August 8, 2011

Sabtu yg hoowt..Ahad yg sungguh dingin..

Bulan ramadhan ni mmg aku tak sabar menunggu weekend.  Semata2 nak bayar hutang. Iaitu hutang tidor.  Hari keje salunya kalau ada peluang lelap la sikit barang 30-40 min. Kadang tak lelap langsung.   Hari jumaat lepas tu mmg malamnya aku x solat terawikh pun konon penat lah langsung subuh pun tak solat sunat hape..kekdahnya, Jumaat tu seharian mengantuknya Allah jer lah yg tau. Insaf aku.  Ye lah salu penat2 aku gagahkan gak buat and yet hari keje aku masih energetic tak mengantuk langsung pun. Ni konon penat, langsung setan bergayut2 tan tau dalam jiwa.

Hari sabtu, lepas sahur satu umah tido balik terbongkang.  Sadar2 tgk jam dah kul 9 lebih. Byk keje kena settle, so aku jer sorang bangun dulu. Basuh kain2 yg menimbun, kemas dan sapu hall yg mcm kapal pecah. Mengemop...  Berus baju sekolah yg berendam semlaman tu dan sekali basuh bilik air.  Separuh tenaga mmg dah pergi buat keje2 tu suma.

Dlam kul 11 gitu barulah berperingkat2 anak2 bangun. Celik mata biasalah TV.  Aku kejut SP ajak pi NSK jap, niat hati nak beli lauk2 basah dan apa2 yg patut.  Ingat dalam kul 11 lebih gak kot kuar. Wah tengah rembang tu. Panas giler hari sabtu tu.  Kami pi bawak Amal jer.  Amal puasa sabtu tu.  Sbbnya hari Jemaat, balik sekolah dia minum. Dah kul 5.30pm masa tu. Marah sungguh aku.  Tpi tak guna. So aku ala2 merajuk sbb dia tak posa walhal bape jam lagi nak buka pun.  Dia tu kalau aku majuk takut.  Jadik hari sabtu tu dia nak puasa katanya.

Sampai kat NSK, masyaAllah. Ramai betul manusia.   Suma membeli belah barang dapur.  Dah dekat kul 12 tghari makin ramai org.  Ikan2 pun tak berapa nak ada dah. Ingat nak beli Siakap ke sekor dua, malangnya yg besar2 bagak jer tinggal.  Takut tak abis jer kalau beli.  Gile kentang gak rega barang2  basah.  Udang sotong, ikan mostly berbelas2. Ape hal kan, hari sabtu mmg camtu lah NSK tu. Tu pasal aku suka beli time ari keje. Tpi bulan pose mana ada masa nak pi kan.

Dapat lah beli udang sikit, ikan pelaling dan ayam.  Since bdak2 ni asik berebut kepak dan peha jer, maka  tak sesuai nak beli ayam sekor. So aku beli je ayam+peha selesai masalah.

Bila kuar NSK masya Allah panasnya. Kami berenti kejap kat kedai jual telur seblah NSK tu. Ada kedai mamak kat situ. Cinabeng, pekerja mamak tu tgh buat ABC kat luar kedai..dasar tau. Sian aku tgk Amal, memandang ABC mcm nak kuar air liur. Ye lah tgh panas bedengkang tu kan.

Bila dah balik umah selesai siang menyiang kemas mengemas peti, aku landing jap. Baring atas lantai simen kat hall sbb panas.  Dah siap mop masa pagi tu kan so ase bersih jer nak letak muka kat situ. Sejuk. Dah dkat kul 1 lebih. Amal asik merengek haus, haus. 

Lepas zuhur kot SP bgtau 2 org anak buah dia nak datang bbuka dan tido kat umah.  Masa aku aku betul2 lembik giler2.  Panas buat tekak rasa kering amat. Lgpun aku rasa aku dah bazir byk peluh buat keje2 umah pg tu. Aduhai. Lemah tak daya rasa.

Kul 3 lebih kot dorang sampai. Si Mel dgn Rin.  Mel bawak anak2 dia yg kecik tu so seronok anak2 main dgn bdak kecik. Riuh sekejap umah.  Dalam larat tak larat tu gagahkan gak masak.  Sempat la buat pajeri nenas, sambal udang petai, ayam goreng berempah, pecal dan sambal belacan serta ulaman.  SP bawak Amal dan bdak2 laen kuar semata2 nak buang masa. Rimas aku dgr Amal asik kata haus nak minum2...sian.  Rupanya dorang pi bazar ramadan.

Since ada org bantu kat dpur aku mintak dorang kopek bawang for stock aku. hehehe.  Pastu mintak reen buang tangkai cili.  Mel pula potong2 apa yg patut.  Ada 2 biji tembikai aku beli masa pi NSK tu so aku suh reen buat air tembikai.  Bila SP balik ada air kelapa pulak..rambutan lah, dan mcm2 lagi.  Ni suma kes melayan bdak yg puasa tu lah gaknya.

Believed me, aku minum byk gile2 masa buka sbb rasa haus sgt2..tak terkata betul.  Di kala dorang makan dgn selera sgt terutama ayam berempah kepak dan paha smpai berebut gitu, aku x leh makan byk. Perut penuh dgn air!!.

Pelagi lepas buka suma terbongkang depan tv sambil makan mangga muda dgn kicap. Hamboi mcm nak pecah perut tapi makan makan makan.

Since dorang tido umah , sahur tu aku masak la meriah sikit. Kalau selalu panas2 jer lauk yg ada kan. Dorang ada tu aku tumis sayur sikit, buat lauk tambahan sikit.

Lepas sahur suma sambung tido. Kali ni lagi dasat. Sbb time aku terjaga kul 10.30am. Tu pun sbb dgr anak si Mel merengek2.  Dasar tido x hengat dunia tau.  Aku taktau dorang nak balik pagi tu, ingatkan tunggu lepas buka.  Si Mel katanya nak membeli belah dgn suami dia yg cuti ari ahad tu.

Aku pulak cepat2 kejut SP sbb aku kena pi jmpe Dr Ilham. Nk kena check BP dan amik stok ubat BP aku tu.  Masa aku nak pegi tu Mel dgn Reen dah bersiap2. By time aku balik dorang dah takde. Tekanan darah aku dr kata ok.  Normal, so aku kena sambung lagi makan ubat tu. Dia bagi stock for sebulan.Yg best time2 bulan poser klinik dr Ilham tu pepagi sunyi jer.  Takde org, kalau tak harusss..ramai giler tu.

Hari Ahad tu gak masih kena basuh kain lagi. Byk betul kain tak abes2.  Yg bestnya tghari tu hujan turun dgn lebat sgt.  Aku nak meneman Amal tido terus aku pun tertido sama.  Ntah nape time2 pose ni nak tgk CSI pun takde mood, Crossing jordan pun aku x nengok.  Takde mood, cam takde tenaga gitu.  Surat kbar pun sama. Baca takat gitu2 jer. Ase tak bersungguh2 pun. Nape ntah.

Tak leh tido lama sgt pun maklum perut lapar. So, aku turun dapur terus.  Petang tu macam2 menu anak2 mintak. Dgn begedilnya, ayam masak merah, sambal telur puyuh. Sumanya pun aku buatkan.  Gembira dapat tgk dorang makan dgn bersemangat dan berebut2.

SP mintak buatkan kari ikan merah.  So aku buatkan ler sekor ikan tu potong tiga ..dia sorang jer yg makan. Yg lain dah leka dgn pegedil dan ayam masak merah.  Aku pulak amik nasik sikit jer. Amik sesenduk, selebihnya aku minum, minum dan minum..la ni aku nak buat taktik cenggitu. Time buka makan sikit nasik jer, so that time sahur bole makan nasik sikit. Idakler perut aku berkereoncong manjang.

Aku ni puas paksa amal makan nasik time sahur. Takut dia x larat berpuasa. 2-3 suap nasik jer dia makan dah.  Nampaknya dia prefer nugget atau hotdog je. Sbb balance yg dia beli smlm kat bazar tu abis dia makan. I guess lepas ni kena beli stok nugget dan hotdog tuk dia makan time sahur.

Kejap jer dah hari ke 8 puasa kan.  Tak sangka kejap sgt masa berlalu..Moga puasa kita suma diberkati....

1 comment:

NenetPenne (NP) said...

i pun tak ada selera nak makan..minum pun tak ada selera jugak... insaf laa gitu