August 23, 2011

Orang ke tiga aka the third party

Dalam hidup berumahtangga kan, mmg penuh dugaan dan pancarobanya. Bukannya sentiasa wangi2 jer. Bukan sentiasa romantik, bahagia dan gembira jer. Pendek kata suma pun ada. Masam, manis suka dan duka. Lebih2 lagi bila usia perkahwinan tu mencapai tahap lama..seperti 10 years above.

Seriusnya, aku tak pernah terfikir untuk diduga dgn kehadiran org ketiga dalam perkahwinan kami. Apatah lagi selepas 10 tahun kawin.  Biasalah mula2 kawin tu mmg salu gak gaduh. Maklum org kata dalam proses penyesuaian tu antara tempoh 1-3 thn, 3-5 tahun dan 5-10 tahun.  Mmg masa dulu kalau gaduh mmg bagai bdak2 gitu. Majuk. Hentak2 kaki.  Ada masa gaduh besar sikit, mula la bungkus kaen baju.  Mula la kata, antar ai balik umah mak bapak ai. Tu masa anak satu. Masa penyesuaian maklum baru lepas dpat anak. Ekonomi pun tak bape nak stabil lagi kan.

Lepas dapat anak 2, seterusnya 3.  Mmg aku tak nafikan, perempuan kalau tgk SP mmg tak sangka umurnya dah byk..dah masuk 42 tahun pun. Sbbnya? muka sweet. Senyum jer. Ckp pun mak ai romantik lembut tak hengat. Mana tak anak2 dara. andalusia, janda2 kat bangunan tmpat dia keje tu nak terai kan.  Bukan tu jer, bahkan aku dgr dgn vendor2..dgn kerani2 vendor pun bukan maen lagi kalau  bercakap kat phone lemah lembut mak ai. Even dgn aku pun. Klau kat telefon mmg lah mendayu2 suara lembut dia tu haiish.. Salu jer secretary spy leman aku kat off dia tu dok remind dia. Ooi, lembut sgt ko berckap tu nanti awek2 tu tangkap leleh.. tapi nak buat camne..tu lah laki aku tu.  Mmg sangat lemah lembut, sabar dan tenang orgnya kan.

Masa mula2 dia ada affair tu aku tak sense pun. Mebe ada sense kot tapi aku cuba menidakkan perasaan. Pada aku tak mungkin dia ada affair. Maklum dah 10 tawun aku kwin dgn dia tak pernah ada apa2 pun. Ternyata aku silap.   Aku take all things for granted sampai tak pernah letak rasa sangsi pada dia. Sampai tak pernah nak cek2 hp dia.  Ada bberapa kali tu aku terbaca SMS dia..pasal tak sempat nak buat bubur jagung lah..pasal memacam lah. Bila aku tnya sapa yg msj ni, sbb takde nama..nombor jer dia kata..entah. Salah nombor gaknya.  Aku percaya bulat2. Aku tak pernah nak letak rasa sangsi pada dia. Aku x pernah nak rasa cemburu.  Sbb aku take things for granted dan aku rasa x mungkin dia main kayu tiga.

Masa tu pun gerak hati ada berkata2. Tapi akal menidakkannya.  Ada aku ingat sekali tu, aku dgn SP pi mydin nak beli barang2 sekolah anak. Masa tu hari keje. Petang kot. Masa aku pi dgn dia ada panggilan kat HP dia. Aku cuma dgr dia kata, kat luar ni. Nanti kol balik. Aku mmg ingt tu kwn2 off dia.  Padahal masa tu perempuan hingusan (PH)  tu yg kol. 

Masa tu gak aku dah notis sikit. Terutama pasal HP. Klau dulu HP dia bersepah jer dia letak. Tp masa tu dia dah stat sorok2. Mula sentiasa pegang jer HP.  Nak dijadikan cerita, dan mungkin Allah nak tunjuk betapa lalai ialah, masa tu kami on the way balik keje. Kat Dalam keta, ttba HP dia bunyi. Hati aku masa tu cemas giler. Berdegup kencang mcm org berlari 100 meter. Yg aku dgr cuma SP kata, kol balik tgh drive ni.  Pastu letak phone.  Aku cuak so aku tnya dia .Sapa kol??. Muka dia dah cemas satu macam..aku tnye lagi..dia kata kawan. Then aku kata, bak sini phone tu....

Aku selamba kadak jer rampas phone tu. Memula tu aku bkak msj dulu.  Ada la msj aku baca perihal PH tu kunun bgtau nak balik, tgh tunggu bas bla bla bla... Hati aku dah mula panas menggelegak nih..Emosi dah kecamuk.  Darah teros naek kat kepala dah.  So apa aku buat, aku kol balik last no yg kol dia tu.

PH yg angkat. Aku tanya dia sapa?..Dia tnya aku balik You siapa?..Aku jawap balik, tadi ko becakap dgn siapa??. Ni bini dia cakap.  Terkesima PH tu. Terdiam dia. Aku tanya lagi kau siapa?.Kau tau tak lelaki yg kau kol tadi tu laki orang, bapak orang. Anak dah tiga. Umor dah dkat 40 tawun takpe..dia ada anak dara dah.  Dah 10 tahun dia kawin. Abiss ko tu sapa???.  Mengigil2 gak minah tu jawab. Pastu katalah, dia x tau SP dah kawin bla bla bla...alasan skema. Tak logik langsung.

Lepas insiden tu, hati aku panas sungguh. Ibarat gunung berapi nak meletup macam tu.  Seminggu aku mogok. Aku x berckp dgn dia. Aku x layan makan minum dia. Lantak ko situ. Yg kelakar sbb pi keje naek moto sama2 kan. So aku dok jejauh. Aku tak peluk hatta aku x pegang dia pun.  Aku pegang ujung baju jer..hehehe

Bermulalah perang dunia ke 3 dalam umah tangga kami.  Mula2 kami bergaduh besar, perang mulut.  Masa tgh gaduh2 tu dia humbankan hP dia. Aku dgn bijak amik sim card dia....lepas gaduh tu aku x berckp langsung dgn dia. Hati aku masa tu sedih giler.  Tak tergambar hancur hati aku rasa bekeping2 jadi abu. 

Masa kat off aku amik kesempatan menyamar. Dengan menggunakan SIM KAD sp aku SMS PH tu.  Marah sungguh dia. Jenuh dia maki SP (padehal aku) kata, puaslah hati awak smlm bini awak maki saya..bla bla bla. Entah apa lagi lagi SMS dia.  Mmg dia marah sesgat.  Pastu aku guna HP aku pulak aku sms PH tu. Aku tanya dah bape lama beraffair ..mcm2 lagi aku tnya.  Masa tu lah aku tau umur dia baru 21 tahun you...masa tu aku baru tau yg dia mmg giler angau sungguh sama laki aku tu.  Masa tu gak aku tau yg dia keje kat sama building, sama bank cuma laen department. Dan masa tu aku tau nama dia..AIN..sampai skg aku benci dgr nama ni taw...masa tu PH tu mintak ampun maaf bagai dgn aku kata x tau SP tu dah kawin..

Aku cuma nasihat dia cam ni jer...Awak baru 21thn. Awak masih muda, perjalanan awak masih panjang. Masih ramai lagi lelaki muda kat luar sana tu, tak perlu la ganggu gugat umah tangga org laen.  Saya perempuan awak perempuan, awak patut tahu apa yg saya rasa. Nak nak lagi kami dah 10 tahun kawin ...dia janji konon2 x mo berhubungan apa2 lagi bla bla..

SP mana tahan kalau aku mogok suara kan. Aku x ckp apa2 pun. Aku x buat apa pun. Makan minum dia aku bo layan. Bibik ada masa tu kan, tp since dia x makan masakan bibik, masak ler dia berlapor..sbb aku x masak. Aku mogok.  Bila dah x mau bercakap tu mmg tido asing2 lah kan. Dia masuk bilik aku kuar. Dia kuar aku masuk, cenggitu lah.  Aku cuma ckp dgn anak2 jer. Masa tu anak2 noticed.  Siap kata...pesal dua org ni x becakap neh..??

Dah lama menahan sakit hati, aku x leh tahan lagi.  Nak ckap mmg x leh nak tgk muka kan. So aku tulis surat. Surat berantai yg panjangnya 7 muka surat.  Gilos aku tulis surat tu time kul 3 pagi.  Masa tgh sakit hati dgn bengang sangat. Dalam surat tu aku tulis segala mala yg tersurat dalam hati aku. Tu pasal panjang. Lenguh tangan tau..

Aku x ingat mana ntah surat tu...gaknya dia simpan ke bakar ke.  Yg pasti dalam akhir surat tu aku tulis. Skg ni ko berhak buat pilihan. Aku atau dia..(ceh cam dalam drama kan).  Kalau ko nak pilih dia, aku akan bungkus kaen baju, hangkut anak2..so ko buat lah apa yg ko nak..apa ko suka.  Aku paling pantang di tipu dan dikhianati. Kalu ko rasa dia lebih bagus, pi lah. Aku rela...cam tu lah lebih kurang ayat aku..

Rupanya 7 muka surat yg aku tulis tu dgn deraian airmata tau buat dia tersedar agaknya.  Masa tu lah di tengah malam yg hening, kami duk bersemuka dan bincang dari hati kehati perihal permasalahan kami tu.  Aku akui mmg masa tu lah first time dalam hidup aku tgk dia nangis betul2 mcm bdak kecik sbb menyesal katanya.  Sbb dari terai2, dan main2 langsung terjebak dgn affair selama 5 bulan..dari cuba2 market dan saham dia, dia sendiri terjebak.

Entahlah, hati aku lembut pulak nak memaafkan dia..walaupun sampai sekarang masih berbekas di hati aku. Cuma aku beri dia satu syarat kalau aku nak berbaik2 semula.  Tidak akan mengulangi lagi perkara sama..dan sekiranya mengulanginya lagi...aku akan hangkut anak2 pergi jauh sampai dia takkan dapat jumpa anak2 lagi sampai bebila.  Sbbnya, kalau hati dah ada org lain kan, buat apa kami dalam hidup dia??.

Alhamdulillah...itu hikmah dari permasalahan kami.  Aku betul2 mengkaji dan memuhasabah diri jugak camne sampai bole berlaku tragedi org ketiga ni.  Pertamanya, kami sendiri yg beri ruang sampai masuk org ketiga. Kami kurang berkomunikasi, tak mesra alam. Masing2 buat hal memasing.  Dan paling kelakar SP suspect aku ada affair dgn cikgu sek mandu yg ajar aku tu..sbb tu katanya dia terai2 dgn minah tu.  Yg benarnya, mmg cikgu tu terai2 aku gak. Dan aku hampir2 terjebak melayan dia.  Tp trust me, kalau suh cikgu mandu tu diri sebelah SP..SP 10x kacak dan tampan lagi dari dia. Dgn hitam, perut boroi muka pecah rumah lagi... mmg pada mulanya aku cam terlayan. Bersms dgn mamat tu..tpi aku rasa lebih kepada ilmu apa yg mamat tu cuba kat aku.  Geli aku bila teringat cikgu tu salu ngadu kegersangan sbb bini x mo layan..padahal masa tu dia tgh ajar aku driving boleeh??.  Salu dia sms2 aku gak. Aku jwp gak, tpi selebihnya aku salu basuh dia sbb cuba mengorat semua perempuan yg belajar driving dgn dia..Mujur gak aku rasa masa tu masih ada pendinding kat aku. Sbb aku kerap gak baca surah yassin masa tu ..hampir tiap2 malam, sbb arwah pak baru meninggal masa tu. Mebe sbb tu guna2 dia tak menjadik.  SP sangka aku mmg beraffair dgn mamat tu. Dia buat assuming jer tanpa tanya aku cerita sebenar..sbb tu lah dia jugak cuba carik alternatif dgn layan PH tu.

Yg pasti punca utama kami ialah komunikasi.  Kurangnya eye contact, kurang segalamala termasuk dok ber2 kat kedai kopi sambil sembang2. Padahal peluang tu banyak..sbb masa tu kami ada bibik. Bole jer nak kuar bila2 masa suka. berdua. Tpi kami tak menafaatkan..kami alpa amik enteng suma perkara...dah takde rasa nk romantik2 cam masa bercinta2 dulu..pada kami tu suma tak perlu dah sbb kami dah kawin..10 tahun pulak tu....tapi kami berdua ternyata sangat salah..sangat silap sbb bila dah lama kawinlah perlu suburkan balik suma rasa tu mcm2 zaman2 bercinta dulu...mmg kami berdua lalai....

Bila dah berbaik2, kami janji takkan mengungkit2 lagi citer2 ni.  Since masing2 gak berjanji nak memperbaiki diri dan memperbaiki perhubungan yg mmg dah lama cold shoulder.  Sejak dari tu, aku cuba melupakan walaupun jelas aku katakan kat SP yg aku x akan pernah lupa perisitiwa ni sampai bila2. Sampai mati. Dan sbb ini jugalah, aku langsung x de trust dah kat dia.  Aku cuma beri 10 persen jer. Yg lelain tu sendiri mau ingat. Sendiri carik masalah kan.

Hubungan kami tambah rapat lepas tu. Salu luang masa bersama,sembang2 ..buat aktiviti riadah bersama2.  Aku kira masa tu PH dah takde wujud lagi, tapi..dasaar perempuan hingusan dan gatal kan. Satu malam lepas bebarapa bulan aku dikhabarkan kununnya dia dah kawin dgn duda..dia miss kol kat hP SP. Masa tu aku kat kg mak.  Mmg menyirap lagi la darah aku, aku sound dia direct. Ape hal kol2 suami org time2 kol 10 lebih ni??..kok org nak tido ke nak projek ke. Apa u nak lagi ni?...lepas tu mmg kena dua tiga das la aku sound kt SP. Kunun nak jemput pi kenduri kwin dia bley??..tp haram aku x pernah nampak kad pun. Tu sbb aku kata mmg aku suspek dia x pernah kawin pun.  Mmg aku bahasakan dia cukup2 lah. Aku bahasakan SP sekali..jgn carik pasal aku kata..

Bila taem2 dah baik dgn SP tu aku korek le segalamala rashia camne bole tersangkut..Its totally takes 2 to tango taw..Tepuk sebelah tangan mmg tak berbunyi.  Kesahnya SP kan maintenance staff. So PH hingusan salu kol2 dia. Lampu rosak lah, ekon tak sejuk lah , itu lah ini lah..sudahnya selalu sgt tel2 kan tersangkut.  SP cam biasa lah takkan akan citer atau buka mulut kalau aku tnya pernah dating ke tak..mengikut sumber2 di percayai mmg meka x pernah dating pun..paling koman aku rasa makan tghari kat food court..kalau hari sabtu time2 SP OT tu aku tak tau lah kan. Tapi org2 kat off dia kata x pernah pulak dia ngular pi kuar ke apa..

Dah lama benda tu berlaku dan aku hampir lupa again, PH tu kol hp SP. Sejak dari peristiwa tu kan, mmg on off aku terasa nak cek phone SP aku buat jer. Dpan2 dia. Selamba.  Kalau takde hal apa nak takut ye dak?.  Aku siasat suma bil2 hp. Aku kol nombor yg salu sgt dia kol..tp cam baser ler, kadang2 aku pernah terfikir dorang ni bersekongkol.  Tpi tak pe, SP tau aku camne. Tiap apa yg aku kata, aku akan kotakan jadik dia cam ase sikit takut la kot.

Dan tak semena2 ada sekali tu lepas sekian lama aku nampak no tel minah tu lagi..Aku still simpan no HP perempuan tu hokey....bila aku desak2 tnya SP dia kata minah tu yg kol dia..entah ya entah tidak..sbb nak tanya ada umah sewa ke dak...mmg nak kena lah kan. Pnya ramai org kat off dia dari tgkt 1-26 pesal kau juga yg dia carik??? carik nahas lah. Lagi sekali aku kata dia berani tel hp ko lagi, aku pi carik dia kat bank tu aku tak kira...aku nak tgk muka dia ganyang2 dgn kasut aku.  Tapi syukurlah, dah lama dah takde timbul citer lagi pasal PH tu.  Takde dah aku nmpak no dia kat hp SP. Tak ada dah instict aku kata minah tu kontek2.  Aku tnya2 gak SP minah tu ada lagi ke dak kat bank. SP cam  biasalah, jawap cam tak clear..ntah, tak pasti dia kata x pernah jumpa..

Menurut sumber2 aku katanya ada lagi kat sana..tapi biarlah. Malas aku nak meroyan dan mengamuk x tentu pasal.  Sbbnya, aku mmg selalu sgt ke off SP tu. Kadang2 aku sengaja datang mengejut..ala2 buat spot check. SO far alhamdulillah..Takde apa yg mencurigakan.. Malah SP pulak yg manjang ase jeles dgn aku. Maklum aku kan ramai kawan fesbuk...mujo dia taktau aku dah add suma x bf dalam FB list hahaha..ye lah dia pnye akaun FB aku menten kan..pe ada hal

Yg pasti, kecurangan tu takkan berlaku kalau satu pihak jer yg beria2. Yg menjadiknya..bila tepuk tangan sebelah ada org sambut mmg lah menjadik. Nak nak lagi lelaki yg dah masuk 40 thn kan.  Rasa muda rasa stabil..sbb tu nak menerai2 saham meka.

Kita kena selalu kembali pada fitrah.  Berusaha untuk memperbaiki hubungan suami isteri tu tak kira berapa lama dah kawin.  Hubungan tu mmg kena salu semarakkan kan oleh kedua belah pihak.  Kedua2nya mesti sama2 berusaha nak memperbaiki diri dan mengakui kelemahan diri. Yg pasti komunikasi tu sgt penting.

Kalau ada x puashati toksah nak merajuk, hentak2 kaki bagai. Duk berbincang. Pi kuar bedua, lepak kedai mamak dan bincang apa masalahnya. Apa yg tak puashati. Tk perlu berkias2. Direct jer. Kalau suka kata suka kalau tak kata tak. Kita bukan ada crystal ball yg bole tgk dan tau apa yg pasangan kita fikirkan.

Jgn kata dah tua2 tak payah nak susah2..TAK. Salah statement tuh. Bahkan lagi tua lagi kena selalu mesra dan semarakkan hubungan tu.  Perkahwinan tu takkan bertahan lama kalau masing2 ego, keras kepala.  Yg paling penting, sabar, tolak ansur dan saling hormat menghormati.

Syukurlah, November nanti genap dah 15 tahun kami bersama. Dan masih bersama Insya Allah.  Bermacam dugaan, cubaan dan pahit manis suma pun ada kami jadikan pengajaran dan panduan.  Yg salah tu kami jadikan peringatan. Yg baik tu kami mmg sentiasa amalkan. Yg penting sentiasa jaga SOLAT insya Allah.

Kalau takde dugaan dan cabaran tak ler thrill hidup berumah tangga ni kan.  Kena sentiasa muhasabah diri sendiri...kena salu fikir anak2..masa depan mereka. Rancang la aktiviti apa2 sekeluarga supaya sentiasa ada rasa kekeluargaan.  Paling penting masak selalu kat umah. Ikat perut suami tu. Jadik ibaratnya baru 2-3 hari dia tak makan masakan kita hidup dia rasa tak tentu arah rasa kosong. Ini yg SP akui bila aku mogok masak selama seminggu. Tak tentu hala katanya dia makan, suma yg dimakan langsung taksedap..Langsung tawar. Dia asik teringat2 sambal yg aku masak..asik teringat makanan sedap2 yg aku masak...betapa dia tak sanggup makan kat luar kalau aku merajuk dan mogok dari masak...

Tapi tu lah..kami masing2 sentiasa nak memperbaiki diri. Sekarang ni aku rasa lagi senang. Sb aku bole cakap apa jer aku tak puashati kat dia bdepan2. Tak perlu nak berkias2 takut dia tersinggung. Dia pun sama. Kalau dia tak puashati atas satu perkara tu dia ckp jer direct. Tk pun SMS jer direct. Senang. Dua2 pun paham.Maksud pun sampai.

We totally learn our lesson dari peristiwa tu.. Sejak dari tu jugak aku rasa betapa pentingnya untuk menerima pasangan kita seadanya.  Menerima dgn ikhlas. Insya Allah.


5 comments:

Ahkak Geli said...

aku pasal orang ketiga ni, memang rasanya takkan bole kontrol emosi dan perangai..

tak reti nak ckp camne kalu jadi kat aku kak

NenetPenne (NP) said...

mmmm mmmmm...
kitaorang pun selalu komunikasi tapi terjadi jugak
ni kes nak try2lah kan..
eeeh bekas laki i tu pun mulut manis gak..peramah bagai nak rak
tapi biasalah it takes two to tango..sebab mana boleh tango sorang2..gila apa..

u nasib baik sempat cek, i ni langsung tak tahu apa2... semua tak beri kerjasama... walhal mak dia tahu dia baik dgn betina sundal tu... cuma MIL kata anaknya tu adalah baik dgn sorang pompuan kat office tu..

nak kata betina sundal tu tak tahu laki i dah ada isteri musikil sebab laki i pakai cincin kahwin...

licik sunguh ex i tu selama 4 bulan.. kalau i tahu, memang ku gayang betina sial tu cukup2

eeee mengingatkan balik semua tu i rasa mcm nak sepak terajang jer ..

i pun tak sangka dia akan berpaling tadah...salah jugak kalau kita takes things for granted sebab bila kita alpa, ada satu pihak yang akan mengambil kesempatan..

tapi biarlah dia yagn curang daripada i yang curang dan dikutuk oleh sedara mara dia...

lagipun bila jadi mcm ni, i ada kes nak kutuk betina tu...muahahaha

the best story ever... yesssszaa

SemuaTentangKita said...

seram sy baca story akak ni. Rasa jauh sgt lagi perjalanan rumahtangga kami yg baru nak masuk 6 tahun ni kak.
Lain orang lain dugaannya kan. Apapun, semoga Allah menjaga hubungan kita dan suami. Aminn

Anna said...

Cik geli..memula mmg lah cam tu..Tp bila umur dah makin byk, kita makin matang menangani masalah. Salu jer pesan kat hsbd,kalu takde masalah jgn carik masalah.

Net, tu yg paling ditakutkan..berubah hati. Kalau takat maen2 try2 market tu bole diampun. takut2 nanti dari maen2 tros jadik serius. In our case, tak sampai ke pengetahuan mak or MIL..yg penting tepuk dada tnya iman..mmg satu belah takkan berbunyi..jadik jgn nak coba2..Ingatlah anak2..tu jer lah senjata buat modal moga2 dorang sentiasa ingat tak buat lagi..Dgr kesah u mmg buat ai takut sesgt. Dugaan dan cubaan adalah bahagian masing2 kan..Allah know the best net..dont worry..happy Always..

Mrs Haris, mmg umah tangga ni ada pasang surut nya..syukur lah kami dah menempuh 15years yg mmg sgt mencabar dan masih berusaha moga2 hanya death do us a part. till then, apa bole kita buat salu perbaiki diri masing2 dan berdoa..Insya Allah. Kita doa yg baik2 jer...

NenetPenne (NP) said...

sebab tu orang kata jangan maen2 atau test market sebab lama2 menda tu akan jadi betul2...