July 26, 2011

Bundle of....joy

Among friends aku tau ramai yg memandang sinis pada org2 yg suka beli pakaian2 kat bundle.Ala kedai bundle.. takkan taktau?. lau taktau tu mmg tipulah or saje buat2 taktau sbb malu??..naseb lah kan.

Aku honestly, mmg suka sgt bundle. Terutama baju T dan suar jeansnya. Bukan apa, aku ni dulu2 tu bersaiz besar kan.  Klau nak beli baju yg loose untuk badan yg comel ini mmg susah sgt tau nak dapat. Adalah dapat tapi ala2 sarung nangka gitu.  Aku ni pulak kalau ari Jumaat, pi off casual. Bole pakai tshirt dgn jeans atau pakai apa2 saja kecuali bikini dah bermuda beach gitu.  Dan sejak dah few years ni aku lebih selesa pakai tshirt lengan panjang.  Aurat satu, aku rasa dah tua pun satu. Maklum lah kita kan bertudung, kena la jaga sikit status ketudungan itu.

Aku pulak jenis tak suka pakai baju belapis2. Pakai inner lengan panjang melekat kat tangan pastu luar pakai baju t lengan pendek ala2 Ekin bini mawi tu..tight in lagi. Ish, sungguh aku rasa tak sesuai dgn tubuh ku ini. Mcm tak kena gaya.  So, aku lebih suka pakai T lengan panjang loose dan besuar jeans loose gitu.  T gitu hanya bole dapat kat bundle jer dgn harga yg murah.  Yg ori pun ada lah jugak tapi idaklah I rela nak spend RM199 for selai tshirt kan, ibarat hilang akal nak spend that much. Belanja dapur 2 minggu tu.  Which kat bundle selai baru ler RM25 jer.  Balik umah rendam semalamam, basuh boh daia softner sikit, cun lah jadiknya.

Untuk anak2 pun mmg aku biasakan sgt dorang pakai baju made in bundle.  Ala takat baju hehari tu kan. Kadang aku  beli jer 3 lai sepuloh hengget tu. Apalah bdak2 nak pakai baju2 mahal dan mewah2 gitu kan.  Ada takde time2 nak raya tu aku beli la dorang sorang 2 helai tshirt Polong ke, hape.  Tpi tak mahal pun. RM25 kebawah. 

Believed me quality suar jeans bundle mmg sgt2 bagus. Yg ada tu Levis orignal u.  Mmg la set org dah guna. Tapi aku rasa tak salah pun.  Toksah lah terpedaya dgn propa kata kot org tu ada penyakit kurap ke hape. Dorang dah siap2 basuh pun seblum jual kat bundle tu.  Suar bdak2 aku bole beli dgn rega RM5 selai kan of kos aku rasa sgt berbaloi.

Aku tak kesah kalau org tak suka nak pakai bundle pnye barang kan. Ye la kalau korang mampu, duit banyak bole spend beli suar jeans bdak2 selai dekat seratus hengget kan.  Aku tak mampu. Anak 3 org sekolah2 suma kan, harus bijak berbelanja terutama barang2 tak berapa perlu. Laen la kalau hal2 persekolahan haa, yg tu mmg no excuse.

Aku mmg ada satu supplier bundle suar jeans bdak2 dari Kelang tu. Mmg salu aku order jer kat dia.  Aku just bgtau dia ukuran pinggang dan pjg jeans yg aku nak. Beritau berapa budget cost, pandai lah dia nak adjust.  Tahun lepas dgn RM117 aku bole dapatkan sorang 6 helai suar jeans for Delin and Amal. Tak ke untung you?.

Kat sg besar mostly toke2 kedai bundle adalah kaum bumiputra. Mostly gak golongan belia.  Aku mmg salute dgn mereka yg bukak kedai2 bundle gini. Sbb kualiti barang2 dorang sgt bagus tau. Ada sekali tu aku beli selai tshirt.  Jenama yg mmg terkenal sesgt.  Tapi aku beli kat bundle dgn rega RM20 jer.  Bila aku pakai pi off, ada sekor mat salleh tegur aku cantek Tshirt yg aku pakai. Dia kata susah nak dapat benda tu. Ye la, sizenya agak besar. Pulak tu kat negeri omputih mmg dorang suka pakai tu kalau time musim2 dingin katanya. Dia kata jenama tu dah tak kuar production baju tu lagi. So kira yg aku dapat tu mmg limited edition gitu.

SP pun suka carik2 suar kat bundle. Suar slack, jeans suma dia beli kat situ jer.  Believed me, kat Sg Besar mmg fames dgn kedai bundle yg banyak sbb ramai rakan2 lelaki suka ke sana semata2 nak carik jeans..

Org2 yg bersaiz besar terutamanya mmg akan look for bundle size. Sbb tu size omputih.  Kalau saiz asia mmg susah sikit nak dapat.  Ce pegi ke reject shop tu. Aku rasa kualiti kedai bundle lagi cantek yet murah compared kat reject yg rega ntah hape2.  Baek beli yg baru terus kalau nak ikut rega gitu kan.

Syukur gak, anak2 mmg tak cerewet. Mmg dari dulu kami ajar untuk tidak terlampau memilih.  Bila pergi kedai bundle jer mereka seronok nak memilih suar jeans, kadang2 baju tshirt maupun jaket2 kulit u olls yg bole dapat dgn rega less than 10 hengget.  Sbb tu kalau kami berjalan kemana2 terlihat kedai bundle jer harus nak singgah dan tgk2 walaupun kadang2 tak membeli.

So, weekend ni aku nak balik Sg besar jenguk mak. Samping tu nak shopping baju melayu untuk lelaki2 melayu terakhir ku tu, aku gak nak singgah kat bundle. Nak carik suar jeans for Amal, for delin. Juga nak carik suar jeans untuk kakak yg saiz asik menambah jer. Dari 23, 25 now kena beli saiz 27.  Kalau budget 100rm bole dapat sorang 4-5 helai napa tidak kan?.  Cuma baju bdak2 kalau kat bundle tu tak berapa canteek sgt. Baju tu no hal,  bole jer adjust beli kat memana kan. Kat pasar malam pun baju tshirt polong bersepah2 dah la ni........so, apa lagi..lets go to Bundle..full of Joy gitewwww

4 comments:

NenekPenne said...

kat pasar malam tu barang tipu walaupun baru
kat bundle tu barang original tapi 2nd hand laa kan
tu bezanya

kalau dibagi pilihan i lebih suka bundle laa dari beli baju kat pasar malam

tapi apa pun i belum lagi terarah nak membeli di bundle

if u rasa tu lebih menguntungkan go ahead sebab once u pakai orang tak tanya eh u beli kat bundle eh? nope...

lagipun kalau u pakai yang tipu2 punya, orang akan notice compared kalau pakai yang bundle

u get what i mean?

SyuQ said...

bg sy, as long as benda tu blh pakai. klu setakat nak duduk2 umah n jenjalan mmg sy tak kisah nak pakai apa jenis pun janji cantik dimata, cantik dipandangan sidia dan cantik dipandangan mata org lain.

tp lain klu dah masuk bab pakaian kerja. mmg sy bermewah sket, tp berjimat. contohnya, sy beli time sale. mostly baju keje sy mmg dari seed, soda n zara. termasukla blazer n jaket. tp mmg beli time2 lelong la. paling mahal pun jaket almost 200 (beli dan x pernah tukar smpi la ni). sebab time keja kene ngadap bos, ngadap clients.

Anna said...

Net, betul..i setuju..

Syuq, ni baju basahan and baju suar bdak2 jer. Baju keje mmg kena beli mahal sikit sbb bole tahan lama..akak salu beli pants jer byk..Baju mostly ada tailor yg bole jaitkan blouse or longsleeve. Byk baju yg company buat ada logo..memcam kaler..so ulang2 tukar yg tu . salu mmg tunggu sales la nak borong suma baju keje..mmg berbaloi

nor said...

http://www.thisislondon.co.uk/standard/article-23972996-clot-busting-drug-helps-stroke-mother-speak-again.do

young mother left partly paralysed by a stroke can talk again thanks to a new clot-busting drug.

Sally Hockley, 35, lost the use of her right arm and her ability to speak. Her face was also left paralysed.

But doctors at University College London Hospital saved her from permanent brain damage by using drugs which seek and destroy artery blockages which cut off the supply of blood to the brain.

These clot-busters, known as "thrombolysis" drugs, can transform lives if used within a few hours of a stroke. They are not widely available on the NHS but doctors recognise they can cut the death rate from strokes and have a massive impact on recovery.