April 8, 2011

Cuti Tergempar..buka suker2..

Aku salu jer rasa majikan ni kadang2 sengaja tak nak paham masalah kita ibu2 yg bekerja ni tau. Samada dorang terlalu angkuh nak terima kenyataan yg pekerja mereka ni pnye komitmen keluarga or aku ni terlampau bagus dan efficient bekeja lantaran kalau aku tak ada satu hari kat office, ala2 hura hara gitu?. Sbb tu aku salu suka kalau bos aku tu sorang yg bekeluarga dan ada anak2. Jadik dia bole paham situasi. Malang sekali pulak HR manager merangkap Pengurus Pentadbiran pulak dah kwin 10 tahun tapi tak beranak2. Direct bos pulak, an Old puteh man yg mmg dok kat mesia ni lone ranger. Takde famili, takde bini apatah lagi anak kan?..So dorang sendiri tak ada feel gitu kan.
Hari Jumaat lepas, aku decided tu amik EL. Believed me, dorang patut grateful dapat aku ni sebagai pekerja dedikasi dorang tau. Aku jarang sekali amik MC kecuali kalau sakit teruk sampai takleh bangun. Emergency apatah lagi. Tapi bila sesekali kita amik org dok sebok pertikaikan mmg angin satu badan siut. Amal dah beberapa hari tak bape sihat benarnya. Selain selsema kuat dia dah stat batuk2 masa hari rabu tu. Tapi dek kerana dia pnye semangat kuat nak sekolah gitu. Dia pegi jugak.

Sudahnya hari khamis malam tu dia x leh tido. Batuk2 non stop. Dari bunyi nya mmg ada banyak phelgm. Dia mmg gitu, kalau selesema akan berakhir dgn batuk. Sbb dia tak reti nak mengeluarkan dari hidungnya cm Delin. Sudahnya masuk ke dalam jadiklah phelgm. Pagi jumaat tu bila dia batuk2 terus muntah. Aku nampak berketul2 phelgm dia tu. Mlm pun aku x dpat tido sma. Dia merengek2 sakit perut. Mgkin batuk kerap sangat. Otot abdomen pun dah mengeras. Sampai ke pagi aku dok sapu vicks kat dada, perut dan belakang bagi dia lega. Tido kejap2 terjaga. Dah anak sakit, apa ingat mak senang2 nak berdengkur melena gitu kan?. I believed smua mak2 pun gitu. Klau idak taktaulah nak kata kan.

Since Jumaat tu pun jalan area off aku tu tutup awal bahana dek konsert, aku ckp kat SP aku maleh nak keje. Lgpun aku nak bawak Amal pi klinik. For sure mmg kena nebuliser aku kata. Kepala ku pulak tingtong sbb tak cukup tido. Mana ada jalan nak pi keje. Anak sakit lagi kan?.

Seawal 7.00am aku dah sms bos bgtau aku amik cuti tergempar. Lama tu baru dia jwp. Kata ok. Tpi ada bunga2 kat ujung tanya2 apa ada keje aku yg outstanding nak kena taken care of?. Aku jwp jer seingat aku takde. Aku jwp lah..as far i can remembe nothing is outstanding gitu aku jwp. Abiss?? kalau ada ko expect aku datang off gak ker kan?? dasar tau. Bikin panas hati. Malas aku nak layan.

Kul 7.30am lepas SP pi keje aku terus stat keta pi Klinik Panel. Klinik tu bukak kul 8am. Datang awal wat registration so cepat lah siap. Mana tau dowh klinik tu bukak awal tp Dr datang kul 9.30am bole???. Sakit betul hati tau. Mcm tu baek letak jer bukak kul 9.30am kan senang. Berapa jam kami nak melanguk tunggu pun?. Mmg la panel SP tpi still aku kena bayar cash dulu ok. Bukan free2 jer.

Berjanggut ler menunggu. Siap sarapan, melepaks, baca paper dari muka depan sampai muka belakang. Sudahnya kul 9.30am baru ler terkedek2 dr tu datang dgn Motor vulcannya. Harusss.


Since kami le early bird yg catch the big worm omputih kata, terus dapat masuk. Mmg betul lah, si Amal kena amik nebuliser sbb pernafasan dan sempit. Selesai suma urusan dgn bil 45 hengget. Dapat ler 2 mc. Satu for sek agama. Satu for sekolah kebangsaan. Mana tau, amal nak jugak sek kebangsaan petang tu. Katanya dah baik. Hish budaknya, mama beria nak suh dia rehat dia nak sekolah gak. Layaan jer lah.



Tengah menghayati sedutan ubat tu...maklum malam tak dapat tido lena..sempat melenakan diri gitu...tgk tak tangan dok jaga purse tuuuu...




Sbb ari jumaat kan, bdak2 ni pi sekolah lambat sikit. Kul 1lebih. Aku yg antar dorang tp kasut sek delin tertinggal plak kat umah baby sitter. The day before tu lupa nak amik. Masa singgah umah baby sitter, berebut2 plak cucu dia nak ikut tumpang p sekola sekali. Suma pun naek. Maka penuhlah keta dgn 6 budak sekolah. 2 sek menengah..4 sek rendah. Mcm geng bas sekolah plak aku rasa.

Lepas antar dorang balik aku rehat2. Lepas siap masak, layan tv sampai terlelap. Yg pasti dapat lah cuti extra satu hari. Jadi as surirumah siapkan ler apa2 yg patut sblum smua balik petang nya tu kan.

Dapt masak siakap tiga rasa, kangkung goreng belacan, sambal telur dan ulam betul2 buat bdak2 happy bila balik sekolah, mana tak, lepas tukar baju mandi dan solat maghrib dorang dapat makan sedap2 gitu. Kalau ari keje tu mana dan jer lah. Lau tak nasik bungkus .....Amal yg dah betul2 nampak ceria dan sihat gitu.. melompat cam org baru charge battery. Padehal masa pagi bukan maen lagi batuk dan tak bertenaga kan. Delin pulak yg nampak lembik dan tak bertenaga. Dah start bersin2 dan badan nya pulak yg dedar. Mujur esok Sabtu...




 


No comments: