August 5, 2011

Sharing is caring

Tima kasih to fesbok sbb dah banyak terjumpa kengkawan lama kat situ.  Kuasa teknologi canggih alam maya.  Kuasa yg terletak di hujung jari anda..mcm iklan la plak tu.

Smlm, dgn rasa gembira dan syukur aku terjumpa kawan lama, Linda.  Linda ni dulu offmate kepada Kak Wan housemate mase bebujang dulu.  Dek akibat Linda salu sgt menebeng kat umah bujang kami time cuti or weekend, suma seisi umah pun baek gak dgn Linda termasuk aku. Ramai jer offmate kawan laen pun jadik gang, maklum ai kan terlebih peramah katanya.

Lama betul borak dgn Linda, saje mengenang kisah2 masa bersesama dulu.  Bila mana dia kawin dgn si Mail pujaan hatinya tu. Berpindah ke Lembah Beringin, buka tadika bla bla bla.  Padahal Linda officially kawan pejabat kak wan tapi sudahnya lepas tu jadik kawan baik dgn aku pulak.  Masa raya dtang2 umah. Masa terluang jumpa.  Masa gaduh dgn Mail, dia lari kat umah aku di pagi buta hari ahad.  Dan aku pulak cuma tenangkan dia kat depan pagar jer, sbb anak beranak + laki masih terbongkang kat depan tv sbb tido kat hall.  Bila mana pulak dia mengadu kat aku perihal Mail yg hilang pekerjaan.  Bila mana tadika yg dia buka terpaksa ditutup dek angkara dengki.  Masa tu gak dia ajak aku bukak satu tadika kat area umah aku for joint venture, tapi aku sendiri masa tu tak ready. So dgn baik aku menolak.

Hampir satu jam borak dgn Linda macam2 cerita. Mcm2 benda lucu dan benda2 sedih yg masih jadik ingatan kami perkatakan. Too bad, Linda dah lupa banyak benda bila aku imbas balik.  Cerita dia lari ke rumah aku pepagi buta hari ahad tu pun dia LUPA!. cis.

Linda dah ada 3 orang anak pun. Semuanya lelaki.  Dia gak dah jadik bisnesswoman la ni.  Bila aku tgk kat fesbok dia mmg lah dia dari dulu pandai cakap, pandai marketing.  Bila dah belajar buat kek dan biskut, dia bukak kedai kecik. La ni dah jadi pembekal kek lapis serawak, sambil supply hamper2 for hari raya. 16years of marriage (dia kawin awal setaun dari aku), aku kira dia dah peroleh apa yg dia nak dalam hidup. Anak2, bisness dan happy family.  Too bad. Ia tak seindah yg aku bayangkan.

Linda tengah dalam proses menuntut fasakh utk bercerai dari suaminya Mail tu.  Mmg dari dulu aku tau Mail tu jenis panas baran, kepala angin ada masa mcm batu. Tak bercakap berhari.  Hobinya memancing.  Jadik banyak masa dia abiskan dgn memancing, memancing.  Linda pernah gak suarakan pada aku dulu bosan dgn hobi Mail tu. Tapi nak wat camne.  Mail skg ni kontraktor berjaya.  Ada kompeni besar, ada ramai pekerja dan dapat projek juta-juta lagi. Suma dah berubah kecuali satu..sikap panas baran dia tu.  Sikap panas baran yg membwa kepada sumpah seranah maki hamun hampir setiap hari selama 16 tahun!!.

Betul kata Linda, mula2 bagi masa utk dia berubah sikap. Setahun, 5 tahun, 10 tahun...15 tahun. Tapi dia tetap tak berubah. Dia tetap mcm tu.  Yg paling sedih Linda kata, anak sulongnya si Daniel yg berumur 16 thn dah mengikut perangai mail.  Panas baran, dan suka memaki hamun.  Atas sbb itulah dia nak memohon cerai. Sbb dia tak mau anak2nya membesar dgn org sebegitu which akan mempengaruhi pembesaran mereka.  Linda risau akan ketiga2 anaknya yg berumur antara 16-4 tahun tu. Sebab anak2nya semua lelaki. Linda takmau mereka membesar sebagai Mail Junior nanti.

Lepas pergaduhan besar bberapa bulan dulu, Linda nekad dah. Dia pi ke jabatan ugama dan memfailkan permohonan fasakh sbb dia dah tak tahan lagi.  Dah 16 tahun dia menanggung sengsara dan derita, mental dan emosi.  Ada masa gak kalau Mail terlampau marah tangannya naek.  For that, Linda mmg dah nekad. Malangnya, ego seorang lelaki..Mail enggan melepaskan dia walau apapun.Hakikatnya mereka tinggal sebumbung tapi masih berasingan bilik. Hubungan pulak seolah2 stranger in the same house. Mail pulak la ni katanya tgh berusaha memujuk Linda supaya menarik balik permohonan fasakh dia...tpi hati Linda dah keras. Dia dah nekad. Sbbnya, Mail tak pernah berubah.  Beribu kali janji nak mengubah, tapi sekejap jer. Lepas tu back to the old attitude.

Linda seorang yg degil dan keras hati.  Apa jugak yg dia nak buat dia akan buat all out.  Mail pulak sorang yg pendiam, tak banyak  ckp tapi panas baran. Suka memaki hamun.   Walaupun x pernah sekali Linda kata ada masalah org ketiga.  Hakikatnya, penderaan mental dan emosi yg dia alami lebih dasat lagi.....Byk lagi benda yg kami cerita.  Termasuk cita2 linda nak mengembangkan bisness dia sampai ke Serawak.  Proses permohonan fasakh masih berjalan dan dijangka 22hb Aug nanti kes akan disebutkan di mahkamah syariah.

Lihat, lamanya sebuah perkahwinan bertahan bukan syarat untuk perkahwinan itu kekal untuk selamanya.  Berapa ramai org yg rapat dan terdekat yg aku kenal berpisah tatkala usia perkahwinan mencecah belas2 tahun. Yg ada puluh2 tahun?.  Berapa banyak pulak kes perceraian dek kerana angkara orang ketiga?.

Teringat aku kata2 Datuk Dr Fazilah Kamsah, bahawa pasangan yg berumah tangga perlu ada personaliti yg berlawanan untuk jadi lengkap melengkapi.  Betul sgt statement DDFK tu.  Si Isteri degil, keras hati..suami pulak panas baran, sama2 degil. Agak2 berapa lama dorang boleh tahan hidup sama?.  Suami panas baran, suka memaki hamun, tak solat, kaki judi,tak puasa, tak tau tanggungjwb nak bagi anak bini makan...bini pulak jenis penyabar ya Allah, penjimat, tak banyak ckp...tapi last gak perkawinan dorang sampai skg ni 25yrs (ni betul2 terjadi kat kawan rapat aku). Aku pun sampai skg pelik camne dia masih bole tahan dan bersabar dgn perkahwinan tu?. Alasan paling kukuh..Kerana anak2.  Org perempuan ni sometimes sanggup mengenepikan hati, perasaan maupun mental demi anak2. Tapi berapa lama gaknya dorang boleh bertahan??. Kalau sabar tu insya Allah sampai ke akhir hayat.  Apa jadi kalau pasangan pulak jenis tak sabar, cepat marah.  Pantang di buli ataupun pantang dicabar?

Justeru, kebahagiaan sesebuah rumah tangga tu tersangatlah luas skopnya.  Bukan setakat memenuhi tuntutan batin semata2.  Bukan setakat buat anak dan beranak. Malah lebih dari itu.  Perkahwinan bukan satu perjudian mcm yg org selalu kata. Kalu perjudian harus berapa bnyk tahi judi, gila judi kerananya?.

Perkahwinan itu adalah satu perjalanan yg maha panjang. Yg memerlukan segala2nya yg kita ada.  Baik wang ringgit, tenaga, kuasa, kasih, cinta, sayang, hormat menghormati, toleransi...dan byaaak lagi yg kita tak pernah terfikir.  Kedua2nya hendaklah sentiasa memuhasabah diri masing2.  Menyedari ada kekurangan maupun kekhilafan harus cepat2 memohon maaf dan memperbaiki diri.  Perkahwinan tu satu medium untuk kita sentiasa mempertingkatkan bukan sahaja jati diri tapi juga kasih sayang yg tak berbelah bagi dan bertepi.  Dari rasa kaseh sayang tu lah lahir cinta, hormat bukan saja sesama mereka tapi juga sesama anak2.

Ingatlah anak2 cermin peribadi kita. Kalau kita nak anak2 yg baik, hormat org sopan santun, kita sendiri harus ada sikap2 mcm tu.  Itulah namanya segalanya bermula di rumah. Ya, betul sgt2statement tu. Kalau anak2 dibesarkan dgn maki hamun, caci maki rasanya jadi apa anak2 tu?..

Cuba kita renungkan nota dibawah ni..

Sumber : Jalinan Keluarga


diubahsuai dari Kuliah Mingguan Surau An-Nur, 10 Jun 1998 oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa



“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba- Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabk an. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :



“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.”-(Maksud Al-Hadith )



Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.



1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa



1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah



* Saidul (penghulu) Istighfar

* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)

* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)

* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)



1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah



* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)

* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)

* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.



2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :



* menakutkan anak-anak dengan sekolah

* menakutkan dengan tempat gelap

* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau

* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur



3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.



4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif



* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).

* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.



5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)



* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani



6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :



Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-( Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)



7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas



* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.



8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.



9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.



10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.



11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.



12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.



13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.



14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.



15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Wallahu’alam.


Jadik mari kita sama2 renung2kan, dan sentiasa berusaha untuk menjadi ibu bapa yg terbaek sekali untuk anak2 kita, supaya mereka juga akan menjadi org yg beriman, bertakwa dan sentiasa bersyukur.

Buat renungan kita bersama di pagi Jumaat yg berkat ini . Insya Allah


2 comments:

mrsharis said...

Thanks for sharing anna..
Aku copy paste pasal anak2 tu yer.. tq :)

Anna said...

sila lah..sama2 kita amik menafaat darinya...