August 2, 2011

Ramadhanku Pertama & Kedua

Alhamdulillah, semlam tu selesai gak puasa yg pertama walau dalam seribu kesulitan dek kerana batuk yg tak henti2.  Terasa rongga2 paru2 sudah mengecut giler dek batuk yg bertubi2.  Sekali batuk tak mau henti.  Bulan ramadhan bos bagi balik awal sikit.  Kul 4.30pm. Tapi SP pulak awal dia pukul 5.15pm.  Terpaksa lah berkorban kejap dia kuar off amik aku kat Jalan Ampang on the dot.  Pastu terus pi off dia.  Alang2 dah pi off dia aku pi klinik panel dia sekali. Jumpe dr faveret aku tu. Dr Suresh.

Since sampai2 batuk pun non stop, dr suh amik nebuliser terus.  Lepas kena gas tu sekali baru la rasa lega sikit nak bernafas, nak tarik nafas. Kalau idak rasa tersekat2 cam tu.  Dr Suresh offer nk bgi injection supaya cepat baik katanya. Tapi aku menolak. Mmg lah tak batal kan tapi aku nak cuba makan ubat tablet dulu.  Injection will be the last choice kalau tak baik2 gak.  Sebok jer SP tu suh Dr bagi jer jap. Tapi dr Suresh bagus, dia kata kena hormat patient, lau dia tak nak mana bole paksa kan. haissh, dengki SP tu mentanglah aku x suka jarum.

Ada la bberapa ubat dr suresh bagi.  Dia bgi gak antibiotik.  Maybe aku ni mmg nak serasi dgn dia jer kot.  Padahal Khamis lepas masa aku datang jmpe Dr Sunita tu sebeban ubat dia kasik, langsung tak jalan.  Ubat yg dr suresh bagi semlam, lepas buka aku terus makan. Alhamdulillah, batuk mula kurang. Dapat gak tidur lena sikit malam tadi tu kan.

Since tak berapa nak sihat, lepas makan ubat malam tadi aku tidor awal.  Ubat2 tu suma buat ku lalok. Nak baik kan.  Tak sanggup menanggung batuk dah byk hari.  Terpaksa aku korbankan solat terawikh mlm tadi. Badan rasa tak larat sgt2.  Jadik dalam kul 9lebih aku tido.

Semlam masa balik keadaan jalan mmg jammed amat sangat.  Dari pagi aku asik nampak eksiden je. Masa pi keje pgi tu aku nampak sekujur tubuh terbaring kat Jalan Kuching tu, dah bertutup dek polis trafik.  Balik smlm pun aku nmpak satu mamat tu dah terbaring gak atas jalan depan Caltex Jalan Kuching tu.  Suma org bergegas, rushing nak balik kan.  Kena berhati2, tak perlu berkejar2 pun kan.  Biar lambat asal selamat.

Anak2 smlm cuti sekolah sehari, so aku dah suruh kakak tolong kuarkan ikan bawal, rendam cili kering dan kemas sinki.  Aku sampai rumah smlm pun dalam jam 6.10pm mcm tu, terus jer masak nasik. Blender cili dan goreng ikan.  Sup ayam baki sahur masih ada lagi, so aku buat ikan bawal sweet sour dan sayur tumis nenas jer.  Yg ringkas2 jer.  Tumbukkan cili sikit tuk sambal belacan sbb ada ulam2 sikit kat fridge dari kampung.

Aku suka nak makan kueh2 kalau dah lepas2 bebuka.  Or lepas solat isyak dan terawikh.  Selalunya, karipap dgn popia mmg menjadi feveret aku setiap kali bulan puasa. Bdak2 pulak lebih suka tepung pelita.  Jadik semenetara aku masak, aku suh SP pi bazar kat Bandar Country Homes tu beli kueh.  Dorang kuar 3 beranak. Amal masa aku balik terbongkang tido dgn lena sgt.  Kalau bahan2 masak dah siap mmg cepat jer nak masak. Tapi since semalam tu nak blender cili, goreng ikan dan potong  bawang bagai kul 7.10pm baru siap suma. 

Mcm biasa kalau buka puasa aku dgn SP mmg akan minum air panas jer.  Selalunya teh o lah.  Bila dah dapat air panas baru lah makan nasik.  Sungguh aku rasa lapar yg amat sgt, tapi bila makan nasik 2 senduk kecik pun jenuh nak ngabiskan.   SP dgn Kakak bertambah2 dorang. Selera sesgt.  Dorang dua beranak tu baik sahur baik bebuka manjang jer berselera. 

Pagi tadi time bersahur pun aku tak lalu nak menelan nasik pun. Hari ni anak2 suma sekolah, harap2 Amal tahan berpuasa sampai ke petang. Smlm tu sbb dok kat umah mmg hampeeh, kul 9 dah makan.  Aku suapkan amal makan dan suh dia minum milo.  Aku pulak cuma minum quaker oat dan makan sebijik karipap baki semlam. Harap2 perut tahan sampai berbuka. Langsung x beselera nak makan mcmana?.  Lauk buka ikan dan sayur nenas tu masih ada. Nasik pun ada. So pg tadi mmg aku tak masak apa2 pun. Cuma panas2kan jer.

Smlm, aku menelefon akak, bertanya perihal mak.  Rupanya smlm tghari akak balik rumah ingat nak beri mak makan.  Mak kata dia nak puasa pulak.  Padahal hari tu dah tanya katanya x mau.  Since akak tak bagi dia makan sahur, akak kata esok jer lah mak puasa. Mak angguk.  Smlm gak akak kata, mak long datang ziarah mak. Tak tau dtg dgn siapa.  Sebbnya akak tau pun masa dia balik dan abang long yg beritau.   Biarlah, adik beradik mak kan, malas kami nak amik port sgt.

So maybe hari ni mak puasa lah kot, sbb smlm akak kata nak kejut and suruh mak makan sahur.  Lately ni mmg aku rasa risau semacam. Terutama bilamana HP aku berbunyi time memalam tu. Suspens.  Tu sbb ada bberapa kali indon mana tersalah telefon berkali mmg aku rasa nak maki jer.  Yelah, tepon memalam dah bape kali kata salah nombor tak paham2. Mmg nak kenalah kan.

Aku rasa masalah tak bole tido malam aku tu maybe sbb mak jugak.  Kadang2 bila aku stat memikir pasal mak mula la aku rasa sedih, rasa nak nangis jer.  Adakala pulak aku rasa sebak jer kalaulah ttba dapat panggilan pasal mak.  Tak bole aku  bayangkan.  Masa arwah pak meninggal dulu aku tak pernah tergambar pun. Masa tu tghari sabtu, aku tgh tido kat sofa, ttba akak kol bgtau arwah pak dah pegi.  Aku rasa mcm mamai2. Mcm dlam mimpi sbb tak pernah kan.  Jadik aku selalu je membayangkan kalaulah satu hari nanti aku dapat panggilan sebegitu cam ner lah aku nak handle?.  Bukan lah mintak mak pergi kan tapi memandangkan keadaan mak tu, aku rasa kami suma harus expect the unexpected kan.

Alhamdulilah, pagi ni kat off aku rasa lega.  Batuk dah hampir2 gone. Kalau ada pun sesekala jer. Tak seteruk beberapa hari yg lepas, tak seteruk smlm.  Moga batuk aku terus pgi dan tak datang2 lagi.

For hari ni, since anak2 suma dah sekolah balik aku  bole bayangkan keadaan jalan akan makin teruk dari smlm.  Kakak pun  balik awal.  Pukul 5.30pm.  Mmg dah pesan kat dia utk masak nasik dulu. Maybe kalau lambat sgt petang nanti, singgah bazar beli kueh or beli main lauk. Ikan bakar or ayam golek.  So that balik umah aku bole goreng sayur jer.  Tak pun tambah dgn buat sambal telur.  Aku pun ada rasa nak makan kueh2 lembik dan manis2 hari ni. 

Semoga dgn kesihatan yg bertambah baik ni puasa aku lebih baik dari smlm.  Dapat menunaikan solat sunat terawikh, dapat buat solat2 sunat yg lain insya Allah.


2 comments:

~finee~ said...

selamat berpuasa sis, first time singgah sini, sis i rasa ambik nebulizer tu blh batal puasa..sbb gas tu masuk dalam hidung n mulut..sis try cek ye dgn org yg lebih arif..:)

nor said...

gas bukan cecair..makruh saja..bukan menjolok sampai ke anak tekak..sama saja dgn org yg sedut oksigen..
makruh la..
apa pun Allah maha pengasih dan penyayang dan maha mengetahui ..kadang kala kita cepat nau mengesahkah sah atau tidak..
Ubat utk kesihatan adalah diharuskan..