July 14, 2011

Kisah Rumah tangga, ada ada saja..

Ada sepasang somi isteri yg dah lama gak hidup bersama.  Si somi ni kadang2 agak giler melampau kelakuan dia.  Tak tau lah tu cara dia nak menzahirkan keromantikan ke apa kan, tapi ada kalanya buat si isteri rimas dan memendam geram...

Suatu subuh, hari berkerja...si isteri yg mithali cam biasa bangkit awal. Masak apa2 yg perlu dan patut buat peninggalan anak2 utk makan seblum ke sekolah.  Si somi cam base, masih lena diulit intan.  By time si isteri siap masak bagai dah kul 6.30pagi pun.  Sementara nak mandi dan bersolat subuh si isteri dok mengejut si suami dan si hero kecik yg mmg dua2 bapak borek anak rintik, susah bebenor nak bangun.

Dah si isteri siap mandi bersolat dan bersiap, si anak pulak baru terheg2 mandi dan bersabun.  Si suami mandi kat bilik air sebelah.  Bila si isteri dah siap si anak dah hampir2 bersiap, si suami baru terkedek2 kuar bilik mandi, bersiap2 sambil bersedia nak bersolat subuh.  Selalu sgt si suami ni buat hati si isteri panas jer.  Sbbnya, sambil si isteri siap2 kan anak, berbedak bagai, si suami ni suka la cuit bahu, cuit belakang, kadang2 sambil cuit tu sempat jer cubit vontot si isteri. 

Well, si isteri ni sgt memahami..balas karang bermaksud akan terbatal la air sembahyang si suami tu. Kesian pulak kan dah berseluar dan berbaju kena masuk bilik air balik amik air semayang gitu.  Hampir hehari si suami buat cam tu. Si isteri sabar jer. Biarkan jer. Alah, mngkin nak manja2 gitu kan..

Namun, org kata tiap kali org tu bersabar ada jugak had2 dia kan.  Selama mana org bole bertahan asik kena buli jer kan.  Jadi pagi ini, ketika si isteri berjalan nak melihat cermin, anak dah siap berstokin, anak yg besar dah siap bukakkan gate dan grill, si suami mula nak buat hal cam selalu. Ttba masa berselisih nak ke cermin, tangan si suami cepat jer nak mencubit bonton sang isteri...Sang isteri terperanjat sungguh, tapi cuba bersabar..sambil urut2 dada...ingtkan dah sudah, masa si suami nak amik baju uniform dia dan pakai lagi sekali tangan dia nak mencubit..wah...sang isteri pnya kesabaran mmg dah diaras2 nak tenggelam jer...apalagi dgn geram  paaap, sang isteri tepuk bahu si suami..haaaa kan, padan muka!.  Sudaaaaaaah, sisuami mengeluh. Aiseh, dah batal pulak air semayang ai ni katanya..

Si isteri dan anak2 berdekah2 mentertawakan si suami...rasakan gitu.  Sapa yg suruh menjolok sarang tebuan kan?.  Sudah isteri bilang berkali2...jangan..jgan. Hari2 si isteri bersabar...hari ni amik kau.  Org kalau kena buli hari2, lama kelamaan pasti jadi berani dan melawan kan? tingkah si isteri..

Dengan tersengih2 kambing, sisuami terpaksa menyingsing seluarnya balik, menggangkat air semayang untuk bersolat.  Si isteri pasti, esok2 sure lah si suami takkan berani lagi nak bikin onar. Kerana sudah diwarning...sok2 kalau nak berlaku benda yg sama, sila lah jolok sarang tebuan....

Gitulah adanya..usik2 bawak bahagia. Resam hidup berumah tangga..ada ada sajer..

6 comments:

*Miss Geli^ said...

hahahha...gitu setail gurau ye kak? tka tak kira main tarik tali bra lagi..pedih!

Anna said...

tu lah Cik geli..memacam feel, gitulah masam2 manis Pramlee kata..bab tarik2 bra tu harus x leh buat..tu agak kelucahan melampau...anak2 dah makin besar dan makin paham ni susah sikit akan aksi2 terlampau dan terlucah gitu..kekekee

SyuQ said...

wah2 siapakah sisuami dan siisteri itu. ghase2nya cam kenai jer. ;-)

Anna said...

SyuQ,
identiti mereka terpaksa dirashiakan demi keselamatan negara..hahaha

HappyIrfa said...

xpelah..dia gurau ngan bini dia.jgn dia gurau ngan org lain dah la :-)

Anna said...

Irfa,
betul tu..dgn org laen bahayaaa