August 4, 2011

Teremosi...

Ya, mari kita sambung apa citer selanjutnya pasal semalam tuh.. Mcm aku kata SP tu mmg tak leh harap  nak citer benar2 siapakah si perempuan yg claimed x awek tu kan.

Ingat kot nak tanya direct jer masa lepak2 kat opis dia tunggu waktu balik tu kan, tapi sabar...lgpun smlm aku tgk dia sebok kat opis. Kesana kemari.  Pulak tu mcm ada tak puashati sesama team mate dia kat opis tu smlm. Tak pe. Aku simpan jer gambar x awek yg aku dah print tu kat lam henbag dendiam.

Smlm mmg rushing giler2 an. Maklum nak singgah beli air tembikai tuk Amal kat bazar. Nak beli tepung pelita sekali.  Since Amal puasa, aku layan jer apa benda yg dia order for buka. Sajer bagi semangat.   Jalan mmg jammed amat sgt time puasa ni. Bercenta nak sampai kat umah walaupun bumbung umah dah nampak dari jalan kan.

Kul 6.30pm baru sampai umah. Campak beg segalamala tros pi  bersilat kat dpor.  Kakak dah siap turunkan ayam kat sink.  Aku dah tnya SP samada nak kurma ayam or kari ayam, since dia opt for kari ayam itulah yg aku buat.  Mmg lambat taw nak siapkan bahan2.  Kopek bawang, hiris bawang bagai.  Kalau bahan2 suma dah siap in 15mint pun bermacam2 lauk leh siapkan. Ni tak, terkial2.  Lepas bukak tudung bagai, mmg periuk nasi pertama nak kena layan pulak tu.

Dalam kelam kelibut gitu pun sempat gak buat kari ayam express, tumis buncis, buat sambal telur (sib baek ada cili blender) dan buat sambal belacan mangga ulam salad.  Ngam2 kul 7.10 siap suma.  Jenuh gak tggu SP turun dapur untuk basuh segalamala benda yg aku campak kat sink tu. Well, tu mmg tugas SP nak basuh2 sementara aku masak. Mana ada jalan suma kita buat kan.  Amal merengek nak minum smlm tu, so aku suh SP bawak dia pusing2 naek moto keliling taman jap.  Kekdahnya dah setengah jam x balik2 haru.  Dah siap suma tu, aku baru la mandi..masa dah taim2 nak azan tu, akak aku kat Kg msj.  Bgtau yg mak x mau makan langsung. Hapah pun x mau. Minum air pun sikit jer katanya.  Sementelah tghari tu akak balik bg mak makan, pun dia x nak. Dia minum jer.  Sbb akak risau sgt dia sms aku nak berkongsi kerisauan dia tu.

Lepas dgr tu, otomatik perut aku yg maha lapar tu langsung jadik tak lapar.  2 senduk nasik yg anak aku boh kat pinggan aku kurangkan separuh.  Aku suh akak bukak puasa dulu, nanti lepas buka kita sambung citer.  Believed me, dalam lapar sgt2 gitu aku mampu minum jer. Nasik yg aku cuba nak telan mcm tersangkut kat tekak.  Walaupun sedapnya aku rasa dapat makan lauk gitu tapi hati risau mana mungkin leh makan kan.

Lepas buka, kaen bnyk pulak berlonggok.  Nak taknak kena gak lipat. Masa tu aku amik chance tuk sambung citer pasal x awek org tu kan. Bila aku tunjuk je gambar, wah kenal pun. Kata pg tadi tak kenal kan. Lepas tgk gambar terus kenal gitu...haa kan.  Cuma katanya minah tu dah gemuks..sgt gemuks.  So, aku tuntut janji utk dia citer siapakah gerangan x awek ..perempuan daring iteww.

Memula aku ingat awek lama kat same building tu..tp aku tak ingat nama apa..so aku tnya dia, bukan awek yg keje kat collusss travel tu ker??...Eh, bukan..katanya cepat jer jwp u olls,  itu Azah....cecece..ingt lagi tu kan?. Dasar taw lelaki neh.  Pas tu dia kata, ingat tak ada sekali u citer ada perempuan kol kat umah ckp dgn u nak antar kat jemputan kawin dia dulu??...dusss, terus i teringat u olls, ye la memory i kan bagus..pakai 64G pnye..

Ingat..mmg aku ingat. Masa tu aku tgh cuti kalau tak silap aku, tgh membuaikan anak nak tido, tapi aku x ingat anak yg mana...tp mmg kat umah skg ni lah.  Ada perempuan kol, suara ala2 nak beramah mesra nak ckp dgn SP tapi aku x de mood masa tu so aku jwp stunned jer. Minah tu tnya aku tgh buat apa?? (ttba kol umah org tnye tgh buat apa, ingatkan sapa la..) Aku kata lah tgh tidorkan anak.  Dia tnya lagi SP mana? aku kata SP keje.  So dia katalah, dia kawan lama SP nak jmput pi kenduri kawin dia kat Perak ke apa ntah.  Dia kata dah antar by pos, nnti 2-3 hari lagi terima lah.  Since aku pnye sore tak frendly kot dia just kata, oklah, kim salam kat SP ya..  oowh itewwww ka orgnya.

Sat tu gak, kakak kuar dari bilik tanya gambar sapa? Aku kata lah x awek ayah la.  Pi msj kat FB siap claimed gitu bagai kan..taktau sapa yg managed acc ayah ko tu..kekekeke, kakak gelak terkekek2.

Bila aku tanya kenal kat mana, siapa, dimana, bila..dia cuma kata...alah tak ingat lah. Dah lama sgt. Gaknya dia kwin dgn polis katanya..siap tanya aku ada no tel dia bg ke?..cecece..siap tnya no tel pe hal le kan.  Tak pe, cool.  Aku cool jer, tapi masa sembang pasal tu bertalu2 gak SMS akak masuk sambung citer pasal mak..bila dah stat hal mak, hati2 ku ttba teremosi plak, tersebak. Ye lah aku dgn akak berbalas2 SMS..menyatakan harapan kami moga2 mak cepat sembuh..dan kalau mak dan pergi pun masing baik aku maupun akak nak dok kat sbelah mak. Nak ada kat tepi mak kalau betul Allah nak jmput dia. Hati aku jadik sayu dah time tu..walaupun tgn masih sambil melelipat kain.

Aku dgr SP tanya, Akak ke yg sms tu bla bla bla..ditambah dgn tgh sedih gitu, hati pun ala2 sakit jer kat SP sbb kes x awek tu. Pulak tu SP tu mcm biasa tak nak citer betul2 dari a-z pasal minah tu mcm yg dia janji. 2x aku rasa dia tnya aku apa ntah, tapi aku buat2 tak dgr buat2 tak layan sbb tgh sbok berbalas2 sms.  Aku nampak SP tolong delin buat homework, pastu dia kuarkan buku2 sek delin suma sbb basah dek hujan..dia bukak dan nak keringkan. Ada juga dia  ckp kat aku ..apa ntah, serius aku tak beri perhatian pun. Marah kat dia pun ada pasal minah tu campur lagi beremosi2 kan. So aku wat tatau jer..

Dah siap melipat kain gitu, hati aku masih ala2 nyampah lagi pasal kes minah daring tu.  So aku cepat2 amik air semayang, nak solat isyak sekali solat terawikh.  Kat luar hujan masih lebat dari lepas buka lagi.  Lepas usai solat, Amal datang kat aku kat lam bilik ajak tido. Aku suh dia baring atas katil dulu sbb aku nk baca yasin kejap. Mcm akak gak, 2-3 hari ni hati aku x sedap jer, risau semacam.  Padahalnya aku baru jer jmpe mak weeknd lepas tu. Tapi tak tau nape. Berdebar2, sebak jer hati aku ni dari mula puasa tu lagi.  Akak pun sama. Sbb tu akak kata walaupun puasa, dia agak tak larat tpi dia nak gagahkan jugak balik tghari jenguk mak.  Akak x mau jadi cam arwah pak.  Arwah pak meninggal masa tido tghari. Tak sorang pun pasan.  Maybe dia dah meninggal awal lagi.  Sbb masa mak kejut dia nak lunch tu baru tau dia dah takde..

Sbb tu akak berazam, walau apapun dia x mo rasa terkilan dan menyesal. Tu sbb dia nak gak balik tgahari walaupun bulan puasa. Berkorban sikit katanya.  Aku pula jadik sayu. Ye lah, aku ni tak berpeluang gitu. Mcm akak.  Dari jauh jer la aku berdoa2 byk2 moga sumanya dipermudahkan.  Masa aku baca yasin, baru aku rasa hati aku tenang dan tenteram sikit. Walaupun beberapa kali terberenti dek air mata mengalir tak sudah2.

Mmg aku berharap sgt, seblum balik johor, aku nak balik kg ku kejap tgk mak. Maybe mggu ke 3 puasa. Tak kira walau apa pun. Aku cuma harap2 SP takde halangan. Syurga isteri mmg pada suami..tapi syurga ku juga ada kat bawah tapak kaki mak kan. Aku mesti nak jmpe mak jugak sblum balik ke johor.

Lepas selesai baca yasin barulah aku rasa lega sgt2 dan bersiap2 nak tido.  Masih gak teremosi dgn SP pasal kes xawek tu, so aku pun x berckp apa2 dgn dia.  Yg aku pasan dia solat isyak kat ruang tamu dan sambung solat terawikh sekali kot, sbb lama.  Aku taktau ntah pukul berapa aku terlelap.  Lepas sekian lama sejak mak jatuh sakit, ni lah pertama kali aku rasa dapat tido dgn lena sekali.  Takde terjaga2.  Bila alarm hP berbunyi mmg ngam2 dah kul 4.30am.

Siap bersahur bagai, aku tak rasa mengantuk langsung pun, jadik aku buang masa dgn gosok baju sekolah bdak2 ni.  Dah 2 hari sekolah, stok baju dah gosok pun takde. 

Entahlah, aku benarnya tak memikir sgt pun pasal kes x awek SP tu. Malas nak amik port walau hati cemburu berkata2 gak. Aku rasa kalau tak kerana memikir hal mak sure takde apa2. Tapi dek kerana teremosi  bila teringat kan mak, hal tu pun terbabit sama.

Aku rasa pun keadaan fikizal aku skg ni mcm zombie. Aku x leh nak konsentrate buat benda.  Fikiran aku manjang melayang ingat kan mak jer.  Kepala ku pun mula dah rasa sakit2 ni kalau terlampau byk memikir. For sure, raya tahun ni tak sama lagi mcm tahun2 lepas. Sbb aku mmg betul2 takde mood lansung nak bergembira..


No comments: