July 27, 2011

Redha..

3 Minggu lepas aku ada gak pi jmpe Dr Najihah. Masa tu sengaja jer nak MC benarnya.  Kepala ada la sakit sikit2 jer.  Nak amik MC pnye pasal aku ckp ler kat Dr Najihah yg pala aku sakit.  Dr tu check bp suma..nah kau..160/120.  Tinggi tu.  So dia bagi aku ubat darah tinggi for 10 hari. Lepas 10 hari katanya kena datang balik sbb nak tgk tinggi lagi ke dak. Pas tu baru leh decided kena makan terus sampai mati ke dak obat tu.  Masa makan ubat tu, peeh aku x leh tido lena.  Kejap2 malam terjaga.  Tiap 2 jam tido aku terjaga. Sudahnya pala aku ttap gak ada sakit walaupun tak sekerap selalu. Mana taknya, kurang tido kan.

Masa aku patut jumpa balik Dr Najihah aku demam, batuk dan selesma. Teruk sgt2. Tak tahan nak tunggu aku pi jumpa dr Mano kat klinik panel SP tu.  Again tekanan aku pun mcm tu gak..turun 5 markah jer.  Dr Mano bagi aku ubat gak. Tp ubat laen dari Dr Najihah bagi.  Ubat tu  buat aku tido lena.  Buat aku tak rasa sakit kepala lagi since.  Since ubat tu nak abis dah, bberapa hari byk sebok masa mak sakit ari tu, aku skip for few days. Masa tu ada la ase sakit2 sikit2 lagi tu tapi aku masih leh tahan until early this week.  Its starts again. Ase nak terkuar biji mata kalau time kepala sakit berdenyut2 tu.  Tambah pulak minggu ni penuh dgn pressure keje, pressure org tua disekeliling pressure dgn sesetangah maknusia yg perangai ntah cam hape kan.  So kepala aku pun this few days ala2 bengang2.  Kejap2 sakit. Kejap2 ilang.  Bila aku marah dan naek angin terutama dgn bdak2 kat umah tu, terus jer tangkap kat kepala. Dan aku rasa sungguh restless sgt. Pening, mual, suma pun ada.

Mlm tadi since nak bawak delin pi klinik sbb asthma dia datang, aku amik kesempatan gak nak jumpe Dr. Kali ni dr laen pulak.  Klinik Dr Ilham sbb dkat dgn umah.  Check pnye check..sampai 3x dr dok cek BP..fair enuff..masih sama bacaannya 155/120. Mmg tinggi.  Aku citer dari A-Z kat Dr Ilham pasal ubat2 aku makan sebelum ni.  Dan masalah x bole tidor tu pun aku cerita sama.  Byk benda yg dr tanya aku. Segala mala permakanan itu ini, begitu begini termasuk lah genetik.

Then Dr Ilham buat kesimpulan, ini mmg tekanan darah tinggi.  Cara hidup aku yg menyihatkan tu rupanya bukan jaminan utk aku tak kena penyakit ni.  Since arwah Pak, Mak, Abang Long, Abang ngah suma pun pengidap tegar. Belum lagi kira adik2 beradik seblah arwah Pak mmg dari atas sampai ke bawah tak kira lelaki or perempuan mmg suma pun ada masalah yg sama.  HBP.

Dari pada tu, aku dgr betul2 apa yg Dr Ilham bgtau dan nasihat. Dia kata aku nak kena makan ubat jugak.  Skg ni masih  bole dikawal sbb peringkat awal.  Ye lah, aku pun bukan muda lagi kan. Faktor umur, genetik suma pun penyumbang utama.  Lagi2 malas nak bersenam katanya.  Dia bagi aku ubat darah tinggi yg klinik dia ada for 2 weeks. Tapi seblum ubat tu abis aku kena datang balik jumpa dia dan check.  Pendek kata, lepas ni every month mmg kena buat pemeriksaan berkala.

Semua langkah2 pencegahan sudah lama aku ambil.  Tapi kalau nak kena, aku rasa tak ada apa yg bole kita buat pun kan?.  Terima jer lah dgn redha.  Selain tu berusaha, berikhtiar dgn makan ubat, bersenam dan menjaga permakanan.  In sense jaga makanan tu mmg dah lama pun aku amalkan. Cuma baru ni jer aku dah tukar guna garam biasa kepada garam sodium. Khas untuk pesakit yg ada masalah darah tinggi.  Garam tu pun gile bapak mahe.  berapa ratus gram jer rega pun dah 5 hengget lebih.  Tapi demi menjaga kesihatan, aku rela.  Afterall, bukan nak guna byk pun kan. Aku pun dah stat tak guna garam pun kadang2 masak tu.  Boh pun sikit je ..

Hari ni pun aku dah stat tak berapa sihat balik.  Dah mula batuk dan selesema.  Satu rumah pun kena selsema dah. Addeelyn was worst sbb terpaksa amik nebuliser for asthma semalam.  I guess jerubu dan cuaca tak menentu buat ramai org pun tak sehat.  Pnya la ramai org kat klinik malam tadi bawak anak2 kecik dek kerana batuk dan selsema dan ada yg demam.

So for now onwords, I have joined the club.  Kelab org2 berpenyakit tekanan darah tinggi dan kena amik ubat once a day.  By right, aku x leh stressed sgt. Tak bole marah selalu, kena salu bertenang dan bersabar..tu nasihat Dr Ilham malam tadi.  Biasanya bila marah akan buat adrenalin tu naek dan darah akan terus pi kat otak.  Tu sbb bila marah pala aku dan dan jer ase sakit amat sgt. La ni kalu aku suh bdak2 buat sesuatu dorang buat dhek jer aku biar jer. Tak kuasa dah nak marah2, nak naek angin. Karang aku sakit, aku gak yg susah. Buatnya tgh2 marah gitu collapse kan naya kan.

Hikmahnya kot nak dapat penyakit ni, supaya aku tak marah2 selalu. Supaya aku tk pressure dan depressed selalu.  Syukur Alhamdulillah, so far aku mmg takde masalah umah tangga ker hape.  Umah tangga Alhamdulillah, baek2 belaka. Cuma Isi umah tangga jer yg selalu bikin aku ribut. Salu bikin my blood goes upstairs.  Nak suruh mandi pun kadang bikin aku panas hati.  Tu belum lagi kes bergaduh, bertekak, berebut bilik air. Mujor lah aku partner aku sgt understanding. Bila aku dah tak bole kawal keadaan, baru lah dia keluarkan suara veto dia tu. Barulah suma pun mencicit dan terhegeh2 nak masuk bilik air for mandi.

Sungguhpun suara aku mengalahkan bini tarzan kalau berbunyi gaknya tu belum cukup nak buat dorang takut apatah lagi heran. Tu pasal buat dhek jer.  Belum kes hall bersepah lagi. Since aku ni mmg tak bole tahan kalau balik keje tgk hall bersepah, salu aku mintak tolong kakak to sapu n kemas umah pagi2 seblum dia pi sekolah tu. At least bila balik idakler terus menangkap kat kepala aku bila tgk umah cam tongkang pecah kan..

Since tak lama lagi nak berpuasa, Insya Allah makin mudah nak mengawal permakanan provided kena masak kat umah.

1 comment:

nor said...

pls exercise, jogging keliling taman setiap hari ke atau 4 kali seminggu helps. Bila orang darah tinggi beriadah ianya dapat mengurangkan ketegangan dan tekanan yang tinggi.
1 jam sehari pun takpe.. dan jaga makan ..kalau dilakukan berterusan insyaAllah ok..