat2 tak dengar jer. Padan muka dia.  After all sebok nak sambung keje mendeko gubahan. Maklumlah masing2 bukan pakar menggubah..internet ler jadik rujukan buat sample..not to bad..jadik gak..




Oklah...not too bad gak dekoration walaupun suma pun cam keras tangan kan.  Dalam gitu pun siap kul 12 tgh malam gitu kot..Soknya pepagi buta, aku dan 2 org akak SP dah awal2 lagi bangun buat sarapan. Sbb ramai kan, so kami buat mee goreng, masak nasik dan goreng ikan, goreng sayur dan of kos sambal cili api tumis lagi lah..

Lepas suma dah sesiap makan kenyang gitu, kami pi beraya kat umah jiran2 terdekat kat umah MIL. Kul 11 lebih baru ler rombongan bergerak ke Simpang renggam utk majlis peminangan.  Layan gambar2 kat bawah ni ye.

Kat situ ladang nenas. So mmg kami dapat bawak balik nenas sorang sebjik. Nenas paun yg besar tu. Yg salu buat utk di tinkan tu..lupa plak nak amik gambar.

Tuan rumah layan kami dgn baik. Sbb sampai2 jer kat sana kami di beri umah persinggahan yg lengkap dan siap dgn menu makan tenghari. Macam2 lauk ada. Siap nenas buat makan cecah kicap tu!!. Umah tu umah bakal pengantin perempuan. Cam kuarters gitu. Luas dan selesa.  Nk mandi, nak solat bagai.

Kul 3 kami gerak ke umah bakal pengantin yg terletak tak sampai 10 min drive dari kuartes tu.  Pnjg betul takzirah pak imam masa majlis tu which finally berakhir jam 4 lebih cam tu. Again kami dijamu lagi. One thing lontong and kuah kacang mereka mmg terbaaaaaaaek..bertambah2 aku makan...sedap sgt2..


Ni lah sebahagian dari gambar2 masa majlis pertunangan..Mmg meriah. Ibarat nak kawin gitu. Pihak lelaki tema hijau dan pihak perempuan tema purple.

Kami gerak balik semula ke umah MIL lepas abis majlis tu.  Pukul 6 ptg kot baru sampai.  Dah sampai umah SP mcm biasa lah, mengadu tak puas makan sbb takde sambal. Jadik lepas siap mandi dan solat, aku masak nasik, goreng ikan cencaru pastu buatkan sambal kicap asam tuk cecah. Masa tu kami dah siap2 pack2 barang. Sbb malam tu kami nak gerak balik KL.  Lepas siap masak, aku MIL dan bberapa anak sedara teros jer makan.  Byk group blum sampai umah. Sbb ada 7-8 keta yg pegi masing2 pegi menyinggah beraya dgn aktiviti memasing kan. By time kami siap makan, berdedai2 lah mereka balik.. Bila dgr makcik sambal ada buat sambal lagi..pe lagi memasing pakat amik pinggan nak makan. Padahal baru jer balik dari umah kak ipar yg sorang lagi tu siap makan nasik bagai..tp tgk sambal aku  masing2 terujan nak makan gak....

Aku dah mula rasa tak sedap badan macam nak demam jer..so lepas siap2 kemas barang, lepas solat maghrib aku baring2 dan tido jap. Kepala rasa sgt berat. Mcm nak demam dan selsema.

SP kejutkan aku masa tu dah kul 9 lebih. Suh aku mandi, solat sbb dah sedia nak gerak balik KL.  Kul 10 mlm kami bertolak dgn slow melow. Sbb aku tak sehat, jadi aku x leh nak berjaga sepanjang jalan teman SP drive. Byk masa aku terlelap habis..sedar2 ada kalau masa SP singgah kat Ayer Keroh...sedar2 lagi sekali dah sampai seremban.

Pukul 2 pagi, akhirnya kami sampai umah..home sweet home.  Anak2 toksah citer..suma pun pengsan  ketiduran.  Aku x ingat kul bape aku terlelap...yg pasti..mmg aku DAH DEMAM pun!!...in total selama 4 hari aku bertungkus lumus kat dapur jadik tukang masak utk total 80 ORANG Manusia!!..padanlah pun kalau terpeleoot kedemaman kan..yg pasti masing2 time salam nak balik suma akan kata..akan merindukan lagi sambal sedap makcik ini kan......setaun sekali jer baru berpeluang nak rasa...yg dok kat KL untung la..anytime je leh datang umah aku  buatkan..yg jejauh tu...sian!!.

Penat dah menaip...nanti sambungan kat entry laen pulak ye...sambungan di hari RAYA ke tiga....kat Sg besar pulak...

2 comments:

MommyCT said...

Tahniah. We have d same set of big family. And 1 of my sil is someone like u, who cooked for all of us. Not only her, its her whole family. Me just try to help anywherei can. Cos tak brp terror masak n nearly screw up 1 periuk besar tomyam n salah bajet beli lauk tak cukup for everyone.

Dulu2 penah lah jd tukang cuci pinggan but now we know bila nak alternate. But mmg ada yg keje cuma makan tinggal tu.

Anna said...

MommyCT..
i dun mind at all masak..tak kesah bape ramai pun..tp hagak2 lah kan...byk le lagi tugas2 laen dorang leh bantu. Some ppl mmg bole buah dhek dan tak nampak..I would call org2 cenggini mmg set selfish dan suka amik kesempatan kan?