April 1, 2011

1hb April (April Fool) Dah 5 tahun rupanya

5 Tahun sudah -versi mengimbau kisah dulu kini dan akan datang..

Entry kali ni panjang sesgt .  Few days aku tulis and sambung,  maklum kekangan tugas yg maha byk la ni.  Ada masa pun time rehat, makan tengahari atau petang jer...jadik lama tu amik masa nak ingat balik, nak tulis kat sini buat kenangan diri sendiri di masa akan datang nanti...

Eii, kejap je masa berlalu. 1hb April ari ni bermaksud masuk tahun ke 5 aku berkhidmat di syarikat nih. Terus terang aku citer, tmpat ni adalah tempat keje ke 10 aku (byk ek?, jenuh oo nak put in resume). Sungguh aku bersyukur sesgt dan beharap2 moga2 ini tmpat terakhir aku sampai pencen nanti. Lama tak lama ada dalam 16 tahun lagi tu. Insya Allah kalau umur panjang la kan.
Bila aku sorot2 balik sejarah mula2 aku stat keje sampai sekarang, benarnya aku rasa bangga dgn diri aku sendiri tau. Betapa segala keja keras aku selama ni mmg mendapat hasil yg setimpal. Sesuai sgtlah kan. Kalau kita bekerja dgn ikhlas dan gigih insya Allah.

Since dah 10 tmpat aku berkhidmat aku rasa nk imbas balik lah dari mula2 keje gaji 3 angka sampai tahap skg ni. Ala2 resume nak memflashback semula.
Mula2 lepas abis SPM aku join private pnye tempat. Belajar off administration. Shortcouse cam tu. Masa tu result SPM dah dapat, tp sementara dapat mana2 kan. Sbb dulu2 SPM kuar bulan 3 tapi panggilan ke Uni dalam bulan 5 atau 6 gitu. Tapi bila aku dapat offer kat UITM (masa tu ITM) ada masalah kekangan kewangan parents pulak lah kan, so aku lupa jap hasrat tuh. Lepas abis praktikal, aku carik2 keje part time. Buat duit poket. Aku keja kat satu farmasi melayu ni. Seronok keje kat farmasi, sbb dapat menambah ilmu pasal makanan kesihatan, vitamin dan macam2 jenis ubat. Once a while, Pharmacist akan mix ubat2 untuk buat kombinasi ubat2 dia. Kadang campur tu sikit, campur air suling sikit. Kadang mixture dgn syrup untk dijadikan ubat batuk. Mcm ada satu ubat batuk for baby tu. Ubat cair kahak dia campur dgn ubat stop batuk. Kombinasinya 50:50 gitu. Dapat aku belajar camne nak lumatkan ubat pil dan campur dgn syrup utk jadi ubat air. Sbb tu sampai skg aku tau lagi jenis2 ubat kalau utk pain killer ada berapa jenis, namanya dan dosage nya. Korang tau tak selalu dr akan tulis cam ni..1 tablet TDS (three times a day = 3x sehari). 1 OM (1 on Morning). 1 ON (on Nite) 1QDS (4 x sehari). suma short2 form yg dr tulis kat ubat tu aku paham. Sbb kat farmasi pun belajar benda tu gak. Pas tu ada ubat yg tak bole makan dgn ubat lain. Contohnya antibiotik tak bole makan sekali dgn ubat darah tinggi. Kena berselang. Antibiotik pulak kena makan masa perut kosong. Kalau dah makan, harus 1 jam lepas tu. Adalah byk lagi benda lain. Ubat2 yg mengantuk pun aku tau yg mana satu. Pendek kata pengalaman bekerja kat farmasi menjadi guru paling bermakna dalam hidup sampai sekarang sbb byk yg aku tau mengenai ubat2. Ubat2 darah tinggi yg mana dos tinggi dos rendah suma aku ingat. Sbb tu bila mak start makan ubat darah tinggi aku tau dosage mana yg dia amik tu.

Adakalanya ahli farmasi mereka cream utk rashes bdak2. Kombinasi anti kulat dan anti allergy menghasilkan sejenis krim yg mmg sgt berkesan untk ruam bayi kat celah2 kelangkang dorang. Masa lewat 90an, org tak suka pi klinik sbb mahal. Kalau pi farmasi bole beli ubat dgn cost separuh harga. Pulak tu ubat2 kat farmasi mmg yg original. Bukan cam ubat KK kerajaan tuh kan. Sumanya dari direct supplier. Ubat yg paling mahal ialah ubat for kayap. Sebjik tablet masa tu rega dia dkat RM5. Krim dia pun sama.
Seronok kat sana selama 3 tahun. Masa ni lah aku daftar jadi ahli KWSP dan perkeso. Pulak tu time2 raya bos bagi duit raya, kdang bagi bonus. Sungguhpun gaji masa tu 3-4 ratus tp cukup jer nak makan, sewa umah, tambang bas. Dapat bagi mak duit gak tu walaupun 50rm jer. Masa kat sana gak aku tau cara guna komputer, mesin taip, fax machine dan mcm2 lagi. Kiranya itulah pengalaman bdak lepas SPM stat bekerja dan menambah ilmu pengetahuan gitu.

Lepas 3 tahun, aku jadik cam boring plak keje kat situ. Bukan apa, keje kat situ ada dua shift. Shift pagi stat kul 8.30am-3.30pm. Shift malam pulak stat kul 2ptg- 10.30pm. Kalau dah keje shift cam tu waktu tido pun kena adjust. Masa tu housemate aku suma keje offce hour . Jadik kalau dorang keje aku yg shift ptg masih tido..kalau aku balik malam dorang plak dah tido. Mcm tu lah hari2. So sampai satu tahap aku rasa fed up. Cuti pun tak menentu. Kadang ari biasa kadang ari minggu. Keje 6 hari seminggu. Lelama aku tak boleh tahan gak. Ehem, masa ni gak aku berkenalan dgn encik Sleeping partner tu. Dia salu tunggu aku balik keje kat depan bas stop kat Taman Greenwood tu. Kalau aku balik shift malam dia salu temankan aku sampai basstand kat umah sewa. Takut tu malam2 balik sendiri kan.
Pada masa sama, aku apply2 gak keje lain. Saje cuba nasib. Ada rezeki pulak kat BZ enterprise. Masa tu sgt femes tau direct selling company ni. Owned by the indots family. Korang pernah dgr?. Marina Indot, Johan Indot, Melissa Indot..tu suma adik beradik depa lah tuh. Aku dapat keje kat sana sebagai sales cordinator. BZ dulu jual barangan diri. Mcm jam tangan Jacques Farel, brooch dan ada gak la barang2 lain. Masa first time aku keje situ percaya tak korang off BZ yg pnya hampir 100 org staf tu, aku sorang jer bertudung. Mula2 dorang mcm pelik jer tgk aku. Tapi since aku dah buktikan aku leh wat keje ok jer. Terima kasih sgt aku kat HR Mgr dia masa tu Mr Lee. Masa dia interview aku tu pun dia dah kata, dia yakin berdasarkan semangat dan konfiden level dia nak bagi aku peluang. Sdgkan masa tu kat off tu mmg suma org seksi2, glamer2 gile. Rezeki aku gaknya. Masa dgn BZ salu ada sales conference dgn dealers2 dorang. Salu la pi genting hotels. Hotel2 kat KL ni pun merata ada jer tmpat dorang buat gathering lah, seminar lah, kursus lah. Aku gak berpeluang jumpa2 artis tau masa tu. Glamer giler walaupun cuma aku sorang jer bertudung tu. Tudung tetap tudung kan. Pakaian pun harus kena jaga. Idak le bertudung cam bdak2 sekarang ni. Sekali tu BZ buat promo brooch dgn Gee (Fauziah Latif). Masa tu gee baru jer bercerai. Dilantik jadik duta BZ memberi peluang untk kami berbonding2 dgn dia. Jujur aku kata, gee sgt baik, lemah lembut dah peramah. Dia tak kisah pun kalau kita nak amik gambar berkali2 pun.. Shes so nice and down to earth. Which end up later, dia ada affair dgn our boss En J and kawin. Kat BZ pun dekat 3 tahun gak aku keje. Masa tu aku dah stat nak sambung belajar amik Dip on part time basis kat Cosmopoint. Course masa tu Computer Management. Mula2 aku kat BZ ampang point. Tapi bila dorang dah transfer aku kat Damansara Branch, walaupun naek pangkat tp aku rasa jauh sgt nak ulang alik. Pe lagi nak kejar kelas kat Chow Kit masa tu dgn naek bas mini no 32 yg macam sardin tiap hari. Bosan nok.

Sebelum berenti BZ, aku pun dah ushar2 keje lain. Masa tu aku nampak kat star paper post sales cordinator gak. Syarikat pembekal handphones anak syarikat Tan Chong Motors kat Jalan Ipoh tu. Senang sikit aku nak pi kelas kan. Haa, keje kat sini adalah paling best aku rasa. Sbb masa zaman tu (tahun 93-95) handphone baru diperkenalkan kat Msia ni. Aku berpeluang keje dgn company yg supplied handphone brand MOTOROLA. Best sgt sbb zaman tu aku dah berpeluang guna hp ok. Dulu mula2 jenis baling anjing tu dan smartphone. Yg mcm beg tu angkut sana sini. Pah tu kuar brand motorola analog phone. Line yg ada masa tu cuma 010 by celcom dan 018 by mobikom. Keje aku coordinate sales hp and invoicing at the same time aku have to make sure submission of all hp serial numbers to system operator. Ada 15 digit hp SN yg kena enter each time stok masuk. Kalau stok masuk tu ada 300 byk tu lah aku kena key in dalam system dorang for submission. Masa tu aku dgn sorang kawan aku si Ros, salu jer kena overtime nak selesaikan. Bujang kan, balik lewat takde org nak marah pun..takde rasa bersalah ke hapa. Kalau kami tak selesaikan submission SN to, customer x leh nak register plak nanti sbb SN takde lam system. Masa tu mana ada kes klon2 HP. Satu HP satu Serial number and satu owner. If phone hilang owner leh je kol system operator and block the no. Bukan no jer bole di block tau, kalau ada pencuri tu nak register balik HP tu for sure tak boleh. Sbb masa tu system accept sekali jer no SN. So kalau pencuri dapat phone pun depa x leh wat apa2. Sbb tak leh register mean tak leh guna. Bukan cam skg ni, kalau phone ko ilang..mmg ilang terus lah. Sbb sim kad tu bole je buang and tukar lain. Sbb tu skg ni mmg senang sgt2 berbanding dulu. Maklum dulu tu system digital jer kan. Kemajuan teknologi memudahkan lagi org nak memanipulasi cam tu lah pada pendapat aku..Masa keje kat situ satu bulan aku dgn ros bole buat beribu2 lemon oo sbb byk OT. Masa tu gaji pokok kocik, lau ada OT dan lebihan suke sesgt tau. Teknologi phone pun masa tu berubah cepat dari analog kepada digital. Maka Maxis dah membesarkan service dorang maka lahirlah simkad mcm skg ni. Yg pasti ada dua jenis jer masa tu kat market. Either Motorola or NEC jer. Sapa ada salah satu brand tu mmg rasa kaya ala2 belagak siut..

Dekat 3 tahun kat sana, aku berpeluang dapat bonus gak sampai 3 bulan sekali tu. Belum campur x gratia lagi tau. Pendek kata, mmg rasa best sesgt tau dpat pegang duit byk tiap2 bulan. Kawan2 pun kat sana sporting giler2. Once, company buat trip cruising ke Phuket. Masa tu aku dgn En SP dah bertunang pun. Cruising selama 3h4m ke Phuket dgn pelayaran selama 19 jam beri aku pengalaman yg aku x pernah terbayang dan tergambar. Ye lah umur baru 19thn dah dapat ikut trip. Belayar lagi tu. First time wat paspot international i tell u. First time pulak berpeluang cruising dgn x PM kita Cek Det and wife. Sempat bergambar2ran lagi. Zaman muda2 remaja mmg enjoy sesgt. Enjoy2 pun still aku Alhamdulillah tak pernah terfikir menanggalkan tudung. Masa tu pun kat sana aku sorang jer pakai tudung pun kat company tu. Berkat didikan arwah bapak yg antar aku pi sek ugama sejak darjah dua akhirnya jadi pegangan dan kekuatan hidup aku kat Kota KL yg penuh dgn bermacam2 dugaan dan cabaran. Yg ramai kawan2 berbangsa cina tp mereka sgt understanding gitu dan sgt menghormati aku ni sebagai seorang muslim. Sejak aku keje kat sana mereka tak pernah pun tapau ba alif ba ya, balik ke off pantry and makan. Kalau dorang nak makan dorang kuar jer makan kat kedai.

Masa keje kat sini gak, aku kena demam denggi. Denggi berdarah lagi tu. Masa tu dalam bbrapa bulan lagi nak kawin cam tu. 15hari aku kat GH, buat aku kurus kering dan selim melim 15kgs gone in 2 weeks. Mana taknya selama 15 hari aku dok kat wad, tak kencing or berak. Air jer yg masuk dalam badan. Aku ingat lagi selama kat hspital dkat 30 botol drip masuk dalam badan ku ni. Bila dah discharge, kaki aku sampai geli nak berjalan sbb pnye lama terlantar kat katil tu.

Hujung 1996, aku kawin dgn en SP. Masa tu aku masih kat company sama. Tapi bunga2 kemelesetan dan nampak. Bisness hp drop giler2. Tak ramai org dah beli HP. Bila masuk pertengahan 1997, zaman kegawatan ekonomi. Jualan HP merundum sgt2. Bisness trok giler. Ramai dah kena berenti dan lay off. Masa tu aku baru lepas balik dari cuti bersalin Dec 97 bila masuk off lepas maternity aku dapati ramai dah kwn2 berenti. Since dah ada anak, takut gak aku. Aku pun stat ushar2 keje lain gak.
Dapat lah keje Admin Cordinator kat Smart reader. Masa tu tak femes lagi. Gaji ok lah so so . Keje ok, cuma yg aku x suka sabtu ahad kadang2 kena keje. Offce plak kat area rumah banglo Damansara Height tu. Rumah banglo yg diubah suai jadik pejabat gitu. Entah camne aku tergerak nak carik keje lain pulak so aku cuba2 antar application kat KPMG Desa Megat. Audit firm terbesar masa tu. Tak sampai 3 bulan kot aku kat smart reader aku dapat keje kat KPMG tu sebagai data processor kat audit department. Aku tolong prepare audit report untuk support 6 department kat sana. Keje ok ok jer sgt tak mencabar dan membosankan. Lebih2 lagi supervisor perempuan berbangsa India yg aku rasa kerek nak mampus. Masa tu aku dgn SP baru berura2 nak beli umah. Jadik byk benda kena selesaikan, pi bank lah. KWSP la, developer lah. Selalu jer aku mintak dtg lewat sikit jer. Maklum cuti pun setahun ada 10 hari jer kan. Rupanya minah tu tak suka. Ada ka dia sound aku masa kat lam toilet. Hampeh betol. Dia kata lah bos x suka bla bla bla..padehalnya aku rasa dia jer. Sbb berkira nak cover aku jap masa aku lum datang. Dasar k*l**g tau. Sakit ati dgn cara dan statement dia yg tak pro langsung tu (mula2 kita mintak ijin ok jer..sok2 kecoh, ckp belit2 kan?) Senyap2 aku carik keje lain. Aku apply beberapa tempat dan ada rezeki sangkut kat satu company Australia yg nak bukak kilang kat mesia. Peh, gumbira gila aku tau dapat keje tu. Mana tak, dahler gaji lebih sgt2 dari aku dapat kat situ, dan paling penting aku dah menyampah tahap gaban dgn supervisor tu. Harus la kan.

Kat company baru tu aku buat Admin Coordinator jugak. Kilang baru bukak biasalah byk benda aku nak kena settle. Ada gak manager cina dua tiga ekor jer kat off. Selebihnya operator kilang jer. Kilang ni supplied communication box kat telekom. Komponen dari Australia, so pemasangan kat sini. Masa keje kat sini aku byk berurusan dgn imigresen, kastam dan mcm2 lagi sbb byk barang2 nak kena import. Pulak tu dgn masalah regional manager aku berbangsa Cina Msia ttpi dah jadi rakyat Australia. Bila dia nak kuar masuk Msia mcm susah gitu, sbb status dia bukan warganegara lagi. Bila nak masuk jer kena inform imigresen haruslah aku kena cuci dgn depa. Statement kuar biasalah, dulu elok2 jadik rakyat mesia jadik rakyat australia, la ni nak datang mesia balik carik makan. Pas tu nak apply visa, mmg mcm2 ler soklan Imigresen ok. Aku terpaksa terima dan tanggung maki caci dorang terhadap bos aku tu yg nama dia George Khor tu. Masa tu lah aku terdedah dgn berurusan Ausies. Maklumlah holding company and kilang main kat Melbourne. Aku kena berhubung, telefon dan email dgn depa2 tu. Invoice pun Australia yg buat jadik harus aku antar suma2 yg patut dgn meka kan. Bos2 besar Australian pulak salu turun Mesia. Aku terpaksa uruskan booking hotel dorang, transportation dan mcm2 lagi. Masa kat sini aku belajar buat menda2 yg aku tak pernah buat termasuk akaun dan payroll. Gaji pekerja kilang masa tu 2x sebulan. Setiap 7hb dan 15hb bulan berikutnya. Pertama kali jugak dalam hidup aku dapat gaji time tgh2 bulan gitu. 15hb tu sbb follow Australia pnye standard. Masa ni gak aku dapat kawan rapat dari Australia. Kwn keje, terus berhubungan dan bertelefon2 lama2 bertukar gambar gitu. Masa Olimpik kat Australia mcm2 souvinier dorang bagi. Bos2 pulak lau turun mesia for meeting mesti bagi aku satu pack koala bears tu. tak pun kanggaroo paling koman pun key chain.
Tiap kali ada mesyuarat antara bos dgn pekerja kilang, aku terpaksa jadik juru bahasa. Maklum pekerja kilang kelulusan takat mana kan. Aku akan dok sebelah bos dan translate apa juga yg bos ckp kepada pekerja2 kilang. Gitu jugak sebaliknya ada benda dorang tak puashati, aku terpaksa translate ke bos pulak. Honestly, aku pun taktau camna aku bole pandai handle translate2 pnye keje ni. Yg aku tau masa aku amik SPM tu aku dah agak terer sikit English walaupun tahap2 biasa tp compared dgn bdak2 lain still lah kan. Yg aku ingat aku hangkut kamus kehulu kehilir dalam bag. Kalau ada perkataan aku tak paham aku cepat2 refer. Dan aku cepat2 simpan kat kotak memori gitu.
Masa keje kat kilang tu gak, aku polish english aku semakin hari semakin bagus. Sbb bahasa kat pejabat mmg English sokmo, paper pun baca Star hari2. Hebat gitu. Tapi pun tak pernah buat aku rasa berlagak atau bagus sgt. Pada aku biasa jer benda tu. Tak ada apa nak bangga2 diri sgt pun. Masa tu gak aku baek dgn manager perempuan berbangsa cina tu. Aku salu share makanan aku dgn dia. Sbb kat kilang tu nak kuar makan jauh, nak taknak terpaksa bawak bekal cam pekerja kilang gitu. Sesekali manager tu kuar aku ikut lah kan. Tp bila aku belajar2 guna chopstick, bdak2 kilang tak suka. Mentaliti dorang ingat aku pakai chopstik tu sama dgn makan daging tuuut tu ok?. Tapi aku wat bodoh jer. Mmg dorang kata aku belagak maklum keje dgn mat saleh. Hakikatnya, aku tak pernah pun rasa gitu. Sebahagian pekerja kilang yg lain ada gak sgt rapat dgn aku. Suma sebahagian yg hati dengki tu mmg lah kan. Lantak depa ler.

Lepas setahun lebih, kilang ada masalah nak dapatkan lesen pembekal dari TM. Akhirnya bila kilang hampir2 nak tutup aku pun stat apply2 keje lain. Ada rezeki aku dipanggil interview kat company Oil N Gas kat Bangsar post dia Sales Cordinator.
I tell u, masa interview tu mmg dasat giler aku kena gasak. HR manager masa tu perempuan cina yg mulut tak tau nak ckap. Gasak aku dgn soklan2 panas. Dalam English pulak tu. Alhamdulillah, dapat aku tangkis suma itu. Masa interview tu salah sorangnya GM Melayu dan sorang minah melayu yg sekarang ni jadik best buddy aku si ZAS..sungguh tak sangka.
Sbb rezeki aku dapat gak keje kat situ. Tempat aku dok tu mmg hot seat tau. Mana taknya sbelum tu dah berorang2 keje sebulan dua dan blah. Masa aku masuk pun aku tau Zas cam cuak jer. Hari2 seblum balik dia ckp dgn aku ' esok datang tau..jgn tak datang pulak'..aku tatau Zas perasan ke tak, tapi hampir sebulan lebih dia tanya aku soklan tu. Mgkin dia takut aku cam org2 terdahulu. Boring keje, seminggu, sebulan ca alif but gitu kot.

Wah, mmg ko. Stress dan mencabar giler keje kat sini. From zero sampailah aku jadik hero. Mcm2 dugaan dan cabaran aku keje kat sana. Aku terpaksa handle spare part gas turbine yg ada 33 ribu line items gitu. Disamping bagi quotation, place order, arrange delivery aku jugak kena handle engineer pnye booking hotel, chopper dan mcm2 lagi. Tu pun amik kira taik2 tinggalan terdahulu dgn account receivables tak berbayar u oll..pitam aku. Masa kat sini lah aku sambung bertugas dikalangan matsaleh. Berurusan dgn main gas operator mcm Petronas, Shell dan sewaktu dgnnya memberi pengalama dan seribu kepuasan dlam dunia kerjaya aku. Gaji pun bole dikatakan lumayan. Ye lah aku keje guna certificate jer kan. Bukan ada dip ke. Part time kelas yg aku amik tu sampai peringkat cert jer. Bila nak sambung Dip, aku x leh comitted dah nak dtg kelas pulak tu kelas salu jer tukar or cancel. Hangin pnye pasal sbb byk buang masa aku aku give up. Malas nak further. 5 tahun aku kat company ni, memberi peluang aku travel outstation sebulan sekali. Kadang kena pi Kota Kinabalu, Miri. Ada kala kena pi Singapore. Kerteh dan Kemaman and Kuantan usah citer lah. Naek kapal terbang masa ni dah cam naek bas u olls. Tak heran dah, bahkan jemu. Dari zaman naek pelangi air hinggalah travel naek MAS...Masa kat sini gak, aku kenal ramai customer, ramai yg jadik kawan. Tak kurang jugak ada yg jadik lawan dek kerana dengki. Tpi masa keje kat company ni aku seronok sbb sgt aktif dgn macam2 aktiviti. Family day, annual dinner lah, company trip lah. Belum lagi aktiviti sukan, bola jaring, badminton dan bowling. Which aku sgt2 suka maen bowling lah. First time kenal masuk longkang la kan..But finally aku jadik best women bowlers gitu. Ada lagi aku simpan adiah tu. tertulis First Runner up, Bowling 2003. Seronok siut. Lebih2 lagi my direct Manager aku masa tu En rashid yg sporting dan best giler sgt2.
Langit tak selalu cerah, something happened. Mula2 en Rashid dorang nyahkan dari company tu atas tuduhan salah guna kuasa. Katanya En rashid buat company sendiri dan tarik customer2 pi ke syarikat dia. Padahal tak ada pun!. Aku tau sgt sbb baru bberapa hari sblum En rashid di buang keje aku pi meeting kat tmpat client dgn dia. Masa dalam keta kami borak2 kosong. Dia ckp kalau dia ada company sendiri, dia nak ajak aku keje dgn dia. Sbb dia kata aku dah buktikan aku bole buat keje. Tpi dia bagi syarat, utnk aku belajar keta, supaya ada lesen keta. Baru la senang katanya nak suh aku kuar jumpe klien ke apa. Masa tu borak2 kosang jer tau. Masa tu pun En Rashid takde pun bukak company sendiri lagi. Masa tu umor aku dah 32 ok, tapi haram tak reti bawak keta. Tau dok jer. Maklumlah ada drebar..Peristiwa En rashid kena berenti mmg buat aku terkejut dan sedih tau. Tak sangka sampai gitu sekali ada org dengki dan menganiaya dia. Tetapi Allah maha kaya, sbb skg ni En Rashid mmg dah kaya raya buat bisness berkaitan dgn satelit phone sampai kat Tukmenistan dan segala tan pnye negara. Satelit phone mmg sgt berguna kat padang pasir dan tempat korek minyak di ujung dunia kan.
Tak lama lepas tu aku mcm terkena badi En Rashid pulak. Bayangkan perasaan aku masa tu bila mana kita dituduh buat perkara yg kita tak pernah terfikir pun. Sedih, pilu tuhan jer yg tau. Aku menangis berhari2 tau. Malu sgt2 bilamana sampai kena domestic inquiry. Kena tuduh pecah amanah, kena tuduh sengaja jeopardize relationship dgn supplier padahal aku tak berniat langsung. Soklan2 aku tanyakan kat principal disalah tafsir dan aku dituduh sedemikian rupa. Pedih giler hati masa ni. Mujur lah masa tu aku dah lepas dapat bonus tau. Tahun 2005 aku ingat lagi, masa tu aku dapat bonus 3.8bulan. Seronok gila. Sapa sangka peristiwa hitam tu berlaku pada bulan Feb sebulan lepas aku dapat bonus. Aku rasa teraniaya sgt masa tu. Sbb manager2 yg suh aku buat perkara2 tu tak bertanggung jawab malah tak mengaku pulak itu arahan dorang. Aku dituduh menyalah guna PO untuk membeli barang padahal itu arahan dari mereka. Siap ada email lagi tu. Ada ke aku dituduh sign PO tu sendiri, giler ke apa??. Bila aku kata tu bukan signature aku tp signature sipolan, ternganga ler mereka2. Termalu aku rasa, tp dorang proceed jugak tuduhan tak berasas tu kepada aku. Tak ke menganiaya namanya tu??
Aku dapat Surat tunjuk sebab dari syarikat masa tu. Beserta tuduhan2. Aku diberi 7 hari untuk menjawapnya. Aku carik segala kekuatan, aku kumpul segala bukti berdasarkan email2 dari mereka suma. Sebelum hari ke 7 aku jwp surat2 tu dgn membela diri aku sendiri. Aku sertakan segala bukti yg aku ada. Aku print suma email2. Aku kepilkan hand note dorang suma (mujur lah aku simpan suma tu kan?) . Benarlah org kata, bila kita di keadaan tersebut, kawan2 masing2 menjauhkan diri. Semua pun takut. takut2 aku drag mereka dalam masalah aku. Takut kalau2 periuk nasik mereka tercemar jugak. Aku sedih sgt masa tu, tapi aku kuatkan semangat yg cuma tinggal sisa2 jer. Masa aku kena domestic inquiry lagi sekali, org2 yg bersalah suma dah panas punggung. Takut2 aku bocor rashia yg dorang byk buat duit masuk poket dari on going2 project. Tapi, aku ada prinsip aku sendiri. Aku sgt menghargai persahabatan. Aku tidak akan mengkhianatinya. Walaupun diri aku terpaksa menjadi korban. Kena gasak soalan bertalu2..siapa , siapa, siapa. Aku hanya mendiam diri dan menangis masa tu. HR Manager yg 50-50 antara sokong dan tak akan aku tu sempat hulur tissu kat aku. Aku sgt2 tertekan masa tu. First time in my life menangis di depan 3 org lelaki yg selama ni aku sgt hormat, sanjung. Yg mana salah seorang tu bertukar 360 darjah dari perlakuan normal dia. Dia jerit kat aku, sambil kata aku buat keje bodoh. Kata kalau dia tak kutip aku keje kat situ dulu aku willbe useless. Maklumlah aku pakai sijil SPM jer kan. Sungguh aku rasa sgt terhina, rasa mcm aku ni sampah yg disepak2 ditepi jalan. Selama 5 tahun aku bertugas kat sana, dengan segala2 pujian yg dia salu kata : aku sgt gigih dan rajin berkerja. Sgt berdedikasi. Menyelesaikan tugas dgn baik sekali. Selama 5 tahun appraisal aku yg dia buat sgt tip top belaka!. Jadi bila dia berkata sedemikian, hancur hati aku mcm kena racik halus. Mcm gelas kaca yg jatuh dari tgk 12 kebawah. Hancur berkercai.

Dalam tertekan tu,aku stat angkut barang2 aku sikit demi sedikit. Sbenarnya seblum inciden ni aku mmg ada gerak hati yg aku takkan lama kat situ. Mmg dari bulan Jan aku dah amik bawak balik barang2 aku sikit2. Dan buang apa2 yg patut. Rupanya, ini hikmahnya. Pada masa sama aku mmg dah stat carik2 gak kje lain. Masa tu aku x kisah dah keje apa. Janji ada keje sbelum aku berenti. Janji ada income. Aku dapat keje kat Rawang. Kat Area2 umah. Kat kilang kaca. Jawatannya Admin Exc. gajinya kurang 1k dari yg aku dapat dari company ni Tpi sbb aku nekad, aku terima offer tu. Dan secara rasmi masa aku antar jawapan surat tunjuk sbab and 2 days later it was followed by my resign letter!.
Morally, aku sgt tertekan. SP lah tempat aku mengadu, menangis sedih kenapa ada bangsa sendiri yg sanggup menganiaya aku sebgitu rupa. Jahat sgt kah aku sampai di layan ketahap paling hina mcm tu. Aku byk solat hajat, solat sunat taubat. Mintak ketenangan. Mintak keyakinan diri semula. Mintak agar semangat aku kembali untk terus berkerja. Kalaulah SP masa tu mampu mmg dah lama jadik surirumah sepenuh masa. Masa aku blah dari company kat Bangsar tu,dorang bayar aku 1 + 1 gaji termasuk faedah2 lain, termasuk cuti2 yg takdiambil. Pendek kata aku dapat gaji dua bulan sbb dorang nak aku berambus cepat. Kalau org dah tak suka kan, tak guna kita tunggu . Hari terakhir aku berambus aku sedih giler bila kena escort turun. Mujur aku dah takde apa yg nak dibawa balik. Cuma hati yg luka jer. Sempat aku jumpe bberapa kwn baek seblum aku blah..sambil berpeluk aku menangis. Sedih giler. Mamat yg aniaya aku tu, takde masa tu. For some reason aku rasa mmg dia nak mo nampak aku on the last day dorang kick aku kuar. Tak pe. Aku redha. Aku terima semua dugaan ni dgn semangat. Bila aku berenti, aku tak tukar nombor HP. Ramai customer2 kol aku, tanya napa aku berenti, bla bla bla..aku malas nak layan takut aku terburuk2 kan org2 kat company lama. So senang citer, aku tukar no HP. Solved the problem . Walaupun aku tau ramai customer carik2 dan kirim salam melalui teman2. Aku berdiam jer.
Sementara nak stat keje kat tmpat baru kilang glass tu, aku amik lesen keta. Kelakar bila umor dah 30lebih baru nak amik lesen kan. Tapi Alhamdulillah, sekali amik jer terus lulus. Dapat lesen, dapat keje baru walaupun gaji kurang gitu. Kat company ni aku jadi asst kepada Director berbangsa cina. Dia aku panggil Mr Chan, sgt baik tapi bini aka mistress dia tak. Mrs Chan tu garang nak mampus takpe. Dia cina hongkong yg cemburu giler, suara kuat mcm petir, suka memaki hamun menjerit. Species perempuan giler gaknya. Lepas tu dia suka hangkut anjing masuk off. Mmg anjing dia tu lawa, tapi aku tak selesa. Sbb bulu dia berterabur sana sini. Kadang2 aku amat2 takut kalau anjing tu ttba datang menyalak atau gesel2 kat aku. Nak solat pun susah. Keje kat sini kelako sbb takde cuti tahun. Cuti cuma seminggu pada hari raya dan raya cina. Selebihnya kalau nak cuti kena unpaid leave. Bengong betul. Lau anak sakit kena upaid. Mana ada jalan. Kelakar tp tu lah cara depa menekan kita. Mr Chan walaupun baek ada masa ikut sgt ckp perempuan giler tu. Ramai staff kat situ datang dan pergi. Mcm tempat persinggahan. Klau driver lah kan setahun aku xtau berapa belas org. Keje x sampai sebulan blah. Mana tak, ada driver tu pi solat jumaat kejap pun perempuan giler tu meroyan nak mampus. Ada dia kata kalau kecemasan, tp driver semayang sapa nak antar Mr Chan pi Hspital. Mcm dia x leh bawak keta. Dasar Kafir munafik tau. Yg ada bergaduh dgn perempuan giler tu, yg ada mmg tak tahan melayan sbb tu lah secretary Mr Chan pun manjang jer larik. Maklum perempuan giler tu jeles tahap dewa kan. Mcm kat company australia dulu, aku jadi penterjemah gak kat sini, sbb ramai pekerja kilang berbangsa melayu. Mr Chan selalu bawak aku pi Imigrisen atau kastam kalau dia ada urusan. Dia sepatah haram taktau bahasa melayu. Aku gak kena buat translation kalau ada surat ke jabatan kerajaan atau urusan2 lain dgn kejaan Mesia. One thing Mr Chan ni tak sihat, dia ada kencing manis tahap serius. Kalau nak makan dia akan check cucuk darah dia dulu and letak kat mesin cek. Bape tahap gula baru dia makan. Kalau ada urusan kat pej kejaan Mr Chan salu bawak aku lunch kat Kelab Tasek Perdana. Salu gak aku pi teman dia ke Putrajaya. Ke pejabat imigresen. Dia kena amik visa dia 3 bulan sekali. Tiap kali pi sana berjam2 kena menunggu. Mcm hape jer melangok. Tiap kali aku pi sana, sure ada mata2 liar memandang. Staff2 gomen kat sana mesti sangka buruk nampak perempuan melayu bertudung cam aku escort sorang lelaki cina tua sambil bawak files2. Aku leh agak dari lirikan mata dorang tu. Dasar sgt tau. Busy body buruk sangka!!

Aku tak berapa selesa gak keje dgn Mr Chan. Sbb bini dia berhati jahat giler. Ada jer benda dia nak buat supaya Mr Chan tu sakit hati akt aku and ikut ckp dia. Mr Chan plak kalau dgn aku ok jer baek sgt. Tpi bila bini sudah campur tgn dia pun sama jer. Aku rasa dia takut bini ler . Rupanya, aku tatau uyg perempuan giler tu bini sah dia. Tapi perempuan simpanan jer. Padanlah giler kuasa semacam jer. Mr Chan ada 3 org anak remaja masa tu. Kdg2 dorang ikut pi off. Wah minah tu kalau jerit2 cam hape kat bdak2 tu. Terkebil2 meka kena marah tau. Padanlah bukan anak2 dia rupanya. Keje kat kilang buat glass mmg ramai customer, tapi sbb aku malas dgn anjing + karenah tuanpnye anjing tu aku senyap2 carik keje lain. Carik balik keje dalam dunia oil n gas. Aku rasa ada lah dalam 3 bulan kot aku keje kat sini. Sorang teman lama yg suatu waktu sama2 keje kat Bangsar (dia kat corporate dept) kol aku. Tanya2 khabar sembang2. Kuarlah citer aku kata nak carik keje lain sbb bosan kat situ. Teman aku tu perempuan andartu berbangsa cina kata nanti dia tanya bos dia. Kalau ada di bgtau aku. Masa tu gak aku ada pi interview keje kat beberapa tempat lain. Tp takde rezeki lagi gaknya. Tak dapat pun.

Selang beberapa hari Nina (kwn lama aku tu) kol suh aku datang invtw kat off dia. Jalan Yap Kwan Seng. Masa tu aku tak tau post apa pun. Since dia beria2 suh datang, aku pi lah jugak. Kebetulan bos dia overseas. Aku kena interview dgn another director Dato J. Mcm2 soklan Dato J tanya aku. termasuk napa aku tak further studies walhal SPM aku sgt bagus. Dan dia kata sgt kagum cara aku bertutur dalam bahasa inggeris dgn bagus dan lancar sekali tak padan kelulusan. Dia kata aku lebih bagus dari staff dia yg grade uni pun English hampeh. Dia sembang dgn aku lama tau..dekat 2 jam. Just sembang2 kosong jer. Citer pasal mcm2 hal ehwal semasa pun ada. Akhirnya aku ditawarkan keje kat sana tetapi sebagai Accounts Officer gitu. Terkejut beruk aku tau. Sbb aku benci sgt nak buat akaun, tapi aku cabar diri aku. Aku yakin bole buat. Lagpun aku nak lari dari Mr Chan kan..terpaksa aku terima. So there aku stay hampir 2 tahun gak. Lepas setahun tu dorang transfer aku kat Subang U5. Buat akaun bukan lah kegemaran aku, tapi still aku berjaya gak buat keja aku tuh dgn seikhlasnya. Msa aku keje kat sini, ada satu bdak perempuan tu agak cun. Berkelulusan UTM dalam accounting. Post dia dgn aku sama. Tapi gaji aku seganda dari dia. Dia cam tak puashati. Lama gak dia buat2 taktau dgn aku. Mcm menyampah jer. Tapi aku buat2 biasa jer. Satu hari, dia mintak pertolongan aku aku plak dgn ikhlas tolong. Suma pasal keje. Walaupun selama ni dia berlagak giler, seharusnya aku bo layan kan, tapi aku wat biasa2 jer. Aku tolong dia buatkan surat. In English. Dia dah draft surat ke customer, tapi Dato' (bos) campak surat dia tu. Kata mcm bdak darjah 6 pnye english. Dato' suh dia mintak aku tolong. I guess dia terpaksa lah. Aku pulak dgn ikhlas tolong dia. Dia bagi surat yg dia draft tu..MY GOD, padanlah dato marah. Gile kentang tunggang langgang dgn grammar dgn ayat2nya Masya Allah. Padahal ada ijazah ok?. So, aku tolong dia betulkan balik bahasa. Apa yg dia nak sampaikan. Aku betulkan grammar balik. Lepas siap tu dia print and tunjuk kat dato. Dato senyum dan kata, this is what i want. Barulah org kata professional. Company besar bagi client surat gaya ayat bdak sek rendah. Bikin malu!. Hikmah dia lepas tu dia jadik baek sgt dgn aku. Jadik rapat. Apa2 dia nak mintak tolong, dia dah tak segan2 ckp. Aku pun tolong dgn ikhlas. Akhirnya kami jadik kwan. Sampai la ni. Tapi sifat dia yg salu ada kepentingan tu mmg x berubah. Dia hanya akan kol aku kalau perlu bantuan. Kalau tak dia diam jer buat dek. Aku pun malas nak layan. If aku leh tolong and free aku tolong, if not...go to basket lah.
Masa kat Subang tu, aku g keje drive sendiri hari2. Kat sana ada manager berbangsa Trinidad yg sgt baik tapi agak lucah. Dia suka citer benda2 kotor. Aku malas nk layan sbb mmg sifat aku tak suka dgr, ckp atau cerita benda2 lucah. For me, itu semua mencerminkan kekotoran otak kita. Blue minded org kata. Pantang aku dgr benda2 tak elok dan lucah ni tau. Sungguh merosakkan minda aku rasa.. Kat sini mmg lah takde keje sgt. Keje kejap2 jer. Selebihnya rilek jer. Masa kat sinilah aku kenal fotopages, chatting dan aku kenal blog. Dek kerana kebosanan aku kat sana, aku create blog. Untuk menghilang masa2 keboringan tahap gaban. Masa ni anak dah 3 pun so malas nak fikir carik keje lain. Tp gaji mmg lah kurang2 sgt dari apa yg dapat kat Bangsar tu. Masa ni gak aku masih struggle nak selesaikan segala mala hutang CC. Byk jugak tau..belas2 ribu gitu. Manager Trinidad tu offer aku transfer ke company dia (aku under local company masa tu. Yg jadik agent for overseas company) tapi Oil and Gas gak dgn good offer and package.Tp aku x leh simple pg. Aku kena mintak izin Dato dulu. Sapa tau, Dato tak bagi kebenaran. Aku mcm kecewa gak masa tu. Tapi apakan daya. Aku stay jer lah dendiam. After a while, aku rasa memberontak pulak. Rasa tak adil gitu kan Dato x mo bagi aku transferred. Dah gitu takmo pulak kasik naek gaji ke apa. At least mcm dorang offer aku. Dato tu ingat aku x kan pi tmpat lain agaknya
Masa tu aku pun tahap boring giler dah keje kat situ aku stat masuk jobstreet, job db dan register ntah kat mana2. Aku gak melalui ex customer yg dah jadik kwan, dia suh aku antar resume kat company dia keje, orang nak IT Administrator. Company carigali minyak ke 3 terbesar di Malaysia. Salah sorang kawan lama aku yg lagi sorang pun bgtau ada office principal dia nak org buat logistic. Dia dah suggest nama aku kat mat saleh tu. Then suh aku antar resume. Hari yg principal off kawan aku tu panggil intw hari yg sama gak company carigali minyak tu panggil aku temuduga. So first session, aku pegi kat company kwn aku tu (which company aku keje skg ni: NOV) kul 2 ptg. Next session aku g company lagi satu tu kul 4pm. Wah datang ke company besar bertaraf antarbangsa terkejut tau. Best giler off dia. Siap tnya aku nak minum apa2 tak. Terkejut aku ok. First time aku intvw kena offer nak minum dan begitu lama sekali. Dekat 3 jam tau. Bermacam2 soalan ditanya. Seorang perempuan cina yg sangat polite nama Ms Gan. Dia tanya aku suma sejarah kerjaya aku. Dia kata dia suka sgt dgn semangat dan keazaman kerja aku, dan dia mmg sgt2 mencari org mcm aku untk keje kat department dia. IT dept. Tpi dia kata x bole nak bagi jwapan dan2 tu sbb ada ramai lagi calon yg akan dtang for interview. Aku kata, tak kisah. Kalau dia rasa aku suit for the post bole jer kol aku. Position tu contract tapi lepas setahun kalau performance baek aku akan diserapkan ke permanent. Ms Gan kata aku mmg aku ada ciri2 good attitude org yg di nak. Masa tu aku mcm ada bunga2 harapan yg insya Allah dapat gitu.
Benarlah bahawa things happen for a reason. Disebalik segala kesusahan dan kepayahan pasti ada kemenangan. NOV panggil aku untuk keje dgn mereka tapi surat offer tak bole keluar lagi sbb ada masalah sikit ktanya. Masa tu aku baru tau, NOV ada connection dgn company kat Bangsar tu. dan aku akan berurusan dgn org2 kat sana ttapi sebagai Principal atau supplier. Pendek kata, kali ni dorang yg harus pleased aku pulak. Surat tu ktanya amik masa sikit. Aku x berani tender resign lagi, sbb aku takut lah kan apa2 hal nanti. Lepas aku dah agree nak join company tu verbally, company Ms Gan tu kol aku gak. Suh aku keje dgn dia. Bila aku kata dorang lambat sikit, sbb baru jer pagi tu aku bagi persetujuan nak join NOV. HR Ms gan yg kol aku tu and offer aku keje tu..bila aku kata company lain dah offer aku, dia siap tnya berapa offer derang. Katanya ms Gan nak sangat aku join dia. Tapi aku sgt memegang pada janji. Lagpun mmg NOV dah offer aku dulu. Its not about money. Its about saying something yg kita sendiri kena penuhi. Bukan atas nama tamak akan $$$. 3 kali HR ms Gan kol aku offer aku lagi, tapi dgn baik aku menolak. Sungguh masa tu aku x tau samada aku bole dapat keje kat NOV ke tak, tapi aku dah beristhikarah, nampaknya gerak hati aku kata tunggu NOV maka itulah aku lakukan. The last kol dari HR ms Gan tu dia kata, Ms gan terkilan sgt aku x dapat join dia. Aku ckp kat minah tu. Send my thanks to her, if they offered me ealier, I could have go there instead. Promise is promise. Verbally aku dah setuju nak join NOV takkan aku ttba nak tolak kan. Which akhirnya, lepas sebulan lebih baru aku dapat offer letter tu. Sungguh Allah bersama org2 yg bersabar. Masa dapat offer letter tu aku sungguh2 terkejut dan syukur sgt2. Sbb gaji yg dorang bagi kat aku lebih 1.5k dari yg aku mintak. Tak terkata gembira nya hati aku. Allah amik kat sana rupanya nak beri aku di sini. Dgn gaji lebih byk tulah aku berjaya settlekan suma 4 kad kredit aku dalam masa setahun.

Hari ni genap 5 tahun aku di sini. Segala suka dan duka serta cabaran aku lalui dgn semangat yg semakin kental. Semangat yg tidak mudah tunduk atas desakan sekeliling. Semangat gigih berkerja yg mmg menjadi amalan aku dari aku mula berkerja hingga ke hari ni. Kerana aku sedar, aku x pnya kelulusan tinggi, jadi aku harus berusaha dgn kuat. Gigih bertugas dgn ikhlas dan redha. Dan 2 kali bertukar bos. Tapi aku masih di sini. Berkerja di kelilingin mat salleh dan berurusan dgn berlainan bangsa, usia, nama dari pelosok dunia dalam urusan inventory dan logistik memberi semangat baru. Aku berasa sgt seronok dan cintakan tugas aku dan aku sgt gembira melakukannya. Setiap hari belajar benda yg baru, teknologi baru. Setiap hari dgn semangat baru aku teruskan kehidupan dan alam pekerjaan seiring dgn peredaran masa. Syukur Alhamdulillah.
Dan juga sgt2 bersyukur kerana Allah temukan aku dgn SP, seorang teman, sahabat, suami yg sangat penyabar dan memahami. Sepanjang suka duka perjalanan karier aku, dialah tempat aku mengadu, bercerita dan meluah perasaan. Dari dulu hingga kini, dia sgt setia menerima segala apa juga keputusan aku asalkan aku gembira. Untuk itu jgak aku sgt bersyukur kerana di sini, tidak ada double standard samaada bertudung atau tidak, muslim atau tidak, berkelulusan tinggi atau tidak. Aku tetap dilayan sama rata. Salah mean salah, bagus means pujian dan ucapan well done dari bos mmg tak pernah lekang. Rezeki dari Allah , setelah sekian lama beli kereta terpakai, akhirnya awal tahun 2010 dapat jugak kami merasa sebuah kereta / MPV baru. Syukur sgt2. Tak tergambar betapa dugaan2 Allah beri seblum ini adalah untuk nikmat yg kami perolehi sekarang. Syukran...

5 tahun berlalu namun aku masih setia di sini. Masih berkhidmat di sini. Dan akan sentiasa berusaha mempertingkan prestasi diri sendiri demi tugas dan demi rezeki yg aku perolehi untuk keluarga dan anak2 insya Allah.

 
Do a little more than your're paid to ;

Give a little more than you have to;

Try a little harder than you want to;

Aim a little higher than you think possible;

And give a lot of thanks to ALLAH for, health, family and friends..

Aku cuma mentransfromasikan apa yg aku 'terpaksa buat dalam kehidupan seharian' kepada apa yg aku 'Ingin buat dalam kehidupan seharian'. Sambil salu soal diri sendiri, "Apa yg aku kena buat dalam pekerjaan ku" kepada "apa yang aku boleh dan sanggup buat untuk melaksanakannya"..


No comments: