August 22, 2011

Stabil dan Tenang

Yes, dua perkataan dia atas menggambarkan diri aku hari ni. Emotionally and spiritually.  To all friends out there yg membaca blog ni dan sentiasa concern akan keadaan mak, terima kasih atas keprihatinan korang. Terima kasih sbb sudi gak menghulurkan kata2 nasihat, perangsang dan doa untuk aku yg selalu jer berkecamuk lately nih. Terima kasih gak sbb ada yg sudi menghulur sapu tangan dan menghulur bahu mendengar sedu sedan di kala aku besusah hati dan berduka lara.

As for now, Alhamdulillah. Aku ok. Tenang dan tenteram dah perasaan nih. Ada dah sikit mood nak beraya walaupun tak seratus peratus.  Hidup perlu diteruskan perjuangan harus disambung jugak. At the same time memohon doa yg baik2 sahaja untuk mak.

Hujung minggu aku abiskan masa dgn mak, dgn akak kat kg. Sempat suap mak makan, beri mak minum. Mandikan mak, cuci kencing, tukar pampers. Tu lah aktiviti 2 hari kat kg.  Mak masih cam tu gak. Tak mau makan. Aku paksa mak makan ada lah 2-3 suap.  Cumanya mak byk minum air.  Air sirap, air teh. Air apa2 je yg sjuk dari peti mak minum.  Air yg kami beli kat bazar bermacam2 ada air jagung, air longan dan ntah hape2 lagi kan penangan dek bdak2 puasa. Mak minum gak.  Cuma maybe sbb mak x makan, lemah gak badan dia.  Other than that kesihatan mak Alhamdulillah.

Maybe lepas dah jumpa mak, dah dapat peluk mak aku rasa lega teramat sgt. Baru rasa lapang dan released nak beraya ke umah SP kat Johor. Betul akak kata, let its flow by its flow. Kita reda dan tempuh jer apa yang mendatang.  Ini dugaan dan ujian jadik kita mohon yg baik2 jer untuk mak.insya Allah.

Plan nak buat kueh raya pun ntah ke lauut.  Malas sungguh. Sudahnya masa2 senggang kami lepak2 jer bawah umah, sambil baca2 majalah. Sambil2 lelap mata ketiduran. Cuaca sungguh nyaman dek mendung angin kuat pulak tu. Maklum kat sawah kan..angin mmg heaven.

Seblum balik jumaat tu mmg baju sekolah dan kasut2 sek mmg dicampak jer ke dalam keta kan, so bila balik kg mencuci segala mala tu lah.  Hari pulak mendung dan hujan. Mmg mana la nak kering.

Sabtu malam tu kami panggil mak cik La datang umah urut mak.  Mak merengek2 sakit masa mak cik la urut dia..Tpi malam tu mak tido lena, mgkin rasa sedap lepas diurut gaknya.  Yg best, aku pun tumpang semangkuk.  Berurut dkat 2 jam, wah mmg rasa lega sgt2. Nak2 lagi  belakang aku yg sakit jer manjang ni. Rasa relieved.

Hari Ahad pagi tu cuaca panas bedengkang.  Membawa ke petang.  Aku ni dok ngidam sgt nak makan lontong feveret aku kat kg mak tu, mujo lah ada rezeki hari ahad tu dapat gak beli kat bazar.  Tercapai hajat tak. Ahad tu aku dgn akak masak lauk pauk lebih sikit sbb aku nak bekal bawak balik for sahur.

Lepas bebuka dan solat, kami mula nak gerak balik. Semua pun termasuk anak2 datang kat mak salam. Cuma delin jer salam dan peluk mak..lamaaa tu. Mak pun peluk delin sama.  Antara 3 org anak2 mmg delin yg pandai amik hati. Terutama mak. Walaupun dia tu hiperaktif tapi mmg mak dan arwah pak sayang sgt dgn dia. Sbb tu lah, dia pandai amik hati.

Aku salam dan peluk mak sambil tahan airmata.  Sib baik tak tumpah. Sambil peluk mak, aku bisik..tahun ni kami beraya di Johor dulu yg mak..nanti raya ke 3 kami balik ke sini lagi. Mak cepat sihat ya. Istighfar byk2..Sabar byk2..ni dugaan Allah..Mak jawap..um um...dan angguk2 kepala.

Kami gerak dari umah kul 8 cam tu dgn sepanjang jalan ujan sgt lebat.  Tiba umah pun dah dkat 9lebih.

For now baru lah aku ada rasa nak beli baju raya sepasang untuk diri sendiri..walaupun camne pun hidup perlu diteruskan kan?. Aku cuma harap dan doa yg baik2 jer untuk mak..Insya Allah..



4 comments:

*Miss Geli^ said...

semoga Mak akak cepat sihat taw

NenekPenne said...

sedih...
moga mak u sihat okay..

Anna said...

Miss Geli n Net..tima kasih atas doa kalian...mudah2 han..

SyuQ said...

semoga mak akak cepat sembuh...