July 8, 2011

Bosan dok umah

Semalam, aku MC. Hari Rabu petang tu aku pi klinik panel SP.  Fair enuff. Demam yg tinggi dan tekanan darah pun tinggi gak. Padanlah sakit kepala laen macam jer kekdahnya sejak demam nih.  Dr tak mo bagi ubat darah tinggi lagi. Tapi ubat apa ntah dia bagi. Katanya lagi 10 hari kena datang balik n check BP. Dia cuma suspect sbb demam tu pasal BP naek sampai 160/110..tinggi tu.  So dia bagi aku MC utk hari khamis. Jumaat tu kalau tak leh keje lagi dia kata datang balik amik MC lagi.

So, Khamis tu aku terpaksa belakon cam nak gi keje. Antar amal kat umah baby sitter pakai baju keje.  Lepas antar dia SP antar aku balik umah.  Since delin masih tido dan aku x mau dia tau aku ada kat umah, aku berpakat dgn kakak.  Takmo bgtau delin. By 9.30am Kakak dgn delin pi mengaji, kakak akan antar delin pi umah bbysitter.

Aku tido kat bilik kakak kat belakang. Tutup pintu.  Antara sedar dan tidak aku dgr gak suara delin masa kakak suh dia mandi dan bersiap.  Aku stat tido dari kul 7am aku rasa bila aku terjaga kakak balik dari mengaji dan antar delin dah kul 10 lebih cam tu.  Aku sambung baring depan TV pulak lepas tu.

Smlm, mmg aku tak larat nak makan apa2. Tekak rasa pahit dan semacam. Mcm ada benda geli2 tersangkut kat tekak.  Sbb nak makan ubat, aku buat teh susu dan makan bberapa keping biskut jer. Smlm Kakak puasa so aku x yah sesusah nak masak ke apa seblum dia pi sekolah.

Dalam sakit2 pun, mana bole asik terbaring jer kan.  Basuh kain sidai kain. Kemas umah sikit. Lepas kakak pi sekolah kul 12.30pm aku sambung tidor lagi.  Citer kat tv pun ntah hape2. Sungguh bosan giler.  Kejap terjaga..mana dapat tidor straight pun.  Perut rasa lapar sgt tapi camne nak makan sbb tak lalu langsung. Lepas solat zuhur, aku tgk ada nasik smlm, so aku goreng. Tu pun makan bbrapa suap jer. Tekak pahit amats.  Aku amik sebijik epal hijau dan makan.  Pastu sambung tido lagi.

By petang, aku gagahkan bangun.  Aku kena masak. Sbb karang bdak2 balik sekolah, SP balik keje mesti lapar.  Nak nak lagi kakak puasa.  Aku laratkan gak walau dalam mamai2 gitu.  Aku masak nasik, kuarkan isi ayam. Buat paprik.  Pastu aku ptong2 kentang, goreng sekali dgn kacang tanah dan ikan bilis.  Pastu aku buat sambal cili kering aku gaulkan sumanya. Bdak2 mmg suka makan tu. So aku buat benda2 ringkas yg dorang suka jer. lagpun tuk SP ada singgang ikan malam tadi tu bole dia buat lauk.

Pukul 7pm suma dah balik umah. Kesian dorang terpaksa layan diri makan sendiri. Aku betul2 rasa kepala melayang2 lagi.  SP tiba umah pun dah dkat kul 8mlm. Bdak2 dah selesai makan.  Betul telahan aku, dorang selera sungguh makan sambal goreng kentang tuh.  Masing2 bertambah nasik.

Aku menemankan SP makan walaupun x ada selera. Sesenduk kecik nasik, gaul dgn kicap boh sambal goreng tu jer lah aku makan semlam.  Lepas solat isyak, aku makan ubat dan terus tido sampai ke pagi. Aku pun x sedar yg SP dah siap basuh baju suma. Kemas pinggan mangkuk kat sinki.  Pepagi aku bangun dah kemas dah...

Hari ni, aku gagahkan pi keje gak. Sbb kalau kat umah karang aku lagi sakit. Bosan. Lagpun aku susah nak belakon lah. Tak suker tau nak berlakon ala2 pi keje padahal tak. Susah nak menyorok dari Delin...

Gitulah adanya. Sbb bos dah terbang balik ke scotland for 2 weeks, aku rasa lega sikit. At least aku leh lepak2..tak yah buat keje sgt pun.  Just tunjuk muka jer..itu dah cukup kan. Keje belakang kira..huhu

No comments: