August 1, 2011

Ramadhan yg suram

Alhamdulillah, syukur pada Allah dgn limpah kurnianya dapat kita menyambut lagi kedatangan ramadhan buat kesekian kalinya.  Syukur jugak sbb Allah masih panjangkan umur kita untuk menunaikannya.

Hari jumaat lepas, aku tak sihat. Keadaan batuk aku menjadi2. Jadik aku amik keputusan nak MC jer.  Dapat lah gak berehat sikit2 dan stay away dari off pnye aircond.   Delin pun x sehat. Asthma dia datang. Jadik aku dgn dia ada kat umah hari jumaat tu.  Pagi tu walau dalam larat tak larat aku kuar ke NSK. Bawak kakak, bawak delin.  Beli barang dapur mcm bawang cili kering dan sewaktu dgnnya.  Persiapan untuk puasa wlaupun ala kadar tpi harus jugak bersedia.

Petang bila anak2 yg lain ke sekolah, aku tinggal dgn delin. Sempat juga mengemas umah dan mengemas dapur sikit2.  Hari Jumaat tu aku mmg tak masak. Jadik kami makan kat kedai jer.

Lepas maghrib kami bergerak balik kg kg.   Kami tiba kat kg pun dah agak lewat cam tu.  Pukul 11 kot lebih kurang. Masa kami sampai mak dah tido tpi gaknya dgr kami datang dia terjaga gak.  SP jenguk mak dalam kelambu. Aku pun intai. Mcm tido jer mak tu jadik malas nak ganggu.

Aku bersembang dgn akak entah sampai kul bape gaknya.  Lepas masing2 ase ngantuk suma pun masuk tido. Pukul 1 pagi kot ribut berserta hujan lebat.  Sungguh ngeri dgr angin menderu2.  Dalam samar2 tu aku nampak akak dgn anak dia turun dari atas dan terus masuk dalam kelambu mak. Meneman mak tido.  Sejak 2-3 hari tu pun mmg malam2 jer ribut dan ujan lebat akak kata.  Bimbang kot2 mak sorang2 rasa sunyi dorang turun temankan mak.

Sementara aku ada kat kg, pagi2 bila bangun tido kami angkat mak kat atas kerusi roda dan tolak dia keluar.  Tukarkan pampers dia, basuh dan sabun punggung dia.  Kalau biasa pepagi akak sorang2 dia mana larat nak angkat mak, dia tukar jer pampers mak kat tilam.  Jadik bila aku ada, aku suggest mak bangun dan basuh kat luar. Lebih senang dan bersih kan dari lap2 jer.

Resminya kalau dah sakit kan. Bau kencing tu mmg sgt hancing.  Apalagi kalau tak basuh bersih. Bau tu mmg melekat kuat.  Sbb tu tiap2 pagi akak siapkan air panas tuk mak cuci muka, kumur2., akak akan tukar cadar mak, tukar sarung bantal, tukar selimut.   Yg kami risau, lalat dah mula ada. Tu pun kami jaga bersih2 pun masih lalat boleh datang. Lepas suma dah siap mak pun dah tukar baju, baru beri dia sarapan. Dia cuma nak makan ringan2 jer. Roti kering or biskut kering yg direndam dgn air teh panas.

Abg long pulak kalau dia tau aku ada balik, mmg dia tak datang tolong angkat dan mandikan mak.  Takpe lah, hari2 biasa petang mmg dia datang, so aku tak kisah kalau aku ada dia tak datang pun.  Petang dalam kul 4 lebih, kami mandikan mak. Sabun badan dia. Sabun punggung dia. Dia pun since bole gerak dan tangan kiri masih kuat, dia sendiri akan amik sponge basuh dan sental2 kat celah2 kelankang dia.  Kat tmpat sulit dia pun dia sabun.  Kami dirikan dia dah basuh seluruh badan celah2 suma dgn sabun berubat. Takut2 kalau ada melecet ke apa kan maklumlah dah sakit gitu.

Lpas siap mandi boh bedak2 sikit, aku minyakkan rambut mak. Sikatkan rambut dia.  Tukar kan baju, pakaikan pampers. Biarkan dia duduk sekejap.  Karang baring jer susah jugak kan. Mak benarnya masih bole gak jalan, tapi kena ada dua org pimpin dia. Pulak tu dia x bole diri2 lelama. Penat.

Mak mmg dari muda sampai tua tak minum susu.  Susah sgt nak suh dia minum. Akak dah beli susu anlene, dia rasa sikit jer pastu terus tak nak.  Hari tu aku beli calcium tablet yg masuk dalam air tu kat pharmacy dgn harapan mak nak minum. Kuat la sikit tulang2 dia kan.  Baru seteguk dia terai langsung tak nak.  Aku nak bawak mak pi klinik jmpe dr, saja2 nak check, pun dia tak nak. Abis nak buat camne. Kami diam jer lah.

Waktu tghari, akak blender nasik dgn lauk2 sekali. Exactly mcm nak bagi baby makan tu.  First 5-6 suap pertama tu dia makanlah dgn berselera, pastu dah pelan2 terus stop. Langsung taknak.  Byk minum air jer dia.  Petang pulak ada gak aku bagi dia kueh tako tu, baru satu jer dah tak mo.  Dia teringin nak makan mertabak pisang masa hari sabtu tu. Bgtau kat aku. Mula2 aku ingat apa, rupanya dia suh beli kan mertabak.  Takde rezeki,sbb org tu tak berjualan pulak hari sabtu tu.  Hari pagi tu kami kuar ke pekan jap, baliknya kami singgah umah Pak Din.  Pak din ialah adik angkat sesusu mak.  Dia mmg arwah nenek bela dari kecik dan disusukan. Jadik kiranya dia dgn mak mmg adik beradik sesusu. 2 hari seblum mak jatuh dan terlantar tu, pak din ada datang umah. Lama katanya beborak dgn mak. Maklum dorang tu jumpa jarang2 walaupun agak dekat gaklah umah pak din tu.  Bila kami beritahu pak din, dia pun mcm terkejut sbb katanya baru jumpe org kg kat hspital sehari seblum tu bgtau mak sakit. Dia ingat sakit biasa2 jer. Maklum mak tu salu sakit kaki, lutut kan. Tapi bila kami dtg mmg dia terkejut sungguh.  Tak lama kami sampai kat umah, pak din pun sampai. Nangis dia tgk mak.  Tapi yg aku dgn akak mmg pelik dgn mak.  Bila ada org datang ziarah ke, dia tgk org tu kejap pastu muka dia akan berpaling. Tgk ke belah lain. Dgn pak din pun cam tu.  Pak din cakap2..dia diam jer. Tgk jer, takde pun jwp apa2. Selebihnya kami jer yg sembang dgn Pak din. Mak pandang kat belah laen.  Kalau ada org kampung or jiran2 datang ziarah pun cam tulah keadaan dia. Dia diam jer. Org tanya kenal tak? dia angguk. Org kata sakit tak? dia geleng kepala cam tu lah.

Sabtu malam ahad tu, aku minta izin SP utk tido dgn mak.  Aku fikir manala tau lepas ni aku langsung tak berpeluang tido dgn mak kan? Delin nak ikut sama, so aku dgn delin tido dgn mak malam tu.  Dekat pukul 5 kot,  ujan lebat turun berserta dgn ribut dan angin sekali. Since aku mmg batuk2 tak henti2 mmg dah beberapa malam aku tak dapt tido lena, terganggu dgn batok.  Bila terjaga aku tgk2 kat mak gak. Aku tgk lena jer dia tido takde pun terjaga ke apa.

Hujan pagi ahad tu membawa sampai ke siang. Seisi rumah kesiangan bila kul 7.30am baru terjaga.  Sumanya berselimut kerana kesejukan. Aku tgk mak, delin pun sama. Sbb delin tido kat tgh2 aku tgk tangan mak dok pegang tangan delin jer masa tido. Mgkin mak rasa selesa kot sbb ada org meneman tido, tu sbb dia tido dgn lena sekali. 

Pagi ahad tu aku pi pasar pagi berdekatan dgn kampung.  Rezeki mak, rezeki kami ada jugak org jual mertabak pisang tu.  Aku beli 5 keping, beli sayur2 dan lauk sikit tuk masak tghari. Sampai kat umah terus je bagi mak makan mertabak tu.  Byk gak dia makan.  Tghari bila beri makan pun sama jer. 4-5 suapan penuh bersemangat lepas tu stop terus. 

Petang Ahad tu aku dah nak balik ke rawang balik, so pukul 4 mcm tu aku dgn akak dah mandikan mak.  Lepas mak dah siap2 suma, baru aku mandi dan solat asar. Aku rasa mak tau kami nak balik sbb nak bersiap2 mengemas. Dia tak cakap apapun. Tapi dia tgk jer. Lepas siap2 kami gerak lepas solat asar.  Masa aku salam mak, aku peluk mak. Tapi mak mcm takde reaksi. Sedih pun tak, apa pun tak. Muka dia betul2 expressless. Cuma dari mata dia aku tau dia sedih kami nak balik, peliknya takde airmata pun . Klau masa dia sihat tu kadang2 dia nanges gak masa kami nak balik. Tapi semenjak dia sakit ni betul2 berubah. Dia banyak diam, memerhati.  Aku dah tak pernah tgk dia mengalirkan air mata lagi. Yg aku tgk muka dia memandang penuh sayu jer. Bola mata dia mcm ada satu perasaan yg aku sendiri tak bole nak tafsirkan.  Ramai gak org datang dari hari sabtu sampai ke ahad tu melawat dia. Tapi dia diam jer, tak ada respons. Takde reaksi. Cuma sesekali jer dia akan berckp dgn akak.  Selebihnya pandang jer.  Ada jugak aku dgn akak tanya mak nanti nak puasa ke tak?.  Mak geleng kepala.  Dia tak mau puasa or tak larat puasa. Sbbnya dia kuat minum lately. Satu hari byk kali dia minum sbb rasa haus kot, tu sbbnya.  Aku dgn akak benarnya pelik jugak. Sbbnya mak pun x mo solat.  Sebenarnya bole jer kalau dia nak. Masa lepas mandi petang tu dia masih bersih tu bole je solat duduk dan qadha solat yg tertinggal kan. Tapi entahlah, mak tak de pun nak mintak tunaikan solat ke, takkan kami nak paksa??.  Jadiknya, kami biarkan jer. Mgkin dia rasa tak bole solat sbb keadaan diri dia tak bersih. Entahlah, aku dgn akak tak terjawab soalan tu. 

Dengan berat hati, aku gagahkan gak. Kena balik semula ke Rawang sbb hari Isnin aku dah nak keje. SP pun kena keje. Bdak2 jer yg bercuti sekolah sehari. Tapi kami tak. Lgpun aku rasa Hari isnin dah nak mula puasa. Hidup mesti diteruskan, sbb aku masih pnya bnyak tugas dan tanggungjwb yg harus diselesaikan. Justeru, aku tak bole berlama2 di kg walaupun hati meronta2 nak.  Lagipun aku harus singgah ke rumah mak long (kakak mak) kat Kuala Selangor on the way balik.  Memegang amanah Pak Din supaya beritahu adik2 beradik mak, aku gagahkan jugak walaupun kalau boleh mmg tak mau langsung singgah kat situ.

Dalam pukul 6 lebih mcm tu, kami smpai kat umah Mak Long.  Mula2 mmg dorang terkejut tgk aku terpacul kat dpan pintu. Mcm aku kata hubungan kami dgn adik beradik belah mak mmg tak rapat, bahkan ramai sepupu2 aku tak kenal langsung pun.  Berbeza dgn belah arwah pak. Adik beradik mereka rapat, bahkan aku dgn sepupu2 belah arwah pak pun rapat gak.  Didikan arwah nenek pada arwah pak adik beradik betul2 menjadikan mereka sgt rapat adik beradik berbanding dgn mak.  Aku terpaksa mengenalkan diri pada mereka, baru lah mereka kenal.

Like i said, aku mmg tak suka pi umah mak long tu.  Aku dgn SP jer yg masuk. Anak2 masih kat dlam keta. Ada yg tido ada yg tak, tp kami sengaja soh dorang dok dalam keta supaya kami tak berlama2 kat umah tu.  Fair enuff, bila aku bgtau mak long mak sakit, mak long mula lah bukak cerita grandmother dia tu. Bebel2 kata mak tu mmg dari muda x mau jaga badan, makan jamu bla bla. Katanya mak dulu rajin sgt mencucok ubat perancang keluarga sbb tu mak tu sakit gitu. Kaki tak kuat..tak mo beranak tak makan jamu2..bla bla bla. All the same grandmother stories tiap kali kami datang beraya kat umah dia. Sbb tu dia patut x bole salahkan mak kalau tahun lepas mak tak mau ikut beraya kat umah kakak dia sendiri!!.  Suami mak long lagi teruk.  Kalu mak ada mcam2 benda dia ktanya depan. Smlm tu mujur pak long tu dah tak berapa sihat dan tak kenal org sgt. Klau tak harus.

Bila org dah kata macam2 pasal mak kita, harus kita rasa sentap dan sakit hati kan? Yg mengata pulak kakak kandung,sedarah sedaging dgn dia. Dan yg mendengar pulak anak kandung kepada org yg dikata.  Pedih,sakit, geram suma ada dalam hati aku.  Tapi sbb aku tak mau berlama2 dan malu dgn SP akan situasi tu, aku mintak izin nak balik.  Dgn alasan, anak2 tido kat dalam keta dan nak tiba umah sbelum maghrib.  Tak sempat pun dorang hidang air!!.  Aku dah tak sanggup dan kuasa nak dgr mak dikata, dihina2 gitu. Siapa mereka nak mengata2 mak sedemikian rupa?.  Bukan mak mintak jadik sakit cm tu, bukan mak mintak nak terlantar dan berpampers gitu. Itu suma kan dugaan tuhan? bukan sbb pil perancang ataupun apa.  Kami punya enam beradik ..rapat2 jugak, kalau mak ambil pil perancang pun itu urusan dia dgn arwah pak kan? tak perlu org laen nak sbok2 mengata.  Ya mmg aku tau anak2 mak long ramai..exactly? aku taktau bape org..tp aku rasa more than 10 org kot?..

Sakit hati aku tuhan jer yg tau. Lepas masuk dalam keta cepat2 kami blah. Aku luahkan rasa tak puashati kat SP.  Bagi aku atas sbb itulah mmg aku kalau bole tak mo kenal pun sedara mara2 sebelah mak kecuali Pak Din. Mmg aku rimas.  Mak ada sorang lagi kakak (Mak ngah) dok kat Parit Buntar. Dia ada gak datang umah melawat2 mak few months ago. Masa tu mak sihat lagi. Dan mak ngah pun mmg jenis sihat dan aktif lagi so bebas lah dia kesana kemari.  Bayangkan mak Ngah pun x mau pergi melawat kat umah mak long tu..aku rasa sbb yg sama cam kami rasa kot, entahlah.  Pastu mak ada sorang lagi adik bongsu. Adik beradik mak 3 perempuan dan hanya Pakdin jer lelaki. Tu pun Pak Din pun anak angkat. Bukan dari darah daging mereka. Cuma hubungan adik sesusu jer. Adik mak yg bongsu (Mak Su) tu pun sama. Hampeh gak.  Duduk kat tg malim, yg aku ingat masa arwah pak meninggal pun dia tak datang!!. Masa arwah pak sakit pun aku tak ingat dia ada dtang melawat pun tak.  Anak2 dia pun aku tak tau berapa  belas org, tak pernah tau dan malas nak amik tau.

Adik beradik belah arwah pak yg dah datang melawat mak langsung pun tak kutuk2 or kata apa2 pada mak.  Bahkan dorang beri kata perangsang pada mak supaya makan byk sikit untuk dpat tenaga. Dorang beri mak ayat2 yg bole dibaca untuk membantu. Dorang datang dgn rasa tenang, berbicara dgn tenang dan beri kata2 semangat yg mak bole pulih mcm biasa. Bkan mcm mak long. Penuh dgn negative thoughts..

Aku dah tunaikan amanah pak Din untuk beritahu mak long yg mak sakit, terpulang pada dorang nak datang jenguk ke dak. Bila aku sms akak dan cerita situasi tu, akak pun marah sama.  Akak kata, yg penting kita dah bagitau dorang. Kita tak harap dorang nak dtang tgk ke tak. Terpulang lah.  Besok2 bila mak dah takde jangan kecoh2 kata kami tak beritahu pulak kan.

Jadiknya, ramadhan kali ni mmg penuh kesyahduan dan kesayuan serta kesuraman.  Memikirkan keadaan mak yg tak berapa menentu tu. Tapi sebagai anak2nya, kami suma akan sedaya mungkin menjga dia sebaik2nya selagi hayat nya masih ada.  Tak kira berapa lama lagi kami kena jaga mak dalam keadaan begitu kami pasrah, kami terima ujian ini dgn redha.

Masa balik kg pun aku smpat beli baju melayu utk amal dan SP, sepasang baju kurung tuk delin.  Untuk aku sendiri blom ada, or rather belum rasa nak beli pun. Baju  kurung anak sulong aku si Kakak pun belum beli lagi,mgkin last minit nanti aku bawak dia beli jer kat kedai kat pekan rawang tuh.  As tahun ni aku kena beraya kat Johor dulu, semakin sayu lah hati aku teringat mak.  Apalagi bila teringat kakak yg akan bersusah payah time raya nanti sbb aku dgn kakak no 2 masing2 akan beraya kat umah mertua.  Aku cuma mengharap adik ipar dan kakak ipar dapat lah tolong kakak time raya nanti.  Mmg aku dah bgtau akak tak payah susah2 nak buat biskut ke apa2 tuk raya nanti. Kita beli jer ala kadar. Lagpun akak sbok dgn keje, sbok dgn jaga mak, kesian dia nak bersusah payah buat semua. Nanti aku orderkan jer dia kueh raya kat kawan ku kak Salmi tu.

Ramadhan kali ni bole dikatakan penuh dugaan dan cubaan buat kami. Tapi sebagai hambanya kami redha. Kami juga bersyukur sbb Allah memilih kami untuk menerima ujian ini. Dia tau kami bole menempuh dgn sabar dan tabah. Dia tau kami bole jaga mak sbb itu dia beri kami ujian ini.   Sekeras mana pun hati kita , sedegil mana pun kita marah, tersinggung atau sakit hati dgn ibu bapa kita, percayalah sekiranya korang diberi peluang menjga mereka ketika mereka sakit pasti korang akan rasa sayu dan insaf. Pasti korang akan rasa bersyukur sbb Allah beri peluang untuk merasa menjaga ibu bapa kita sebagaimana dorang jaga kita masa kita kecik dulu. Mandikan kita, bersihkan kita dari kencing dan berak kita. Suapkan kita makanan, bedakkan kita, sisir rambut kita, pakaikan baju kita. Pastikan kita bersih, wangi dan selesa.  Sekarang, bila kita diberi peluang melakukan perkara yg sama pada mereka percayalah...ia satu perasaan bangga, sayu, sedih dan gembira yg mmg sukar di tafsirkan dgn kata2..Doakanlah moga kami sentiasa Sabar dan redha. Semoga kami sentiasa menjaga dia dgn ikhlas selama mana hayatnya di kandung badan. Mudah2 han..

No comments: