August 10, 2011

Sekejap nya masa berlalu.

Sekejap je dah 10 hari kita berpuasa kan.  Rasa cam baru jer smlm stat, ni dah 10 hari. Pejam celik2 dah nak raya tak lama lagi.  Kalau ditanya aku pasal mood raya mmg takde lah.  Mcm malas jer tahun ni, tapi aku x leh la tunjuk sgt kat SP kan. Sbb tahun ni beraya kat kg dia.  I follow jer.  Raya kedua pulaknya dgn urusan nak pi meminang kat Simpang renggam bagai. Which aku suker, seharian ler berjalan.  Pah tu malamnya aku dah nak gerak balik Rawang pulak and the next day balik umah mak pulak.

Oh ya, kesihatan mak, Alhamdulillah.  Semakin bertambah baik. Mula dah nak makan. Walaupun makan mende2 merepek jer.  At least dia minum byk air la ni.  Sabtu lepas, akak cerita dia nak kuar ke bazar. Jadik dia nak mandikan mak dulu. Karang abang long datang mandikan dia tak puashati sbb mcm masih tertinggal bau2 kureng menyenangkan. Bau hancing dari pampers kan.  Kalau aku dgn akak mandikan mak, wah abis segala mala ceruk kami sental dgn sabun berubat. So lepas mandi mak wangi jer.  Sampai ke petang esoknya.  Kalau abg long mandikan tu ada jer bau2 yg teringgal.

So, akak berusaha nak angkat mak ke kerusi roda. Mmg akak dah kata x mo letak mak atas katil. Knowing mak yg mmg tak le dok diam kan, akak bimbang masa di gi keje karang mak cuba2 nak bangun sendiri. Silap2 mak jatuh lagi haru. Jadik akak biarkan jer kat tilam. Aku ni ikut jer apa yg akak rasa baik.  Berusaha beria2 nak angkat mak, disamping mak bantu diri sendiri.  Ada takde 2x terduduk katanya, tapi akhirnya berjaya jgak.  Mak sgt berusaha jugak nak bangun katanya.  Aku mmg ada cadangan nak belikan mak tongkat yg ada tigamata tu nanti. Supaya senang dia nak tatih2 jalan kan.  Lelain mak ok jer, cuma mmg x mo berckp or rather tak leh berckp. Ada sesekali jer.  Pada akak dia lebih suka gitu. Idaklah mak bising2 or bebel kan.  Lebih teruk lagi cerita memacam mcm dulu2 tu.  Agaknya Allah nak bagi mak berehat dari berckap bukan2 kot?.  Apapun aku jugak lebih suka gitu. Biarlah dia diam gitu jer kan.

Memandangkan keadaan mak  yg sungguh melegakan hati tu, aku less worried dah sekarang ni.  Afterall, mak sihat2 jer selain dari pada tak bole jalan kan. Jadik perjalanan hidup aku la ni bole la dikatakan smooth and steady. Less worry. Tekanan pun kurang, kepala pun x rasa sakit langsung dah. Syukran.

Semlam, ada appointment dgn pakar petuturan for Delin.  Since SP masih byk berpuluh hari coti, aku suh dia jer amik cuti. Aku pnye cuti ada 5 ari jer, harus berjimat.  SP mcm dah give up katanya nak pi hspital . Boring katanya.  Ye lah aku paham. Org lelaki ni perasaan x sama cam perempuan terutama ibu cam aku kan.  Aku nak delin tu bertutur dgn betul tak pelat. So aku tak kesah nak pi lama mana pun. Afterall, aku rasa byk perubahan sejak first time jumpe.  Since SP kata gitu, gaknya boring kot tiap kali ikut session tu, aku suh dia tunggu kat luar jer. Tgk Tv dan baca paper. Biar aku dgn delin jer yg masuk jmpe kan.  Nak pi bawak , amik cuti tu dah cukup baek for me. So tak yah berkira sgt. Aku x kesah pun.

Lpas abis session tu, SP antar aku pi keje. Manakala dia balik umah dgn Delin.  Since aku masuk lambat smlm, gaknya bos x bape puashati, so mood dia pun kureng sesgt.  Aku pulak smlm kat off mmg busy giler tak hengat, mcm2 benda muncul, tapi Alhamdulillah berkat org berpuasa kan, segalanya lancar dan mudah. Mula2 aku risau gak sbb stok yg Brunei nak tu cuma bole dapat kat Baku, Azerbaijan, tapi rupanya Allah bagi memacam alternative utk aku selesaikan. Syukran.

Petang semalam aku rasa best sesangat sbb aku bole balik awal. Mana taknya pukul 4 SP dah sms kata dia dah ada kat KL. Aku pun pe lagi, kul 4.20pm aku cabut. Jalan masih clear sgt2 lagi.  Pukul 5pm kami dah sampai kat tol rawang.  Since aku janji kat anak2 nak buatkan mereka spaghetti for bebuka aku ajak SP pi NSK beli barang2 basah.

Usai segala urusan pembelian gitu, kul 6 dah ada kat umah pun. Lepas solat terus jer kedapur.  Anak2 mmg tak kesah.  Aku dah ajar dorang makan segala mala benda dari eastern ke western, kuih muih dan segala mala makanan alternatif lain.  Aku x mo dorang jadik cam SP yg mmg purely perut jawa.  Harapkan nasik sokmo. Harus kalau tercampak kat obersea and x dpat nasik cam ne tuh kan?.  For anak2 aku buat spaghetti seafood.  Untuk SP plak, aku masakkan ayam masak kicap versi jawa, asparagus goreng belacan.  Masa kat NSK sempat grabbed dua ekor terubuk kecik. So aku goreng garing sekor.  Confirmed kononnya bdak2 x akan sentuh terubuk tu kan.  Balance sambal belacan tumis pun ada lagi, so safe time x yah buat sambal.

Jadik smlm kami berbuka nasik dan spaghetti. Aku cam biasa lah, nak jadik isteri mithali kan ikut somi makan nasik gitew.  Mmg semangat makan ayam masak kicap..pe lagi dah lama sgt aku x buat.  Versi jawa sbb aku tumbukkan segala halia, bwang putih, ketumbar, lada sulah dan buah pala.  Rasa ayam masak kicap kalau ckup bahannya mmg meletops tau.  Tak lupa kentang yg terlebih dahulu digoreng.  Dengan cuaca hujan lebat time bbuka, dapat secawan teh o panas dah cukup..lepas tu dapat menikmati nasik panas2 dgn keadaan perut yg lapar mmg mabeles..

Kakak penggemar tegar spaghetti, tapi x bole menolak tempting makan ayam masak kicap mama buat.  Ada takde dia amik nasik separuh dan spaghetti separuh!.  Amal mmg bebuka makan spaghetti jer. Delin apatah lagi. Sampai 2-3 kali berulang2.  Lepas bbuka aku suap gak amal nasik separuh. Takut perutnya masuk angin. Maklum puasa x makan nasik karang, takut dia sakit perut pulak.

Biarpun tiap hari aku cuma ada masa 5-10 minit jer nak mandi lepas terkejar2 memasak for bebuka dan adakalanya rasa penat sesgt. Tapi bila dapat menyediakan sendiri juadah kat rumah rasa puas. Apalagi  bila tukang makan berlomba2 makan sampai kadang abis seperiuk nasik kan.  Gitulah hebatnya perasaan seorang isteri dan ibu bila dapat memasak untuk seluruh keluarganya dgn penuh rasa ikhlas dan kaseh sayang, biarpun penat ianya sgt berbaloi kan?.

For today, tak tau lagi nak masak apa. Biarpun NOTA BESAR udah dilekatkan depan fridge utk kakak turunkan udang dan ikan kerisi sbelum pi sek tghari nanti.  Dalam kepala ada sambal udang..kalau tak pun udang lemak cili api dgn nenas...tak pun udang pedas manis kegemaran delin.  Yg pasti ikan kerisi tu nak goreng garing jer, maybe buatkan sambal belacan.  Sayur pulak kalau tak petola tumis dgn suun maybe sambal goreng kering ala2 jawa style..Jawa lagii??? apa nak buat, bela org jawa ni kena lah sesekali penuhi selera dia kan.  Afterall resepi orang jawa pun sedaaaap per...


2 comments:

mrsharis said...

ayat ko tang bela org jawa tu buat aku terkekek-kekek gelak ;)

Anna said...

Mrsharis..betul per..hehehe, perut pure mari Batu Pahat..tak dapat makan nasik masa bbuka, jadik x tentu arah. Yg pasti senang jer nak bela org jawa neh..sambal dan pedas2 serta tempe..paling perlu gituuuu...kekekeke