March 30, 2011

Kerja harus PRO.

Wah, minggu ni sangat busy di office.  Dengan month end end sales closing. Mana nak kejar salesman2 suma ni for figures and report.  Mana pulak nak ensure everything diinvoice.  Tu belum campur lagi kebizian dgn memfiling.  Salu jer malas tau nak memfiling.  Tapi later on kena buat jugak. Maklumlah bukan ada kerani suruhan ke nak kena buatkan. Semuan kena buat sendiri.

Ni pun aku decided amik break jap.  Dari pagi sampai la ni. Full barr pnye energy pun tinggal sikit2 jer lagi ni ha.  Pendek kata baru hari rabu dah terasa letih tau.  Tanda2 penuaan yg ketara gaknya. 

Awal minggu ni JLO baru balik dari cuti bersalin dia.  Biasalah mula2 masuk keje byk ler mende kena catch up.  Walaupun dulu aku sgt sakit hati dan marah dgn JLO tpi lelama aku berjaya gak buang perasaan tu jauh2.  Ye lah dah keje satu pejabat, satu teammate lak tu tak syok la nak bermasam2 muka bagai.  Aku mengaku gak, aku pun ada tersilap dgn dia dulu. Menyampah sgt dgn perangai dia.  Tp itu dulu, skg ni aku nak bekerja dgn tenang, damai dan tenteram jadik aku buang perasaan tu jauh2.

Pagi2 Isnin, aku dah nampak dia.  Masa dia datang kat aku, aku selamba kadak hulur tangan ingat nak bersalaman lah kan. Sapa tau dia hug aku gitu.  Wah, termalu i.  Sesungguhnya aku pun rasa dia dah lupa kisah antara kami dulu tu.  Yg pasti sekarang, aku dan dia saling memerlukan untk menyelsaikan segala tugasan.  Aku harap dia betul2 berubah dah tak le dengki lagi dgn aku, takde apa lah di dengki dgn aku ni. Aku cuma menjalankan kerja yg diamanakan jer. Kalau rasa tak betul, tak puashati cakap jer. Aku very open minded pnye. Tak kisah menerima teguran.

Dia pun tak kedekut idea nak berkongsi buah fikiran camna nak buat keje tu lagi mudah.  Dan aku pun rasa idea dia tu sgt bagus sbb dapat buat stok list tu lebih accurate dan senang nak refer. See?. Apa yg penting kerjasama..kerjasama.  Since dia baru jer dapat baby kan, aku pun sajer seronok  bagi adiah kat baby dia tu. Satu set pink romper dgn kasut. Alah harga biasa2 jer. Dibawah 50hengget gitu. Aku order thru kwn2 kat Fesbuk.  Masa aku bagi kat dia, dia mcm terkejut kata x payah susah2. Aku pun kata, aku beri dgn ikhlas untuk meraikan org baru. Akhirnya dia terima gak.  The next day, dia dtg jumpa aku kata romper2 pink tu cantik sgt. Sesuai sgt dgn baby girl dia.  Well, I m glad. Aku gembira dpat buat org gembira.

Minggu ni jugak aku dah 2x mintak stock list dari whse. Both kat east msia and west msia.  Yg east msia tu mmg tip top jer.  Hujung bulan jer senang terus jer ada dalam inbox aku. Sedia maklum dah kan.  Yg lagi satu tu, alahai. Kalau tak mintak, wat tatau. Mintak pulak manjang jer bertangguh dgn segala mala alasan.   Stock lists tu aku ada tpi aku still nak list barang2 based on pyhsical counts kan.  Bulan lepas tu aku mintak 2-3 kali.  Mula2 kata x sempat lah, busy lah.  Bila tanya lagi sekali, email down lah. Sudahnya bulan lepas haram tak bagi pun!.  Aku ni dah berbuih mulut menelefon mintak sampai at one stage aku give up dah. Lantak ko.

Since bulan ni kami baru jer dapat letter of award for quite big project, bos mintak aku listing on apa barang yg ada kat east msia yg bole dioffer. Ni mcm ad hoc gitu. Customer nak tau apa yg ada.   Kalau suit to thier requirement, dorang nak issue direct purchase jer instead of consignment.  Dari hari Isnin dia mintak. Aku pun dah berkali mintak gak.  Since aku ni asyik kena tekan boss jer kan, aku hilang sabar dah. Ye lah, aku  pun byk keje sgt2 minggu ni. Tak kuasa mcm nak mengemis jer mintak report.  Bear in mind, org yg bertanggung jawab tu ialah dlam kategori kawan rapat gitu.  Pulak tu, pasal dia lah yg recommend aku kat sini kan.  Harus tak rasa mcm dilemma gitu.  Buat nya kita push berkali2 karang dia bosan. Ntah apa pulak sangkaan dia kan.  Walhal, aku yg sgt tertekan bila bos asyik jer tanya. Bosan mak tau.

Dua email aku antar for request. Saja lah tak mo obvious sgt aku shoot email kat dua2 lokasi. Pelagi terperanjat ler kwan kat East Mesia tu. Boss dia baca email tu pun bising.  Bila dia kol, aku explain lah. Dorang pnye report mmg tip top and on time. Tpi yg lagi satu nih mmg lambat tahap siput.  Masalahnya bukan dia patut  buat pun. Dia ada ramai org bawahan yg bole dikerah. Tapi aku taktau apa sebenarnya masalah dia.  The last email aku antar siap boh perkataan REMINDER!!! gitu. Tapi bila aku kol still kata, tgh working on it.

Wah, asyik ditekan jer kan harus aku pun carik org lain yg bole kena tempias sama.  Jadik aku shoot email kat HQ dorang mintak bantuan.  Selalu aku tak suka buat gitu kecuali kalau terpaksa. Sbb between aku dgn whse tu mcm ada border.  Mereka tu agent jer to us.  Kalau org atasan mereka sendiri harus mereka amik serius. Aku rasa lah, sbb bberapa kali its work that way.

Aku pun  citer ler kat org yg handle our account kat KL. Ceritera masalah aku yg kena tekan since Monday nakkan report tu.  Email aku tu pendek jer.  Mana tau, lepas tu minah tu shoot email kepada suma bosses dia termasuk ler yg kat whse and boss dia tu.  Aku dgr gelabah macam cacing bosses dorang bila principal  bikin kecoh woo.  Honestly, bukan aku ada intention apa2 pun ok. Aku cuma rasa its the time aku tak bole tunggu lagi.  No more mercy org kata. Salu sgt bagi muka abis pijak kepala.

Tak sampai tengahari, Minah HQ tu antar aku satu copy email yg dia antar kat suma boss dia aku dapat email dari whse tu kata dia dah antar email.  See??. inilah aku cuba sampaikan. Kalau aku mintak bole wat excuse dan lewa2 kan. Dah boss suma melompat, bole pun kuar report listing tuh?.

Dia ada la kol aku kata dia dah antar report tu.  Aku pun katalah, bos aku tgh workout  big proposal and nak tau then and then. Bukan simply nak menyusahkan dorang bikin havouc. Tapi ada masa kalau mat salleh ni nak sesuatu dia akan chase bagai nak giler.  Apatah lagi, company baru kan. Kira new customer, mestilah org tua grumpy bos aku tu bebel semacam kan.  Aku tak nak dia salah paham yg aku sengaja kecoh2 kat HQ dia untuk pekenakan dia.

Sungguh aku tak berniat langsung buat begitu, tapi lately ni aku bole nampak yg kawan aku tu  mcm tak berapa fokus dah.  Taktau lah kenapa.  Ada gak aku dgr dia tak puashati akan increment, bonus dan bberapa perkara lagi.  Kalau ikutkan aku pun kadang2 rasa mcam tu.  Tapi selagi nama kita ni kuli yg di bayar gaji kan apa daya kita nak mengelak.

For me, kalau sesuatu keje yg aku buat tu tak selesai selagi tu aku tak senang duduk. Pada aku, buat keje biar sampai abis. Jgn wat separuh2.  Tak kira lah, kawan baik ke, adik beradik ke hatta apa pun bila termasuk dalam tanggung jwab dan tugas seharusnya kita laksanakan sebaik mungkin kan. Baru lah berkat gaji yg kita dapat tiap2 28hb tu....sekian

3 comments:

dyea irdina said...

kerja!kerja!kerja!..wah mmg bizi anna ni ek...tapi tak pe janji rezki halal..wah JLO..kerja ngan JLO...nak tgk gambaq JLO buleh?hahha

SyuQ said...

setuju!
buat koje biar sampai habis yoep!

gomen sektor plak kak, huhuhu. 3 hari bekerja; 3 hari bekerja lah. walhal benda tu boleh siap on the spot.

Anna said...

Dyea, kuli..gitulah adanya..Haha, JLO tu nickname yg I n few friends gelar...sbb dia suka pakai ala2 JLO gitu lau pi keje..seksi tu tak melawan la JLO kan..depan n belakang tu tak berapa ada..tp lau seksi belah2 tang dada tu..pak aji pun mau beristighfar..(ni statement customer yg alim2 bila dia datang jmpe depa) heheh

Syuk: Mmg ada species biasa tangguh2 gitu..kami kat private sector ni x leh gitu..simpan2 means the next day menimbun. Keje sentiasa kejar dateline..cuma yg bole simpan2 bab2 filing tu jer lah...bak omputih kata, Dont work so hard, but work smart. Keje kita, so kita sendiri kena adjust. Bukan ada org nak tolong kalu bukan sendiri kasi selesai.....