August 24, 2011

Dah nak raya

Wah, sekejap jer dah masuk ramadhan ke 25 kan.  Pejam celik dah nak abis ke penghujung rupanya.  Sedih sbb Ramadhan dah nak berakhir, gembira sbb  menyambut hari kemenangan umat Islam.  Seharusnya kita bergembira di hari raya bukan nak bersedih menangis dan meratap2 pilu cam citer2 drama rashid sibir kat tv tu.  Tiap tahun buat citer sedih2 jer. Tikar buruk, pondok buruk..Quran buruk..sumanya citer sedih2 menangis2 dan meratap2.  Bukan ke hari raya hari untuk kita bergembira, TV pun hagak2 lah kan. Asik2 citer itu diulang tayang. Bohsan mak.

Tiap kali raya gak, dalam terpaksa dan rela aku kena buat perkara yg paling aku tak suker dalam hidup iaitu : Menjahit.  Somehow aku menci sgt tau nak pegang jarum apatah lagi menjahit. NAMUN, dah bergelar isteri dan ibu ni aku takde pilihan.  Kalau awal sekolah sebuk nak jahit lencana bagai, time nak raya pun sama gak.  Salu jer kena jahit baju melayu atau seluar melayu atau baju kurung.  Lengan panjang sgt, suar panjang sgt.  Tpi tu lah, nak buat cam ne kena terpaksa aku gagahkan jugak.

Bagilah aku memasak bape byk pun aku rela.  Tpi bab menjahit ni mmg aku langsung takde talent.  Maybe tak kreatif or rather sbb tak sabar sgt kot?. Laen mcm kakak aku tu. Pandai sgt menjahit. Buat langsir, buat sarung bantal ..aku? hampeh tau.

Jadik malam tadi, aku terpaksa menjahit baju melayu amal..pendk kata kena alter lah. So far, Alhamdulillah suma persiapan untuk anak2 dah ready. Mereka pun sgt teruja nak raya. Nak travel balik kampung. Nak maen bunga api.  Juga excited nak pakai baju baru.  Baju baru beli tuk raya dah tak sabar2 nak mengacu2.  Maklum bdak2.  Smlm jugak aku menyudahkan aktiviti kedua yg aku paling tak suker..iaitu melipat kaen.  Namun aku gagahkan jugak. Maklum masing2 dah merungut nak carik stokin nak carik spende tk jumpe. Dek bertimbun kaen tak berlipat. So malam tadi aku paksakan diri tuk menghabiskannya. 

Lagi bbrapa hari jer lagi dah nak raya kan.  Mcm aku kata persiapan aku biasa2 jer. Buat ala kadar.  Kueh raya pun. Suma jenis tunjuk jer.  Tak ada hati nak buat biskut ke apa tahun ni lah..Ada takde maybe buat kek seketul dua tu jer lah.

Aku bole nampak partner aku tu excited sungguh nak balik kg.  Terpancar (ceeeh,) kat muka dia berseri2 bila dgr lagu raya. Aku paham perasaan dia. Sbb jarang dapat balik kg dia kan, mestilah dia excited nak balik. Dgn tak sabar2 menahan, jumaat malam gak katanya nak bergerak ala konvoi dgn sebuah keta anak sedara dia.  Plannya kami nak singgah sahur kat umah kak dia on the way balik kg MIL nanti.

Yg pasti anak2 dah stat nyanyi lagu balik kampung. Masing2 dah menyusun baju baru dalam beg dan menghitung hari untuk sampai ke hari jumaat..Opps, alamak kasut raya derang belum sempat nak beli lagi.  Baju baru SP (TShirt) pun lum sempat nak beli. Hari tu masa ke Maju junction takde pulak kedai jual baju lelaki.  Gayanya terpaksa lari ke Isetan or Parkson kejap tghari ni at least 2 helai baju baru cukup. Karang harus aku kena bebel dek MIL sbb SP takde tshirt baru.  MIL aku sgt concern pasal baju anak dia. Dia bole tau samada tu baju baru or baju lama..haiish. Sekali aku aku kena sound dulu sampai skg terasa.  MIL sound, kalau beli baju raya anak2 beli lah sekali baju SP katanya..kebetulan pulak masa tu aku lupa nak beli..or rather SP yg taknak kot.  Haa kau, lepas tu aku makesure kalau raya ke Johor aku bawak balik bju2 yg MIL x pernah nampak SP pakai. Ye, aku paham dia nasihat tu. So aku pun terima dgn lapang dada. Tak perlu nak terasa ke sentap ke kan..afterall kan SP anak feveret dia, mesti dia nak anak dia pun hencem di pagi raya...Mujo baju melayu SP dah settle..oh ya tahun ni aku pilih kaler kelabu sedondon untuk lelaki2 melayu terakhir aku tu.  Manakala yg perempuan pulak baju  kurung ala2 ada warna kelabu skit...for mak? of kos kena laen sikit. Baru ler outstanding kan..

Esok - Jumaat aku akan sgt sebok dgn closing account, closing sales dan report submission.. Jadi ni maybe jadik entry terakhir untuk ramadhan kali ini.

Di kesempatan ini, kami sekeluarga nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN  pada anda semua.  Hati2 ketika memandu, semoga kalian suma selamat sampai dan bergembira di hari raya...Wassalam

2 comments:

MyZsZs NOoR said...

Selamat hari raya kak. Maaf zahir batin.

Semoga selamat perjalanan pergi balik.

NenetPenne (NP) said...

selamat hari raya aidilfitri.. semoga selamat sampai ke kampung halaman..