April 1, 2011

Tak ada Mood


Aku tgh bermuhasabah diri nih. Sambil carik2 tips dan ilmu kat internet.  Tentang gi mana nak handle karenah anak remaja ni. Dalam kes aku menangani remaja perempuan. Ya, the elder one in our family. Somehow aku rasa nak marah jer dgn dia skg ni.

Kalau aku ckp hal2 dgn serius, dia jawap dgn loyar buruk.  Bila aku bergurau, dia pulak sentap terus majuk masuk bilik dan berdebum pintu.

Kemuncaknya, buat kesekian kali malam tadi aku naek hangin.  Angin tahap dewa di malam jumaat yg mulia walaupun masa tu aku baru lepas baca surah yassin.    Bila aku bangun pagi, aku gosok baju kat bilik dia aku ternampak diary kecik warna biru.  Wah, byk catatannya. Semuanya in English lagi tu.  Walaupun grammer agak kelam kabut sikit, still aku kagum sbb dia meluahkan segala perasaan marah, benci, bosan dan bengang terhadap adik2nya, terhadap aku fully in ENGLISH gitu.  Mgkin dia fikir kalau tulis in English org tak paham kot?? org lain mgkin lah. But not Mama.

Byk sgt dia tulis kat situ.  Penuh dgn luahan rasa tak puashati dan marah.  Nantilah bila mood aku datang, aku tulis satu2. Buat masa sekarang, aku nak bermonolog sendiri dulu.  Nak carik info and tips kat internet.  Bak kata kawan aku, handle dorang ni kena ikut diplmasi dan pyschology, tak leh men baran jer..Jadik itulah yg aku sedang lakukan ni.  Aku kena wat sesuatu, sbb aku rasa makin lama makin kuat ion negatif aku dgn kakak...dan aku kena fix it before its become worst.

2 comments:

aNIe said...

Anna... bila anak2 dah besar... rasanya pendekatan marah2 kat diorang dah tak boleh lagik.

Anna kena gunakan pendekatan berkawan dengan dia. Anna carilah masa terluang dan habiskan banyak masa dengan dia. Bila duduk dengannya cuba luahkan rasa kasih sayang padanya. Mungkin dia terasa terpinggir dan bila selalu kita hangin dengannya dia terasa tidak di sayangi...

Anak2 rmaja ni memang sukar untuk ditangani... lebih2 lagi kalau kita sering marahkan dia... dia akan menjauhkan diri dari kita...

Anna cuba bebuat baik dengannya....lakukan aktivit kesukaan dia bersama

Anna said...

Ya kak Anie..saya sdg berusaha ni..mmg lately takde byk masa nak kuar berdua2 jer dgn mcm dulu2. Dulu2 adik2 dia kecik2, bole tinggal dorang dua kat bbsitter then kami kuar berdua tgk wayang, makan2 soping..tp sejak dua org dah sekolah ni lama dah x buat..takada masa..Lepas baca luahan hati dia kat diary tu buat saya buka mata..dia rasa terabai..tu yg kena pelan2 stat semula ....