July 11, 2011

BERSIH OH BERSIH...

Daripada sebok2 pi masuk KL time sabtu tu lebih baek ler dok umah jer.  Thats the plan.  Cumanya pagi2 anak2 yg dua org sek rendah tu ada kem solat kat sekolah.  Kakak pulak ada projek dgn rakan sekolah.  So lepas antar dak dua ke sekolah (dorang pakai baju melayu dan baju kurung raya) antar kakak pi Emerald West. Umah kawan dia.  Pastu aku dgn SP pi bekfast plak.  Since jaga kesihatan dek darah yg dah naek. SP pulak dgn kolesterol jahatnya justeru kami dua org harus hati2 dgn permakanan.  Bekfast lite2 jer. No more nasik lemak, no more roti canai.  Kalau ikut kenormalan sarapan pun mmg leh kira aku makan nasik lemak dalam sebulan.  Sekali pun susah.  Kalau ase teringin sgt tu baru ler makan. Roti canai lagi lah. Mmg tak bape minat pun.

Jadik masa dr kata tekanan darah aku naek tu aku ckp kat doktor.  Aku pnye eating habit bole tahan jaga. Tapi masih ada jugak camne tuh?.  Dr kata, mmg HBP mostly berpunca dari permakanan. Tapi faktor lain spt kurang eksesais dan genetik juga harus diambil kira..wah bab tu mmg aku surrender lah kan.  Sbb arwah pak mmg tegar HBP.  Stroke dia pun berpunca dari darah tinggi. Begitu juga mak yg skg ni on medications.  So atas faktor tu aku tak terkata.  Dr cuma bagi ubat lagi suh makan selama 10 hari, lepas tu kena datang jumpa dia check BP semula.  Dan juga dia nasihatkan aku supaya rajin2 eksesais.  Bersenam, beriadah dan yg sewaktu dgnnya.

So, hari sabtu lepas selesai suma tugasan kami balik umah.  SP berkebun. Aku menyidai kain2 yg never ending story tu, pastu mengemas hall, dapur, berus baju sekolah dan sental bilik air. Mmg berpeluh2 ler.  Maklum jadi bibik kan. 

By kul 11, kakak dah kol suh amik dia.  Aku masa tu dah siap2 nak memasak.  Menu sihat, ofkos lah bakar2 dan rebus2 ajer kan. Tak leh dah nak goreng2 sgt walaupun guna minyak bunga matahari.  Yg penting ada menu yg sihat untuk dua org yg berpenyakit dalam umah tu.

Petang pulak cam biasa lah lepas lunch masing2 carik port landing.  Adala kot aku tidor dalam sejam cam tu.  Sbbnya aku plan nak tgk Crossing Jordan yg termissed tu.  Lepas Asar, aku Sp dan bdak kecik dua pi joging.  Kat Emerald tu ada tasik yg ramai org joging keliling. So konon nak stat gaya hidup sihat aku berazam nak stat joging.  Sabtu tu satu round jer dapat jalan dan joging.  Berpeluh2 jugak. 

Bila malam tgk berita, wah mujur lah tak kuar kemana2. Dah ler keadaan lebuh raya jammed teruk sgt, keadaan kat KL pun huru hara gak. Org nak pi keje tak leh sbb jalan tutup. Aku rasa lenkali suh jer dorang tu buat perhimpunan kat Hutan tu. Bole gak tolong tebas or bersihkan hutan dari buat sampah kat bandar tu. Kena buang duit pulak sediakan makanan utk meka2 yg kena tangkap tu. Menyusahkan suma org menyusahkan polis2 suma.  Lebih baek le dorang tumpukan buat cegah jenayah. Ni tak semua terpaksa layan BERSIH.. Pada aku ni suma agenda pribadi politik tak kira apa lambang parti kan. Suma nya pentingkan diri sendiri dan tak pikir pasal org laen. Pulak tu minah yg bikin kecoh tu tak sudah2 bikin havouc lagi. Dari kes nak jadi peguam syariah, sampai kes Lina joy ..ish, dasar tau.

Pagi ahad pun sama. Bawak bdak2 kuar beli suratkhabar dan sarapan. Still aku masih cuba gak nak elak amik menda2 yg tak bagus untuk org2 yg bpenyakit kan.  I go for mee goreng kosong dgn sambal jer tu pun sikit. bdak2 biasalah dgn nasik lemak lah, cekodok lah.  Menu makan tenghari pun yg mudah dan simple. Bakar ikan cencaru. Buat sambal goreng pastu pecal.  SP sibuk dok pasang ventilation fan kat dapur tu. Dari hari sabtu lagi. Akhirnya siap gak.  Lepas ni x yah risau akan bau2 an kalau nak masak.  Maklum lah kalau dok menumis sambal tu satu umah membau kan..

Lepas lunch hari ahad mmg suma pun bantai tido. Maha hebat sekali sbb dari kul 2ptg sampai kul 5.30pm suma pun pengsan.  Bila Sp dah terjaga, dia mengingatkan aku untuk sambung joging lagi.  So smlm dapat buat 3 round kat lake. Aku rasa satu pusingan dkat 2 km..so kalau 3 pusingan??..not bad . Cuma aku dgn kakak jer  yg joging. SP dok sebok cuba memancing kat tasik tu tapi tak dapat hape pun..

Mlam pnye aktiviti yg tak pernah sudah sampai bila2 ..Kain, kain kain.  Walaupun tak suka, menci dan menyampah kan kena layan. Some how aku rasa kain ni mmg never ending story dan tak leh nak escape.  Kakak pulak mmg malas nak melipat kain katanya. So aku choose to lipat kain yg menimbun2 tuh...SP choose to basuh n sidai kain, kakak opt to gosok baju sekolah, baju keje ayah dan baju keje aku sekali..kaen oh kaen...gitulah adanya..

Dek kerana tido tak hengat petang tu, aku ada alami sedikit kesukaran nak tido malam.  Tak tau ler pukul berapa terlena.  Bdak2 dgn bapak budak sbok bergelak ketawa melayan citer kat Prima. Lucu benar dgrnya...aku x tau bila masa aku terhanyut. Sedar2 jam berbunyi dan rutin Monday blues pun bermula again...........

No comments: