June 7, 2011

From 0 - 1052 Km Part II

Bila dah sampai Tanjung Dawai semakin laju pulak ujan turun mencurah2 gitu. Dah ler time pagi2 sejuk kan.  Amik la bberapa keping gambar kat jeti tu buat kenangan.


Lepas dari situ kami terus pi ke Merbok.  Lembah Bujang.  Di mana terletaknya muzium arkeologi kat sana.  Kakak yg beria2 sgt nak pi tgk.Maklum ada dalam mata pelajaran sejarah dia kan. Harus dia nak tgk.

Maklum ari keje. Mmg tak ramai org pun kat muzium tu.  Takde bayaran pun dikenakan. Tapi kita dikehendaki mengisi buku pelawat yg disediakan.  Bayangkan bermacam2 batu kat dalam muzium tu yg diukir oleh org2 terdahulu. Batu keras tapi mampu di ukir dgn begitu cantik sekali.   Yg ada tembikar2 lama dorang jumpa pun ada dipamerkan kat sana.  Its a good place to anak2 kenal sejarah tamadun manusia bermula. Bermacam2 menda yg bole dilihat kat dalam muzium ni.

Dekat luar pulak ada byk candi yg dibina oleh mereka2 yg dulu.  Pengaruh budaya  dan agama hindu serta buddha bole nampak jelas pada berbelas candi yg terletak di atas bukit tu. Cuaca masa tu redup. Tetapi mendaki buat ai semput gak u...



Souviner pun kat situ nan ado jer nak dibeli. Ada la keychain. Yg lelain x ada apa. Aku rasa mgkin x ramai pengunjung dan kurang sambutan kot so tempat tu macam tak happening. Senyap jer. Mcm takde org datang selalu. Aku rasa lah.

Lepas melwat2 kat situ abis, masa pun dekat2 kul 11 gitu. Kami rush balik ke Amanpura hotel to check out. Aku dgn konfiden dah kol Jas kata nak jmpe somewhere for lunch.  Cun2 pnye plan, ttba SP dapat panggilan kawan dia pulak kat Alor Setar mintak datang awal sikit sbb ada hal petang tu.  Musnah dan punah harapan aku nak jumpa dgn Jas. Kesian gak dgn Jas yg mmg nak sgt jumpa. Tapi apa kan daya, takde rezeki gitu kan.

Kami teruskan perjalanan ke Alor Setar ikut jalan lama. Meredah kampung2 dari Sg petani.  Byk kedai2 nasik kandar ditepi2 jalan. Byk gak gerai2 laksa di sepanjang jalan. Ntah nape, tak teringat plak nak singgah. Mgkin sbb dah kenyang breakfast ya ya kat hotel kot. Lagpun bdak2 kat belakang suma pengsan. Tidor.

By time kami sampai Alor Setar dah kul 2 gitu. Melilau2 kat bandar Alor setar mencarik budget hotel.  Delin pnye selsema masih ada lagi, so aku x mau amik risiko check in kat hotel2 berkolam. Karang bukan bole ditegah atau dilarang dia dari mandi kan. Since aku dg SP dah sepakat nak carik hotel murah2 jer.

2-3 kali pusing x ada pulak nampak.  Last2 nampak Ar Rayyan hotel kat seblah balai polis. Dekat dgn pekan rabu.  Tanya kat kaunter  masih ada bilik kosong. Satu bilik deluxe with  2 queen bed with RM75..bole sgt lah tu kan. First aku tnya econ ada?..TV ada?...sumanya ada.  Tapi biasalah kan..hotel takde bintang. Takleh expect hebat2. Janji bersih cukup.  Bdak2 sbok tanya takde kolam?..hahaha mmg sengaja x mau dok hotel ada kolam ok.  Petang sikit kami kuar ke pekan rabu. Jalan2 beli pekasam..beli dodol.  Tudung2 pun byk tpi toksah lah beli sbb aku rasa mahal. Yg baser kat jalan TAR tu rega sepuloh hengget kat situ jual tiga puluh hengget..tak kosser i..ada gak beli serunding, buah pala, ragi dan belacan. Ragi tu mak suka buat tapai, kata sini pulak murah jer lima puluh sen seketul. Kat tmpat mak pun sektul seringgit lebih. Sudahnya aku borong sepuloh hengget ragi tu tuk mak..dan tuk bby sitter aku yg suka sgt buat tapai tu..

Lepas maghrib tu, kawan SP datang nak jumpa dia. Ingatkan dia sorang so aku malas la nak sbok2 turun ke hape. Mana tau dia dtang bawak bini. Terpaksa gak kami turun.  Kami pi makan kat bandar.  Cis, bersepah budget hotel kat jalan tu.  Cantik2 lagi. 5kali cantik dari yg kami duduk tu. Pesal masa tghari tu kami x nampak pun?.  Tk apalah. yg penting hotel tu owned by muslim ada sejadah kat lam bilik cukup baek lah tu.

Kami ngeteh dan makan burger kat one of the gerai kat area tu. Gebang pnye gebang dah dkat pukul 11. Kwn SP tu pun minta izin nak balik. Dorang datang laki bini jer. Anak2 suma x mo ikut katanya.  Dan esoknya janji pulak nak singgah umah depa tu masa on the way nak balik.  Lepas dorang balik, kami pusing2 bandar Alor setar. Sbb tak plan pun nak kuar, kamera yg ada cuma kamera compact. Gambar pulak kurang memuaskan maklum gelap kan..

Ada beberapa gambar kami amik kat Masjid Zahir dan menara Alor setar.. buat syarat org kata.  Selebihnya leh tgk kat Fesbuk eh..


The next day, kami bangkit awal pagi. Ada janji nak jumpa Zidi. Kawan lama masa sama2 keje kat bangsar dulu. Zidi dah balik Alor setar balik dan keje kat sini.  Dah jadik manager pun kawan tu. Tapi masih single and available.  Dekat sejam gak kami borak2. Masa tu tergerak nak breakfast heavy. Kami makan nasik dgn kari ikan..ayam dan ulam2. Mmg sedap dan murah pulak tu. 5 org makan for RM 17 mmg heaven tau... lepas tu kami mintak diri lgpun zidi tgh keje. Dia kuar pun sbb kata nak jumpa client..padehal nak jumpa aku n family.., lgpun bdak2 sbok nak pi umah Dr Mahathir..lepas dari situ nak pi umah kawan SP pulak seblum off balik ke sg besar..


Dapat kami tgk2 dalam umah Che det tu. Umah lama dgn peralatan lama. Tak dibenarkan amik gambar kat dalam tu. Cuma bole tgk jer. Ada pinggan mangkuk, gambar che det masa kawin. bilik2, pastu macam2 lah peralatan memasak family che det dulu2. Byk gambar2 kat dalam umah tu. Purely umah papan gitu. Gambar kawin dia pun ada. Katil pengantin besi dia pun ada..

Lepas sudah kami off ke umah kawan SP kat Desa Kamela ke nama dia. Mujur dah makan kenyang2 dan bagi bdak2 makan. Sbb masa sampai sana dah lunch time.  Dorang served keropok dgn air teh jer.. Kami x kesah sgt, I would imagine kalau bdak2 x makan lagi sure merengek nak makan nasik bagai..harus gitu. Masa nak balik wife kawan SP beri 5 bijik kuini...wah cantik2 buahnya....dibuat sambal yam yam..sepanjang jalan terpaksa ikat dalam plastik berlapis2 sbb anak2 tak suka baunya dalam keta..aku suka jer..SP pun..wangi per kan?

Dari situ kami terus off nak balik kg aku pulak.  Dalam kul 3 lebih kami singgah hentian sungai dua for lunch and solat.  Nampak KOMTAR dan penang dari hiway. Tpi x bercadang nak singgah sbb ase dah penat sgt. Ase nak sampai kg cepat2 and rest jer...next round lah pi Penang pulak....Perjalanan diteruskan singgah gak minum2 kat Gulam Rosul kedai mamak terkenal di area teluk intan tu.menci tau..pasal singgah ni lah, missed dkat 30 minit nora elena.  By time sampai umah mak dah kul 7 lebih........

What a day..perjalanan yg sungguh jauh sekali aku rasa..masak jauh giler kentang pnye...Kami dok 3 hari kat umah mak seblum balik ke Rawang pada petang jumaat...seblum balik tu sempat singgah kat bukit melwati Kuala Selangor. Saje bawak bdak2 menengok monyet2 yg byk kat sana tuh....seronok sungguh dorang.........

Itulah dia perjalanan percutian kami. Dari 0 -1052 km milaege..exactly sampai umah kat Rawang..Jauh perjalanan luas pemandangan..aku prefer jalan2 gini di tanah air sendiri dulu seblum bercadang ke negara2 org laen cam indon tuh..Yg pasti anak2 seronok, kami juga enjoy berkarok sepanjang jalan tuk hilang ase boring kerana perjalanan yg jauh.........

Masa tu lebih berkualiti dah berharga bila dapat bercuti lama dan bersama anak2 menikmati percutian persekolahan mereka yg ternyata lebih bermakna dgn melihat tmpat org....

1 comment:

NenetPenne (NP) said...

wahhh best jugak yer... walaupun dalam mesia... yelah mulakan dari sini dulu then barulah ke luar negara...