April 5, 2011

Tolonglah.

Lately, kecoh sana sini pasal bidio seks salah sorang pemimpin parti pembangkang.  Honestly, dari zaman kes sodomy dulu, aku mmg tak pernah nak amik port fikir sapa yg salah sapa yg betul. Sebagai rakyat marhaein aku amik pendekatan tunggu dan lihat jer. Nak komen, nak review i think tak sesuwai.

Ada org terlampau taksub nak post kat FB perihal kes2 politikus ni.  Tak kira lah sapa yg post, kwan rapat or kwan tak rapat for me I takkan komen or said anything. If ppl nak say something its their call.  One of my old schoolmate fren mmg taksub sgt dgn salah satu parti nih.  Each day ada jer yg tak kena di mata dia pasal parti tu, pasal parti ni.  Belum kes kutuk2 kerajaan lagi.  Walhal 100 percent, dia sendiri berniaga sendiri dan kebanyakkan income and customers dia adalah dari jabatan kerajaan jugak?..WTF?.

Aku bukan lah fanatik sgt tak kira pro gomen or con to parti pembangkang, tapi aku still ada pendirian tersendiri on which parti i should vote bila tiba pilihanraya. After all undi itu adalah rashia.

Hari ni aku nak cerita from my point of view yg punya anak remaja dan yg sedang membesar. Yg sentiasa eager to know whats happening. Apa itu dan apa ini.  As ibu, aku cuba sedaya upaya untuk memberi kefahaman setiap pertanyaan dorang.  Apa perasaan dorang (ahli2 politik tu) bila anak2 mereka yg berumur dibawah 12 tahun tanya, Mama/Papa apa maksud sodomy?? apa itu video seks?? apa itu apa ini???.  Dulu sebok kes sodomy satu mesia. Sampai aku naek letih jawap soalan kakak (masa tu dia sek rendah) tentang apa erti sodomy which almost hari2 kuar kat front page paper. 

Hari ni, kat front page surat khbar ada gambar ni?  what is thiss??. Dah hilang ke segala moral dorang dalam erti kata sebenar. Kenapa sanggup letak front page gambar2 tak sepatutnya begitu?  Tahukah dorang setiap hari pelajar2 sek menengah menatap dan membeli suratkhbar untuk mndpat titipan notes utk PMR utk SPM?. Mana judgment dorang sebagai manusia yg punya akal yg Allah beri untuk digunakan sebaiknya???

Sudah luntur rasa hormat menghormati dan rasa ingin menutup keaiban sesama insan. Lupakah dorang bahawasanya org yg mmbuka keaiban org tu satu hari nanti akn ditimpa balasan sama?.  Hatta, berita di televisen pun sejak akhir2 ni buat sebagai tajuk utama. Mana gaknya hilang nilai moral dorang nih.

Ada antara kwan rapat aku kata, aku tak amik port perihal kemungkaran begini dan tak amik peduli untuk bersama mencegah kemungkaran.Memberi contoh Aceh yg mendapat bala akibat kemungkaran sesetengah rakyatnya.  Bukankah mencegah kemungkaran itu seperti yg dinyatakan dalam bebrapa hadis?

 Dalam hadis diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu.”

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud;

“Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman.”
 
Kalaulah pun tujuan dorang mendedahkan dgn niat mencegah kemungkaran aku rasa tak perlu tunjuk gambar2 dan video tu suma. Bukankah ada cara lebih berhemah?..  Wallahu A'lam. Moga Allah jauhkan kita semua dari segala bala akibat perbuatan mungkar sesetengah pemimpin tuh..

2 comments:

SyuQ said...

kak... 1st time nampak akak guna words WTF... dpt bayangkan apa perasaan akak...

mereka tu semua sudah dibeli kak. masing2 menjaga periuk nasi masing2. tiada lagi istilah menegak kebenaran, mencegah kemungkaran.

cuba nengok berita2 di tv. hampir 30 minit kisah cerita pasal benda yg ngarut... politik. politik. politik. parti tu salah, parti ni betul. org mati kene langgar lori pun x der saper pedulik dan nak siarkan. yg penting untung dan periuk nasi terjamin.

Anna said...

SyuQ..bila manusia mengejar kepentingan diri sendiri gitulah adanya..serius kan?..ahkak pung dah bosan tgk berita la ni...ntah hape2.. baek lah layan citer2 laen yg dah tentu tak buat kita meluat gitew...muak dgn perangai2 politikus yg berlomba2 nak enjit2 semut, sapa sakit naek atas......donia oh donia.