May 9, 2011

Perkhidmatan Pelanggan

Kami satu kuarga mmg suka makan. Enjoy sgt makanan very2 much.  Setiap kali nak balik kg ke..berjalan ke mana2 ke mmg dah jadik tabiat nak singgah makan di mana2.  Sbb perjlanan jauh jarang2 sekali buat..bila ada peluang kami sengaja amik kesempatan untuk mencuba makanan di mana2 gerai, restoran di perjlanan kami tu.

Kadang2, makanan kureng sedap takpe. Janji perkhidmatan pelanggan or customer service marbeles.  Tu tandanya customer service tu kadang2 dapat menyembunyikan kekurangan sedap sesuatu makanan tu..setuju??.

Alkisahnya, masa kami nak balik ke Sg Besar pada Jumaat malam minggu lepas kami bercadang nak singgah kat mana2 masa on the way tu. Maklumlah, aku ni kalau dah tau nak pergi meninggalkan umah tak kuasa nak masak bagai. Karang mana memikir nak bersihkan dapur, pinggan mangkuk mana pulak nak pikir pasal lebihan2 makanan tu kalau ada kan?. Jadi jumaat tu dari  bekfes sampai lunch mmg makan kat kedai jek.

Lepas solat maghrib, bungkus kaen baju sekolah anak2 terus campak dalam keta. Maklumlah depa suma sek petang. Balik umah dah kul 7mlm. Rushing soh dorang mandi bagai, tak kuasa gak nak menyental baju2 tu..basuh kasut suma. So, aku dah bagi arahan kat kakak tu bungkus all the kasut sekolah satu pelastik bag and all the baju sekolah satu pelastik lain.  Mmg kena basuh kat kg, kat umah mak ler jawapnya.

Sepanjang perjalanan tu mmg tercari2 gak gerai2 tepi jalan yg belum di singgahi dan di terai2 kan. Hampir suma yg jadik tumpuan org ramai kami dah cuba. So kali ni nak coba kedai yg laen pulak. Pendek kata sepanjang jalan dari Rawang ke Sg Besar 65% kami dah terai dan makan kat sana.  Ada yg sedap ada yg tak.  Cumanya takkan pegi tmpat yg sama for another time kecuali kalau betul2 sedap dan meletup mcm Restoran Azura, restoran kegemaran kami sekeluarga tu..

End up kami singgah kat sebuah gerai bernama Kak Yah Tomyam. Nampak ramai org kat situ. Pda firasat aku dan SP mesti sedap tuh kan??. Masa dah amik tmpat masing2 kat gerai tu datang ler sorang awek ni nak ngambik order.  So aku tnya,

Aku          :  Dik, ada menu tak bole kasik tgk??
Adik         :  Menu takdok kak? (dgn pkat kelantan pnye loghat k)..ahkak nak make gapo?? suma adork!..(ceh konfiden jer)
Aku          :  Okeh, bagi nasik putih 4.. kerabu mangga..belum sempat aku sambung dia potong..
Adik         :  Kabu mangga takdork kok!...
Aku          : eh, tadi kata suma ada?? (my tone dah naek few harkat tu..) tu sbb saya mintak menu..nk tau u all served apa?
Adik         : menu takdork kok, akok nok ada sup2 sumo..tomye..kabu sutung..kabu udang..
Aku          : Ok,...(sbb dia dah lemah lembut gitu..maklum mek kelate kan)..aku pun lembut gak hati..x jadi marah...

So aku order, kembung 3 rasa, sup tulang, kerabu sotong...sayur campur...termasuk air2 sekali....Servis mmg bagus dan tip top sbb cepat jer suma dapat. Rasa masakan pun so so boleh lah. Cuma sup tulang tu..hmm mmg betul2 tulang ok..bole baling anjing lagi..takde daging pun. Harap sup jer..sib baek sedap..

See, sbb service bagus, pantas dan cepat..tak berapa sedap pun jadik sedap. Bila dapat bill bayar RM30hengget lebih pun ati tak sakit..sbb apa??? sbb layanan tu..sbb customer services tu.....

Tempat makan kedua pulak kami singgah masa on the way balik Rawang. Petang semlm.  Ingat kot nak singgah di Warung Ibu kat atas sikit dari Tg Karang tu..tapi tutup lah pulak. So 2nd kedai yg konon nak pi ialah Kedai Soto Pasir Penambang kat Kole selangor. Malangnya tutup gak.  Jadik kami terus jer jalan sampai kat pekan lama Kselangor.  Aku ni sajer jer ajak pi Restoran Ani sup Utara. Sbbnya mmg kat mana2 jer dorang pnye makanan should be standard.  Sambal belacan yg mabeles dihidang bersama nasik putih, telur asin dan aneka pilihan sup. Nak pi tmpat tu kami kena ler buat U turn. Tpi dek teruja nak menerai tu mmg kami sanggup.



Kalau lihat decorating mmg tip top..superb..ala2 kopitiam pnye tuh. TAPI..servis dah ler lembap giler tahap siput sedut, pulak tu restoran tu penuh dgn lalat dan langau. Byk giler2.  Nak tunggu org dtang amik order dah lembap. Pastu tunggu order Ya Allah ya Tuhan..lambat giler.  Org yg sedia makan kat meja depan tu sampai sudah abis sup dorang air baru ler terhegeh2 nak antar.. Lama sungguh.

Jadik bila bdak tu datang amik order, aku pun mengorder nasi sup set 2, kakak order bihun sup utara dan SP order SOTO.  Perasan tak pak Aji kat belakang tu. Group dia datang lambat lagi dari kami. Tapi masa order dorang sampai dulu, aku mula dah hilang sabar. Mana tak..dari kul 6 setengah tunggu sampai kul 7 tak sesampai. Pulak tu org baru dtg bole dapat dulu boleeh???.. mana ada jlan.  Elok jer aku nak panggil bdak tu, order kami pun sampai.  Mcm biasalah kalau makan sup takde sambal kicap mana kick kan. So, kakak pi ler amik  bekas sambal kicap kat main table sebelah cashier tuh...dan2 je dia amik sambal kicap tu mulut potpet bercakap terus ceduk satu sudu campur kat bihun sup dia..Sbb byk lalat gaknya, SP tu cam cuak jer..so dia jenguk kat dalam balang sambal kicap tuh..U olls, ada U.L.A.T ok!!!.  telur lalat and langau yg dah jadik ulat tau kat dalam tu..pe lagi..Sib baek kakak baru mesra2 kan jer bihun tuh....SP panggil bdak waiter tu..tunjuk kat dia.. and at the same time mintak tukar bihun sup lain..What the hack kan??..tmpat cantek dan gah..tapi lalat berterbangan. Pastu meja tak berkemas dgn  pinggan cawan bersepah2. Sdgkan aku nampak tokeh dia lepaks2 jer kat situ dan pekerja2 lalu lalang mundar mandir. tak reti2 ke kemas??..

Masa makan pun harus halau lalat ok. Byk gitu.  Dahler lembap nak antar order lalat banyak, tmpat yg selesa, cantik dan hebat mcm tu pun dah hampeh tau!!.  Rasa sup yg biasa sedap pun langsung dah tak sedap. Apa  barang kan???.  Owner tu melayu..kenapa dorang tak pikir nak buat fogging ker?..amik inisiatif utk bagi lalat dan langau tu suma pegi. Sbb ramai org datang ke kdai tu..cuma masing2 cam tak puashati sbb servis lembap sgt termasuk ler aku dan family.

Dah sudah abis tu, Amal mcm biasa tabiat kalau pi makan nak pi jamban. Aku temankan dia ke tandas. Sempat jenguk2 kat dapur.  Ramai tu pekerja kat dalam tu..bersih pun dapur. Tapi nape kat depan mcm haper??..tak paham la den!!

Dah sudah abis makan,  kami cepat2 blah. Aku pi settlekan bill. Believed me RM39 rasa mahal giler sbb servis yg hampeh dah suasana yg macam makan kat tepi tmpat pembuangan sampah gitu!!.

Dalam meneruskan perjalanan tak abis2 kami mengomen dan black mark Restoran tu . Means tak kan kasi chance. Jgn hrap kami nak singgah lagi OK!.  Lebih baek singgah jer gerai tepi jalan mcm Kak Yan tomyam tu. Sekor lalat pun takde...servis tip top.. makanan tak berapa sedap pun jadik sedap.. Tak ralat nak bayar the same amount kan???.

Tak pe, we learn our lesson..there will be no more next time ye to that kind of Restoran with so hampeeeeh customer servis...

3 comments:

Lanc3 said...

Jom kita boikot majalah yang memaparkan gambar artis-artis seksi...
http://syokgelak.blogspot.com/2011/05/jom-boikot-majalah-ini.html

SemuaTentangKita said...

hahahaha..dia kena buh nama Sup Tulang Belulang..baru seswaii untuk sup tulang yang takde daging tuh ;D

Anna said...

mmg pun..sup tulang temulang...hahahah