May 11, 2011

Addeelyn

Dah lama aku tak citer pasal anak no2 aku yg special tu. Si Delin. Benarnya ada byk sgt citer2 pasal dia, cuma adakala aku rasa mcm malas nak ingat2 hatta malas nak tulis sbb adakalanya citer2 tu suma sgat menyentuh hati nurani aku sebagai seorang ibu. Adakalanya aku cuma menangis sorang2 je dalam hati. Adakalanya aku menangis tatkala memohon kepada yg SATU moga dia sentiasa di kurniakan kesihatan dan akal yg cerdas dan tak memberi masalah kepada org2 disekeliling dia.



Hari ni aku tergerak hati nak cerita pasal dia. Just because pagi tadi dia sgt menyenangkan hati aku yg tgh marah dgn gelagat hero melaya terakhir kat rumah aku tu. Mcm biasa dgn peel dia yg mmg buat aku jerit2 jer 2-3 hari ni. Kebetulan pulak si Delin tido kat luar, jadi dalam kecoh2 gitu dia bangun dan dia turut sama membebel kat adik nya yg sorang tuh.



Mana aku tak marah. Masa nak mandi dahler nak suh mandikan. Bila nak pakai singlet and spender pun nak tunggu aku gak. Dah tu bila dah pakai singlet, aku pakaikan betul dia pi pusing kata baju tu tebalik. Padahal dah betul dia terblik kan balik. Panas jer hati tau. Ayahnya mmg tiap2 pagi dah muncung jer menahan melihat perangai dia. Ada masa ok ..ada masa buat hal. Mmg my blood goes upstairs.



Dan Delin, dgn keadaan aku tgh marah tu dia sgt prihatin. Dia tolong angkatkan segala beg2 yg nak diantar kat baby sitter pnye rumah. Bahkan dia dah baring semula sanggup bangun bila aku mintak tolong hantarkan baldi tmpat aku letak baju sekolah yg aku dah basuh dan sental masa mandi tu. Kakak tolong sidaikan baju tu, delin dgn rela hati dan senyuman antar baldi tu ke bilik air semula. Ya, aku sgt tersentuh. Believed me kemarahan aku terhadap hero melaya terakhir tu ttba jer turun mendadak. Jadi sejuk hati aku..sesejuk air masak kat dalam peti tuh.



Walaupun akhir2 ni aku nampak Delin sgt memberontak dan suka menjerit. Terutama bila Amal selalu jer mengacau. Bergaduh dgn dia. At some stage aku rasa delin mcm bosan dah kena buli sbb itu dia dah mula melawan. Since temper tantrum si Delin ni tak menentu, mmg now dia akan melawan jer. Tapi kalau aku ckp baek2, puji dia dan peluk2 dia..Dia akan ok.Sbb itu kalau dia kena marah dek ayahnya..akulah yg dia  carik!. Kalau dipukul or rotan dek ayah kerana kenakalannya, pada aku jugalah dia menangis dan mengadu...sbb dia tau...aku adalah pelindung dia!!.



Masa balik kg mak mggu lepas, Kakak aku ada kata yg Delin skg ni kalau nak buat apa2 tu ditegur dia mcm buat dhek jer. Buat tak tau. Sampai ada satu hari tu mak membebel riuh satu kampung sbb delin dah bongkar pouch purse dia. Kat dalam purse porch tu mak letak buku periksa tekanan darah dia. Alah buku 555 tu..dulu2 kita wat buku sifir kan. Kat situ gak mak letak duit2 syiling dia. And ada bberapa keping duit singgit. Masa aku tgh layan tido tghari kejap dia menggeledah. (mmg tu hobi si delin ni..menggeledah, tak kira kat mana) sbb tu aku sgt risau kalau bawak dia pi umah sedara mara dan kwn2. Aku siap bgtau dorang hati2 dgn delin tu. Bukan tak ckap tpi tau jer lah bdak istimewa cam dia tu ada dia kesah???



Jadiknya, since dia terjumpa begdompet kecik wat isi duit syiling, abis ler isi2 mak pnye pouch tu disebat dia. Kecoh satu rumah bila mak nampak beg tu bertaburan. Lagi kecoh sbb duit pun dah abis suma. Kdg2 aku pun cam naek angin gak dgn mak nih. Alah takat bape sen ..bape hengget tu jer mcm big deal sgt..mcm dia tak paham delin pnye perangai kan. Entahlah, kadang2 susah nak ckp..terutama bila mak sendiri kan. Aku yg baru bangun tido ni mula la naek angin bila mak bising2..bebel2. Klau radio mak dah bunyi tu kan, suma org pun larik. terutama kakak aku tuh. Dia tu pantang sgt dgr mak kuar sore..sakit tinga katanya so dia blah jejauh.



Bila SP dgr pun dari tgkat atas, dia pun cam tak senang duduk. Aku tgk muka dia dah semacam. Macam geram dan marah sgt kat delin sbb buat gitu. Yg pasti duit tu tak pi mana2 pun. Alah takat 3 ringgit dgn syiling2 tu..bukan besar pnye hal. Cuma when its comes to mak..yg besar kuman pun bole jadi besar gajah. Sbb mak mmg selalu oveer. Aku jerit kat delin , tanya dia mana buku 555 tuh..marah dia nape amik duit tanpa izin??. Kalau kat umah sendiri aku x kesah sbb dah paham sgt. Tapi ni dah consider umah org laen..lepas aku marah tu, delin pulangkan lah duet ringgit tu kat mak..duit syiling dia simpan. Suprisingly, mak kecoh2 pasal buku 555 dia tuh..elok jer mende tu ada dalam porch tu boleeee????



Lagi satu kesah pasal kat sekolah. Cam baser ler. Bila melangkah jer 3 stooges kat lam umah masa balik sekolah means aku pun baru jer sampai dari tmpat keje. Penat, panas suma ada. CNN reporter tak bergaji kat umah aku si Amal tu cam baser ler aku melapor apa jua yg delin dah buat masa kat sekolah. Hari tu dia mengadu pasal delin pi sekolah tak pakai spender. Katanya aku x letak spender kat lam beg baju salin kat umah bbysitter which mmg aku never fail letak..suar pendek pun ada. Ntah camne dia bole pulak tak pakai sepender gitu kan. Pernah sekali dulu masa dia jah satu, dia pi sekolah pun x pakai spender..baby sitter aku pnye saspen bila nampak sepender dia kat depan bilik..dia rush pi sekolah antar and suh delin pakai...yg kes x pakai spender ni pulak bole delin tunjuk2 bontot kat toilet kat kawan2 dia..sib baek kat toilet pmpuan ..MASYA ALLAH. Masa aku nak masuk pagar umah seblum tu pun si Zurka, anak india next door yg sekelas dgn delin ada ckp kat SP : Uncle, uncle..tadi delin kat sek x pakai spender dia x malu tunjuk kat kawan...:. Sp dgr pun naek angin. Yg kat dalam umah pulak CNN tak bergaji potpetpotpet merepot. Aduh!!!, aku sungguh jadik naek angin. Delin dah mula menikus ketakutan. Dia lari sembunyi kat lam bilik. Aku pun masuk bilik marah dia cukup2..bgtau dia yg benda tu x elok, Allah tak suka dan bla bla bla...aku siap ugut dia kalau dia buat lagi, aku antar dia dok dgn atok ayah (belah ayahnya) biar Pak Su dia yg cikgu garang tu pukul dan belasah sbb perangai dia (ugut jer, benarnya aku will NEVER do that, send her apart from me :( ) Dia mula menangis dah. Mcm yg aku baca pasal bdak2 istimewa cam dia tu..kena cakap sambil suruh renung mata kita dalam2.. Lama gak aku mengamuk..dan aku tanya dia paham tak apa aku kata..aku suruh dia jwap sambil renung mata aku dalam2..sampai aku puashati..lastly, aku peluk dia sambil menangis. Bgtau dia jgn buat gitu. Jgn malukan diri sendiri lagi. Jgn buat mama sedih dan sakit hati...dia pun sama nangis gak. Jauh dalam hati aku berdoa..jgnlah benda ni berulang lagi..aku takut sgt2..takut kalau2 ada jantan jahat or gile amik kesempatan...mintak dijauhkan....





Lepas insiden tu..which dah hampir sebulan, takde lagi aku dgr citer pasal x pakai spender. But aku always take precaution gak. Aku suh kakak makesure delin pakai baju dalam dan suar dalam seblum dia antar kat baby sitter. Make sure dia mandi kat umah. So that nnti masa dia nak pakai baju sekolah kat umah babysitter, bole terus je bukak baju tshirt dan terus pakai baju sekolah. Lebih selamat. Untuk bdak mcm Delin tu as ibu aku kena salu berfikir out of the box..diluar jangkauan untuk mengelakkan perkara2 tak diingini berlaku..I MUST be proactive org kata.



Masa aku coti jumaat lepas tu pun, aku ikut SP jemput dorang balik sekolah. Masa dok tunggu dua org kat depan pagar sekolah tu...ada ler 2 org bdak perempuan kecik berbangsa india datang kat aku..tnye gini : Auntie, kenal delin tak??... aiik?? aku cam pelik jer soklan tu..rupanya dia nak mengadu yg delin salu kacau dia..salu cobit dia..sabar jer lah. Aku selamba jer sound dia..Okeh..nanti auntie ckp sama dia jgn kacau awak lagi ye...:)



Masa tu gak ada mak si Chan Kee Hoon (bdak yg pernah koyakkan baju delin dulu) yg mmg hari2 bertunggu tangga kat sekolah tu cuma nak berbonding2 beramah mesra...I tak rela you. Aku sengaja buat2 tak kenal..buat2 tak dengar gitu.. I tak berminat ok nak mesra2 dgn u...pleaseeeee.



Pendek kata, memacam aku dgr. Mcm2 komplen aku dapat. Idaklah aku tak amik berat or layan. Yg mana aku rasa patut sound balik kat delin aku sound. Aku bgtau dia not to kacau org..jgn cubit2 org. Org tak suka. Bak kata kakak aku kat dia..patutlah kwn2 awak tak suka kwan awak sbb awak suka kacau orang kan??...delin just pandang kakak aku dan jelir lidah ..hahaha. Mak pun sama ..tiap kali dia bebel2 marah si delin..selamba kadak jer delin sound aai atuk..bising sgt lah atok ni..kalau tak membebel tak bole ker??..haaa kau. Tu la pasal tuh.



Kat dalam umah mak tu dia cuma takut 2 org jer. Pertama abg ipar aku..somi akak..kedua adik bongsu lelaki aku yg dia panggil Pak Cu. Kalau dorang tegur dia mesti dia mencicit lari..kalau org laen jgn harap. Klau kat belah SP pulak dia sgt manja dgn abang2 dan adik lelaki SP. Ibarat cam bdak umur 3 tahun dok kat riba manja2. Dorang pun mcm paham sgt salu jer layan dia . Tu pasal dia sgt suka.. Dgn MIL pulak dia sgt takut. Sekali jer org tua tu berdehem ..dia terus kecut perut gitu.



Pasal keje sekolah toksah citer. Aku salu gak cek buku2 dia tu..ish, pening pala tgk. Kadang si Zurka siap bgtau aku apa keje sekolah dia. Kalau mcm tu mmg aku make sure dia buat. One thing delin dia x suka menulis. Dia suka gunting2 ..tampal2. Bab tu dia suka sgt. Sbb tu kalau dia pegi kelas pemulihan, balik mesti dia bagitau aku dia seronok sgt pi kelas tu. Maybe pasal tu lah. Bila tanya dia apa citer2 besar esok??..harus dia jwp nak jadi artis hokey!!. Aku pun x mo ckp byk2..aku sokong jer. Tak kisah . Mana tau sok2 aku jadi Manager dia kan...hahahah berangan jer mama ..tu ler salu kakak kata...



Sungguhpun atas segala masalah, kekurangan, komplen, kutukan, ejekan..apa jua pasal delin..aku dah semakin kebah. Semakin tebal telinga utk tidak peduli tu suma. Kerana aku tau..Allah maha mengetahui apa jugak yg tersirat dan tersirat...everything happen for reason..For that, aku redha dan terima seadanya. Semoga dia tetap jadi anak yg baik, solehah dan sentiasa menyenangkan hati kami ibu bapanya ..Insya Allah.



8 comments:

SyuQ said...

menitik air mata baca coretan akak ni. sedih sebak. trus terkenang pengorbanan mak yg membesarkan sy dgn bersusah payah...

Anna said...

Syuk..dulu2 akak salu sgt sedih sgt2..mcm2 soklan terlintas kat lam kepala..Pelan2 kekuatan tu terbina dalam diri. Alhamdulillah, hakikat kehidupan tu kdg pahit tapi ada manisnya..Semakin kuat kita diuji semakin sayang Allah pada kita..Insya Allah.....seorang ibu tu mmg sentiasa mendoakan dan mengharapkan yg terbaek pada anak2nya tak kira dalam apa keadaan pun.. Semua yg berlaku ada hikmahnya..jadik kita redha jer lah..

nor said...

salam,
macam ni la, saya dulu ada sepupu macam delin ni tapi dia lelaki. dia ni ada hyperactive dan adhd segala macam. apa yg puan sebut tu memang sepupu saya buat. lasak buas, takpedulikan hal org lain, masa saya ummur 5 tahun berdarah hidung dia langgar dgn kepala dia. bapa dia pun dia gigit. bapa keja kerani stor, mak cikgu skolah men. kdian buat masters terus ke bahagian pendidikan. dia bercakap lembut sentiasa kalau menegur(dah arwah). sepupu saya masa kecik mcm tak bleh masuk kepala apa kita cakap.waktu rehat kakak nya dipanggil cikgu salin homework adik dia. tiap hari.jarak mereka setahun saja umurnya. adiknya asik nak main shj.
samb

nor said...

tiap hari kesekolah dia kluar keta terus masuk berambat nak main. bapa dia berkejar kesekolah bila sedar bag skolah kat seat belakang. cikgu komplain toksah la cakap.. reportcard dsbnya, memnag teruk. cikgu besar pun tak bleh nak buat apa..asik main mian komik buat apa apa. hingga ke darjah 5 cikgu besar fedup sbb dia tak peduli langsung nak belajar dan endah. kelas 5e. cikgu besar phone bapa cakap sila ambik anak awak, jika tak bleh ubah perangain anak ini, kira tak yah datang.
balik bapa dia bakar bajum buku sekolah dsbnya. esoknya cakap takpayah pegi skolah duduk rumah main main puas 2. sebulan duduk rumah tak keluar bermain macam disekolah, dia cakap nak skolah balik. bapa dia tanya btul nak skolah, kena ubah perangai dan kelakuan. kalau main main next time jgn harap dapt pergi sekolah .
so bapa dia beli buku baru, baju baru.. new start.penilaian darjah 5 lagi sebulan lebih..buku tak pernah buka seumur hidup apa lagi duduk menulis.. asik tv main tv main. so his mom masa tu tgh buat masters, duduk sambil memasak, buat kerja rumah go thru all the books. baca and explained.alhamdullillah dapat 5a. bila borak masa dia dah umur 12 tahun, tanya balik, kenangan, bila cikgu dia beri tahniah 5a, cikgu pun takpercaya sbb dia kelas hujung.
mencuri- dia nampak makciknya dtg melawat letak hanbag duit nampak , dia ambil beberapa keping beli video game.bila makciknya perasan, check dia ambil, bapa dia ambil talipinggang kena sebat.
itu menyebabkan dia tahu mencuri atau mengambil duit org adalah satu kesalahan besar.. ini umur 10tahun.
sambg

nor said...

mula mula masa umur bawah 13 tahun makan memilih, bila dah besar remaja makan tak cerewet. dimasa itu boleh nampak sebab pemakanan dia banyak berubah dan calm serta mature..
cuma dia banyak buat salin software, baca buku komik, etc dan jadi nerd. dia boleh repair computer tanpa apa asas ..
srp ok very good result. spm ok ,tapi dia belajar a levels membaca buku teks dia tak bleh nak tumpu.tukar buat computer science. disebabkan dia suka berjaga malam baca buku, pasang computer nak pegi kelas susah nak bangun.. dah biasa bangun lambat..(masa sekolah bangun time nak pegi baru nak salin baju tak mandi). mak nya lah mengawasinya. buat ijazah sains komputer, susah sbb kena baca buku theory... tapi struggle... buat
lepas tu buka kedai kompter , bila keja it dgn sharikat it pasang server installaion dan progrmmg.

nor said...

sekarang keja dgn syarikat computer antarabangsa sebagai support system. ilmiah dan membaca adalah sesuatu yg susah buat dia. tapi di umur 16 tahun, dia boleh beli komputer kosong daninstal harware dan instal software. dia boleh hack email org. kmdian skrg dah kahwin ada anak kecil sorang. ini adalah cara mengajar dan mendidik anak anak istermwa terutamanya. bila benda yg salah hendaklah diterangkan panjang lebar dan dapatkan perhatiannya supaya dia faham dan dengar. jgn biarkan jika dia meronta, tapi pastikan dia tahuitu adalah salah dan terangkan kenapa.
kdian jika dia buat salah, kalau rotan terangkan kenapa dia buat perbuatan itu perlu dirotan. supaya dia tahu dan elakkan dari melakukan perbuatan itu.
terangkan pada adik beradik yg lain jangan buat macam tu kerana.....
peraturan mestilah konsisten. kena didik dan terangkan dari personal hygene sampailah sgalanya, kenapa kena pakai seluar dalam? etc.
kenapa tk boleh?
setiap yang baik puji dan terangkan kenapa ianya bagus/baik. hug etc
bila salah tunjukkan salanya.
jangan kontradict dgn suami didalam menegur..

nor said...

peer pressure.. jika dia rapat dgn beberapa paksedara dan sepupu, minta tolong mereka selalu nasihat dan pesankan - mesti rajin belajar, membaca,menulis, mesti rajin bangun mandi, pakai baju seluar dalam. jgn buat macamtu, malu. dsbnya.. kena tunjukkan setiap hari apa routine mereka esp basic hygene. lama kelamaan akan tertanam didalam kepala anak ini.
anak anak ini, jika diberitahu cara yang praktikal dan lembut mreka akan faham. kalau pagi pagi merekatidk dapat menguasai diri mereka... sebab itu mereka buat perangai dsbnya. belajar tak boleh nak fokus dsbnya ...

kawan saya ada anak spt ini, dr suruh dia beri codliver oil capsule 1,000 microgram setiap hari , elakkan makanan bergula, junk foood. lebihkan makanan ikan.
selain dari itu beri lah anak vitamin b1 utk improve memory.B1,B6, B12, and Folic Acid (B9).

Vitamins C, E, and beta -also utk memory.
omega 3 fatty acid to enhance memory and brain functionn.

beri makan sayuran hijau, kekacang, ikan ikan dan protein.
elakkan bergula, supaya mereka tidak terlebih hyper. ajar anak makan makanan asas,protin ikan, sayuran dan soya..snack makan tempe etc...

tapi delin tu boleh improve ...kalau sepupu saya lagi teruk or similar dgn tahap delin boleh jadi ok... insya Allah... get her the cod liveroil makan tiap hari ok... tengok perubahan mood dia selepas ni.. tahap focus dsbnya...
ini lah makcik saya beri pada anak nya yg tu.. inysaAllah...
she is a late develper... need to explain right and wrong dari sekarang.. laid the foundation..dont contradict yourselves...so it wont confuse her...
but she will be ok.... both parent must be patient but firm...discipline. my aunt and uncle mistake dok tak kesah makan piza etc masa tu.. mula mula minum air gulacoke..tapi skrg diadurian makan, kari makan etc...

adik adik dipesan jgn kasar atau buli kalau mereka buat mereka kena rotan etc..

nor said...

u hv einstein in the making only it depends on how u didik anak ini