June 6, 2011

From 0 - 1052 km pnye perjalanan Part 1

Despite of all sakit hati on Friday tu kan, kami teruskan gak perancangan kami pi bercuti kat Utara seperti yg dah dirancang semenjak akhir tahun hari tu.  Sabtu dgn Ahad tu kami tak pi memana pun. Bersantai2 dirumah jer. Mengemas, mengemop, membasuh dan segala2nya lah. Maklum aku ni kalau nak berpergian lelama gitu harus make sure umah aku tip top dulu. Dapur harus bersih dan suci.  Nanti kalau dah balik coti penat2 gitu tgk umah cam kapal tebalik sure aku jadik meroyan.  So mmg dah jadik habit kami laki bini, seblum balik kg ke hape make sure dalam umah kemas dan berseh.  Takde sampah2 yg tak dibuang yg akan menerbitkan bauan kan.

Pepagi Isnin, dikala org bertungkus lumus bangun nak pi keje, kami anak beranak leisure2.  Sbb nak memulakan perjalanan awal2 pagi kan, dah pesan kat anak2 utk get ready and kuar umah seawal mungkin.  Dalam kul 7 lebih kot kami dah gerak.  Prancangannya amik jalan lama sampai ke Ipoh then kuar dari Ipoh naek ke hiway smpai lah sg Petani gitu.

Well, konon malas nak sarapan kat area2 Rawang kan..carik pnye carik jalan pnye jalan padan muka..takde satu kedai makan pun bukak lagi dari Tg Malim - Bidor..Pe hal org perak ni?? tak bangun pagi bukak kedai ke hape?.  Akhirnya kami singgah kat Tapah.  Ala hentian seblah masjid yg charge harga mahal nak mampus tuh.  That was 2nd time kami singgah makan situ. Last time masa turun dari Cameron. Masa tu ramai2. Ada 3-4 family anak buah dan kak ipar. Pun makan kat kedai lain. Dalam ramai2 tu dia charge Rm60 lebih ok lah kan. Rasa tak ler ralat sgt. La ni kami pilih makan kat gerai no 3 kot.  Alang2 dah kul 9 lebih kan haaa kau terus amik brunch. Makan nasik putih terus. Gila mahal. Tiga orang amik nasik pun dkat tigapuluh ringgit. Mmg giler charge pnye. Tapi sbb pasal makan kan. Malas nak bising2.  Cumanya next time takdak la singgah lagi.

Teruskan perjalanan sampai lah ke pekan Ipoh. Then terus masuk hiway hala ke Utara. By that time dah tghari rmbang pun. Panas  yg amat2 tau.  Singgah sebentar kat hentian sg Perak. Nak kencing lah apa bdak2 tu kan.  Beli buah2 sikit buat kunyah2. Beli air kopi buat SP yg dah mula tersengguk2 ngantuk.

Jauh giler aku rasa siot.  Gamaknya org yg drive nak balik Kedah, Perlis dan suma tuh..weh patah pinggan tau.  Kami akhirnya sampai kat Sg Petani dalam pukul 2 lebih. Menjajau2 gak dalam pekan sg Petani tu mencarik hotel nama amanpura tu  kan.  Buat sedikit kesilapan. Sbbnya masa seblum sampai hotel tu patut makan or tapau ler apa2 dulu kan. Mana tak, last makan nasik kul 9lebih. Dah dkat kul 3 sure perut menggila kelaparan.  Lepas check in masuk hotel suma...aku tak tahan lagi terus mandi. Wah belengas giler u olls. 7 jam tu baru smpai sg petani. Betul2 giler kentang tau.



Hotel nya sgt selesa. Biliknya pun luas. Yg tak best aku dah book for 2 nite dia book for a nite jer...hampeh betul tau...esok terpaksa la carik hotel lain pulak. Tak jadik kerja betul depa ni..



Mcm biasa bila travel aku MESTI nak hangkut bantal kekabu kesayangan ku tu. Kalau tak tak jadik. Tak leh tido dgn bantal hotel yg spongy tu. Aku noticed sejak2 aku dah berumur sikit ni, mana2 pi mesti mau bawak itu bantal.  Cuma sarung jer lah kan ditukar yg comel sikit...since bilik tu besar, takde keperluan nak amik satu bilik extra lagik. Lagpun kami kan bawak MPV gitu..toto, bantal dan selimut leh masuk semua...bereh.




Bila dah sampai hotel yg ada kolam bagai apalagi anak2 terloncat2 ajak pi Pool. Sudahnya, kami kena kuar dulu carik makanan.  Pusing2 pnye pusing...dont blamed SP to get lost lah kan. Dah 20 tahun dia meninggalkan SPetani. Pasti memacam jalan dah berubah. Dah mcm2 bangunan ada compared 20 years ago. Sapa suruh kan? dah lama org ajak jenjalan ke sana tak mo..ni lah akibatnya.

Kami makan kat gerai berhampiran bas stand tuh. Mmg sedap lagi murah lah makanan kat Sg Petani ni. Mana tak kami makan nasik campur, siap tapau 2 bungkus nasik goreng ayam for malam, 2 bungkus laksa..bersama air yg diorder sorang satu tu totalnya tak sampai RM20 hengget tau.  Siut kat Tapah mahal giler compared to SPetani kan.

Lepas makan balik hotel terus terjun kedua2 nya kat kolam. Lihat sajalah aksi2 summersolt dorang tuh. Tak koser. Kakak x turun join sbb dia tgh uzur gitu..so dorang dua dgn ayahnya jer lah yg berkubang. Aku pun malas nak terjun. Cuaca sgt panas gitu terasa terbakar kulit muka ai...tak sanggup.

Lepas sudah mandi lepak balik kat bilik. Ye lah nak tgk Nora Elena kan. Lagpun onething best pasal hotel ni ada astro. Walaupun x suma channel at least ada movie pun dah cukup bagus kan.

Makan malam cuma kat bilik jer. Yg ditapau petang tu. Nasik goreng ayam yg superb..Laksa yg superb. Sg petani pnye makanan mmg terbaeek.

Lpas maghrib, aku dok fikir2 samada nak stayed kat SPetani carik hotel laen or terus pi Alor setar dan carik hotel kat sana.  Aku ada janji nak jumpa Jas, teman FB aku tu. Mmg janji nak jmpe the next day gitu for lunch kan. So aku suggest kat SP, besok pagi2 kita pi jenjalan kat Tg Dawai dan merbok tgk Lembah bujang, then lepas kul 12 noon check out terus pi Alor setar.  Mlm tu few hotels aku kol..suma penuh belaka. So kami decided nak redah jer and carik ler mana2 tempat ada nak tidor. Lgpun SP dan janji nak jumpe kenkwn belajar dia kat Alor star on the next day.

Mlm tu Delin n Amal xbole tidor. Delin dgn selsema, batuk hidung sumbat dan macam2 lagi. Amal pun sama. Dorang dua ni kalau jalan jauh, pastu tido pulak bilik econ gitulah jadiknya. Nasib baek ada bawak bekalan segalamala ubat2 an. Aku takut sgt kalau delin kena asthma attack. Naya jer kena carik klinik kalau she need nebuliser kan. Mujur la selesema jer. So sbb dua2 dah tak sehat, aku ckp akt SP that esok kena carik hotel yg takde KOLAM gitu...................

Early morning, lepas breakfast..not bad lah BF dorang . Meehun sedap. Nasik goreng pun sedap.  So tambah lagi RM15 for kakak mmg tak rugi. Aku make sure dorang makan kenyang2. Seblum keluar. Sbb kami bercadang nak ke Tg Dawai dan Lembah Bujang gitu.

Hujan pulak turun dgn lebat masa dalam perjalanan. Tak jauh sgt dari hotel kami tinggal tu. Aku rasa dalam 20km lebih kot. Lalu kampung2..sawah2. Pemandangan biasa cam kat kg aku kat sg besar cuma bezanya ada background bukit2. Ada background gunung jerai. Walhal kat kg aku takde..suma lapang saujana mata memamndang.  Melihat keadaan bendang dorang aku rasa derang tak berapa jaga. Mana tak padinya nampak kuning dan tak sihat. Tak mcm kat Selangor. Suma hijau subur dan segar.  Begitu gak komen SP membandingkan bendang dorang dgn bendang kat kampung aku kan.

Sampai kat Jeti tg dawai..wah cantek. Pantai merdeka pun nampak dari jeti. Malangnya ujan lebat pulak tu derang kat situ sure lom bangun gaknya..senyap sunyi kawasan tu. Yg ada kami je anak beranak gitu...


Katanya kalau nak ke Pantai merdeka kat seberang sana tu kena naek bot dgn bayar RM2 sorang. Bdak2 tekinja2 nak naek bot ke seberang tuh..apa brang?? tukang bawak bot takdek u olls..


Tu pandangan Pantai Merdeka..wah ada lagu lebih kurang gini.. jauh pandangan permai disitu tanjung dawai... wahh felling cinta pantai merdeka..Hakikatnya, tg dawai tu idakler seperti digambarkan dalam lagu2 tu. Sbb tmpat tu base2 jer. Kg nelayan. Tmpat org punggah ikan. Anjing berkeliaran..kambing bersepahan..so nothing spesial lah. Pantai merdeka mgkin best..tpi kena seberang sana lah kan...

....takat ni dulu. Penat dah menaip diary coti2 mesia part 1 nih...insya Allah sok lusa leh sambung lagi. gambar pun lum abis transfer lagik...so x leh nak citer lanjut. Gambar takde tak best lah kan...

2 comments:

NenekPenne said...

bestnya jalan2...lagi best dgn suami kan... dulu penah buat, sekrang tak lagi... :(

Anna said...

Nek,
nikmati masa selagi ada peluang org kata..I percaya apa yg berlaku pada u tu pasti ada hikmahnya...sabar lah. Tak salah mengenang memori2 tu. Buat pengajaran org kata.